pppm khb kt ting 1.pdf

Upload: alongso-kack

Post on 06-Feb-2018

239 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/21/2019 PPPM KHB KT TING 1.pdf

    1/18

    PPPM KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU KEMAHIRAN TEKNIKAL TINGKATAN 1

    KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

    PANDUAN PERKEMBANGAN

    PEMBELAJARAN MURID

    KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU

    KEMAHIRAN TEKNIKAL

    TINGKATAN 1

  • 7/21/2019 PPPM KHB KT TING 1.pdf

    2/18

    Cetakan 2014

    Lembaga Peperiksaan

    Kementerian Pendidikan Malaysia 2014

    Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengubah mana-mana bahagian, artikel,

    ilustrasi, isi kandungan buku ini dalam apa jua bentuk dan dengan apa cara pun

    tanpa mendapat keizinan bertulis daripada Pengarah Peperiksaan, Lembaga

    Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia.

  • 7/21/2019 PPPM KHB KT TING 1.pdf

    3/18

    0

    KANDUNGAN

    BIL PERKARA MUKA SURAT

    1 PENDAHULUAN 1

    2

    3

    FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

    MATLAMAT MATA PELAJARAN

    2

    3

    4 OBJEKTIF MATA PELAJARAN 3

    5 OBJEKTIF PENTAKSIRAN 4

    6 TAFSIRAN 5

    7 KERANGKA STANDARD PRESTASI 6

    8 PENYATAAN STANDARD KHB KEMAHIRAN TEKNIKAL 7

    9 PEMETAAN 8

    10 PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID 9

  • 7/21/2019 PPPM KHB KT TING 1.pdf

    4/18

    1

    PENDAHULUAN

    Mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu Kemahiran Teknikal merangkumi komponen Reka Bentuk dan Teknologi, Kemahiran Teknikalserta Perniagaan dan Keusahawanan merupakan mata pelajaran wajib Tingkatan 1 hingga 3 di Sekolah Menengah Rendah. Mata pelajaran iniyang digubal berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan sebagai usaha pendidikan ke arah mempertingkatkan pengetahuan dankemahiran teknologi serta keusahawanan dalam usaha membangun modal insan melalui program pendidikan yang berkualiti dan holistik.

    Pentaksiran Rujukan Standard bagi mata pelajaran ini merupakan proses mendapatkan maklumat tentang sejauh mana murid tahu dan bolehbuat atau telah menguasai apa yang dipelajari berdasarkan penyataan standard prestasi yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan mengikuttahap-tahap pencapaian seperti yang dihasratkan oleh kurikulum mata pelajaran ini. Pentaksiran Sekolah dalam bentuk pentaksiran formatifdijalankan seiring dengan proses pengajaran dan pembelajaran atau pentaksiran sumatif di akhir proses pembelajaran.

    Panduan Perkembangan Pembelajaran Murid (PPPM) bagi mata pelajaran ini dibina dengan komponen teras iaitu Reka Bentuk dan Teknologidan komponen elektif iaitu Kemahiran Teknikal sebagai panduan untuk guru membimbing murid dan seterusnya mendapatkan maklumattentang perkembangan individu serta keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dalam pembangunan dan pembentukan modal insan.

    Adalah diharapkan dokumen ini dapat memberi maklumat yang lengkap dan tepat kepada guru tentang Pentaksiran Rujukan Standard bagimata pelajaran dalam memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menekankan tentang pembinaan modal insan yangberteraskan kepada pembangunan jasmani, emosi, rohani dan intelek.

  • 7/21/2019 PPPM KHB KT TING 1.pdf

    5/18

    2

    FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

    Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk

    melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada

    Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia,

    bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran

    keluarga, masyarakat dan negara.

  • 7/21/2019 PPPM KHB KT TING 1.pdf

    6/18

    3

    MATLAMAT MATA PELAJARAN

    Matlamat mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu adalah untuk melahirkan insan yang berdikari, kenal faham teknologi dan ekonomi

    serta kreatif, berinisiatifdan yakin diridalam keadaan teknologi yang sentiasa berubah untuk kehidupan harian.

    OBJEKTIF MATA PELAJARAN

    OM1 Mengamalkan kreativiti, inovasi dan berdaya usaha dalam mereka bentuk dan menghasilkan produk daripada pelbagai bahan seperti

    kayu, papan lapis dan bahan komposit.

    OM2 Mengamalkan sikap peka terhadap masalah sekeliling dan mendapatkan idea daripada pelbagai sumber untuk mereka bentuk dan

    menghasilkan produk.

    OM3 Menjalankan kerja buat sendiri, menyenggara dan membaik pulih mudah kerja elektrik dan paip dalam kehidupan harian.

    OM4 Menghasilkan artikel mudah dengan menggunakan mesin jahit

    OM5 Menghasilkan tumbuhan hiasan untuk kecerian kawasan tertentu.OM6 Mengenal pasti prinsip mudah asas elektromekanikal dalam dunia teknologi maju.

    OM7 Memilih bahan, alatan dan perkakas serta menggunakannya dengan teknik yang betul.

    OM8 Mengenal pasti kepentingan perniagaan, perkembangannya pada masa depan yang berciri k-ekonomi dan perniagaan dalam negeri

    dan antarabangsa.

    OM9 Mengenal pasti cabaran dan kejayaan usahawan serta menilai potensi diri dalam bidang keusahawanan.

    OM10 Menerangkan faktor utama dalam pengeluaran, kaitannya dengan permintaan dan proses pengeluaran serta membuat pengiraan kos.

    OM11 Mengumpul, memproses dan mendokumentasikan maklumat secara sistematik dan menggunakannya dengan bijak dalam membuat

    keputusan rekaan dan penghasilan projek.

    OM12 Mengamalkan peraturan dan budaya kerja yang baik dan selamat.

    (Dipetik daripada Huraian Sukatan Pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu Tingkatan 1. (2003). Pusat Perkembangan Kurikulum,Kementerian Pelajaran Malaysia. )

  • 7/21/2019 PPPM KHB KT TING 1.pdf

    7/18

    4

    OBJEKTIF PENTAKSIRAN

    Berdasarkan matlamat dan objektif mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu, berikut ialah Objektif Pentaksiran (OP) mata pelajaran yang

    dikenal pasti untuk mentaksir penguasaan murid dalam mempamerkan;

    OP1 Kebolehan berdikari dalam menjalankan kerja buat sendiri.

    OP2 Kenal faham terhadap teknologi yang sentiasa berubah untuk kehidupan harian.

    OP3 Kenal faham terhadap ekonomi untuk kehidupan harian.

    OP4 Kebolehan mengaplikasikan kemahiran bagi menghasilkan sesuatu projek / produk.

    OP5 Kebolehan bagi mengaplikasikan kreativiti untuk mereka bentuk dan menghasilkan sesuatu produk / projek.

    OP6 Mengamalkan cara bekerja yang sistematik, bijaksana dan dengan teknik yang betul dengan yakin diri.

    OP7 Kebolehan mendokumentasikan maklumat secara bersistem.

    (Dipetik daripada dokumen format pentaksiran Kemahiran Hidup Bersepadu Kemahiran Teknikal. (2005). LembagaPeperiksaan, Kementerian Pelajaran Malaysia.)

  • 7/21/2019 PPPM KHB KT TING 1.pdf

    8/18

    5

    TAFSIRAN

    o Band ialah satu label yang digunakan untuk menunjukkan tanda aras tertentu yang disusun secara hierarki digunakan bagi tujuan

    pelaporan individu.

    o Standard ialah satu penyataan tentang sesuatu domain merujuk kepada tanda aras tertentu dan bersifat generik bagi memberi

    gambaran holistik tentang individu.

    o Standard Prestasi ialah penyataan tentang tahap perkembangan pembelajaran murid yang diukur berdasarkan standard dan

    menunjukkan di mana kedudukan murid dalam perkembangan pembelajarannya. Perkembangan dalam standard itu terbahagi kepada

    dua iaitu perkembangan secara mendatar (konstruk) dan perkembangan menegak (band). Perkembangan murid dijelaskan dengan satu

    atau lebihqualifiermenggunakan perkataan atau rangkai kata yang betul menggambarkan standard dalam bentuk hasil pembelajaran.

    o Deskriptorialah penyataan yang menerangkan apa yang murid tahu dan boleh buat berdasarkan standard di mana kualiti boleh ditaksir

    dan dicapai.

    o Instrumenialah alat yang digunakan untuk menguji penguasaan atau pencapaian murid bagi sesuatu domain seperti ujian bertulis, ujian

    secara lisan, demonstrasi dan ujian amali.

    o Pentaksiran Sekolah merupakan pendekatan pentaksiran yang dilaksanakan di sekolah berdasarkan tugasan, instrumen pentaksiran,

    peraturan dan penskoran yang dibangunkan oleh sekolah merujuk kepada Panduan Perkembangan Pembelajaran Murid yang

    dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan.

  • 7/21/2019 PPPM KHB KT TING 1.pdf

    9/18

    6

    KERANGKA STANDARD PRESTASI

    1

    2

    3

    4

    5

    6

    Tahu Faham Boleh Buat dengan Beradab

    Tahu

    FahamTahu

    Boleh BuatFahamTahu

    TahuBoleh Buat dengan Beradab

    TerpujiFaham

    TahuBoleh Buat dengan Beradab

    Mithali

    Faham

  • 7/21/2019 PPPM KHB KT TING 1.pdf

    10/18

    7

    PENYATAAN STANDARD KHB KEMAHIRAN TEKNIKAL

    BAND PENYATAAN STANDARD

    6(Tahu, Faham dan Boleh Buatdengan Beradab Mithali)

    Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahamantentang reka bentuk dan teknologi, kemahiranteknikal serta perniagaan dan keusahawanan secara kreatif dan inovatif.

    5(Tahu, Faham dan Boleh Buat

    dengan Beradab Terpuji)

    Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka bentuk dan teknologi, kemahiranteknikal serta perniagaan dan keusahawanan secara berinisiatif.

    4(Tahu, Faham dan Boleh Buat

    dengan Beradab)

    Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahamantentang reka bentuk dan teknologi, kemahiranteknikal serta perniagaan dan keusahawanan secara sistematik.

    3(Tahu, Faham dan Boleh Buat) Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahamantentang reka bentuk dan teknologi, kemahiranteknikal serta perniagaan dan keusahawanan.

    2(Tahu dan Faham)

    Menerangkantentang reka bentuk dan teknologi, kemahiran teknikal serta perniagaan dankeusahawanan.

    1(Tahu)

    Menyatakantentang reka bentuk dan teknologi, kemahiran teknikal serta perniagaan dankeusahawanan.

  • 7/21/2019 PPPM KHB KT TING 1.pdf

    11/18

    8

    PEMETAAN BAND BERDASARKAN TAJUK

    BIL TAJUK BAND JUMLAH

    1 Organisasi bengkel dan keselamatanB1 1

    B1 1

    2 Reka bentuk dan penghasilan projek

    B1 1

    B2 1B3 1

    B4 1

    B5 1

    B6 1

    3 Elektrik

    B1 1

    B2 1

    B3 1

    B4 1

    4 Kerja paip

    B1 1

    B2 1

    B3 1

    B4 1

    5 Jahitan

    B1 1

    B2 1

    B3 1

    B3 1

    6 Tanaman hiasan

    B1 1

    B2 1

    B3 1

    B4 1

    7 Elektrik

    B1 1

    B2 1

    B3 1

    B4 1

    B5 1

    8 Asas elektromekanikalB1 1

    B2 1

    9 Perniagaan dan keusahawananB1 1

    B2 1

    JUMLAH 33

  • 7/21/2019 PPPM KHB KT TING 1.pdf

    12/18

  • 7/21/2019 PPPM KHB KT TING 1.pdf

    13/18

    10

    BIL TAJUK BAND DESKRIPTOR

    1 Organisasi bengkel dankeselamatan

    B1 Menyatakan tentang organisasi bengkel dan keselamatan dengan memberikanempat amalan 4M.

    B2 Menerangkan tentang organisasi bengkel dan keselamatan dengan menjelaskandua amalan 4M.

    BILTAJUK BAND DESKRIPTOR

    2 Reka bentuk dan penghasilanprojek

    B1 Menyatakan tentang reka bentuk dan penghasilan projek dengan memberikanempat faktor utama reka bentuk dan tujuh alatan tangan termasuk mesin.

    B2 Menerangkan tentang reka bentuk dan penghasilan projek dengan menjelaskan limaalatan tangan termasuk mesin dari segi fungsinya.

    B3 Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka bentuk dan penghasilanprojek dengan membuat lakaran reka bentuk merujuk penyataan masalah.

    B4 Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka bentuk dan penghasilanprojek secara sistematik dengan membuat lakaran reka bentuk merujuk penyataanmasalah mengikut prosedur1.

    B5 Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka bentuk dan penghasilanprojek secara berinisiatif dengan membuat lakaran reka bentuk merujuk penyataanmasalah dengan daya usaha1.

    B6 B6D1Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka bentuk dan penghasilanprojek secara kreatif dan inovatif dengan membuat lakaran reka bentuk merujukpenyataan masalah dengan nilai tambah1.

    prosedur1 : Lakaran mesti menggunakan pensel tanpa menggunakan pembaris. Lakaran mesti dalam bentuk oblik atauisometrik.

    daya usaha1 : Lakaran mesti :(i) kemas (boleh menggambarkan idea yang dihasratkan)(ii) bersih.

    nilai tambah1 : Penambahan bahan atau idea yang berfungsi dan mampu menggambarkan idea tersendiri murid.

  • 7/21/2019 PPPM KHB KT TING 1.pdf

    14/18

    11

    BIL TAJUK BAND DESKRIPTOR

    3 Elektrik B1 Menyatakan tentang asas elektrik dengan memberikan tiga jenis wayar.

    B2 Menerangkan tentang asas elektrik dengan menjelaskan tiga alatan tangan dari segifungsinya.

    B3 Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang asas elektrik denganmembuat pendawaian plag 3 pin 13A.

    B4 Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang asas elektrik secarasistematik dengan membuat pendawaian plag 3 pin 13A mengikut prosedur2.

    prosedur2 : Mengikut urutan langkah kerja yang betul.

    BIL TAJUK BAND DESKRIPTOR

    4 Kerja paip B1 Menyatakan tentang kerja paip dengan memberikan tiga jenis paip.

    B2 Menerangkan tentang kerja paip dengan menjelaskan tiga paip yang disambungpada tangki simpanan air dan enam jenis penyambung paip dari segi fungsinya.

    B3 Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang kerja paip dengan membuatpenyenggaraan perangkap.

    B4 Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang kerja paip secara sistematik

    dengan membuat penyenggaraan perangkap mengikut prosedur2.

  • 7/21/2019 PPPM KHB KT TING 1.pdf

    15/18

  • 7/21/2019 PPPM KHB KT TING 1.pdf

    16/18

    13

    BIL TAJUK BAND DESKRIPTOR

    6 Tanaman hiasan B1 Menyatakan tentang tanaman hiasan dengan memberikan dua jenis keratan batang.

    B2 Menerangkan tentang tanaman hiasan dengan menjelaskan nisbah campuranmedium semaian.

    B3 Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang tanaman hiasan dengan

    menyemai keratan dalam medium semaian.B4 Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang tanaman hiasan secara

    sistematik dengan menyemai keratan dalam medium semaian mengikut prosedur2.

    BIL TAJUK BAND DESKRIPTOR

    7 Elektrik (elektif) B1 Menyatakan tentang elektrik dengan memberikan nama empat bahagian utamameter pelbagai dan tiga komponen pada unit kawalan utama bekalan elektrikdomestik.

    B2 Menerangkan tentang elektrik dengan menjelaskan dua perbezaan antara litar siridan litar selari, empat bahagian utama meter pelbagai dari segi fungsinya serta tigakomponen pada unit kawalan utama bekalan elektrik domestik dari segi fungsinya.

    B3 Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang elektrik dengan membuatpemasangan litar selari, mengira jumlah rintangan dalam litar selari dan membacaskala meter ohm pada meter pelbagai.

    B4 Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang elektrik secara sistematikdengan membuat pemasangan litar selari mengikut prosedur3, mengira jumlahrintangan dalam litar selari mengikut prosedur

    4dan membaca skala meter ohm

    pada meter pelbagai mengikut prosedur5.

    B5 Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang elektrik secara berinisiatifdengan membuat pemasangan litar selari dengan daya usaha2.

    prosedur3 : Mengikut urutan langkah kerja yang betul dan berfungsi.prosedur4 : Pengiraan dan jawapan yang betul.prosedur5 : Langkah kerja dan jawapan yang betul.daya usaha2 : Penyambungan pada litar tersusun serta mematuhi peraturan keselamatan diri dan alatan.

  • 7/21/2019 PPPM KHB KT TING 1.pdf

    17/18

    14

    BIL TAJUK BAND DESKRIPTOR

    8 Asas elektromekanikal B1 Menyatakan tentang asas elektromekanikal dengan memberikan satu jenispergerakan mekanikal dan tiga jenis gear.

    B2 Menerangkan tentang asas elektromekanikal dengan menjelaskan gear dari segifungsinya dan dua perbezaan antara sistem mekanikal dan elektromekanikal.

    BIL TAJUK BAND DESKRIPTOR

    9 Pengenalan kepada

    perniagaan

    B1 Menyatakan tentang pengenalan kepada perniagaan dengan memberikan empat

    alat pembayaran masa kini.

    B2 Menerangkan tentang pengenalan kepada perniagaan dengan menjelaskanperniagaan runcit, borong dan antarabangsa.

  • 7/21/2019 PPPM KHB KT TING 1.pdf

    18/18

    15

    Lembaga Peperiksaan,Kementerian Pelajaran Malaysia

    Aras 1, 2, 515, Blok E11,Kompleks Kerajaan Parcel E,

    Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan62604 Putrajaya

    Tel. : 03-88843787Faks : 03-88843783

    Web : http://www.moe.gov.my/lpe-mel :[email protected]