ppbk powerpoint

12
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA PROGRAM SARJANA MUDA PENGAJARAN KEMAHIRAN HIDUP UNTUK PENDIDIKAN KHAS II NO. MATRIKULASI : 760921075640002 NO. KAD PENGENALAN : 760921075640 NO. TELEFON : 0124450045 E-MEL : [email protected] PUSAT PENGAJIAN : INSTITUT PERGURUAN MALAYSIA TUANKU BAINUN PULAU PINANG NAMA PENSYARAH : ENCIK ABDULLAH BIN CHIK

Upload: normy-nomy

Post on 06-Dec-2014

121 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

powerpoint

TRANSCRIPT

Page 1: PPBK Powerpoint

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

PROGRAM SARJANA MUDA PENGAJARAN

KEMAHIRAN HIDUP UNTUK PENDIDIKAN KHAS II

NO. MATRIKULASI : 760921075640002

NO. KAD PENGENALAN : 760921075640

NO. TELEFON : 0124450045

E-MEL : [email protected]

PUSAT PENGAJIAN : INSTITUT PERGURUAN MALAYSIA

TUANKU BAINUN

PULAU PINANG

NAMA PENSYARAH : ENCIK ABDULLAH BIN CHIK

SEMESTER MEI 2012

Page 2: PPBK Powerpoint

KANDUNGAN

ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

1.0 Pengenalan 1

1.1 Latar Belakang Kajian 2

1.2 Pernyataan Masalah 2

1.3 Objektif Kajian 4

1.4 Kepentingan Kajian 5

1.5 Batasan Kajian 5

1.6 Definisi Operasional 6

1.7 Kesimpulan 7

BAB 2 TINJAUAN LITERATUR

2.0 Pengenalan 8

2.1 Kajian Berkaitan 8

2.2 Kajian Literatur 12

2.3 Kesimpulan 14

Page 3: PPBK Powerpoint

1.0 Pengenalan

Perkembangan teknologi maklumat serta penggunaan komputer membawa implikasi yang besar

ke atas kehidupan manusia termasuklah dalam bidang pendidikan. Ianya dapat membantu guru-

guru dan pelajar-pelajar dalam proses pengajaran pembelajaran dengan lebih menarik dan

interaktif. Selain dari bahan bantu mengajar, komputer juga boleh digunakan untuk

mempercepatkan proses pengurusan dan penilaian di sekolah. Menurut Heinich, Molenda and

Russell (1993) banyak perisian komputer yang boleh dimanfaatkan dalam setiap aspek

pendidikan.

Perkembangan PPBK Kaedah pengajaran pembelajaran berbantukan komputer telah lama wujud

sejak tahun 1960-an lagi di Amerika Syarikat dengan menggunakan komputer IBM. Satu projek

PPBK yang dinamakan PLATO (Programmed Logic Automatic Teaching Operation) telah

dibangunkan dengan kerjasama Universiti Illinois untuk membangunkan bahan perisian kursus

untuk di gunakan di sekolah-sekolah. Di Malaysia, PPBK telah mula di perkenalkan dengan

melibatkan 60 buah sekolah menengah yang dibekalkan 20 buah komputer pada tahun1993.

Suatu bahan perisian yang di namakan ComIL telah di perkenalkan dengan kerjasama MIMOS

dan Kementerian Pendidikan. Sekarang ini tumpuan utama PPBK adalah melibatkan empat mata

pelajaran iaitu Matematik, Sains, Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Kaedah pengajaran

menggunakan komputer juga akan semakin berkembang dengan wujudnya Sekolah Bestari yang

mana merupakan salah satu dari tujuh aplikasi MSC. Usaha-usaha sedang dijalankan oleh semua

pihak untuk menjadikan mutu dan taraf pendidikan dapat ditingkatkan melalui pelbagai aspek

dan salah satunya ialah penggunaan bahan-bahan perisian PPBK yang bersesuaian dan menepati

kehendak pendidikan semasa.

Di negara maju, penggunaan Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer (PPBK) telah

diterima oleh guru dan murid dalam dunia pendidikan. Di Malaysia pula, penggunaan PPBK ini

telah digunakan secara meluas terutamanya di kalangan guru pendidikan khas. Kajian-kajian

yang lepas menunjukkan bahawa PPBK mempunyai peranan yang besar dalam pengajaran

akademik khususnya dalam mengatasi masalah murid yang sukar memahami pembelajaran.

Page 4: PPBK Powerpoint

Murid-murid pendidikan khas ini mempunyai ciri-ciri tertentu di antaranya daya tumpuan yang

singkat jika dibandingkan dengan murid-murid normal. Keadaan ini menyukarkan guru untuk

mencari dan menyusun perancangan pengajaran dan pembelajaran yang baik. Perancangan rapi

perlu dibuat untuk mengajar mereka supaya dapat meningkatkan tumpuan dan pencapaian

akademik. Bagi menggunakan PPBK dengan baik dan kreatif, guru pendidikan khas perlu diberi

pendedahan terlebih dahulu dengan mengikuti kursus asas anjuran Jabatan Pendidikan Khas

(JPK), Bahagain Perkembangan Kurikulum dan Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP).

Memang tidak dinafikan satu tugas besar dan mencabar dalam mendidik murid-murid istimewa

ini. Sekiranya kita terus mengajar dengan menggunakan kaedah tradisional iaitu dengan

menggunakan papan kapur atau sebagai penceramah sahaja, diyakini murid-murid pendidikan

khas tidak dapat mengekalkan tumpuan dan secara tidak langsung mempengaruhi pencapaian

akademik mereka.

2.0 Kelebihan Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer

Guru sering menghadapi masalah bagi mendapatkan sumber apabila diperlukan. Oleh itu,

seseorang guru haruslah mahir mengenal pasti, membuat keputusan untuk memilih PBK yang

paling berkesan supaya dapat mengoptimumkan sumber dalam mencapai objektif pengajaran

yang dirancang. Kualiti pengajaran yang berpusatkan murid amat bergantung kepada

keberkesanan guru memilih dan menggunakan PBK yang sesuai. Penggunaan PBK oleh guru

mampu menarik tumpuan dan memberi impak kepada tumpuan dan peningkatan pencapaian

akademik murid.

Halimahtun Saadiah dan Nor Azilah (2003), menyatakan kejayaan Pengajaran dan Pembelajaran

Berbantukan Komputer dalam pendidikan bukan hanya terletak pada teknologi tetapi juga faktor

lain seperti pendekatan pedagogi, subjek yang diajar, jenis murid, tahap pencapaian murid,

keperluan murid, guru dan persekitaran bilik darjah.

Page 5: PPBK Powerpoint

Menurut Yakop (1985), kaedah pengajaran dan PPBK ini boleh digunakan untuk mengatasi

masalah murid yang mempunyai kebolehan dan potensi yang berbeza. Murid-murid yang cerdas

boleh belajar dan menyelesaikan latihan dengan secepat mungkin mengikut tahap pemahaman

mereka. Murid yang lemah pula dapat mempelajari topik yang sukar dengan berulang-ulang kali

sehingga mereka faham. Ini dapat memotivasikan murid yang lemah untuk meningkatkan

prestasi mereka.

Menurut Rashidi Azizan &Abdul Razak Habib (1995), kaedah Pengajaran dan Pembelajaran

Berbantukan Komputer ini dapat mewujudkan persekitaran pembelajaran yang baru dan suasana

pembelajaran yang sihat dan seronok untuk murid.

Memandangkan penggunaan komputer telah berkembang dengan pesat, maka tumpuan

seharusnya diberikan untuk menghasilkan produk yang menggunakan perisian yang berkualiti

(Yusuf Hashim, 1997). Oleh yang demikian kaedah ini wajar dijalankan bagi meninjau

keberkesanannya dalam proses pengajaran dan pembelajaran murid-murid pendidikan khas.

Pihak sekolah, JPK dan seterusnya KPM perlu sedar mengenai kepentingan penggunaan PBK

ini, kerana boleh dikatakan hampir semua sekolah telah diperuntukkan dengan makmal komputer

dan Notebook dengan talian Wi-Fi percuma yang membolehkan guru dan murid mengakses

internet dengan mudah dalam mencari ilmu atau sumber pengajaran dan pembelajaran. Peluang

ini seharusnya digunakan oleh guru untuk mempelajari sesuatu bidang terutamanya dalam

mrnghasilkan PBK yang berkualiti.

Menurut di dalam kajian Aszoura (2007), di Malaysia, pendidikan komputer telah mula

diperkenalkan pada tahun 1993 dengan melibatkan 60 buah sekolah menengah. Sekolah-sekolah

tersebut telah dibekalkan dengan 20 buah komputer. Pembelajaran Berbantukan Komputer

(PBK) juga mula berkembang dengan wujudnya Sekolah Bestari dan terkini Kementerian

Pelajaran telah melaksanakan Projek Pembestarian Sekolah.

Page 6: PPBK Powerpoint

Kaedah PBK dapat menguji tahap kefahaman pelajar dengan memberi ujian pendek tentang

bahan yang telah dipelajari. Selepas pelajar menjawab ujian tersebut, komputer dapat menilai

jawapan yang diberi oleh pelajar itu betul atau salah. Sekiranya terdapat kesalahan, pelajar diberi

peluang untuk mengulangi soalan tersebut. Kaedah PBK juga dapat membantu pelajar-pelajar

lemah yang menghadapi masalah dalam sesuatu pelajaran yang dipelajrinya dalam pendidikan

pemulihan. Komputer berupaya memberi penerangan mengenai masalah pembelajaran kepada

pelajar-pelajar. Dengan adanya ciri-ciri penerangan ini, pendidikan pemulihan dapat dilakukan

dengan segera, menurut Rusdina (1993).

Berikut adalah kelebihan kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer

1. Membantu pelajar lemah.

Pelajar yang lemah boleh belajar mengikut keupayaannya. Pelajar ini boleh

mengulangkaji pelajaran sehingga berjaya memahami konsep-konsep yang diajar tanpa

mengganggu perjalanan pelajar lain yang lebih cerdas. Dengan ini, perbezaan kognitif

dan psikologi pelajar antara pelajar akan berkurangan jika teknologi komputer dijadikan

satu pendekatan dalam membantu proses pengajaran dan pembelajaran.

2. Maklumbalas yang cepat

Komputer berupaya untuk memberi maklum balas yang cepat terhadap jawapan yang

diberikan oleh pelajar. Ini membolehkan murid mengambil tindakan sewajarnya jika

jawapan pelajar adalah salah.

3. Mutu dan perhatian

Apabila komputer membantu tugas yang biasanya dilakukan oleh guru, perhatian yang

lebih dapat diberikan kepada kepekaan seseorang pelajar. Guru juga mempunyai masa

yang lebih untuk membaiki bahan pelajar serta merancang menghasilkan perisian yang

lebih baik untuk kesesuain pembelajaran mengikut tahap pelajar-pelajarnya.

Page 7: PPBK Powerpoint

4. Mengamalkan Kemajuan Pencapaian Pelajar

Kebanyakkan perisian kursus mempunyai ciri interaksi dengan pelajar secara tidak

langsung ini memaksa pelajar menjadi aktif dan meningkatkan daya tumpuan apabila

menggunakan perisian PPBK. Dengan itu, guru dapat memantau kemajuan pencapaian

pelajar.

5. Paparan menarik

Kombinasi warna dan muzik yang tepat dapat menghasilkan paparan yang menarik.

Penggunaan permainan dan susunan teks yang teratur akan memberikan persembahan

yang menarik. Semua ini dapat menghasilkan cara pembelajaran yang berkesan.

6. Pelajar-pelajar dapat memberi tumpuan yang sepenuhnya kepada pelajaran. Ini

disebabkan terdapat pemaparan grafik berwarna-warni yang dapat menarik perhatian

pelajar. Penjelasan sesuatu konsep pelajaran yang lebih berkesan berbanding dengan cara

melukis di atas papan hitam.

7. Pelajar dapat menjelajah skrin komputer. Ini memberikan cara pembelajaran yang tidak

dapat dilakukan melalui buku teks seterusnya secara langsung memberi peluang kepada

pelajar supaya dapat membiasakan diri dengan teknologi.

8. Pengiraan yang kompleks dapat diselesaikan dengan mudah, cepat dan tepat. Ini

menjimatkan masa pelajar dengan memberi arahan kepada komputer untuk melakukan

kerjanya kerana pelajar hanya perlu memasukkan data ke dalam komputer seterusnya

komputer yang akan memproses data dan memberi semua output. Pelajar akan mendapat

hasil output melalui paparan skrin komputer.

Page 8: PPBK Powerpoint

3.0 Jenis-jenis PPBK

Terdapat lima jenis PPBK yang utama iaitu latihtubi, tutorial, simulasi, permainan dan

penyelesaian masalah. Setiap jenis PPBK mempunyai kelebihan masing-masing dan sesuai

digunakan dalam mata pelajaran peringkat rendah, menengah dan tinggi.

Latihtubi adalah suatu latihan yang berikan oleh komputer untuk meningkatkan pengalaman

pembelajaran. Komputer akan memberikan soalan dan merakamkan semua jawapan yang betul

atau salah. Seterusnya komputer dapat memberikan maklumbalas kepada pelajar. Ini akan

membolehkan pelajar yang kurang berpengalaman dapat mengikuti perjalanan kursus mengikut

tahapnya sendiri dan dapat memaparkan kemajuannya pada bila-bila masa sahaja.

Tutorial melibatkan komputer memperkenalkan bahan-bahan pembelajaran di sampaikan secara

berperingkat-peringkat dan diikuti dengan soalan-soalan. Seterusnya komputer akan menyemak

jawapan dan memberikan maklum balas. Ianya sesuai digunakan untuk memperkenalkan isi

kandungan baru, mengulangkaji dan pemulihan kepada pelajar yang berpencapaian rendah atau

pengayaan kepada pelajar yang berpencapaian tinggi.

Simulasi adalah suatu situasi yang disediakan oleh komputer dengan memberikan gambaran

sebenar terhadap sesuatu objek, proses atau peristiwa. Pelajar dapat berinteraksi secara aktif

dengan komputer berdasarkan perana masing-masing bagi membuat keputusan, menyelesaikan

masalah, isu, tugasan tertentu dan membuat keputusan yang tertentu. Ianya sesuai digunakan

untuk pembelajaran proses dan konsep yang kompleks terutama dalam mata pelajaran seperti

sains dan lain-lain yang memerlukan kajian atau modul atau modul yang mahal, merbahaya atau

mengambil masa yang lama.

Permainan merupakan jenis PPBK yang melibatkan aktiviti berbentuk pertandingan di mana

pelajar akan membuat keputusan, mengikut arahan dan peraturan. Unsur-unsur hiburan dan

keseronokan dimasukkan bersama-sama semasa pelajar mempelajari sesuatu kemahiran dalam

PPBK. Ianya akan dapat memperkembangkan kemahiran mental, logik, pengetahuan dan

Page 9: PPBK Powerpoint

penyelesaian masalah. pelajar-pelajar akan mempunyai motivasi yang tinggi untuk menjadi

juara.

Penyelesaian masalah adalah jenis PPBK yang dapat digabungkan dengan kaedah permainan

untuk menghasilkan suatu keputusan yang hendak diambil oleh pelajar. Pelajar akan melakukan

pilihan yang sesuai dan tepat. Pembinaan bahan PPBK Apabila hendak membina bahan PPBK,

beberapa aspek perlu diambil kira seperti ahli-ahli kumpulan dan jenis perisian yang sesuai

digunakan supaya mencapai objektif yang ditetapkan pada mula-mula lagi.

4.0 Persembahan Power Point

Power point digunakan sebagai alat persembahan. Perisian ini mempunyai keistimewaannya

yang tersendiri. Ia boleh digunakan untuk membuat slaid persembahan. Selain itu ia boleh

memuatkan gambarajah dan grafik yang menarik. Perisian ini dapat menghasilkan dan melukis

carta atau jadual dengan cepat. Kesan animasi dapat dimasukkan kepada teks dan dan objek di

dalam slaid.

4.1 Berikut adalah slaid mengenai set PPBK dalam Pengajaran dan Pembelajaran Kemahiran

Hidup untuk murid pendidikan khas.

Page 10: PPBK Powerpoint

5.0 Kesimpulan

Pembelajaran berbantukan komputer bukanlah merupakan satu fenomena yang baru. PBK

berupaya menukarkan pengajaran secara tradisional kepada suasana yang lebih baik dan banyak

memberi manfaat. Daripada tinjauan yang dibuat, kebanyakkan Pengajaran dan Pembelajaran

menunjukkan penggunaan teknologi dalam pembelajaran membuahkan hasil yang

memberansangkan. Ini disebabkan teknologi maklumat dapat membina program pembelajaran

yang berpusatkan murid. Hasil tinjauan ini menunjukkan kegiatan penggunaan komputer harus

dipertingkatkan lagi untuk menarik tumpuan dan minat murid dalam melaksanakan pengajaran

dan pembelajaran yang berkualiti.

Melaksanakan PPBK merupakan perkara yang penting dan memerlukan sokongan serta usaha

yang bersungguh-sungguh di antara pemimpin sekolah, guru, pelajar dan semua pihak. Sekolah

tidak ada pilihan lain melainkan menerima perubahan dan fenomena ICT serta guru-guru perlu

cepat menguasai ilmu dan ketrampilan ICT untuk diterapkan di dalam proses pengajaran dan

pembelajaran. Untuk itu penglibatan pemimpin sekolah dalam membina polisi, pelan

pembangunan ICT dan sokongan terhadap program pembangunan staf adalah menjadi teras

utama. Sokongan dan sumbangan pihak luar harus dilihat sebagai satu peluang untuk

memantapkan penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Page 11: PPBK Powerpoint