pp bil. 1 2011 garis panduan bayar...

Download PP Bil. 1 2011 Garis Panduan Bayar Samanpendaftar.uthm.edu.my/v2/en/perkhidmatan/doc_download/35... · garis panduan kaedah pembayaran saman kesalahan lalu lintas yang melibatkan

If you can't read please download the document

Upload: dinhkhanh

Post on 06-Feb-2018

235 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

Microsoft Word - PP Bil. 1 2011 Garis Panduan Bayar Saman.doc

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

UTHM/PP/100-6/3 JLD 11 ( 01 ) 27 Januari 2011

________________________________________

PEKELILING PENGURUSAN BIL. 1 TAHUN 2011 ____________________________________

GARIS PANDUAN KAEDAH PEMBAYARAN SAMAN KESALAHAN LALU LINTAS

YANG MELIBATKAN KENDERAAN-KENDERAAN DI BAWAH HAK MILIK UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

1.0 TUJUAN

Pekeliling ini bertujuan untuk menjelaskan mengenai garis panduan dan

pelaksanaan kaedah pembayaran saman kesalahan lalu lintas yang

melibatkan kenderaan-kenderaan di bawah hak milik berdaftar Universiti Tun

Hussein Onn Malaysia.

2.0 LATAR BELAKANG

2.1 Pemakluman tentang isu tunggakan saman Polis DiRaja Malaysia

(PDRM), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan saman Pihak Berkuasa

Tempatan (PBT) serta kaedah penyelesaian saman kenderaan kerajaan

telah dijelaskan oleh Kementerian Kewangan Malaysia melalui surat

KK/BP 10/820/438/4-1 Klt. 24(17) bertarikh 28 Jun 2007.

2.2 Pihak PDRM telah mengeluarkan notis peringatan saman trafik ke atas

kenderaan Universiti dari masa ke semasa dan kegagalan menjelaskan

pembayaran saman tersebut dalam tempoh yang ditetapkan, boleh

menyebabkan kenderaan Universiti disenaraihitamkan dan secara tidak

langsung akan menjejaskan pembaharuan cukai jalan serta urusan

insuran semua kenderaan tersebut.

2.3 Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Bil. 13/2010 pada 25 Julai 2010

telah bersetuju meluluskan Cadangan Bayaran Saman Kesalahan Lalu

Lintas Kenderaan Rasmi Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Melalui

Potongan Gaji Staf Terlibat

3.0 KAEDAH PELAKSANAAN PEMBAYARAN SAMAN KENDERAAN

UNIVERSITI

3.1 Bagi kenderaan Universiti yang digunakan secara guna sama,

pemandu kenderaan pada masa kesalahan lalu lintas itu dilakukan

adalah bertanggungjawab untuk menyelesaikan saman lalu lintas

berkenaan. Namun begitu, sekiranya saman kesalahan lalu lintas

tersebut berpunca daripada arahan penumpang/pengguna kenderaan

itu, maka penumpang/pengguna tersebut akan dipertanggungjawabkan

untuk membayar saman berkenaan, dengan syarat arahan itu dicatat

oleh pemandu di dalam Borang UTHM.PP/BPP 49/2010 dan disahkan

oleh penumpang/pengguna berkenaan.

3.2 Bagi kategori Kereta Rasmi, pegawai Universiti yang tidak disediakan

pemandu, adalah bertanggungjawab sepenuhnya ke atas saman lalu

lintas yang dikeluarkan. Namun bagi pegawai yang disediakan

pemandu, tanggungjawab menjelaskan saman lalu lintas tersebut

adalah terletak kepada pemandu tersebut atau pegawai Universiti

(penentuan berdasarkan rekod yang dicatatkan di dalam Buku

Log atau Borang UTHM.PP/BPP 49/2010).

3.3 Pihak Pejabat Pembangunan dan Pengurusan Hartabina (PPH) akan

mengeluarkan surat makluman dan arahan pembayaran saman trafik

yang diterima sama ada daripada PDRM, JPJ atau Pihak Berkuasa

Tempatan (PBT) kepada staf yang terlibat selepas semakan dan

siasatan dibuat berdasarkan Buku Log atau lain-lain dokumen

sokongan yang berkaitan.

3.4 Pemandu dan penumpang/pengguna kenderaan Universiti hendaklah

menjelaskan bayaran saman selewat-lewatnya dua (2) minggu

daripada tarikh surat makluman daripada Pejabat Pembangunan

dan Pengurusan Hartabina (PPH) dan terus mengemukakan salinan

resit bayaran saman kepada pihak Pejabat Pembangunan dan

Pengurusan Hartabina (PPH) bagi tujuan rekod.

3.5 Bagi pemandu dan penumpang/pengguna kenderaan Universiti yang

tidak memberikan sebarang maklum balas terhadap surat makluman

daripada PPH dalam tempoh yang ditetapkan tersebut akan dianggap

sebagai gagal membuat penyelesaian saman. Oleh yang demikian

pihak Universiti akan terus membuat potongan gaji staf terlibat

mengikut jumlah saman yang dikenakan.

4.0 PEMAKAIAN

4.1 Peruntukan-peruntukan dalam garis panduan ini adalah terpakai

kepada semua pemandu dan penumpang/pengguna kenderaan di

bawah hak milik berdaftar Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

4.2 Pihak Universiti boleh meminda garis panduan ini mengikut keperluan

dari masa ke semasa.

5.0 KUATKUASA GARISPANDUAN

5.1 Ketua PTj /Jabatan/Pusat/Unit diminta memastikan garis panduan ini

dipatuhi oleh staf masing-masing berkuat kuasa daripada tarikh

Pekeliling Pengurusan ini dikeluarkan.

Sekian, terima kasih.

"DENGAN HIKMAH KITA MENEROKA"

Yang benar,

SULAM BIN HAMID

Pendaftar 07-4537100

s.k - Y. Bhg. Dato Naib Canselor - Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) - Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi)

- Penolong-Penolong Naib Canselor - Dekan-Dekan Fakulti - Pengarah Pejabat / Pusat

- Ketua-ketua Pejabat /Pusat /Unit SH/emd/01012011/PekelilingPengurusan