power point sukan golf 2015.ppt

Upload: enalbrooke

Post on 05-Oct-2015

20 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • SUKAN GOLFPERANCANGAN/PROGRAM TEKNIK GOLF 2015

  • PENGENALAN Dalam usaha melahirkan lebih ramai ahli sukan yang berjaya di pelbagai peringkat pertandingan, tentunya memerlukan pendekatan yang positif melalui program yang sistematik, terancang dan dengan pendekatan serta pemantauan yang rapi sejak usia dini lagi. Menyedari hakikat tersebut, Kementerian Pendidikan Malaysia telah melaksanankan beberapa usaha untuk membangunkan minat bersukan golf dikalangan pelajar di peringkat rendah lagi dengan mengembeling tenaga bersama dengan pihak lain di semua peringkat bagi melaksanakan hasrat tersebut.

  • MATLAMATProgram ini dharap dapat meningkatkan Mutu permainan ke tahap yang lebih tinggi.

    Dapat membimbing pelajar yang berpotensi melalui satu program yang terancang dan sistematik dengan pemantauan yang sempurna.

    Dapat mencapai Kedudukan 10 terbaik dalam Pertandingan Golf Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia tahun 2015

  • OBJEKTIFMembantu megembangkan bakat dan potensi sedia ada peserta secara sistematik,terancang dan berkesan.Menanam sikap yang positif,inovatif dan berkomitmen, berdaya saing dan serta bersemangat juang dalam mencapai kejayaan.Membentuk pertumbuhan fizikal dan mental serta menyerap nilai-nilai murni pada diri atlet sejajar dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.Melahirkan lebih ramai pemain yang berbakat yang boleh diketengahkan ke peringkat yang lebih tinggi.Menanam semangat kesukanan yang tulin, bersahsiah serta berpelakuan terpuji dan sentiasa ingin memajukan diri dan memberikan komitmen yang tinggi sepanjang masa

  • SASARANPemain-pemain yang mempunyai potensi untuk mewakili pasukan golf Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Kelantan ke pertandingan golf Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia 2015.

    5.2Pemain baru yang berbakat yang telah dikenal pasti daerah-daerah yang masihbersekolah.

    5.3kategori sasar5.3.1Lelaki bawah 12 tahun5.3.2Perempuan Bawah 12 tahun5.3.3Lelaki bawah 15 tahun5.3.4Perempuan bawah 15 tahun5.3.5Lelaki bawah 18 tahun5.3.6 Perempuan bawah 18 tahun

    5.4Sasaran Pingat : 10 kedudukan terbaik peringkat Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia.

  • STRATEGI PELAKSANAANMembentuk satu jawatankuasa perlaksanaan program.Menyediakan kertas konsep oleh Pengerusi Teknik golf MSSK.Menyediakan program latihan jangka panjang dengan menetapkan, Matlamat dan objektif yang hendak dicapai.Menyediakan senarai lengkap peserta yang akan mengikuti program yang akan dipantau dari semasa ke semasa oleh Pengerusi Teknik Golf MSSKMendapat tenaga pengajar dan jurulatih bertauliah serta mempunyai pengalaman yang luas serta mempunyai rekod pencapaian yang baik dalam bidang ini.Mengambil bahagian dalam pertandingan golf anjuran Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia dan mana-mana pertandingan yang sesuai dengan kerjasama Majlis Sukan Negeri.Mengadakan sesi bimbingan dan motivasi bagi membantu membentuk kekuatan mentaldan psikologi pemain.Menyediakan carta pelunjuran peningkatan semasa pemainMenbuat laporan dan analisa keberkesanan program yang telah dirancang dan membuat modifikasi jika perlu untuk tindaka susulan.

  • KAWALAN DAN PENYELIAAN

    Jurulatih bertauliahAhli jawatankuasa perlaksanaan programPengerusi Teknik Golf MSSK

  • PENILAIANPetunjuk PrestasiLaporan prestasi pemain dari segi perubahan tingkah laku dan sikapKeputusan keputusan yang disertaCarta Pelunjuran peningkatan pencapaian pemain

    Cara Mengukur Prestasi Dinilai berdasarkan pemerhatian, soal jawab, ujian praktikal dan keputusan (score) yang konsisten.Menilai keputusan (score) dengan membuat pertandingan bagi memilih pemain yang layak maju.Diukur melalui laporan dan pencapaian secara keseluruhan