power point hbsc3103 faudzi

10
HBSC 3103 : BIOLOGI II : CONTINUITY OF LIFE NAMA : MOHD FAUDZI MOHD SALEH TAJUK : KEJURUTERAAN GENETIK

Upload: zauhari-hussein

Post on 20-Jul-2015

83 views

Category:

Education


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Power point hbsc3103 faudzi

HBSC 3103 : BIOLOGI II : CONTINUITY OF LIFE

NAMA : MOHD FAUDZI MOHD SALEH

TAJUK : KEJURUTERAAN GENETIK

Page 2: Power point hbsc3103 faudzi

PENGENALAN

Kejuruteraan genetik merupakan istilah yang digunakan terhadap bidang pengubahsuaian genetik sesuatu organisma. Kejuteraan genetik juga dikenali sebagai teknologi DNA rekombinan kerana gen yang terdiri daripada urutan DNA tertentu diasingkan dan digabung semula dengan DNA organisma lain.

Page 3: Power point hbsc3103 faudzi

INDUSTRI PERTANIANDalam industri pertanian, petani-petani banyak mengalami masalah yang mampu menggugat hasil pendapatan mereka. Ini menyebabkan generasi baru tidak berminat mengusahakan industri ini kerana hasil pendapatan mereka yang tidak menentu justeru, dengan menggunakan kejuruteraan genetik masalah kesuburan tanaman, jangkitan penyakit dan haiwan perosak serta pengaruh alam sekitar dapat dikurangkan.

Dengan penggunaan teknologi genetik tumbuhan yang dihasilkan akan lebih bermutu dan produktif. Sebagai contohnya : > Buah yang besar > Buah tanpa biji > Tumbuhan yang lebih tahan dengan serangan penyakit dan

haiwan perosak > Tumbuhan yang lebih kiuat dan lasak dengan perubahan alam

sekitar.

Page 4: Power point hbsc3103 faudzi

Tembikai ini mempunyai bilangan kromosom yang ganjil dan ini menyebabkan biji tidak dapat dihasilkan akibat terdapat kekeliruan ketika proses meiosis. Penggunaan bahan kimia juga dapat mencacatkan penghasilan pembentukan biji benih.

Selain itu, tumbuhan strawberi juga kini lebih tahan sejuk berbanding pohon semulajadi. Ini kerana ahli saintis telah berjaya mengekstrakan gen pada bakteria yang tahan sejuk lalu diaplikasikan kepada pohon strawberi supaya tidak rosak jika suhu menjadi sejuk lampau. Ini penting bagi petani kerana sumber pendapatan boleh terjejas jika hasil tidak banyak.

Kini terdapat juga usaha untuk menghasilkan tumbuhan yang tidak menghasilkan gejala alergik dalam kalangan pengguna dan ini dapat meningkatkan hasil jualan petani.

Pernahkah anda makan buah tanpa biji seperti tembikai ?

Page 5: Power point hbsc3103 faudzi

INDUSTRI TERNAKAN

Banyak usaha telah dijalankan dalam usaha membangunkan sektor ini. Sejak dahulu lagi, teknik pembiakbakaan telah pun diaplikasikan kepada haiwan ternakan untuk menghasilkan baka ternakan yang lebih baik daripada asalnya untuk tujuan keuntungan dan kemudahan. Pengklonan dan pengubahsuaian haiwan ternakan sememangnya dapat membantu dalam masalah kebuluran dan kekurangan zat dalam makanan.

Seperti kita ketahui sumber protein yang sedia ada memang berkurangan berbanding dengan kepesatan pembesaran populasi manusia di dunia. Maka penggunaan teknologi ini sangat penting dalam menampung keperluan protein manusia seluruh dunia

Page 6: Power point hbsc3103 faudzi

Usaha-usaha seperti melahirkan haiwan transgenik sedang pesat dijalankan bagi menghasilkan haiwan-haiwan yang sebagai contohnya :

> Kambing yang menghasilkan susu yang lebih banyak > Ayam yang menghasilkan telur yang lebih besar dan di

bervitamin > Ikan yang lebih besar dan tahan lasak dengan keadaan

persekitaran

Gen-gen yang berguna telah diselitkan kepada haiwan ini semasa dalam keadaan persenyawaan invitro dan sel telur yang telah disenyawakan dipindahkan kepada ibu tumpang yang sesuai bagi pembesaran berikutnya. Anak yang baru lahir ini akan mempunyai ciri-ciri yang telah dibawa oleh gen yang telah diterapkan.

Page 7: Power point hbsc3103 faudzi

INDUSTRI PERUBATAN

Dalam perubatan penghasilan seperti hormon-hormon khusus, vaksin, antibiotik, dan pendermaan organ atau sel khusus adalah intipati penting dalam menyelamatkan nyawa manusia.

Hormon insulin yang digunakan untuk merawat pesakit kencing manis (diabetes melitus) pada asalnya diekstrak dari khinzir dan lembu. Cara ini sangat mahal dan lambat kerana hormon ini hanya dapat diekstrak dengan sikit dan haiwan tersebut terpaksa disembelih. Selain itu cara ini banyak menimbulkan konflik dalam aspek keagamaan, contohnya di mana pengunaan hasil daripada haiwan khinzir adalah dilarang dalam Islam.

Akhirnya insulin kini dapat dihasilkan dengan pemindahan gen khusus kepada satu bakteria untuk menghasilkan produk yang lebih cepat dan mencukupi.

Page 8: Power point hbsc3103 faudzi

Dalam kemalangan pula atau pembedahan kadang kala memerlukan darah simpanan untuk menyokong tubuh pesakit dan kini bekalan darah sangat kurang di bank darah. Penyakit genetik seperti 'cri du chat', sindrom Down boleh diatasi dengan mengubahsuai gen-gen abnormal kepada gen normal melalui terapi gen contohnya. Pesakit barah yang menderita akibat pertumbuhan sel mutasi boleh menerima manfaat juga melalui pemodenan dalam era Kejuruteraan Genetik.

Page 9: Power point hbsc3103 faudzi

CONTOH HARIAN HASIL KEJURUTERAAN GENETIK

Baju hasil buatan kapas yang telah dipertingkatkan mutunya.

Makanan seperti tauhu, tempe dan juga air soya semuanya datang dari pokok kacang soya transgenik.

Penghasilan tapai dan air tuak.

Beras dipasaran sekarang adalah hasil yang paling nyata dari segi penggunaan kejuruteraan genetik di Asia. Seperti kita lihat di iklan-iklan di televisyen, beras-beras kini adalah

bermutu tinggi dan lebih besar daripada dahulu.

Page 10: Power point hbsc3103 faudzi