power point

31
Semantik

Upload: akif8475

Post on 25-Oct-2015

38 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

TEST

TRANSCRIPT

Page 1: Power point

Semantik

Page 2: Power point

SEMANTIK

• Ujaran mempunyai pelbagai tafsiran, sama ada secara langsung atau secara tidak langsung.

• Secara mudah, semantik dianggap sebagai kajian tentang makna.

• Mengikut tafsiran luas, semantik ialah kajian sintaksis, proposisi dan pragmatik (kajian lakuan linguistik).

• Mengikut tafsiran sempit, semantik ialah kajian tentang teori referensi (denotatif, ekstensi), dan teori makna (konotasi, intensi).

Page 3: Power point

RUJUKAN

• Rujukan ialah benda, konsep atau perlakuan yang dirujuk.• Rujukan ditambah dengan kata atau istilah yang sesuai. Misalnya gabungan

fonem: / k /, / b /, / c /, / d /, / g /, / h /, / n /, / m /, / r /, / t /, / s /, / w /, / y /, / i /, / a /, / e /, / o /, / u / akan menerbitkan bunyi yang bermakna.

[ kertas ], [ bangku ], [ wanita ], [ rumah ], [ bangunan ], [ cahaya ], [ budak ]

• kertas: bahan tipis yang diperbuat daripada kayu• bangku: papan panjang yang berkaki (tempat duduk)• wanita: perempuan dewasa• cahaya: benda terang yang memancar daripada matahari,

bulan…• rumah: binaan untuk tempat tinggal• budak: anak, kanak-kanak• bangunan: sesuatu yang didirikan, seperti rumah, gedung,

menara…

Page 4: Power point

LAMBANG

Kata wanita diberi lambang:

Merujuk bentuk tulisan yang mewakili perkataan yang diujarkan.

Kata rumah diberi lambang:

Kata harimau diberi lambang:

Page 5: Power point

LAMBANG

• Berikut ialah hubungan antara rujukan, kata, makna dan lambang.

rujukan kata

(benda / konsep) (ujaran)

Lambang makna

(tulisan) (tafsiran)

Page 6: Power point

LAMBANG

• Rajah itu merumuskan:

rujukan benda / konsep sesuatu yang dirujuk

kata unsur bahasa yang merujuk bentuk ujaran

makna tafsiran bagi benda atau konsep

• Hubungan antara benda dengan makna secara langsung.

• Hubungan antara benda dengan kata, kata dengan makna, makna dengan lambang, dan lambang dengan benda secara tidak langsung.

Page 7: Power point

JENIS MAKNA

• Secara umum, jenis makna dapat dibahagikan kepada tiga, iaitu makna leksikal, makna ketatabahasaan, dan makna konteks.

• Makna leksikal ialah makna yang dimiliki atau yang ada pada perkataan dengan tidak mengambil kira konteks, iaitu makna sebenar. Contoh:

perdu = kelompok pokok, rumpun

percik = titik air yang berserak-serak di sana-sini

malakut= alam atau tempat malaikat atau roh

jerat = tali pencerut untuk menangkap satwa

lugas = tentang yang perlu sahaja

Page 8: Power point

JENIS MAKNA

• Makna ketatabahasaan wujud melalui proses gramatis seperti pengimbuhan, penggandaan, dan pemajmukan. Contoh:maksud= tujuan, hajat, kehendak, niatbermaksud = bertujuan, berhajat, berniat, berkehendak= mengandung erti

• Makna konteks ialah makna kata yang wujud dalam suatu konteks, dengan mengambil kira tempat, waktu, dan lingkungan peristiwa. Contoh:* Rambut di kepalanya sudah putih* Sultan ialah kepala negeri* Kepala surat itu sudah pudar* Kepala lututnya masih kuat* Kepala kainnya sudah tidak kemas

Page 9: Power point

MAKNA RUJUKAN DAN MAKNA BUKAN RUJUKAN

• Makna rujukan ialah makna yang ada rujukan atau acuannya. Misalnya kata rumah, hujan dan lukisan ialah kata yang bermakna rujukan kerana wujud acuannya di dunia nyata.

• Makna bukan rujukan ialah makna yang tidak mempunyai rujukan seperti dan, atau, di samping, kerana…

• Terdapat sejumlah kata yang dinamakan deiktik, iaitu acuannya tidak menetap pada satu maujud, tetapi bergantung pada konteks. Contohnya:

• Kata ganti nama: dia, saya, kami, kita, beliau…• Kata menyatakan ruang: di sini, di sana…• Kata menyatakan waktu: kini, dini, esok, nanti…• Kata tunjuk: ini, itu.

Page 10: Power point

MAKNA DENOTATIF DAN MAKNA KONOTATIF

• Makna denotatif ialah makna asli, asal, atau makna sebenarnya. Oleh itu, makna denotatif sama dengan makna leksikal. Contoh:

babi = satwa menyusui yang bermuncung panjang, berkulit tebal, dan berbulu kasar, serta diharamkan bagi orang Islam

gerombolan = kumpulan, kelompok atau kawanan

perempuan = orang yang dapat hamil, melahirkan anak dan menyusui

• Makna konotatif ialah makna lain yang ditambahkan pada makna denotatif, yang ada hubungannya dengan nilai rasa orang yang menggunakan kata itu. Contoh:

babi = jijik dan kotor, rasa marah dan menyampah.

gerombolan = kawanan perusuh atau penjahat

perempuan = unsur negatif

Page 11: Power point

MAKNA DENOTATIF DAN MAKNA KONOTATIF

• Kata yang bermakna konotatif juga bergantung pada konteks. Kata babi, jijik bagi orang Islam, tetapi tidak jijik bagi orang bukan Islam. Begitu juga dengan kata perempuan, mengancam, kurus, rombongan, dan wanita. Contoh:

> Perempuan itu buah hati saya / Memang dasar perempuan!

> Dadah mengancam keselamatan negara. / Hai, mengancam nampak!

> Orang gemuk itu sudah kurus / Badannya kurus kering

> Rombongan pengantin telah tiba / Rombongan alternatif akan menyerahkan…

> Wanita korporat / Wanita penggoda

Page 12: Power point

MAKNA KONSEPTUAL

• Makna konseptual ialah makna yang dimiliki oleh leksikon yang terlepas daripada apa-apa konteks atau asosiasi. Contoh:

inayat: pertolongan, bantuan, pemberian Tuhan.

kukuh: kuat terpancang pada tempatnya.

logika: pengetahuan tentang kaedah berfikir.

nafsu: keinginan hati yang kuat.

gelombang: ombak panjang yang bergulung-gulung

andal: dapat dipercayai

andika: kehormatan tertinggi yang diberikan atau dimiliki oleh raja atau penguasa yang tidak beragama Islam.

• Oleh itu, makna konseptual samalah juga dengan makna leksikal, makna denotatif atau makna rujukan.

Page 13: Power point

MAKNA ASOSIATIF

• Makna asosiatif ialah makna yang dimiliki oleh leksikon akibat wujudnya hubungan leksikon itu dengan sesuatu yang berada di luar bahasa. Contoh:

melati: tumbuhan perdu suku rubiaceace, sering ditanam di halaman rumah, warna bunganya putih berbentuk bintang, terletak pada tandan kecil, berbau sangat harum, sering digunakan di pelbagai upacara adat seperti perkahwinan, juga pada waktu kematian.

- Sesuatu yang suci / kesucian

putih: warna dasar yang serupa dengan warna kapas

- bersih, suci dan murni

merah: warna dasar yang serupa dengan warna darah

- berani atau faham komunis

Page 14: Power point

MAKNA ASOSIATIF

• buaya: binatang berdarah dingin yang merangkak (reptilia), bertubuh besar dan berkaki keras, bernafas dengan paru-paru, dan hidup di air (sungai atau muara sungai).

- Jahat atau kejahatan• Kerbau:binatang memamah rumput, yang biasanya diternak

untuk diambil dagingnya, atau digunakan untuk membajak, rupanya seperti lembu, tanduknya panjang, suka berkubang, umumnya berbulu kelabu kehitaman.

- bebal, bodoh dan dungu.

• Makna asosiatif juga merangkumi makna konotatif, makna stilistik, makna afektif, dan makna kolokatif.

• Makna konotatif bermaksud kata tertentu berasosiasi dengan nilai rasa terhadap kata itu, seperti kata babi, anjing, ramping…

Page 15: Power point

MAKNA STILISTIK, AFEKTIF DAN KOLOKATIF

• Makna stilistik bermaksud penggunaan kata berasaskan perbedaan sosial atau bidang kegiatan, seperti kata rumah, kediaman, tempat tinggal, pondok, istana, banglo, teratak, panti, gedung, pejabat, wisma, balai, dewan, bangunan, asrama, pangsapuri, iglu, dangau, cungkup, bumbung, khemah, reban, sarang, sangkar…

• Makna afektif bermaksud perasaan penutur terhadap pendengar atau objek yang dibicarakan. Contoh:

> Tutup mulut kamu!

> Harap diam sebentar!

• Makna kolokatif bermaksud ciri makna tertentu yang dimilki oleh kata daripada sejumlah kata yang bersinonim sehingga kata itu sesuai dengan pasangan tertentu sahaja. Contoh:

> Tampan untuk lelaki

> Cantik untuk wanita.

Page 16: Power point

MAKNA KATA

• Setiap kata mempunyai makna, iaitu makna leksikal, denotatif atau konseptual. Semua makna ini masih bersifat umum, kasar dan kurang tepat. Makna yang lebih tepat terjelma apabila kata itu berada dalam konteks situasinya. Misalnya kata membawa.

membawa: memegang atau mengangkat sesuatu sambil berjalan atau bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain.

• Apabila digunakan kata membawa dalam konteksnya barulah jelas, apakah kata yang lebih tepat:

membawa, mengangkut, memikul, mendukung, menjunjung, menjinjing, membimbit, menggendong, menggalas, menanggung, mengangkat, mengusung, menatang, memimpin, mengiringi, menemani, mengakibatkan, mendatangkan, menyebabkan, menghasilkan, melibatkan, memasukkan, menarik, menyeret…

Page 17: Power point

MAKNA ISTILAH

• Makna istilah ialah makna yang pasti, jelas, tidak meragukan walau dalam konteks apa pun. Istilah bersifat bebas konteks, dan digunakan dalam didiplin ilmu khusus. Misalnya makna kata khayal dalam bidang perubatan berbeda dengan makna khayal dalam penggunaan biasa. Contoh lain:gagap: Kecacatan pertuturan, lazimnya disebabkan gangguan

psikofisiologi. Bunyi konsonan diulang secara spasmodik, khusunya pada ujaran dini.

ergatif: Nama kasus tatabahasa untuk menandakan subjek KKJT

epigram: Ungkapan atau kata ringkas, bernas dan tajam maksudnya, serta mengandung unsur

bertentangan.

• Dalam perkembangan bahasa, terdapat istilah khusus yang digunakan sebagai kata umum, seperti kata teknologi, psikologi, virus, kalimat, gatra…

Page 18: Power point

MAKNA IDIOM

• Makna idiom ialah satuan ujaran yang maknanya tidak dapat diramal daripada makna unsurnya, sama ada secara ketatabahasaan atau leksikal.

• Secara ketatabahasaan, menjual kereta bermaksud penjual menerima wang, dan pembeli menerima kereta. Namun, bentuk menjual suara tidaklah bermakna penjual menerima wang, dan pembeli menerima suara, tetapi bermaksud orang yang menggunakan suaranya secara total untuk mendapatkan wang pembiayaan hidupnya sehari-hari.

• Contoh lain: membanting tulang, meja hijau (keadilan), sudah senja, masih dini…

Page 19: Power point

MAKNA IDIOM

• Bentuk idiom dapat dibahagikan kepada dua, iaitu idiom penuh dan idiom sebahagian. Idiom penuh ialah idiom yang semua unsurnya terserap menjadi satu kesatuan makna.

• Idiom sebahagian ialah idiom yang salah satu unsurnya masih memiliki makna leksikalnya. Contoh:

• Kertas putih: Kertas yang memuatkan keterangan rasmi secara jelas dan benar tentang sesuatu

perkara / peristiwa.

• Daftar hitam: Daftar yang di dalamnya tersenarai nama orang yang disyaki melakukan kejahatan.

• Filem biru: Filem yang mengandung adegan lucah yang keterlaluan.

• Rumah panas: Rumah yang kerap berlaku bencana.

Page 20: Power point

MAKNA PERIBAHASA

• Peribahasa memiliki makna yang masih dapat dilacak daripada makna unsurnya kerana kewujudan asosiasi antara yang tersurat dengan yang tersirat. Contoh:

• Seperti ilmu padi, kian berisi, kian merunduk.

• Seperti kacang lupa akan kulit.

• Seperti mentimun dengan durian.

• Seperti merak mengigal di hutan

• Seperti penyapu diikat dengan benang sutera

• Seperti tikus membaiki labu

• Seperti golok kayu, ditetak tak lut, dijual tak laku

• Idiom dan peribahasa terdapat pada semua bahasa, terutama pada bahasa yang mempunyai tahap ketamadunan yang tinggi. Kedua-dua makna ini dapat ditelesuri dengan tuntas melalui kamus.

Page 21: Power point

RELASI MAKNA

• Relasi makna bermaksud hubungan semantik yang terdapat antara satuan bahasa yang satu dengan satuan bahasa yang lain. Satuan bahasa mungkin berupa kata, frasa, dan ayat.

• Relasi makna dapat menyatakan:

> kesamaan makna

> pertentangan makna

> jangkauan makna,

> kegandaan makna.

> kelebihan makna

• Relasi makna dapat dilihat dari aspek sinonim, antonim, polisem, homonim, hiponim, ambiguiti dan pertindanan makna.

Page 22: Power point

SINONIM

• Dua kata atau lebih yang mempunyai makna kognitif atau makna konsep yang sama, yang juga merupakan implikasi dua hala. Contoh:

betul : benar mati : korban

fall : autumn freedom : liberty

wide : broad

Mati korban

Page 23: Power point

SINONIM

• Semua kata yang bersinonim tidak persis sama. Ini disebabkan oleh pelbagai faktor. Antaranya:

waktu: laksamana (dini) – komandan (kini)

tempat: saya (di mana-mana) - beta (istana)

formal: wang (rasmi) - duit (tidak rasmi)

sosial: saya (sesiapa sahaja) - aku (sebaya)

laras : matahari (umum) - surya (sastera)

• Setiap kata mempunyai nuansa makna yang berbeda. Contoh:

lihat, melihat, menonton, nampak, melirik, pandang, tengok, jenguk, tenung, renung, tilik, jegil, imbas, belek, perhati, tumpu, tatap, awasi, tinjau, intai, amati, teliti, kenyit, intip, jeling, kerling, teropong, menziarahi, melawat, menjenguk, mengunjungi, mengendap…

Page 24: Power point

ANTONIM

• Kata yang menyatakan pertentangan makna atau kontras makna antara satu kata dengan satu kata yang lain. Hubungan antara kata itu juga bersifat dua hala. Contoh:

amanah - curang

asli - tiruan

bantah - setuju

pasang - surut

teruna - dara

lelaki - perempuan

jantan - betina

tekun malas

Page 25: Power point

ANTONIM

• Antonim dapat dibahagikan kepada beberapa jenis berasaskan sifat tertentu.

• Bersifat mutlak: batas antara satu dengan lain dapat ditentukan dengan jelas. hidup – mati, diam – bergerak

• Bersifat relatif: batas antara satu dengan lain tidak dapat ditentukan dengan jelas. besar – kecil, jauh – dekat, tebal – nipis, panjang – pendek

• Bersifat relasional: kewujudan yang satu perlu disertai oleh yang lain. suami – isteri, membeli – menjual, guru – murid.

• Bersifat hierarki: kedua-dua satuan ujaran yang bertentangan itu berada dalam satu garis hierarki. gram – kilogram

• Dalam setengah bahasa, terdapat ujaran yang memiliki pasangan antonim lebih daripada satu. Keadaan ini dinamakan antonim majmuk. Contoh:Jauh: dekat, hampir, rapat, sebelah, akrab, karib, samping,

sanding, intim, damping…

Page 26: Power point

POLISEM

• Kata atau satuan ujaran yang mempunyai makna lebih daripada satu. Contoh:

kepala: bahagian tubuh (manusia / binatang) dari leher ke atas atau ke hadapan (tempat terdapatnya mata, mulut, telinga…)

kepala: bahagian sesuatu yang di sebelah atas (hadapan atau hulu)kepala: ketua (pejabat, perkumpulan, tertubuhan), pemimpin

negara, penghulu…kepala: otak, fikiran, akal.kepala: orang (digunakan dalam perhitungan / perkiraan)

• Makna pertama ialah makna sebenar. Makna lain ialah makna yang dikembangkan berasaskan salah satu komponen makna yang dimiliki oleh kata atau satuan ujaran itu.

Page 27: Power point

HIPONIM

• Hiponim bermaksud ungkapan yang maknanya dianggap sebahagian daripada makna suatu ungkapan lain.

• Umpamanya kata mawar ialah hiponim terhadap kata bunga kerana mawar termasuk dalam kata bunga. Mawar memanglah bunga tetapi bunga bukan hanya mawar, melainkan termasuk tanjung, matahari, tahi ayam, cempaka, melur, raya, kasturi, ros, melati…

• Contoh lain:

• Ikan: tenggiri, tongkol, bawal, kembung, bilis, belanak, buntal, parang, tambang, merah, emas, kelisa, kelisi, gelama, duri…

Page 28: Power point

HOMONIM

• Homonim bermaksud ungkapan yang bentuknya sama dengan ungkapan lain, tetapi maknanya tidak sama. Contoh:

pacar : inai

pacar : kekasih

bisa : racun

bisa : sanggup, dapat

bandar : pelabuhan

bandar : kota perdagangan

bandar : parit

bandar : pemegang wang dalam perjudian

bang : azan

bang : singkatan kata abang

nya : Yang di sana itu kekasihnya (KGND)

ingin berkahwin, tetapi kekasihnya belum ada (orang tertentu)

Page 29: Power point

AMBIGUITI

• Ambiguiti atau ketaksaan bermaksud kata yang bermakna ganda atau mendua makna. Kegandaan makna ini berlaku pada satuan ketatabahasaan yang lebih besar, iaitu frasa, klausa atau kalimat, dan terjadi akibat pentafsiran struktur ketatabahasaan yang berbeda.

• Contoh:• Buku sejarah baru

(Buku sejarah itu baru / Buku itu berisi sejarah zaman baru)• Orang malas lalu di sana

(Jarang ada orang yang mahu lalu di sana / Orang malas sahaja lalu di sana)

• Menteri baru kahwin

(Menteri yang baru dilantik itu kahwin / Menteri yang sudah lama jadi menteri, tetapi kahwinnya baru)

Page 30: Power point

PERTINDANAN MAKNA

• Pertindanan makna bermaksud berlebih-lebihan penggunaan unsur segmental dalam suatu bentuk ujaran.

• Contoh:

> Burung ditembak oleh Halim

> Burung ditembak Halim• Kata oleh dalam ayat di atas dianggap yang berlebih-lebihan dan

mubazir, kerana kata oleh itu sebenarnya tidak perlu.• contoh lain:

> Perawan ini memakai baju berwarna merah.

> Perawan ini berbaju merah.

> Dia membelah kayu dengan menggunakan kapak.

> Dia membelah kayu dengan kapak.

Page 31: Power point

RUMUSAN

• Semantik ialah kajian tentang teori referensi dan teori makna.

• Rujukan ialah benda, konsep atau perlakuan yang dirujuk dan lambang merujuk bentuk tulisan yang mewakili perkataan yang diujarkan.

• Jenis makna dapat dibahagikan kepada tiga, iaitu makna leksikal, makna ketatabahasaan dan makna konteks.

• Bidang makna yang lain termasuklah makna rujukan dan makna bukan rujukan, makna denotatif dan makna konotatif, makna kontekstual, makna asosiatif, makna stilistik, afektif dan kolokatif, makna istilah, makna idiom, dan makna peribahasa.

• Relasi makna dapat diperincikan dari aspek sinonim, antonim, polisem, hiponim, homonim, ambiguiti dan pertindanan makna.