power point

Upload: ckgfiezah

Post on 14-Oct-2015

50 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

KEBERKESANAN MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENAMBAH DAN MENOLAK INTEGER MELALUI KAEDAH RUMAH DALAM KALANGAN PELAJAR TINGKATAN 1 CERDAS DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ZAINAB (2)

KEBERKESANAN MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENAMBAH DAN MENOLAK INTEGER MELALUI KAEDAH RUMAH DALAM KALANGAN PELAJAR TINGKATAN 1 CERDAS DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ZAINAB (2)

NUR HAFIZAH BINTI ABDUL HALIMInteger merupakan tajuk yang terkandung dalam Sukatan Pelajaran Matematik KBSM Tingkatan 1 hingga 3.

Pengetahuan dan kemahiran pengiraan melibatkan Integer merupakan satu kemahiran dan pengetahuan asas yang amat penting. Kemahiran ini merentasi banyak tajuk dalam sukatan pelajaran.

Kelemahan dalam operasi Integer akan menjejaskan pengajaran dan pembelajaran dalam topik seperti kuasa, punca, bentuk piawai, ungkapan algebra, indeks, rumus algebra, ungkapan dan persamaan kuadratik, koordinat, graf fungsi dan sebagainya.

PengenalanOleh kerana Integer adalah satu topik yang amat sukar untuk pelajar-pelajar, maka saya telah memilih satu kaedah penambahan dan penolakan integer melalui tajuk Keberkesanan Meningkatkan Kemahiran Menambah dan Menolak Integer Melalui Kaedah Rumah dalam Kalangan Pelajar Tingkatan 1 Cerdas.

Kaedah Rumah ini diharap dapat membantu pelajar-pelajar dalam menyelesaikan pengiraan yang melibatkan Integer yang besar.

Dalam tajuk Integer, perkara yang amat sukar untuk pelajar memahami ialah menambah dan menolak Integer.

Memandangkan menambah dan menolak Integer ini amat penting bagi menjawab soalan objektif dan soalan subjektif dalam peperiksaan dalaman dan peperiksaan PMR, maka kemahiran ini, dapat membantu pelajar mendapatkan markah yang lebih baik serta dapat meningkatkan peratus kelulusan MatematikObjektif Am: Tujuan kajian ini adalah untuk meningkatkan kemahiran menambah dan menolak Integer dengan menggunakan Kaedah Rumah.

ObjektifObjektif Khusus: Menganalisis sejauhmana penguasaan pelajar dalam menambah dan menolak sesuatu Integer.

Menentukan keberkesanan penggunaan Kaedah Rumah dalam meningkatkan kemahiran operasi tambah dan tolak Integer.

Metadologi + (+) = + (+) = + () = () = +Kaedah RumahLangkah-langkah:Selesaikan jika terdapat operasi dan tanda.

+Buatkan dua lajur untuk rumah negatif dan positif.

+1422 5Masukkan nombor positif ke dalam rumah positif dan nombor negatif ke dalam rumah negatif tanpa operasi dan simbol.

+14+1422+ 527Tambahkan semua nombor dalam setiap rumah jika nombor dalam rumah tersebut melebihi daripada 1. +14+1422+ 527 14 13Pindahkan nombor yang kecil ke rumah nombor yang lebih besar. Kemudian, tolak nombor yang kecil itu daripada nombor yang lebih besar.

Tulis jawapan dan letakkan simbol positif / negatif berdasarkan rumah di mana jawapan itu berada. Sebagai contoh, 27 14 = 13. Akan tetapi 13 berada pada rumah negatif. Jadi, jawapannya ialah 13. Bil.ID PelajarUjian PraUjian PosPeningkatanBilangan Jawapan Betul%Bilangan Jawapan Betul%Bilangan Jawapan Betul%1.P1541.71083.3541.72.P2650.01083.3433.33.P3325.0866.7541.74.P4433.3975.0541.75.P5650.0975.0325.06.P6541.71191.7650.07.P718.3758.3650.08.P8216.7975.0758.39.P9541.71191.7650.010.P10325.0866.7541.711.P11758.312100.0541.712.P12650.01083.3433.313.P13325.0975.0650.014.P14650.01083.3433.315.P15433.3866.7433.3Jadual 6: Perbandingan Pencapaian Pelajar-pelajar dalam Ujian Pra dan Ujian Pos

16.P16758.31191.7433.317.P17433.3866.7433.318.P18541.7975.0433.319.P1918.3758.3650.020.P20216.7758.3541.721.P21433.3866.7433.322.P22325.0975.0650.023.P23541.71083.3541.724.P24325.0758.3433.325.P25325.01191.7866.726.P26541.712100.0758.327.P27650.0975.0325.028.P28433.31191.7758.329.P2918.31083.3975.030.P30433.3866.7433.3Min434.2977.2543.0Sisihan Piawai1.6814.001.4612.161.4211.81Varians2.82196.162.13147.952.01139.42Graf 3: Perbandingan Pencapaian Pelajar-pelajar dalam Ujian Pra dan Ujian Pos.

Daripada kajian yang dijalankan dapat dirumuskan bahawa Kaedah Rumah telah menunjukkan keberkesanannya.

Hal ini dapat dibuktikan melalui perbezaan bilangan jawapan betul antara ujian pra dan ujian pos.

Min bilangan jawapan betul dalam ujian pra ialah 4 manakala dalam ujian pos ialah 9. Terdapat peningkatan sebanyak 5 soalan. Dapatan kajian jelas menunjukkan terdapat peningkatan dalam ujian pos berbanding ujian pra.

Dapatan KajianDapat dirumuskan bahawa Kaedah Rumah telah menunjukkan keberkesanannya. Kaedah Rumah ini membantu pelajar-pelajar yang bermasalah dalam menguasai kemahiran menambah dan menolak Integer. Keberkesanan penggunaan Kaedah Rumah dalam meningkatkan kemahiran menambah dan menolak Integer dapat dilihat melalui peratusan yang tinggi telah pelajar perolehi selepas menjawab soalan ujian pos.

Semua pelajar menunjukkan peningkatan iaitu sebanyak 25% ke atas.

Kesimpulanya, pelajar memerlukan satu kaedah yang mudah bagi memudahkan mereka memahami sesuatu topik pengajaran.

Dengan menggunakan Kaedah Rumah ini, pelajar dapat meningkatkan lagi penguasaan mereka dalam topik Integer. Kaedah ini berkesan di mana pelajar boleh menguasai konsep penambahan dan penolakan Integer secara perlahan dan berperingkat.

Ini dapat dilihat apabila pelajar mula ingin mencuba dan yakin dengan jawapan mereka. Selain itu, kemahiran pelajar dalam topik Integer ini juga diharap dapat diaplikasikan dalam topik yang mempunyai hubung kait dengan Integer seperti kuasa, punca, bentuk piawai, ungkapan algebra, indeks, rumus algebra, ungkapan dan persamaan kuadratik, koordinat, graf fungsi dan sebagainya.

Kesimpulan