potensi pengeluaran padi premium di sabahpadi.mardi.gov.my/dokumen/slide/l8 potensi pengeluaran padi...
TRANSCRIPT
POTENSI PENGELUARAN PADI
PREMIUM DI SABAH
Persidangan Padi Kebangsaan 2017
26-28 September 2017
Dorsett Grand Subang, Selangor
Janie Tating
(Ketua Pegawai Penyelidik – Agronomis Padi)
Mohd. Sabrie Salim
(Pegawai Penyelidik – Pembiakbaka Padi)
Tn. Haji Ag. Maslee Ag. Anak
(Penolong Pengarah – Seksyen Pembangunan Tanaman Padi)
“MENEROKA POTENSI EKSPORT”
Keluasan : 72,500 km2
Penduduk : 3.72 million GDP : Perkhidmatan (40.9%) Pertanian (25.3%) Galian (21.8%) Pembuatan (8.6%) Pembinaan (3.1%)
POTENSI PENGELUARAN PADI PREMIUM DI SABAH
Pengenalan
Status Semasa Industri Padi Di Sabah
Polisi Berkaitan Tahap Sara Diri
Semakan Kritikal Industri Padi Sabah
Memperkasa Industri Padi Negeri Sabah
Pertimbangan Perlaksanaan Polisi
Kesimpulan
Latar belakang
Tanaman sekuriti dan makanan asasi
Pembangunan tanaman ini telah mendapat perhatian utama pihak kerajaan seawal
tahun 1920-an lagi dengan penumpuan kepada usaha-usaha pengawalan makhluk
perosak terutamanya bena hijau, pembangunan varieti yang reponsif terhadap
pembajaan dan penyelidikan untuk membangun teknologi penanaman yang
produktif dan mesra pengguna.
Ketika ini, pelbagai pelbagai program dan aktiviti khusus untuk membangunkan
tanaman ini dan seterusnya menaikkan taraf hidup pengusaha yang terlibat.
Objektif Kertas Kerja
Kertas Kerja ini akan membincangkan beberapa perkara seperti kedudukan masa
kini, Polisi negeri mengenai tahap sara diri, semakan kritikal industri padi,
memperkasa industri padi dan pertimbangan dalam melaksanakan polisi.
Perbincang secara umum dalam kertas kerja ini adalah melibatkan padi sawah
biasa, padi premium dan padi tanah kering (padi huma) di negeri Sabah.
Pengenalan
Berdasar
kesesuaian tanah
untuk tanaman
padi: 315,700 ha
Kebanyakan
sudah ditanam
dengan tanaman
lain & sebahagian
termasuk dalam
forest reserve
Keluasan tanah
diberi geran
dengan syarat
gunatanah untuk
tanaman padi :
58,000 ha
Status Semasa Industri Padi Di Sabah
Status Semasa Industri Padi Di Sabah
KATEGORI SAWAH LUAS (HA)
K1 – Ada kemudahan Pengairan JPS, potensi hasil padi 5.1 -10 tan sehektar 10,400
K2 – Ada kemudahan Pengairan JPS, tetapi tidak mendapat bekalan
secukupnya, potensi hasil padi 2.6 -5.0 tan sehektar 11,898
K3 – Tadahan hujan, potensi hasil 0.5 -2.5 tan sehektar 13,303
JUMLAH 35,601
KELUASAN FIZIKAL SAWAH PADI MENGIKUT DAERAH PENGELUAR PADI DI NEGERI SABAH (HEKTAR)
K2 = 936
K3 = 13
JUMLAH = 949
K1 = 2,446
K2 = 648
K3 = 364
JUMLAH = 3458
34581234
K1 = 180
K2 = 1,176
K3 = 1,063
JUMLAH = 2,419
K1 = 53
K2 = 178
K3 = 105
JUMLAH = 336
K2 = 1,111
K3 = 1,137
JUMLAH = 2,148
K1 = 1,154
K2 = 1,099
JUMLAH = 2,253
K1 = 215
K2 = 2,102
K3 = 1,342
JUMLAH = 3,659
K3 = 34
JUMLAH = 34
K1 = 25
K2 = 15
K3 = 395
JUMLAH = 435
K1 = 3,929
K2 = 2,135
K3 = 2,438
JUMLAH = 8,502
K1 = 239
K2 = 151
K3 = 1,964
JUMLAH = 2,354
K1 = 412
K2 = 537
K3 = 88
JUMLAH = 1,037
K1 = 1,087
K2 = 160
K3 = 506
JUMLAH = 1,753
K2 = 511
K3 = 8
JUMLAH = 519
K1 = 291
K2 = 198
K3 = 860
JUMLAH = 1,349
K2 = 615
K3 = 1,293
JUMLAH = 1,908
K3 = 977
JUMLAH = 977
K1 = 368
K2 = 324
K3 = 804
JUMLAH = 1,496
1111,496977
Status Semasa Industri Padi Di Sabah
Status Semasa Industri Padi Di Sabah
Tahun Padi Sawah (Ha) Padi Huma (Ha) Total (Ha)
2006 34,689 3,809 38,498
2007 35,976 5,457 41,443
2008 33,980 3,468 37,448
2009 34,594 5,759 40,353
2010 34,506 7,990 42,496
2011 36,621 6,710 43,331
2012 37,976 6,926 44,902
2013 32,660 5,954 38,614
2014 34,953 6,434 41,387
2015 32,582 6,105 38,687
Jadual 1: Purata Kawasan Bertanam bagi Padi Sawah dan Padi Huma (Tanah
Kering) Negeri Sabah (2006 – 2015)
Status Semasa Industri Padi Di Sabah
Status Semasa Industri Padi Di Sabah
Tahun
Keluasan
Berhasil *
(Hektar)
Purata Hasil
Padi
(Tan/hektar)
Pengeluaran
Padi
(Tan)
Pengeluaran
Beras
(Tan)
2006 38,498 3.48 133,858 84,330
2007 41,443 3.24 134,385 84,662
2008 37,448 3.56 133,135 83,875
2009 40,353 3.26 131,709 82,977
2010 42,496 3.19 135,800 85,428
2011 43,331 3.05 132,243 83,313
2012 44,902 2.82 126,774 79,868
2013 38,614 3.01 116,079 73,130
2014 41,387 3.39 140,226 88,342
2015 38,687 3.09 119,571 75,330
Jadual 2: Purata hasil, Pengeluaran Pengeluaran Padi dan Pengeluaran Beras Negeri
Sabah bagi Tahun 2006 – 2015
Sumber: Jabatan Pertanian Sabah *= Keluasan meliputi padi sawah dan padi tanah kering
Status Semasa Industri Padi Di Sabah
Status Semasa Industri Padi Di Sabah
Tahun Penggunaan
Beras (Tan)
Pengeluaran
Beras (Tan)
Import
Bersih
(Tan)
Penggunaan
per Kapita
Tahap
Saradiri
(%)
2006 261,659 84,330 172,268 84.44 32.23
2007 274,764 84,662 189,817 87.92 30.81
2008 288,764 83,875 201,695 91.55 29.05
2009 342,459 82,977 282,134 107.56 24.23
2010 268,299 85,428 240,631 83.67 31.84
2011 302,695 83,313 219,894 91.27 27.52
2012 311,486 79,868 242,956 90.81 25.64
2013 311,961 73,130 209,568 86.38 23.44
2014 319,888 88,342 251,910 87.08 27.62
2015 309,141 75,330 223,912 83.08 24.37
Jadual 3: Penggunaan dan Import Beras serta Tahap Saradiri Negeri Sabah bagi
Tahun 2006 – 2015
Sumber: Jabatan Pertanian Sabah Import Bersih = Import – Eksport Keperluan Beras = Pengeluaran + Import Bersih + Stok Awal – Stok Akhir Per Kapita = Keperluan Beras / Jumlah Penduduk Negeri Sabah
Status Semasa Industri Padi Di Sabah
Polisi Berkaitan Tahap Sara Diri
Dasar Pertanian Negeri Sabah Kedua – DPNS2 (1998-2010) yang digubal telah
menetapkan bahawa tanaman padi sebagai tanaman makanan utama akan diberi
perhatian khusus dan eksklusif untuk meningkatkan tahap saradiri 60%.
Meningkatkan pengeluaran makanan dan mempastikan kelangsungan pengeluaran tanaman
padi dalam negeri maka dalam DPNS-3 (2015-2024) telah menetapkan bahawa pengeluaran
padi akan dipergiatkan lagi melalui inisiatif dan program strategik seperti pengukuhan
program penyelidikan dan pembangunan, menyelenggara serta menaiktaraf infastruktur di
kawasan K1 dan K2.
Dalam masa yang sama, perkhidmatan latihan dan pengembangan yang berkaitan akan
diperkukuhkan. Beberapa inisiatif lain akan dilaksanakan seperti memperkenalkan mekanisasi
dan automasi yang bersesuaian, pengenalan teknologi baru untuk meningkatkan produktiviti
dan pengeluaran beras dalam negeri. Pengurusan tanah yang efektif serta kemudahan bekalan
anak benih akan dibangun dan dilaksanakan. Sementara itu, model pemasaran yang sesuai dan
efektif, polisi harta intelek untu penemuan baru, pengagihan subsidi, bantuan kredit, kolaborasi
antara agensi, pemuliharaan persekitaran dan agenda biosekuriti akan diberi perhatian dan
dilaksanakan dengan lebih efektif
Semakan Kritikal Industri Padi Sabah
Kekuatan
Komitmen (polisi) pihak kerajaan dalam pembangunan tanaman makanan.
(Kerajaan menyediakan bantuan insentif yang diperuntukan dalam Program
Subsidi Padi).
Sokongan Agensi/Badan kerajaan dan bukan kerajaan yang dapat menyumbang
mengikut peranan dan tanggungjawab masing-masing terutamanya dalam R&D,
pengembangan, latihan, pemasaran, kredit dan pemprosesan.
Galakan Kerajaan Terhadap Penglibatan Sektor Swasta Secara Aktif (Melalui
insentif-insentif pelaburan)
Pasaran hasil yang sangat baik. Permintaan terhadap tanaman ini adalah tinggi dan
terjamin kerana ianya merupakan tanaman makanan utama.
Terdapat kawasan tanaman padi sedia ada (lebih kurang 50 000 ha)
Koleksi sumber janaplasma dan genetik padi yang banyak untuk kegunaan
pembangunan varieti padi
Mempunyai persekitaran sawah yng masih bersih dari pencemaran bahan kimia
(Berpotensi untuk pengusahaan padi secara organik)
Semakan Kritikal Industri Padi Sabah
Kelemahan
Petak-petak sawah berukuran kecil dan tidak tersusun (berselerak). Mengurangkan
keberkesanan pelaksanaan mekanisasi.
Tahap penghasilan rendah.
Kos pengeluaran yang tinggi dan semakin meningkat.
Pasaran dikawal (regulated).
Kurang atau tidak ada penyelarasan di antara pihak-pihak yang terlibat dalam
penanaman padi terutamanya di peringkat perlaksanaan di ladang.
Kemudahan infrastruktur yang belum mencukupi.
Penglibatan pihak swasta yang masih rendah.
Tahap penerimaan teknologi baru yang rendah sehingga petani kurang
mengamalkan pengurusan tanaman secara komersial.
Perkhidmatan kejenteraan (terutamanya traktor pembajak) tidak mencukupi.
Semakan Kritikal Industri Padi Sabah
Peluang
Permintaan meningkat dari pasaran tempatan dan eksport.
Peningkatan permintaan terhadap beras berkualiti tinggi.
Potensi untuk peningkatan efesiensi ladang melalui penambahbaikan teknologi.
Potensi untuk pengusahaan secara bersepadu dengan aktiviti lain seperti
akuakultur dan ternakan.
Potensi untuk pengusahaan secara pengurusan estate di kawasan sedia ada.
Potensi untuk meningkatkan keluasan sawah yang diusahakan (Kawasan tanah di
negeri ini yang sesuai dengan tanaman padi adalah luas 315,700 ha).
Potensi untuk pembangunan padi premium varieti tempatan yang mempunyai
pelbagai karakteristik termasuk kesesuaian dengan persekitaran setempat dan
kualiti makan.
Semakan Kritikal Industri Padi Sabah
Ancaman
Persaingan tanah dan tenaga kerja dengan aktiviti lain terutamanya di kawasan
berhampiran dengan bandar.
Persaingan sumber air dengan sektor-sektor lain.
Petani (pengusaha) tidak memberi kerjasama dalam pelaksanaan program yang
dirancang.
Masalah gangguan makhluk perosak. Serta ancaman kemasukan makhluk perosak
dari luar negeri.
Keadaan cuaca yang tidak menguntungkan (kemarau atau banjir).
Perkembangan tanaman lain yang mempunyai nilai ekonomi lebih tinggi.
Memperkasa Industri Padi Negeri Sabah
1. Meningkatkan keselamatan makanan dan pendapatan.
Berdasarkan kepada jumlah penduduk negeri Sabah yang semakin meningkat, status
pengeluaran beras domestik adalah tidak mencukupi untuk keperluan semasa. Dalam
masa yang sama, pendapatan petani-petani yang terlibat dengan penanaman padi
masih rendah maka kerajaan negeri menetapkan untuk:
Meningkatkan pengeluaran beras
Meningkatkan stok penimbal domestik
Meningkatkan pendapatan dari pengusahaan tanaman padi
Objektif Strategik (1), Strategi (2), dan Program/Aktiviti (15)
Tiga matlamat strategik telah ditetapkan dalam DPNS-3 untuk mencapai 60% tahap
saradiri pada tahun 2024. iaitu:
Memperkasa Industri Padi Negeri Sabah
2. Memperkasakan pertumbuhan produktiviti dan kebolehsaingan.
Dalam usahan untuk memperkasakan pertumbuhan produktiviti dan
kebolehsaingan, maka kerajaan negeri menetapkan untuk:
Meningkatkan penggunaan dan pengamalan teknologi moden dan mekanisasi
pada kos yang bersaing.
Meningkatkan sumber manusia yang berkemahiran.
Memperbaiki pengurusan insentif / subsidi
Memperbaiki kondisi tanah-tanah sawah
Memperbaiki dan meningkatkan keberkesanan program Penyelidikan dan
Pembangunan
Memperbaiki dan memajukan pengurusan ladang-ladang sawah padi berskala
kecil
Menaiktaraf prasarana ladang sedia ada seperti taliair, parit saliran, jalan ladang
dan sumber-sumber air
Meningkatkan keberkesanan pengurusan penuaian dan lepas tuai.
Objektif Strategik (8), Strategi (13), dan Program/Aktiviti (19)
Memperkasa Industri Padi Negeri Sabah
3. Memastikan kemampanan industri padi
Untuk mempastikan kemampanan industri padi dalam negeri, maka kerajaan negeri
akan mempastikan usaha dan inisiatif seperti berikut:
Meningkatkan keluasan tanah untuk penanaman padi dan mempastikan
kemampanan persekitaran
Meningkatkan amalan dan urustadbir dalam industri padi.
Meningkatkan peruntukan untuk insentif atau subsidi dalam pengusahaan
tanaman padi
Memperbaiki persepsi “stakeholders” terhadap pengusahaan tanaman padi.
Objektif Strategik (5), Strategi (7), dan Program/Aktiviti (9)
Pertimbangan Perlaksanaan Polisi
Dalam mencapai halatuju pembangunan industri padi di Negeri Sabah, beberapa isu perlu
diberi perhatian dan pertimbangan yang sewajarnya. Antara isu-isu tersebut adalah
sebagai berikut:
1. Kerajaan negeri perlu mempertahan kawasan-kawasan utama untuk
penanaman padi.
2. Kerajaan negeri memperkenalkan langkah-langkah berkesan supaya
kawasan padi bertanam secara berterusan
3. Program oleh Kerajaan Pusat perlu mengambilkira keadaan unik industri di
negeri Sabah
4. Komitmen dan pelaburan Kerajaan Pusat dalam pembangunan infastruktur di
sawah padi.
Kesimpulan
Padi sebagai tanaman makanan utama di negeri Sabah perlu mendapat perhatian yang
serius dari semua pihak yang terlibat, baik secara langsung mahupun tidak langsung
dalam industri ini, untuk memantapkan pembangunannya secara menyeluruh. Adalah
menjadi tanggungjawab semua pihak untuk melaksanakan peranan masing-masing
dengan penuh komited, profesional dan mapan. Walaupun industri ini menghadapi
pelbagai cabaran dalam pembangunannya, tetapi sekiranya pelaksanaan
tanggungjawab oleh setiap organisasi/individu dibuat secara bersepadu dan terselaras
maka ianya dapat menjamin pencapaian matlamat yang ditetapkan.
Sabah mempunyai prospek yang baik untuk mencapai pengeluaran beras pada tahap
60% saradiri pada tahun 2024 sekiranya polisi dan strategi perlaksanaan dapat
dilaksanakan dengan cekap dan berkesan. Disamping itu, peruntukan yang mencukupi
juga memainkan peranan yang sangat penting dalam pencapaian matlamat yang
ditetapkan.
Sabah berpotensi baik dalam membangun padi premium kerana mempunyai
persekitaran ladang padi yang belum tercemar serta kaya dengan biodiversiti padi-padi
tempatan yang berkualiti
Pesta Kaamatan
TERIMA KASIH
KOTOHUADAN
POUNSIKOU
THANK YOU
@ Edwin Meru
PENGHARGAAN
Penulis ingin merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih terutamanya kepada
Pengarah Pertanian Sabah, Tuan Idrus Shafie, atas kebenaran dan peluang yang
diberikan untuk menyediakan dan seterusnya menyampaikan kertas kerja ini, Timbalan
Pengarah (Penyelidikan), Pn. Hajjah Julia Hj. Lamdin, atas kepercayaan serta
bimbingan dalam penyediaan kertas kerja , Ketua Penolong Pengarah Pertanian -SPBT
(En. Latip Amit) serta semua rakan-rakan yang terlibat secara langsung maupun tidak
langsung dalam penyediaan kertas kerja ini.