potensi diri - home.chunghwa.edu.bnhome.chunghwa.edu.bn/norazian2/files/2015/07/nota... · 1....
TRANSCRIPT
SEKOLAH MENENGAH CHUNG HWA,BSB.
MELAYU ISLAM BERAJA TAHUN 3
NAMA: __________________ KELAS: __________
Pengenalan diri
1. Identiti diri ialah suatu gambaran keseluruhan tentang seseorang serta matlamat hidup yang
ingin dicapainya.
2. Identiti diri seseorang adalah berbeza dengan seseorang yang lain.
3. Untuk membentuk identiti diri, seseorang itu perlu mengembangkan potensi diri yang ada
dalam dirinya.
Potensi Diri
1. Potensi diri ialah bakat, kebolehan, dan kekuatan yang ada dalam diri.
2. Potensi diri perlu dipupuk dan diasah melalui pendidikan dan latihan secara berterusan.
3. Untuk mengembangkan potensi diri seseorang itu perlu mempunyai keyakinan diri.
4. Tanpa keyakinan diri adalah sukar untuk mengembangkan potensi diri.
1.Baik Hati
Belas kasihan
Bertimbang rasa
Murah hati
Saling faham-memahami
Saling bermaafan
8. . Berdikari
Berupaya bertindak sendiri
Yakin pada diri sendiri
9. Hemah Tinggi
Kesopanan
Mengakui kesalahan diri
Ramah mesra
2. Hormat
Hormat dan taat kepada ibu bapa atau
penjaga
Hormat kepada ahli keluarga, orang yang
lebih tua, guru, rakan, jiran tetangga dan
pemimpin(ketua)
Patuh kepada undang-undang negara
Patuh kepada ketepatan masa
10 . Kasih Sayang
Sayang diri sendiri dan orang lain
Sayang alam sekeliling
Cintakan negara
11. Keadilan
Adil
Saksama
3. Kebebasan
Kebebasan di sisi undang-undang
Contoh: tidak melakukan kegiatan
jenayah seperti
mencuri,membunuh,rasuah.
4. Keberanian
Berani mencuba
Berani kerana benar
5. Kebersihan Fizikal Dan Mental
Kebersihan diri
Kebersihan persekitaran
Kebersihan mental (fikiran yang positif)
12. Kejujuran
Amanah
Bercakap benar
Ikhlas
13. Kerajinan
Daya usaha
Dedikasi
14. Kerjasama
Gotong royong
Toleransi
Perpaduan
6. Kesederhanaan
Pertuturan dan perlakuan yang sederhana
Sederhana dalam menimbangkan
kepentingan diri dan kepentingan orang
lain
7. Kesyukuran
Berterima kasih
15. Semangat bermasyarakat
Bermuafakat
Kejiranan
Peka terhadap isu-isu sosial dalam
masyarakat
NOTA 3
NOTA NILAI-NILAI MURNI
Contoh
Nilai Murni
Guru itu menghukum semua murid yang telah membuat salah. adil / saksama
Anis memberikan susu kepada anak kucing yang dijumpainya. baik hati
Azizah menyelamatkan seekor kuching yang terjatuh di dalam
longkang. baik hati
Dheva kasihan melihat peminta sedekah itu lalu menghulurkan
wang sebanyak RM2.00. baik hati
Semua penduduk kampung bergotong-royong untuk memerangi
penyakit denggi dari merebak.
bekerjasama /
bergotong-royong
Budak itu membuat kerja rumah sendiri, tanpa suruhan ibu. berdikari
Budak yang berumur 4 tahun itu boleh menukar baju and seluar
sendiri. berdikari
Abu akan memastikan dia akan sampai he sekolah sebelum loceng
berbunyi. berdisiplin
Johan beratur ketika membeli ticket wayang bersama dengan
kawannya. berdisiplin
Bila Joshua berbasikal ke sekolah, dia mengelakkan lorong-lorong
kecil yang sunyi.
berhati-hati /
berwaspada / cermat
Halina membawa bekalan nasi lemak ke sekolah. berjimat-cermat
Kumar menyimpan wang sakunya di dalam tabung. berjimat-cermat
Rena menyimpan wang saku yang dikumpulnya di bank. berjimat-cermat
Ravi mengucapkan terima kasih kepada pemandu bas sebelum
turun dari bas itu.
bersopan / beradab /
berbudi bahasa
Lee Chong Wei tidak berputus asa tetapi berlatih dengan lebih
gigih apabila kalah dalam pertandingan badminton itu.
cekal / keazaman /
berazam
William suka membaca buku untuk meluaskan pengetahuannya. cinta ilmu
Kim Seng mendengar nasihat ibu bapanya. hormat, taat
Omari sentiasa mengingati pesanan ibunya agar tidak bermain di
tepi jalan raya. patuh
Pemuda itu terjun ke dalam sungai untuk menyelamat budak yang
terjatuh ke dalam sungai itu. keberanian / berani
Suria mencuci basikalnya yang kotor. Kebersihan
Ah Chong bercakap benar mengatakan bukan dia mengambil wang
itu. kejujuran / jujur
Dia memulangkan wang yang dijumpainya kepada guru yang
bertugas. kejujuran / jujur
Amirul akan menyiapkan kerja sekolahnya selepas makan tengah
hari.
kerajinan / rajin /
ringan tulang
Semua murid-murid berdiri tegak ketika menyambut ketibaan
pemimpin Negara ke sekolah. menghormati
Tolong senyap sewaktu berada di dalam kelas.
patuh,
menghormati/guru
Sami membuang sampah ke dalam tong sampah.
menjaga kebersihan
persekitaran
Fatimah sentiasa mengamalkan makan makanan yang berkhasiat
and seimbang. menjaga kesihatan
’Ibrahim,ambillah wang ini buat belanja’,kata Ah Chong apabila
melihat Ibrahim tidak makan apa-apa semasa rehat kerana tidak
membawa wang saku. prihatin
Tina tidak marah walaupun kawannya datang lewat ke majlis
perkahwinannya. sabar
Penduduk Kampung Sungai Kertas bergotong-royong
membersihkan kawasan masjid. Tolong-menolong
Puan Siti memberi sepiring kuih karipap kepada jirannya. semangat kejiranan
Ali berkawan tanpa mengira bangsa dan agama.
toleransi / bertolak
ansur
NOTA 4
HEMAH TINGGI
-Beradab sopan dan berbudi pekerti mulia dalam pergaulan seharian
Contoh amalan:
Menjaga tingkahlaku dan tutur kata. Bersifat ramah mesra tidak angkuh/ sombong
Kepentingan sikap berhemah tinggi:-
Manusia mudah menyesuaikan diri dengan masyarakat.
Manusia tidak berasa sombong.
Menimbulkan sikap hormat-menghormati terhadap orang lain.
Mewujudkan sikap mesra dengan oranglain.
Hidup lebih aman dan damai.
Kelebihan Bersikap Hemah Tinggi:
-Menjadi tauladan kepada orang lain
-Ilmu/ kemahiran mereka dapat menyumbang kepada pembentukan masyarakat dan Negara
-Mengajar erti kesabaran yang perlu ada dalam jiwa ketika melakukan sesuatu kerja
-Sebagai azam iaitu tidak takut dengan cabaran dan rintangan
-Dapat melakukan segala kerja dengan berjaya
-Dapat memperkukuhkan iman demi memperolehi keredhaanNya.
TOLERANSI
-Kesanggupan bertolak ansur, sabar dan mengawal diri bagi mengelakkan berlakunya
pertelingkahan dan perselisihan faham demi kesejahteraan hidup.
BERDIKARI
-Kebolehan dan kesanggupan melakukan sesuatu tanpa bergantung kepada orang lain.
KERAJINAN
-Usaha yang berterusan penuh dengan semangat ketekunan, kecekalan,kegigihan, dedikasi dan
berdaya maju dalam melakukan sesuatu perkara.
KASIH SAYANG
-Kepekaan dan perasaan cinta yang mendalam serta berkekalan yang lahir daripada hati yang
ikhlas.
KEADILAN
-Tindakan dan keputusan yang saksama serta tidak berat sebelah.
BERTERIMA KASIH
-Perasaan dan perlakuan untuk menunjukkan pengiktirafan dan penghargaan terhadap sesuatu
jasa, sumbangan atau pemberian.
HORMAT
-Menghargai dan memuliakan seseorang dengan memberi layanan yang bersopan serta
menghormati peraturan institusi social.
KEBERANIAN
-Kesanggupan untuk menghadapi cabaran dengan yakin dan tabah.
KEJUJURAN
-Bercakap benar, bersikap amanah dan ikhlas dalam setiap perlakuan.
KERJASAMA
-Kesediaan melakukan sesuatu untuk kepentingan bersama.
KESEDERHANAAN
-Bersikap tidak keterlaluan dalam membuat pertimbangan dan tindakan tanpa mengabaikan
kepentingan diri dan orang lain.
NOTA 5
SEKOLAH MENENGAH CHUNG HWA,BSB.
MELAYU ISLAM BERAJA TAHUN 3
Mengetahui Hari-hari Kebesaran Negara Brunei Darussalam.
Negara Brunei Darussalam meraikan berbagai-bagai sambutan perayaan seperti Hari
Kebangsaan, Hari Keputraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan
Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam,Sambutan Hari-hari kebesaran agama islam
seperti Hari Raya Aidil Adha,Sambutan Awal Tahun Hijrah,Hari ABDB dan lain-lain.Suasana
dan kemeriahan menyambut perayaan oleh setiap rakyat yang terdiri daripada berbagai kaum
disambut dengan penuh semangat.
Peringatan
Hari Keputraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-
Pertuan Negara Brunei Darussalam disambut pada 15 Julai setiap tahun.
Hari Angkatan Bersenjata Di Raja Brunei (ABDB) disambut pada 31 Mei setiap tahun.
Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam disambut pada 23 Febuari setiap tahun.
Setiap perayaan yang disambut, rakyat di Negara Brunei akan bekerjasama antara satu sama
lain bagi memeriahkan suasana.Contohnya membuat persiapan sebulan sebelum sesuatu
perayaan disambut.
HARI-HARI KEBESARAN
DI NEGARA BRUNEI
DARUSSALAM
HARI ANGKATAN
BERSENJATA DIRAJA
BRUNEI HARI
KEBANGSAAN
HARI KEPUTRAAN KEBAWAH
DULI YANG MAHA MULIA
PADUKA SERI BAGINDA
SULTAN SULTAN
SAMBUTAN
MAULIDUL RASUL
HARI RAYA
AIDILADHA /
AIDILFIRTI
Rakyat di Negara Brunei Darussalam terdiri daripada 7 puak.Antaranya ialah Puak Melayu
Brunei,Kedayan,Tutong,Murut,Belait,Bisaya dan Dusun.Setiap budaya dan adat setiap puak ini
berbeza,tetapi tidak pula dalam kehidupan bermasyarakat.Mereka mengamalkan sikap hormat-
menghormati dan saling bekerjasama antara satu sama lain.Kita juga boleh mengenal puak –
puak ini melalui cara pertuturan dan pergaulan mereka.
NOTA 6
SEKOLAH MENENGAH CHUNG HWA,BSB
MELAYU ISLAM BERAJA TAHUN 3
NAMA: _______________________________________ KELAS :__ _________
MENGETAHUI HARI-HARI KEBESARAN ISLAM NEGARA BRUNEI.
Nota
Setiap orang mesti mengetahui nama-nama bulan menurut kalender islam serta kelebihan hari-
hari kebesaran islam tersebut.Pada hari-hari kebesaran islam tersebut akan disambut secara
besar-besaran dengan mengadakan pelbagai majlis.Contohnya majlis keagamaan,sembahyang
berjemaah dan lain-lain.Dalam kalender takwim hijrah, terdapat 12 bulan yang mempunyai
kelebihan dan keistimewaan tersendiri.Antaranya ialah:-
1. Muharram - Bulan yang pertama dalam kiraan tahun hijrah,doa awal tahun
dan akhir tahun,di sunatkan berpuasa.
2. Safar - Bulan yang kedua dalam kiraan tahun hijrah.Kita digalakkan untuk
meningkatkan amalan-amalan baik.
3. Rabiulawal - Bulan yang ketiga dalam kiraan tahun hijrah,Sambutan Maulud
Nabi Muhammad.
4. Rabiulakhir - Bulan yang keempat dalam kiraan tahun hijrah.Kita digalakkan
melakukan amalan sunat seperti pada bulan-bulan lain.
5. Jamadil Awal - Bulan yang kelima dalam kiraan tahun hijrah.Kita digalakkan
untuk meningkatkan amalan-amalan baik dan amalan-amalan sunat.
6. Jamadilakhir - Bulan yang keenam dalam kiraan tahun hijrah. Kita digalakkan
melakukan amalan sunat seperti pada bulan-bulan lain.
7. Rejab - Bulan yang ketujuh dalam kiraan tahun hijrah.Sambutan Israk
Mikraj pada bulan ini biasanya diberi cuti awam.
8. Syaaban - Bulan yang kelapan dalam kiraan tahun hijrah.Kita digalakkan
melakukan pelbagai ibadah seperti membaca ql-quran,berzikir dan berpuasa.
9. Ramadan - Bulan yang kesembilan dalam kiraan tahun hijrah.Semua umat
islam berpuasa pada bulan ini bagi memperingati Nuzul Al-Quran pada 17 Ramadan
10. Syawal - Bulan yang kesepuluh dalam kiraan tahun hijrah.Hari Raya
Aidilfitri akan disambut pada bulan ini.Umat islam dikehendaki mengeluarkan zakat
fitrah.
11. Zulkaedah - Bulan yang kesebelas dalam tahun hijrah.Kita digalakkan
melakukan amalan-amalan baik sama sepertimana pada bulan2 yang lain.
12. Zulhijjah - Bulan yang kedua belas dalam kiraan tahun hijrah.Hari Raya
Aidiladha dan menyembelih korban.
NOTA 7
SEKOLAH MENENGAH CHUNG HWA,BSB
MELAYU ISLAM BERAJA TAHUN 3
Nama: _______________________________ Kelas: ____________
KEBERSIHAN ALAM SEKITAR
.
Cara – cara menjaga kebersihan aLam sekitar ialah:- 1.Menyayangi dan menghargai alam sekitar dengan sewajarnya melalui tindakan dan amalan-amalan yang positif. 2. Memainkan peranan menyayangi dan menghargai alam sekitar sebagai satu tanggungjawab bersama yang perlu dipikul bersama. 3. Berusaha melindungi alam sekitar supaya bebas dari pencemaran dan perubatan yang mencemarkan alam sekitar. 4. Memberi kesedaran kepada orang ramai bahawa menjaga alam sekitar adalah satu peranan yang diberi keutamaan. 5.Bersama-sama memelihara dan memulihara alam sekitar. 6. Berusaha mengekalkan keseimbangan ekosistem. 7. Menghindari daripada kegiatan yang menjejaskan alam sekitar.