potensi amanah pelaburan hartanah islam (i-reits) dalam ... · pdf file“dasar awam dalam...

8
PROSIDING PERKEM VIII, JILID 1 (2013) 516 - 523 ISSN: 2231-962X Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia ke VIII (PERKEM VIII) “Dasar Awam Dalam Era Transformasi Ekonomi: Cabaran dan Halatuju” Johor Bahru, 7 9 Jun 2013 Potensi Amanah Pelaburan Hartanah Islam (i-REITs) dalam Industri Penjagaan Kesihatan Nurhanie Binti Mahjom Fakulti Pengurusan dan Ekonomi Universiti Pendidikan Sultan Idris E-mail: [email protected] Mohd Yahya Bin Mohd Hussin Fakulti Pengurusan dan Ekonomi Universiti Pendidikan Sultan Idris E-mail: [email protected] Fidlizan Bin Mohamad Fakulti Pengurusan dan Ekonomi Universiti Pendidikan Sultan Idris E-mail: [email protected] Yusni Anis Binti Yusuf E-mail: [email protected] ABSTRAK Perkembangan industri penjagaan kesihatan yang dianggarkan bernilai USD60 bilion pada tahun 2014 dijangka akan terus pesat berkembang sehingga mencecah USD260 bilion pada tahun 2020. Hal ini menjadikan industri penjagaan kesihatan sebagai salah satu industri yang berpotensi tinggi untuk diceburi oleh para pelabur tempatan dan luar negara. Bagi Malaysia khususnya, perkembangan dalam industri ini telah mulai mendapat perhatian pihak pemerintah apabila industri penjagaan kesihatan ini disenaraikan sebagai salah satu Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA). Namun begitu, penguasaan pelaburan secara Islamik dalam industri ini didapati masih jauh ketinggalan berbanding dengan pelaburan konvensional. Oleh itu, artikel ini bertujuan untuk menunjukkan potensi industri ini yang masih belum dicapai oleh pelaburan yang menepati kehendak Syariah terutamanya Amanah Pelaburan Hartanah Islam (i-REITs). Kata Kunci: I-REITs, Hartanah Islam, Penjagaan Kesihatan, Malaysia ABSTRACT Health care industry will be expected to continue growing rapidly from about USD60 billion in years 2014 to USD260 billion in year 2020. This situation leads the health care industry to be as one of the high potential industries that have been plunged by local and overseas investors. Reflecting its high potential growth in future, the Malaysian government had also been identified this industry as one of the National Key Economic Areas (NKEA). However, the Islamic investment in this industry is still relatively at its early stage compared to its conventional counterpart. Therefore, this article aims to evidance the attractiveness potential of this industry and ample opportunities to grab by invetors especially by bringing more Islamic funds such as Amanah Pelaburan Hartanah Islam (i-REITs) into this industry. Keywords: I-REITs, Islamic Real Estate, Healthcare, Malaysia PENGENALAN Perkembangan global industri penjagaan kesihatan yang dianggarkan bernilai USD60 bilion pada tahun 2014 dijangka akan terus pesat berkembang sehingga mencecah USD260 bilion pada tahun 2020. Situasi ini telah mulai mendapat perhatian pihak pemerintah Malaysia di mana industri penjagaan kesihatan telah disenaraikan sebagai salah satu Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) yang akan

Upload: nguyenquynh

Post on 13-Feb-2018

258 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: Potensi Amanah Pelaburan Hartanah Islam (i-REITs) dalam ... · PDF file“Dasar Awam Dalam Era Transformasi Ekonomi: Cabaran dan Halatuju” ... pelaburan hartanah Islam, mereka akan

PROSIDING PERKEM VIII, JILID 1 (2013) 516 - 523

ISSN: 2231-962X

Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia ke VIII (PERKEM VIII)

“Dasar Awam Dalam Era Transformasi Ekonomi: Cabaran dan Halatuju”

Johor Bahru, 7 – 9 Jun 2013

Potensi Amanah Pelaburan Hartanah Islam (i-REITs) dalam

Industri Penjagaan Kesihatan

Nurhanie Binti Mahjom

Fakulti Pengurusan dan Ekonomi

Universiti Pendidikan Sultan Idris

E-mail: [email protected]

Mohd Yahya Bin Mohd Hussin

Fakulti Pengurusan dan Ekonomi

Universiti Pendidikan Sultan Idris

E-mail: [email protected]

Fidlizan Bin Mohamad

Fakulti Pengurusan dan Ekonomi

Universiti Pendidikan Sultan Idris

E-mail: [email protected]

Yusni Anis Binti Yusuf

E-mail: [email protected]

ABSTRAK

Perkembangan industri penjagaan kesihatan yang dianggarkan bernilai USD60 bilion pada tahun 2014

dijangka akan terus pesat berkembang sehingga mencecah USD260 bilion pada tahun 2020. Hal ini

menjadikan industri penjagaan kesihatan sebagai salah satu industri yang berpotensi tinggi untuk

diceburi oleh para pelabur tempatan dan luar negara. Bagi Malaysia khususnya, perkembangan dalam

industri ini telah mulai mendapat perhatian pihak pemerintah apabila industri penjagaan kesihatan ini

disenaraikan sebagai salah satu Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA). Namun begitu, penguasaan

pelaburan secara Islamik dalam industri ini didapati masih jauh ketinggalan berbanding dengan

pelaburan konvensional. Oleh itu, artikel ini bertujuan untuk menunjukkan potensi industri ini yang

masih belum dicapai oleh pelaburan yang menepati kehendak Syariah terutamanya Amanah Pelaburan

Hartanah Islam (i-REITs).

Kata Kunci: I-REITs, Hartanah Islam, Penjagaan Kesihatan, Malaysia

ABSTRACT

Health care industry will be expected to continue growing rapidly from about USD60 billion in years

2014 to USD260 billion in year 2020. This situation leads the health care industry to be as one of the

high potential industries that have been plunged by local and overseas investors. Reflecting its high

potential growth in future, the Malaysian government had also been identified this industry as one of

the National Key Economic Areas (NKEA). However, the Islamic investment in this industry is still

relatively at its early stage compared to its conventional counterpart. Therefore, this article aims to

evidance the attractiveness potential of this industry and ample opportunities to grab by invetors

especially by bringing more Islamic funds such as Amanah Pelaburan Hartanah Islam (i-REITs) into

this industry.

Keywords: I-REITs, Islamic Real Estate, Healthcare, Malaysia

PENGENALAN

Perkembangan global industri penjagaan kesihatan yang dianggarkan bernilai USD60 bilion pada tahun

2014 dijangka akan terus pesat berkembang sehingga mencecah USD260 bilion pada tahun 2020.

Situasi ini telah mulai mendapat perhatian pihak pemerintah Malaysia di mana industri penjagaan

kesihatan telah disenaraikan sebagai salah satu Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) yang akan

Page 2: Potensi Amanah Pelaburan Hartanah Islam (i-REITs) dalam ... · PDF file“Dasar Awam Dalam Era Transformasi Ekonomi: Cabaran dan Halatuju” ... pelaburan hartanah Islam, mereka akan

Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke VIII 2013 517

turut menjadi pemangkin kepada usaha negara nenjadi sebuah negara maju menjelang tahun 2020.

Sejajar dengan itu, industri penjagaan kesihatan di negara ini yakin dapat menyediakan 181000 peluang

pekerjaan menjelang tahun 2020. Disamping itu, industri ini juga mensasarkan sumbangan sebanyak

RM35.3 bilion sebagai pendapatan kasar kepada negara

Peningkatan populasi kelompok usia emas, peningkatan pendapatan dan keupayaan membayar

perkhidmatan rawatan yang berkualiti telah menjadi pemacu utama di dalam peningkatan permintaan

terhadap perkhidmatan perubatan swasta (Al-Aqar Healthcare REITs, 2007) yang lebih canggih dan

berinfrastruktur tinggi. Strategi pengenalan Malaysia sebagai salah satu pusat pelancongan kesihatan

serantau di dalam Rancangan Malaysia ke Sembilan (RMK9) telah berjaya melonjakkan kepesatan

industri penjagaan kesihatan. Malaysia yang mempunyai potensi infrastruktur dan sumber manusia

sebagai destinsi pelancongan kesihatan yang kompetitif Berjaya menarik peningkatan kemasukan

pelancong dari seluruh dunia. Kadar pelancong ke Malaysia untuk mendapatkan perkhidamatan

perubatan telah meningkat sebanyak 25.3% dari tahun 1998 ke tahun 2008 (International Medical

Travel Journal). Antara pelancong kesihatan tersebut adalah dari negara-negara seperti Indonesia,

Jepun, Eropah, Amerika Syarikat, Kanada, Timur Tengah, Sri Lanka, Vietnam, dan China.

Hasil daripada kajian oleh Asia-Pacific REITs Survey mendapati industri hospital

menunjukkan 53 peratus dalam memberikan prospek yang baik bagi pertumbuhan Islamic Real Estate

Investment Trust atau lebih dikenali sebagai I-REITs (The Trust Company dan Baker & McKenzie,

2010). Pertumbuhan pesat industri penjagaan kesihatan telah memberikan prospek yang besar bagi

REITs prihatin Islam (I-REITs) yang pertama di dunia iaitu Al-‘Aqar Healthcare REITs. Secara

umumnya I-REITs merupakan satu jenis tabung amanah yang memberi peluang pelaburan dalam

bidang hartanah melalui instrumen pasaran modal patuh syariah (Lembaga Hasil Dalam Negara, 2012).

Dalam erti kata lain, I-REITs mengaplikasikan perundangan Islam dalam urusniaga dimana ia bebas

daripada penglibatan aktiviti yang dilarang oleh Islam serta bebas daripada unsur-unsur seperti riba,

perjudian dan kesamaran (gharar) (Suruhanjaya Sekuriti, 2008).

KONSEP AMANAH PELABURAN HARTANAH ISLAM (I-REITs)

Pengenalan I-REITs dalam Pasaran Modal Islam dianggap sebagai satu kejayaan Malaysia dalam usaha

mempelbagaikan produk pasaran modal Islam yang lebih inovatif dan produktif (Hamdana & Ahmad

Azam, 2010). Kewujudan I-REITs dapat meningkatkan pertumbuhan dan persaingan Pasaran Modal

Islam di Malaysia disamping menarik pelabur asing yang ingin melabur di dalam hartanah yang

berlandaskan prinsip syariah. Di Malaysia terdapat tiga I-REITs yang menjalankan aktiviti yang

berbeza iaitu Al-‘Aqar Healthcare REITs, Al-Hadharah Boustead REITs dan Axis REITs. Penulisan ini

akan membincangkan prestasi Al-‘Aqar Healthcare REITs yang menjalankan aktiviti pelaburan

hartanah berasaskan industri penjagaan kesihatan.

Pengenalan Garis Panduan I-REITs pada November 2005 oleh Suruhanjaya Sekuriti menjadi

titik permulaan baru dalam Pasaran Modal Islam kerana ia merupakan Garis Panduan yang pertama

dikeluarkan di dunia (Suruhanjaya Sekuriti,2005). Garis panduan ini secara khususnya menetapkan

kriteria syariah bagi memandu aktiviti syarikat pengurusan, termasuk sewaan yang dibenarkan dan

tidak dibenarkan oleh syariah (Hamdana dan Ahmad Azam, 2010). I-REIT adalah serupa dengan

REITs/PTF konvensional disebabkan kedua-duanya adalah alat pelaburan kolektif yang

mengumpulkan wang daripada pelabur dan digunakan untuk membeli, mengurus dan menjual hartanah

(Lembaga Hasil Dalam Negari, 2012). Namun begitu, perbezaan utama terletak pada keperluan

undang-undang untuk mempunyai jawatankuasa atau penasihat syariah bagi melaksanakan fungsi

professional tertentu. Pulangan bagi I-REITs dijana daripada pendapatan sewa dan kenaikan modal

yang diterbitkan daripada memegang aset hartanah bagi tempoh pelaburan. Pemegang unit menerima

pulangan dalam bentuk agihan pendapatan dan keuntungan modal bagi tempoh pegangan (Suruhanjaya

Sekuriti, 2005).

PRINSIP-PRINSIP SYARIAH DALAM AMANAH PELABURAN HARTANAH ISLAM

Penggunaan prinsip-prinsip syariah dalam transaksi Amanah Pelaburan Hartanah Islam merupakan

faktor yang membezakan Amanah Pelaburan Hartanah Islam dengan Amanah Pelaburan Hartanah

konvensional. Terdapat 4 empat prinsip Syariah yang digunakan iaitu:

Page 3: Potensi Amanah Pelaburan Hartanah Islam (i-REITs) dalam ... · PDF file“Dasar Awam Dalam Era Transformasi Ekonomi: Cabaran dan Halatuju” ... pelaburan hartanah Islam, mereka akan

518 Nurhanie Binti Mahjom, Mohd Yahya Bin Mohd Hussin, Fidlizan Bin Mohamad,

Yusni Anis Binti Yusuf

i. Al-Musyārakah

Amanah Pelaburan Hartanah Islam (I-REITs) menggunakan prinsip al-musyārakah dalam

pelaksanaanya dimana ia merujuk perkongsian atau usahasama antara dua pihak atau

menjalankan perniagaan tertentu yang bermotifkan keuntungan (Ab.Mumin Ab.Ghani, 1999).

Pemegang unit akan berkongsi dalam pengumpulan dana dan tiap-tiap mereka memiliki syer

dalam amanah saham tersebut. Ini bermaksud apabila seseorang membeli unit dalam amanah

pelaburan hartanah Islam, mereka akan berkongsi pemilikan dana amanah pelaburan hartanah

tersebut bersama dengan pemilik-pemilik unit yang lain.

ii. Al-Wakālah

Al-wakālah secara umumnya bermaksud perwakilan. Menurut Faizah Ismail (2002), wakālah

dari segi bahasa mempunyai dua maksud iaitu ‘penjagaan’ dan ‘penyerahan kuasa’mengikut

istilah fuqahā’, al-wakalāh bermaksud memberi kuasa kepada orang lain untuk menguruskan

hal-hal tertentu di bawah kuasanya. Di samping itu, al-wakalāh merupakan akad yang

memberi kuasa kepada orang yang diwakilkan untuk menjalankan sesuatu tugas atau kerja

bagi pihak orang yang memberi wakil itu (BIMB Institute Of Research And Training (BIRT),

1998). Berdasarkan kepada perjanjian di dalam surat ikatan amanah bagi Amanah Pelaburan

Hartanah Islam, pemegang amanah berperanan sebagai wakil pemegang unit dan pemegang

kuasa (custodian) bagi dana hartanah yang dilabur oleh syarikat pengurusan serta menerima

yuran di atas perkhidmatan yang diberikan. Pemegang amanah berperanan untuk melindungi

kepentingan pemegang unit setelah pemegang unit amanah menyerahkan sepenuh

kepercayaan untuk mewakili mereka bagi membuat pelaburan modal (Fadillah Mansor dan

Fakhruddin Sulaiman, 2009). serta menyelia syarikat pengurusan supaya sentiasa mematuhi

garis panduan yang telah ditetapkan.

iii. Al-Ujr

Al-Ujr membawa maksud upah. Dalam Amanah Pelaburan Hartanah Islam, syarikat

pengurusan berfungsi untuk menubuhkan, menjalankan operasi dan mentadbir tabung amanah

manakala pengurus harta merupakan orang yang dilantik oleh syarikat pengurusan untuk

mengurus hartanah. Dalam melaksanakan tugas ini, syarikat pengurus dan pengurus harta

akan menerima yuran pengurusan di bawah konsep al-Ujr. Prinsip al-Ujr dalam Amanah

Pelaburan Hartanah Islam secara lebih tepat merujuk kepada yuran dan komisyen yang

dibayar oleh pelanggan kerana menggunakan perkhidmatan yang ditawarkan (Sudin Haron,

1996).

iv. Harta Musyā

Harta musyā merujuk kepada harta yang mempunyai kaitan antara satu bahagian dengan

bahagian yang lain, dimiliki oleh ramai pemilik dan setiap pemilik boleh berurusan dengan

bahagian yang telah ditentukan tanpa menunggu hak ahli syarikat yang lain dengan syarat

bahagian tersebut telah ditentukan kadarnya (Fadillah Mansor dan Fakhruddin Sulaiman,

2009). Hal ini bertepatan dengan konsep Amanah Pelaburan Hartanah Islam yang terdiri

daripada pelbagai jenis harta yang dicampurkan hasil daripada pengumpulan dana secara

kolektif.

PERKEMBANGAN AMANAH PELABURAN HARTANAH ISLAM (i-REITs) BERASASKAN

PENJAGAAN KESIHATAN

Pengenalan garis panduan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia untuk REIT Islam pada tahun 2005

merupakan titik permulaan industri ini di Malaysia. Pada Julai 2006, KPJ Healthcare dan

AmInvestment Group telah Berjaya menerbitkan Al-‘Aqar Healthcare REITs dan disenaraikan di

bawah Garis Panduan I-REITs Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (Hamdana dan Ahmad Azam, 2010). Al-

‘Aqar Healthcare REIT telah mendapat manfaat yang banyak dari garis panduan ini, dimana telah

membolehkannya menjadi REIT Islam yang pertama disenaraikan di Papan Utama Bursa Malaysia

pada 10 Ogos 2006 (Asyraf Wajdi Dusuki, 2007) serta merupakan Healthcare REIT Islam yang

pertama yang diwujudkan di bawah Garis Panduan Suruhanjaya Sekuriti berkenaan Dana Pelaburan

Hartanah dan Amanah Pelaburan Hartanah Islam. Sehingga kini ia terus kekal sebagai satu-satunya

REIT prisihatin dan penjagaan kesihatan bercirikan Islam di dunia. Al-’Aqar juga merupakan

Healthcare REIT berlandaskan Syariah yang pertama disenaraikan di dunia (Al-‘Aqar Healthcare

REITs, 2006). Penjenamaan semula Al-‘Aqar Healthcare REITs telah dibuat pada tahun 2011 bagi

Page 4: Potensi Amanah Pelaburan Hartanah Islam (i-REITs) dalam ... · PDF file“Dasar Awam Dalam Era Transformasi Ekonomi: Cabaran dan Halatuju” ... pelaburan hartanah Islam, mereka akan

Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke VIII 2013 519

mengubah Al-‘Aqar kepada REITs penjagaan kesihatan sepenuhnya bagi aset-aset hospital pakar dan

aset berkaitan penjagaan kesihatan (Al-‘Aqar Healthcare REITs, 2011).

Ciri yang unik bagi Al-‘Aqar Healthcare REIT adalah perjanjian eksklusif “jual dan pajak

balik” dengan KPJ Healthcare Berhad sebagai pemilik aset-aset tersebut (Hamdana dan Ahmad Azam,

2010). Perjanjian ini memperkukuhkan sumber pendapatan Al-‘Aqar Healthcare REIT dan

menghindari dari masalah mendapatkan penyewa dan pembeli jangka masa panjang selepas tempoh

pegangan hartanah tersebut tamat. Berikutan perjanjian itu, Al-‘Aqar Healthcare REIT telah menjana

satu aliran pendapatan yang berterusan dan mantap sejak penubuhannya, melalui sewaan serta laba

modal portfolio aset-asetnya.

Rajah 1 di atas merupakan struktur bagi Al-‘Aqar KPJ REITs yang mula berpengkalan di

Malaysia pada tahun 2006 (Al-‘Aqar Healthcare REITs, 2011). Termeterainya penubuhan Al-‘Aqar

KPJ REITs dalam surat ikatan bertarikh 27 Jun 2006 di antara pengurus iaitu Damanasara REITs

Manager Sdn Bhd (DRMSB) dan pemegang amanah (Amanah Raya Berhad) (Al-‘Aqar Healthcare

REITs, 2007). Pengurus (DRMSB) bertanggungjawab menyediakan dan membentangkan penyata

kewangan yang adil seperti yang peruntukan Perjanjian Ikatan bertarikh 27 Jun 2006 dan piawaian

perakaunan yang diluluskan oleh Lembaga Piawaian Perakaunan Malaysia yang diubahsuai oleh Garis

panduan Suruhanjaya Sekuriti untuk Tabung Amanah Pelaburan Hartanah. Di samping itu juga,

pengurus bertanggungjawab untuk mencipta strategi untuk meningkatkan kadar pulangan Al-‘Aqar

Healthcare REITs sama ada dengan meningkatkan sewa atau kadar penghunian hartanah (Al-‘Aqar

Healthcare REITs 2008). Secara umumnya, pengurus mempunyai kuasa pengurusan mutlak dan perlu

menguruskan Al-‘Aqar Healthcare REITs untuk kepentingan pemegang unit.

Jawatankuasa syariah telah ditubuhkan sejak 3 April 2006 dan pada 8 jun 2006 telah mula

menjalankan operasinya dalam hartanah Al-‘Aqar Healthcare REITs untuk memastikan segala operasi

dan pelaksanaan Al-‘Aqar Healthcare REITs mematuhi prinsip-prinsip syariah yang telah ditetapkan

(Al-Aqar Healthcare REITs, 2006). Di samping itu, penasihat syariah juga perlu memastikan

pendapatan hasil sewaan adalah daripada aktiviti yang mematuhi syariah (Lembaga Hasil Dalam

Negeri, 2012). Manakala pemegang amanah bagi Al-‘Aqar Healthcare REITs adalah Amanah Raya

Berhad. Amanah Raya Berhad telah ditubuhkan pada tahun 1995. Manakala pengurus penyelenggaraan

bagi Al-‘Aqar Healthcare REITs iaitu Healthcare Technical Services Sdn Bhd dan IM Global Property

Consultant (Al-‘Aqar Healthcare REITs, 2011).

PORTFOLIO HARTANAH AL-‘AQAR HEALTHCARE REITs

Al-‘Aqar Healthcare REITs bermula dengan pemilikan hartanah yang terdiri daripada Bangunan

Hospital Pakar KPJ Ampang Puteri, Bangunan Hospital Pakar KPJ Damansara, Bangunan Hospital

Pakar KPJ Johor, Bangunan Hospital Pakar KPJ Ipoh, Bangunan Hospital Pakar KPJ Selangor dan

Bangunan Hospital Pakar Puteri dan semua dimiliki melalui suntikan pertama pada tahun 2006 yang

pada asalnya penubuhan tersebut adalah untuk memiliki dan melabur dalam harta yang mematuhi

syariah (Al-‘Aqar Healthcare REITs, 2007). Al-‘Aqar Healthcare terus melakar sejarah apabila tabung

amanah telah diperkukuhkan lagi dengan lebih banyak hartanah dengan suntikan lima (5) hospital di

tahun 2008, menjadikan jumlah hartanah kepada sebelas (11) hartanah. Pemilikan kedua ini terdiri

daripada Bangunan Hospital Pakar KPJ Perdana, Bangunan Hospital Pakar Kuantan, Bangunan Pusat

Perubatan Selangor, Bangunan Hospital Pakar KPJ Kajang dan Bangunan Pusat Perubatan Kedah.

Dalam ketidakstabilan dan ketidakpastian ekonomi akibat krisis kewangan gobal pada tahun

2008, sekali lagi Al-‘Aqar Healthcare REITs telah berjaya mencatat pertumbuhan kukuh pada tahun

2009 dengan pengambilalihan ketiga. Ia merupakan pengambialihan terbesar yang pernah dilakukan

oleh Al-‘Aqar Healthcare REITs dengan pemilikan tambahan sembilan lagi bangunan, menjadikan

bilangan keseluruhan hartanah kepada dua puluh (20). Selain itu, Al-‘Aqar Healthcare REIT juga

memiliki hartanah di luar negara. Usaha Al-‘Aqar dalam pemerolehan harta di luar negara bermula

pada tahun 2010. Pada Julai 2011, Al-‘Aqar berjaya mengambilalih Rumah Sakit Bumi Serpong Damai

dan Rumah Sakit Medika Permata yang terletak di Indonesia manakala Jeta Gardens di Australia

berjaya dimiliki pada November 2011. Pelaburan di luar negara ini dianggap sebagai “pintu masuk”

yang akan membawa kepada perkembangan prestasi dan peluang pelaburan yang lebih besar kepada

Al-‘Aqar (Al-‘Aqar Healthcare REITs, 2011).

Berdasarkan jadual 1, didapati Al-‘Aqar Healthcare REIT menunjukkan kepelbagaian dalam

portfolionya dengan pemilikan Hotel Selesa Johor Bharu yang memberikan kelebihan kepada

pelancongan penjagaan kesihatan yang mana ianya adalah berlandaskan kepada prinsip-prinsip syariah

(Al-‘Aqar Healthcare REITs, 2008). Selain itu, di dapati terdapat dua hartanah di luar kategori hospital

tetapi menjadi pelengkap kepada industri pelancongan kesihatan iaitu Selesa Tower dan Kompleks

Page 5: Potensi Amanah Pelaburan Hartanah Islam (i-REITs) dalam ... · PDF file“Dasar Awam Dalam Era Transformasi Ekonomi: Cabaran dan Halatuju” ... pelaburan hartanah Islam, mereka akan

520 Nurhanie Binti Mahjom, Mohd Yahya Bin Mohd Hussin, Fidlizan Bin Mohamad,

Yusni Anis Binti Yusuf

Kolej Antarabangsa KPJ. Kedua-dua hartanah ini menempatkan KPJ International College of Nursing

and Health Sciences (KPJ IC) yang merupakan institusi kejururawatan KJP Healthcare Bhd. Objektif

utama penubuhan kolej dan institusi pendidikan ini adalah untuk menyediakan keperluan sumber

manusia yang berkesan terutamanya jururawat kepada industri penjagaan kesihatan. Secara

keseluruhannya, sehingga Disember 2012, Al-‘Aqar Healthcare REITs beroperasi dengan kekuatan

sebanyak 24 hartanah dengan jumlah kasar luas lantai semua hospital yang berukuran pada 62 939

meter persegi, serta tambahan 92,178 meter persegi dari segi hartanah berkaitan penjagaan kesihatan

(Al-Aqar Healthcare REITs, 2011).

ANUGERAH DAN PENGIKTIRAFAN AL-‘AQAR HEALTHCARE REITs

Sebagai pengiktirafan kepada statusnya sebagai REIT Islam yang pertama yang disenaraikan di dunia,

Al-’Aqar melalui anak syarikat sepenuhnya, Al-’ Aqar Capital Sdn Bhd telah dianugerahkan ”Deal of

the year Awards in the Real EstateDeal of the year Category” oleh Islamic Finance News (IFN) pada

2009. Terdahulu, Al-‘Aqar telah memenangi anugerah yang sama bagi kategori REIT Islam Pertama.

Tambahan, bagi tahun kewangan berakhir 2009, Al-‘Aqar telah memenangi “RAM League Awards

2009”, “RAM Award of Distinction 2008, Blueprint Awards, New Real Estate Benchmark Deal

category”.

Al-‘Aqar sebagai Healthcare REIT Islam yang pertama di Malaysia telah memenangi

Anugerah Kewangan Islam, Kategori Urus Niaga Paling Inovatif oleh Euromoney, majalah terkemuka

industri serta permodalan yang memfokuskan kepada pasaran perbankan profesional di seluruh dunia.

Anugerah yang diterima adalah pengiktirafan ke atas penerbitan sebanyak RM300 Program Sukuk

Ijarah oleh Al-’Aqar Capital Sdn Bhd.

Pada 28 November 2011, Al-’Aqar menerima Anugerah Mata Berlian untuk Komitmen,

Kualiti dan Kecemerlangan oleh Pengurusan yang dianugerahkan oleh otherways Consulting yang

berpangkalan di Paris dalam satu acara yang gilang gemilang yang diadakan di Grand Hotel Kempinski

di Geneva. Anugerah itu diterima sebagai pengiktirafan pada pencapaian korporat yang diperolehi dari

jumlah undi mengenai konsep Keunggulan, Inovasi, Kualiti Komitmen dan Kecemerlangan dalam

pengurusan dan Kepuasan Pelanggan, Kepimpinan, Keputusan Perniagaan dan Pengurusan Kualiti.

PRESTASI AL-‘AQAR HEALTHCARE REITs

Jadual 2 menunjukkan maklumat utama kewangan bagi Al-‘Aqar REITs yang meliputi pendapatan

bersih, jumlah aset, jumlah nilai aset bersih, bilangan unit edaran, permodalan pasaran, harga pasaran

seunit, pengagihan seunit (DPU) dan nisbah pengearan. Secara keseluruhannya, portfolio prisihatin Al-

‘Aqar menunjukkan prestasi yang cemerlang sepanjang tahun beroperasi. Strategi pengambilalihan

telah menjadi pemangkin utama bagi Al-‘Aqar Healthcare REITs kerana ia menawarkan pertambahan

hasil, kekuatan pada pendapatan serta menjadikan Al-‘Aqar lebih kompetitif. Selain itu, strategi ini

juga menyebabkan berlakunya peningkatan kecairan dan skala ekonomi kepada pemegang unit.

Berdasarkan jadual, kedua-dua hospital dan portfolio penjagaan kesihatan menunjukkan

prestasi yang baik sepanjang tahun dengan penghunian keseluruhan 100% menjelang akhir tahun 2011.

Sejak awal penubuhannya pada tahun 2006, pendapatan bersih Al-‘Aqar Healthcare REITs sentiasa

menunjukkan perkembangan positif walaupun berlaku kemeruapan dan ketidakpastian ekonomi akibat

krisis kewangan global yang berlanjutan pada tahun 2008. Hal ini dapat dilihat melalui rajah 1.

Pendapatan bersih Al-‘Aqar melonjak sehingga 85.9% kepada RM 43.85 juta pada tahun 2008

berbanding RM 23.57 juta pada tahun 2006. Pada tahun 2010, pendapatan bersih Al-‘Aqar didapati

menurun sehingga 17% menjadikan jumlahnya RM 44.8 juta. Penurunan jumlah pendapatan bersih

sebanyak RM 8.8 juta ini adalah disebabkan oleh kelewatan pengambilalihan kali ke 3 dan perubahan

dalam kadar sewa yang ditetapkan mengikut kadar MGS semasa yang menurun (Laporan Tahunan Al-

‘Aqar, 2009). Walaubagaimanapun, pada tahun 2011 pendapatan bersih Al’Aqar Healthcare REITs

melonjak kembali kepada RM 85.1 juta akibat peningkatan dalam kadar sewa dan pengambilalihan ke

4 yang berjalan lancar.

Al-‘Aqar Healthcare REITs kini beroperasi dengan kekuatan sebanyak 24 hartanah dengan

jumlah kasar luas lantai semua hospital yang berukuran pada 62 939 meter persegi, serta tambahan

92,178 meter persegi dari segi hartanah berkaitan penjagaan kesihatan. Nilai keseluruhan aset pada

akhir tahun 2007 berjumlah RM 494.9 juta berbanding RM 481.0 juta pada tahun 2006. Kini, nilai

hartanah Al-‘Aqar telah meningkat 3 kali ganda daripada RM 481.0 juta pada tahun 2006 kepada RM

1.426 billion pada tahun 2011. Pertambahan saiz aset ini merupakan satu pertambahan besar iaitu

Page 6: Potensi Amanah Pelaburan Hartanah Islam (i-REITs) dalam ... · PDF file“Dasar Awam Dalam Era Transformasi Ekonomi: Cabaran dan Halatuju” ... pelaburan hartanah Islam, mereka akan

Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke VIII 2013 521

melebihi 50 % dari saiz aset asal ketika awal penyenaraiannya di Bursa Sekuriti Malaysia. Sumbangan

tambahan kepada pemerolehan Al-‘Aqar telah diperolehi melalui penilaian semula hartanah mengikut

piawaian pelaporan kewangan 140 (FRS 140) yang memerlukan penilaian semula tahunan hartanah.

Jumlah nilai aset bersih Al-‘Aqar Healthcare REITs juga menunjukkan peningkatan positif sepanjang

penubuhannya. Pada tahun 2006, jumlah nilai aset bersih Al-‘Aqar ialah RM 348.2 juta dan meningkat

kepada RM 348.7 juta pada tahun 2007. Jumlah ini terus meningkat sebanyak 54.9% pada tahun 2009

kepada RM 540.4 juta. Pada tahun berakhir 31 Disember 2011, jumlah nilai aset bersih terkumpul Al-

‘Aqar adalah sebanyak RM 718.8 juta.

Setelah lima tahun tersenarai di Papan Utama Bursa Sekuriti, Al-‘Aqar terus menunjukkan

prestasi cemerlang dengan peningkatan jumlah modal dari penawaran asas saham yang dilancarkan

pada tahun 2006. Bilangan unit edaran Al-‘Aqar berjumlah 340.0 juta unit pada tahun 2006 dan 2007.

Jumlah ini meningkat sebanyak 88.7 juta unit sepanjang tahun 2008 dan menjadikan jumlah

keseluruhan modal pada tahun tersebut berjumlah 428.7 juta unit. Peningkatan jumlah modal ini

disebabkan oleh beberapa faktor termasuklah implementasi Program Sukuk Ijarah yang dilaksanakan.

Pada tahun 2011, Al-‘Aqar meningkatkan tambahan sebanyak 59.4 juta unit berbanding 580.1 juta unit

pada tahun 2010. Berikutan penambahan bilangan unit edaran tersebut, permodalan pasaran Al-‘Aqar

juga meningkat sebanyak 130 % kepada RM 736 juta daripada RM 320 juta pada tahun 2006.

Sepanjang tempoh dagangannya sehingga akhir 2006, Al-‘Aqar telah mencapai nilai dagangan

sebanyak 1.02 sen seunit. Nilai dagangan ini menurun kepada 0.97 sen seunit pada tahun 2007 dan 0.87

sen seunit pada than 2008. Harga pasaran seunit ini kemudiannya meningkat sebanyak 0.11 sen seunit

kepada 0.98 sen pada tahun 2010. Pada tahun 2011, Al-‘Aqar telah mencapai nilai dagangan tertinggi

sejak disenaraikan iaitu 1.15 sen seunit. Dari segi pengagihan pendapatan, didapati Al-‘Aqar

menunjukkan arah aliran negatif dan positif sepanjang penubuhannya. Tahun 2008 dan 2009

mencatatkan pengagihan pendapatan yang tertinggi iaitu sebanyak 8.10 sen seunit manakala tahun

2006 mencatakan pengagihan pendapatan yang terendah iaitu sebanyak 2.72 sen. Pada Februari 2012,

Lembaga Pengarah Damansara REIT Managetment Sdn. Bhd. Mengumumkan pengagihan akhirnya

pada 2.52 sen seunit bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2011 yang membawa nilai pengagihan

dividen keseluruhan pada tahun tersebut sebanyak 7.69 sen seunit. Pengagihan dividen tersebut

mewakili kira-kira 99.9% pendapatan boleh diagihkan oleh Al-‘Aqar dan ia menjadi bukti komitment

mutlak pengurus untuk memenuhi jangkaan pemegang unit Al-‘Aqar untuk pengagihan yang mampan

dan stabil seunit.

Nisbah pengearan yang lebih tinggi akan meningkatkan daya saing REITs negara berbanding

negara serantau. Berdasarkan jadual, dapat dilihat bahawa nisbah pengearan Al-‘Aqar tidak melebihi

nisbah pengearan yang ditetapkan di dalam garis panduan REITs. Peratusan gearan bagi Al-‘Aqar

menunjukkan peningkatan sepanjang tahun 2006 hingga 2011 tetapi tidak melebihi kadar pengearan

50% yang ditetapkan iaitu pada kadar 27.8% pada tahun 2006, 27.9% pada tahun 2007 dan 35.4%

pada tahun 2008. Nisbah pengearan pada tahun 2009 ialah sebanyak 42.7 % dan meningkat kepada

47.7 % tahun 2011.

PENUTUP

Amanah Pelaburan Hartanah Islam (I-REITs) adalah satu jenis tabung amanah yang memberikan

peluang pelaburan bagi mereka yang ingin memilih instrumen modal patuh syariah dalam bidang

hartanah. Ia juga merupakan satu bentuk peluburan kolektif yang mengumpul wang daripada pelabur

dan diuruskan oleh pihak pengurusan dana professional. Dana-dana ini akan dilaburkan ke dalam

pelaburan yang telah ditetapkan oleh Majlis Penasihat Syariah (MPS) serta perlulah menepati prinsip-

prinsip syariah seperti al-Musyārakah, al-wakālah, al-Ujr dan harta musyā. Daripada hasil kajian, di

dapati bahawa Al-‘Aqar Healthcare REITs adalah menepati konsep-konsep asas pelaburan yang

digariskan dalam Amanah Pelaburan Hartanah Islam (I-REITs). Prestasi Al-‘Aqar Healtcare REITs

yang memberangsangkan membolehkan ia terus menerajui industri Prisihatin dan Penjagaan Kesihatan

Islam.

RUJUKAN

Ab.Mumin Ab. Ghani (1999), Sistem Kewangan Islam Dan Pelaksanaanya Di Malaysia. Kuala

Lumpur : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, h.269.

Al-Aqar Healthcare REITs (2011). Laporan Tahunan 2011. Kuala Lumpur. Al-‘Aqar KPJ REITs.

Al-Aqar KPJ REITs (2010). Laporan Tahunan 2010. Kuala Lumpur. Al-‘Aqar KPJ REITs.

Page 7: Potensi Amanah Pelaburan Hartanah Islam (i-REITs) dalam ... · PDF file“Dasar Awam Dalam Era Transformasi Ekonomi: Cabaran dan Halatuju” ... pelaburan hartanah Islam, mereka akan

522 Nurhanie Binti Mahjom, Mohd Yahya Bin Mohd Hussin, Fidlizan Bin Mohamad,

Yusni Anis Binti Yusuf

Pemegang Unit

Pemegang Amanah (Amanah Raya Berhad) Pengurus

(Damansara REIT

Managers Sdn. Bhd.)

Hartanah

REITs

Jawatankuasa Syariah

Pengurus

Penyelenggaraan

bagi Hartanah (Healtcare Technical Services Sdn. Bhd &

IM Global Property

Consultant)

Pengagihan Pemegang

Unit

Bertindak bagi pihak pemegang

unit

Yuran pemegang

Amanah

Penasihat

Hal

Ehwal Syariah

Perkhidmatan

Pengurusan

Yuran

Pengurusan

Pemilikan

Hartanah

Pendapatan Hartanah Bersih

Yuran Penyelenggaraan

dan Pengurusan

Perkhidmatan

Penyelenggaraan dan Pengurusan

(2009). Laporan Tahunan 2009. Kuala Lumpur. Al-‘Aqar KPJ REITs.

(2008). Laporan Tahunan 2008. Kuala Lumpur. Al-‘Aqar KPJ REITs.

(2007). Laporan Tahunan 2007. Kuala Lumpur. Al-‘Aqar KPJ REITs.

(2006). Laporan Tahunan 2006. Kuala Lumpur. Al-‘Aqar KPJ REITs.

BIMB Institute Of Research And Training (BIRT) (1998), Konsep Syariah dalam Sistem Perbankan

Islam. Kuala Lumpur : BIMB Institute Of Research And Training (BIRT), h. 117.

Fadillah Mansor dan Fakhruddin Sulaiman (2009). Operasi Dana Saham Amanah Secara Islam: Kajian

Kes Di Public Mutual Berhad, pp. 69-88.

Faizah Ismail (2002), Asas-Asas Muamalat dalam Islam. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan

Pustaka.H. 116.

Hamdana Abd Hafidz dan Ahmad Azam Sulaiman @ Mohamad (2010). Potensi Amanah Pelaburan

Islam (I-REITs) Dalam Pertumbuhan Ekonomi Malaysia. Prosiding PERKEM V, Jilid 1, p

140-147.

Laporan Tahunan Program Transformasi Ekonomi (2011).

Lembaga Hasil Dalam Negeri (2012). Garis panduan Amanah Pelaburan Hartanah Atau Tabung

Amanah Harta (REITs/PTF). Malaysia: Lembaga Hasil Dalam Negeri.

Suruhanjaya Sekuriti, http://www.sc.my/eng/html/icm_default.html 7 Januari 2013

Sudin Haron (1996), Prinsip dan Operasi Perbankan Islam. Kuala Lumpur : Berita Publishing Sdn.

Bhd. h.79.

Suruhanjaya Sekuriti (2005). Guidelines on Islamic Real Estate Investment Trust. Kuala Lumpur.

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.

________ (2008). Garis Panduan REITs. Kuala Lumpur. Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.

The Trust Company dan Baker & McKenzie (2010), REITs survey June 2010. Australia: The Trust

Company, h. 8

Industri Pelancongan Kesihatan Malaysia. Diperolehi daripada

http://www.konsumerkini.net.my/v1/index.php/berita-terkini/kesihatan/449-industri-

pelancongan-kesihatan-di-malaysia pada 15 Januari 2013.

International Medical Travel Journal. http://www.imtjonline.com/. Diperolehi pada 12 Januari 2013.

Sumber: Al-‘Aqar Healthcare REITs

RAJAH 1: Struktur Al-‘Aqar Healthcare REITs

Page 8: Potensi Amanah Pelaburan Hartanah Islam (i-REITs) dalam ... · PDF file“Dasar Awam Dalam Era Transformasi Ekonomi: Cabaran dan Halatuju” ... pelaburan hartanah Islam, mereka akan

Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke VIII 2013 523

JADUAL 1: Susunan Portfolio Al-‘Aqar Healthcare REITs sehingga Januari 2012

Bil. Hartanah Lokasi Jenis Bangunan

1 Jeta Gardens Queensland, Australia Retirement Centre

2 KPJ Ampang Puteri Specialist

Hospital

Ampang, Selangor Hospital

3 KPJ Tawakkal Specialist Hospital Kuala Lumpur Hospital

4 KPJ Johor Specialist Hospital Johor Bharu Hospital

5 KPJ Damansara Specialist Hospital Petaling Jaya, Selangor Hospital

6 Selesa Tower Johor Bharu Hotel

7 KPJ Ipoh Specialist Hospital Ipoh, Perak Hospital

8 KPJ Selangor Specialist Hospital Shah Alam, Selangor Hospital

9 KPJ Penang Specialist Hospital Pulau Pinang Hospital

10 KPJ Seremban Specialist Hospital Seremban, Negeri Sembilan Hospital

11 Rumah Sakit Bumi Serpong Damai Jakarta, Indonesia Hospital

12 Kedah Medical Centre Alor Setar, Kedah Hospital

13 KPJ Perdana Specialist Hospital Kota Bharu, Kelantan Hospital

14 KPJ Kajang Specialist Hospital Kajang, Selangor Hospital

15 Tawakal Hopspital Kuala Lumpur Hospital

16 Puteri Specialist Hospital Johor Bharu Hospital

17 Sentosa Medical Centre Kuala Lumpur Hospital

18 Rumah Sakit Medika Permata Hijau Jakarta, Indonesia Hospital

19 Kuantan Specialist Hospital Kuantan, Pahang Hospital

20 KPJ International Collage Nilai, Negeri Sembilan Kolej

21 Bukit Mertajam Specialist Hospital Pulau Pinang Hospital

22 Damai Specialist Hospital Kota Kinabalu, Sabah Hospital

23 Taiping Medical Centre Taiping, Perak Hospital

24 Hospital Pakar Kluang Utama Johor Bharu Hospital

Sumber : Laporan Tahunan Al-‘Aqar Healthcare REITs, Pelbagai Tahun

JADUAL 2: Maklumat Utama Kewangan Al-‘Aqar Healthcare REITs

Tahun

2006 2007 2008 2009 2010 2011

Pendapatan Bersih

(RM ‘000)

23,579 25,338 43,854 53,679 44,820 85,115

Jumlah Aset

(RM ‘000)

481,000 494,925 703,774 1,011,312 1,163,489 1,421,269

Jumlah Nilai Aset

Bersih (RM ‘000)

348,283 348,710 441,721 540,455 621,021 718,826

Bilangan Unit Dalam

Edaran (‘000)

340,000 340,000 428,721 518,367 580,167 639,585

Permodalan Pasaran

(RM ‘000)

340,000 329,800 372,987 510,592 649,787 735,523

Harga Pasaran Seunit

(sen)

1.02 0.97 0.87 0.98 1.12 1.15

Pengagihan Seunit

(DPU)

2.72 7.32 8.10 8.10 7.73 7.69

Nisbah Penggearan (%) 27.8 27.9 35.4 42.7 44.9 47.7

Sumber: Laporan Tahunan Syarikat Pelbagai Tahun