portfolio[1]

2

Click here to load reader

Upload: guru-khb-pbl

Post on 01-Jul-2015

201 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Portfolio[1]

1

PORTFOLIO Konsep dan Definisi:

• satu koleksi hasil kerja pelajar • melalui sesuatu tempoh masa • yang bertujuan jelas & spesifik • Bagi menggambarkan perkembangan, daya usaha & tabiat minda sipenyedia ( pelajar ).

Ia perlu :

• melibatkan pelajar2 dalam pemilihan kandungannya. • mengandungi :-

(i) garispanduan bagi pemilihan isi kandungannya (ii) kriteria untuk penaksiran (iii)bukti2 tentang renungan kendiri pelajar ( self-reflection )

Penggunaan/ Kelebihan Portfolio: Membolehkan pelajar :

• mengesan dan mengikuti perkembangan/kemajuan mereka sendiri bagi satu tempoh yang telah ditetapkan.

• mengolah dan mengenal kekuatan dan kelemahan diri mereka sendiri dan berusaha

meningkat ke aras yang mereka rasa boleh dipertingkatkan lagi. (formatif & diagnostik). Membolehkan guru:

• mengintegrasikan proses pengajaran & penilaian

• memperkembangkan & mengukuhkan penilaian kendiri & kem. refleksi dikalangan pelajar2 – melahirkan “independent learners”.

• Mewujudkan perasaan kepunyaan ( ownership ) pada pelajar2 tentang pembelajaran &

penilaian mereka.

• main peranan sebagai pendorong atau fasilitator dalam membantu pelajar berkenaan meningkatkan aspek kognitif dan sahsiah mereka.

Penggredan Portfolio.

• Terdapat 2 aspek portfolio yg perlu dinilai. (a) setiap hasil kerja yg dimasukkan dalam portfolio. Ini adalah formatif & dibuat secara analitik

DAN (b) keseluruhan portfolio berkenaan. Ini adalah sumatif & dibuat secara holistik/analitik.

Page 2: Portfolio[1]

2

Bagi cara analitik guru perlu menyediakan berbagai jenis kriteria yang hendak digunakan berdasarkan jenis tugasan yang akan diberikan kepada pelajar.

Langkah-langkah penyediaan portfolio 1. Tentukan tujuan mengadakan penaksiran portfolio 2. Nyatakan kandungan dan kemahiran yang akan ditaksir atau diberi perhatian 3. Tentukan sasaran yang akan dinilai dan peringkatnya 4. Nyatakan bahan-bahan yang perlu dikutip 5. Tetapkan kaedah pengumpulan bahan dalam portfolio, masa dan tempoh bagi

sesuatu aktiviti itu dijalankan 6. Pastikan pelajar terlibat sama dalam penyediaan sistem ini. 7. Perjelaskan kaedah penggredan yang akan digunakan untuk menaksir tugasan

portfolio pelajar. 8. Penjelasan tentang penyediaan portfolio.

• kepada semua guru, ibubapa, penjaga tentang penyediaan portfolio. Ini akan memudahkan kerjasama rapat yang akan dibina selanjutnya. 9. Tetapkan tarikh untuk pelajar menerangkan keputusan atau pencapaian mereka

dalam tugasan portfolio mereka. 10. Sediakan satu ruang yang mencukupi untuk menyimpan portfolio pelajar.

Disediakan oleh: Liew Cheong Chaing

Pensyarah Kursus Pentaksiran Pembelajaran Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tg. Malim, Perak.