portfolio contoh 9224 stpm 2018 - …webmpm.mpm.edu.my/perisian/9224_manualkk18p2/5-portfolio...

15
1 MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA 2018 922/4: KESUSASTERAAN MELAYU KOMUNIKATIF 4 (KERJA KURSUS) PORTFOLIO CONTOH Kemukakan satu portfolio tentang seorang ahli sukan berjaya seperti watak Tun Bahara dalam Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) (2003) selenggaraan A. Samad Ahmad, Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur.

Upload: dangminh

Post on 06-Feb-2018

357 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: PORTFOLIO CONTOH 9224 STPM 2018 - …webmpm.mpm.edu.my/perisian/9224_manualKK18P2/5-PORTFOLIO C… · Kemukakan satu portfolio tentang seorang ahli sukan berjaya ... Tugas kejurulatihan

1""

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA

SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA 2018

922/4: KESUSASTERAAN MELAYU KOMUNIKATIF 4

(KERJA KURSUS)

PORTFOLIO CONTOH

Kemukakan satu portfolio tentang seorang ahli sukan berjaya seperti watak Tun Bahara dalam Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) (2003) selenggaraan A. Samad Ahmad, Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur.

"

Page 2: PORTFOLIO CONTOH 9224 STPM 2018 - …webmpm.mpm.edu.my/perisian/9224_manualKK18P2/5-PORTFOLIO C… · Kemukakan satu portfolio tentang seorang ahli sukan berjaya ... Tugas kejurulatihan

2""

PORTFOLIO DATUK HAJI MISBUN BIN DATO HAJI SIDEK SEORANG AHLI

SUKAN YANG BERJAYA SEPERTI WATAK TUN BAHARA DALAM SULALATUS

SALATIN SEJARAH MELAYU.

1.0 PENGENALAN

Tun Bahara adalah seorang pemain dan juara catur yang paling hebat sekali pada

zamannya. Tun Bahara berasal dari negara Pasai. Beliau telah berhijrah ke Melaka dan terkenal

dalam permainan catur. Tidak ada seorang pun yang berjaya mengalahkannya kecuali Tun

Pikrama anak Bendahara Paduka Raja yang hanya sedikit boleh menandinginya tapi kadang-kala

digelar sayur keladi oleh Tun Bahara. Tun Bahara juga mahir dalam bersyair, berbait,

bergurindam dan berseloka.

1.1 KONSEP

Menurut Aminudin Jusuh (2002) tokoh adalah pelaku yang mengembangkan peristiwa

dalam cerita fiksyen sehingga peristiwa itu mampu menjalin suatu cerita atau unsur yang penting

dalam sesuatu cerita rekaan. Menurut Ahmad Faiez (2013) ahli pula bermaksud mahir dalam

sesuatu bidang manakala sukan bermaksud aktiviti yang mengandungi latihan seperti kemahiran

berguna secara rekreasi dan peraturan tertentu dalam mengejar kegemilangan. Sebagai

rumusannya, ahli sukan adalah seseorang yang mahir dalam bidang sukan dan mampu mencapai

kecemerlangan dalam bidang yang diceburi. Antara bidang sukan yang boleh diceburi ialah

sukan outdoor seperti bola sepak, ragbi, hoki, kriket dan sukan indoor pula seperti catur,

badminton dan permainan tradisional.

Page 3: PORTFOLIO CONTOH 9224 STPM 2018 - …webmpm.mpm.edu.my/perisian/9224_manualKK18P2/5-PORTFOLIO C… · Kemukakan satu portfolio tentang seorang ahli sukan berjaya ... Tugas kejurulatihan

3""

Tokoh adalah seseorang yang memiliki kemahiran dalam suatu jenis sukan hingga ke

peringkat daerah. Selain itu, tokoh tersebut menguasai teknik dan peraturan dalam

permainannya.

1.2 KAJIAN LEPAS

Kajian tokoh tentang ahli sukan banyak ditulis dalam bentuk biografi ataupun koleksi

yang berkaitan dengan tokoh sukan. Contohnya, Buku Malaysia 500 Khazanah Insan Aset

Negara ( Jilid 13 Juara Sukan ) . Buku ini memaparkan tokoh-tokoh sukan yang berjaya

mencapai kecemerlangan sehingga peringkat antarabangsa seperti Nicol David dalam sukan

squash, Lee Chong Wei yang sangat sinonim dengan badminton, Shalin Zulkifli dalam sukan

bowling dan tokoh-tokoh lain yang ternama.

1.3 FUNGSI KAJIAN

Fungsi Kajian ini bertujuan untuk memperkenalkan tokoh sukan yang dipilih oleh

pengkaji yang mengharumkan nama negeri dan negara. Selain itu, ia bertujuan untuk

menghargai jasa tokoh dalam sukan yang diceburinya.

1.4 BATASAN KAJIAN

Kajian ini akan mengenalpasti ciri-ciri ahli sukan yang berjaya dalam bidangnya seperti

watak Tun Bahara iaitu Datuk Haji Misbun Bin Dato’ Mohd Sidek dan juga akan

membincangkan latar belakang, sumbangan, keistimewaan, pemikiran, pengiktirafan dan karya

beliau.

Page 4: PORTFOLIO CONTOH 9224 STPM 2018 - …webmpm.mpm.edu.my/perisian/9224_manualKK18P2/5-PORTFOLIO C… · Kemukakan satu portfolio tentang seorang ahli sukan berjaya ... Tugas kejurulatihan

4""

Datuk Haji Misbun bin Dato Haji Sidek

1.5 KEPENTINGAN KAJIAN

Kajian ini adalah untuk memenuhi kriteria lulus penuh dalam matapelajaran

Kesusasteraan Melayu Komunikatif peringkat STPM. Selain itu, kajian ini boleh dijadikan garis

panduan untuk mengkaji lebih lanjut mengenai tokoh ini dan tokoh-tokoh sukan lain pada masa

akan datang.

2.0 OBJEKTIF KAJIAN

2.1 Mengenalpasti ciri-ciri ahli sukan yang berjaya dalam bidangnya seperti watak

Tun Bahara iaitu Datuk Haji Misbun Bin Dato’ Haji Mohd Sidek.

2.2 Membincangkan latar belakang, sumbangan, keistimewaan, pemikiran,

pengiktirafan dan karya beliau.

Page 5: PORTFOLIO CONTOH 9224 STPM 2018 - …webmpm.mpm.edu.my/perisian/9224_manualKK18P2/5-PORTFOLIO C… · Kemukakan satu portfolio tentang seorang ahli sukan berjaya ... Tugas kejurulatihan

5""

3.0 KAEDAH KAJIAN

3.1 Kaedah Lapangan

Kaedah kajian yang digunakan sepanjang menjalankan kerja kursus ini ialah

kaedah lapangan. Keadah lapangan merupakan kajian yang melibatkan soal-

selidik atau temubual. Kaedah temubual dipilih kerana keadah ini mudah untuk

mendapat maklumat daripada tokoh atau pihak-pihak lain yang ada kaitan dengan

tokoh. Penulis telah membuat temujanji untuk menemubual dengan tokoh seperti

berikut:

Bil Tarikh Tempat Masa

1 12/3/2018 Stadium Badminton Kuala Lumpur 3.00 petang

2 15/5/2018 Stadium Badminton Kuala Lumpur 4.30 petang

Penulis juga telah menghubungi tokoh melalui panggilan telefon dan aplikasi

teknologi terkini untuk mengetahui maklumat terkini mengenai tokoh yang dikaji.

3.2 Kaedah Kepustakaan

Kaedah kepustakaan juga dijalankan untuk menyempurnakan portfolio ini.

Keadah ini bertujuan mendapat bahan dan maklumat tambahan yang diperlukan.

Keadah ini melibatkan usaha mencari definisi konsep dan menjelaskannya

melalui penulisan pengkaji. Kajian ini telah menggunakan bahan rujukan utama

iaitu Sulalatus Salatin Sejarah Melayu untuk membandingkan Tun Bahara dengan

tokoh yang dikaji. Beberapa buah buku telah digunakan untuk mendapatkan

maklumat tambahan tentang tokoh yang dikaji. Sesuai dengan kaedah

Page 6: PORTFOLIO CONTOH 9224 STPM 2018 - …webmpm.mpm.edu.my/perisian/9224_manualKK18P2/5-PORTFOLIO C… · Kemukakan satu portfolio tentang seorang ahli sukan berjaya ... Tugas kejurulatihan

6""

kepustakaan, penulis telah melaksanakan prosedur sepatutnya iaitu mengunjungi

perpustakaan awam sepanjang menjalankan kajian ini.

Berikut adalah jadual kujungan penulis ke perpustakaan.

Bil Tarikh Tempat Masa

1 12/2/2018 Perpustakaan sekolah 3.00 petang

2 15/3/2018 Perpustakaan daerah/komuniti 2.30 petang

3 16/4/2018 Perpustakaan daerah/komuniti 3.00 petang

4 22/5/2018 Perpustakaan negeri 2.30 petang

4.0 ISI KAJIAN

4.1 LATAR BELAKANG PENDIDIKAN/KERJAYA

Nama sebenar tokoh yang dikaji ialah Misbun bin Haji Ahmad Sidek. Beliau dilahirkan

di Kanchong Darat, Banting, Selangor pada 17 Februari 1960. Beliau memperolehi pendidikan

di Victoria Institution, Kuala Lumpur. Manakala, pendidikan awalnya telah diperolehi di

Banting. Seawal usia 7 tahun iaitu pada 1967 beliau telah dilatih secara serius oleh bapanya

bermain badminton di hadapan rumah mereka. Bapanya, telah membina gelanggang badminton

khusus untuk keperluan anak-anaknya bermain badminton. Misbun mempunyai empat orang

adik-beradik iaitu Razif, Rahman , Jailani dan Rashid. Mereka mendapat latihan yang sama dari

bapanya.

Pada usia 16 tahun beliau telah terplih mewakili Malaysia dalam Kejohanan Asia di

Hong Kong dan Terbuka Australia. Setahun kemudian beliau terpilih menjalani latihan Skuad

Piala Thomas. Pada usia 18 tahun, beliau telah membuktikan kehebatannya dengan mendominasi

Page 7: PORTFOLIO CONTOH 9224 STPM 2018 - …webmpm.mpm.edu.my/perisian/9224_manualKK18P2/5-PORTFOLIO C… · Kemukakan satu portfolio tentang seorang ahli sukan berjaya ... Tugas kejurulatihan

7""

pertandingan badminton Peringkat Kebangsaan dengan memperolehi kemenangan dalam acara

perseorangan, bergu dan bergu campuran pada tahun 1978.

Misbun memenangi kejohanan antarabangsanya yang pertama dalam Terbuka Jerman

pada tahun 1981. Beliau turut membantu skuad badminton Malaysia memenangi pingat perak

dalam Sukan SEA pada tahun yang sama. Dalam kejohanan tersebut, beliau telah menewaskan

Liem Swie King dari Indonesia yang pada ketika itu merupakan Juara All England. Rentak

kecemerlangan dalam sukan badminton ialah apabila beliau dianugerahkan Olahragwan

Malaysia pada tahun 1983. Sebelum itu, pada tahun 1982 beliau telah menewaskan Morten Frost

dari Belanda dan Prakash Padukone dari India tetapi dikecewakan oleh Liem Swie King pada

perlawanan akhir dalam Kejohanan Dunia yang diadakan di Kuala Lumpur. Pada bulan Oktober

1983, Misbun menjadi pemain badminton bertaraf profesional di bawah kendalian International

Management Group. Karier Misbun berakhir dengan cemerlang apabila memenangi Piala

Thomas menewaskan Indonesia pada 1988 dan bersara setahun kemudian iaitu pada usia 29

tahun.

Manakala, ahli sukan yang berjaya dalam teks Sulalatus Salatin Sejarah Melayu ialah

Tun Bahara yang berasal dari Pasai dan berhijrah ke Melaka. Seperti tokoh kajian iaitu Misbun

Haji Sidek yang mahir dalam permainan badminton, Tun Bahara merupakan pemain catur yang

sangat mahir dan tiada yang dapat menandingi kehebatan beliau bermain catur di Melaka.

4.2 SUMBANGAN

Misbun memberikan sumbangan sebagai Jurulatih Perseorangan kepada adiknya sendiri

iaitu Rashid dalam Kejohanan Piala Thomas pada tahun 1992. Tugas kejurulatihan berterusan

apabila beliau turut menjadi jurulatih kepada Roslin Hashim dan Mohamad Hafiz Hashim serta

Page 8: PORTFOLIO CONTOH 9224 STPM 2018 - …webmpm.mpm.edu.my/perisian/9224_manualKK18P2/5-PORTFOLIO C… · Kemukakan satu portfolio tentang seorang ahli sukan berjaya ... Tugas kejurulatihan

8""

Lee Chong Wei. Beliau merupakan Jurulatih Perseorangan Lelaki Malaysia dari tahun 2003-

2010. Sentuhan magis Misbun telah membolehkan Lee Chong Wei menjuarai beberapa

kejohanan dunia. Antaranya ialah Kejohanan Dunia 2005 di Anaheim dengan menjuarai

Perseorangan Lelaki . Seterusnya, menjuarai Perseorangan Lelaki dalam Kejohanan

Commonwealth pada tahun 2006, Asean Games di Doha juga pada tahun 2006 dan Kejohanan

Piala Thomas pada tahun 2008 di Jakarta.

Atas semangat cintakan sukan badminton beliau telah melahirkan Nusa Mahsuri pada 10

April 1997. Antara tujuan Nusa Mahsuri ditubuhkan adalah untuk melahirkan akademi

badminton profesional dalam melatih pemain badminton bertaraf dunia. Nusa Mahsuri turut

bertindak sebagai pusat latihan dalam kalangan pemain profesional. Selain itu, peranan lain

Nusa Mahsuri yang dikendalikan oleh Misbun ialah menjadi perunding kepada mana-mana

kelab, sekolah, universiti atau persatuan sukan yang memerlukan khidmat perunding. Kelab ini

juga diibaratkan sebagai penyambung wadah yang berkemampuan mencungkil bakat–bakat baru

dan membantu persatuan Badminton Malaysia ke arah pembangunan badminton itu sendiri.

Kesemua usaha yang dilakukan oleh beliau adalah bagi memartabatkan sukan badminton di

puncak tertinggi.

Manakala, Tun Bahara seperti yang digambarkan dalam SS mengangkat martabat catur

apabila tiada seorang pun mampu menewaskannya kecuali yang dapat bersaing sedikit dengan

beliau iaitu Tun Pikrama anak Bendahara Paduka Raja. Sumbangan lain Tun Pikrama ialah

mempopularkan permainan catur dalam kalangan rakyat Melaka sebagaimana yang dinyatakan

dalam petikan berikut,

Page 9: PORTFOLIO CONTOH 9224 STPM 2018 - …webmpm.mpm.edu.my/perisian/9224_manualKK18P2/5-PORTFOLIO C… · Kemukakan satu portfolio tentang seorang ahli sukan berjaya ... Tugas kejurulatihan

9""

Maka bercaturlah Tun Bahara itu dengan orang Melaka…Maka segala orang yang tahu-

tahu bercatur, semuanya alah olehnya, seorang pun tiada dapat melawan dia,…

(Sulalatus Salatin, h.154)

4.3 KEISTIMEWAAN

Keistimewaan Misbun sebagai seorang pemain badminton menyerlah dalam usia yang

sangat muda iaitu pada usia 7 tahun dan dilatih pula oleh bapanya sendiri iaitu Dato’ Haji Sidek

Kamar. Pada usia 18 tahun, beliau telah terpilih sebagai pemain perseorangan ketiga untuk

skuad Piala Thomas yang mewakili negara pada ketika itu.

Keistimewaan Datuk Misbun Sidek tidak dapat dinafikan lagi khususnya dalam

memperkenalkan Teknik Servis S yang menimbulkan kontoversi kemudiannya. Teknik Servis S

Pukulan Bulu Tangkis telah mula digunakan pada 1970an. Teknik yang mengelirukan pihak

lawan ini memberikan impak yang besar dalam pertandingan badminton. Teknik Servis S ini

diharamkan sepenuhnya pada 1981 oleh Persekutuan Badminton Antarabangsa (IBF). Selain itu,

keistimewaan beliau juga terletak pada pukulan pancung yang mematikan pergerakan pihak

lawan. Kemuncak kerjaya beliau sebagai jurulatih ialah apabila beliau berjaya mengekalkan

kejuaraan Lee Chong Wei sebagai pemain nombor satu dunia selama 6 tahun berturut-turut.

Pada tahun 2016, beliau bertindak sebagai jurulatih membantu skuad badminton Denmark

menjuarai Piala Thomas buat kali pertama di Malaysia.

Page 10: PORTFOLIO CONTOH 9224 STPM 2018 - …webmpm.mpm.edu.my/perisian/9224_manualKK18P2/5-PORTFOLIO C… · Kemukakan satu portfolio tentang seorang ahli sukan berjaya ... Tugas kejurulatihan

10""

Teknik servis S (sidek ) yang diharamkan IBF

Selain berkecimpung dalam sukan badminton beliau dan ahli keluarganya turut

menghasilkan siri animasi Anak-Anak Sidek bermula pada tahun 1999-2003 melibatkan 39

episod dan juga komik dalam judul yang sama . Komik berbentuk autobiografi yang

memaparkan kehidupan anak-anak Sidek itu telah dihasilkan pada tahun 1995-2005.

Keistimewaan Tun Bahara pula terlalu mahir bermain catur sehingga tiada siapa pun

dapat menewaskannya. Kehebatan bermain catur digambarkan seperti berikut,

Lawannya itu berfikir, ia tiada berfikir, pandang kiri, pandang kanan,,sambil

ia bersyair, dan berbait, dan bergurindam, dan berseloka.

(Sulalatus Salatin, h.154)

Berdasarkan petikan di atas, jelas menggambarkan watak Tun Bahara sebagai seorang pemain

catur yang sangat mahir dalam permainan catur sehinggakan beliau boleh bersyair, berbait,

bergurindam, dan berseloka semasa bermain catur. Oleh kerana keistimewaan tersebut, nama

Tun Bahara tercatat dan diabadikan dalam Sulalatus Salatin Sejarah Melayu sebagai salah

seorang tokoh yang berupaya menarik perhatian penulisnya.

Page 11: PORTFOLIO CONTOH 9224 STPM 2018 - …webmpm.mpm.edu.my/perisian/9224_manualKK18P2/5-PORTFOLIO C… · Kemukakan satu portfolio tentang seorang ahli sukan berjaya ... Tugas kejurulatihan

11""

4.4 PEMIKIRAN

Idea penubuhan Kelab Profesional yang pertama di Malaysia iaitu Nusa Mahsuri yang

dikemukakan oleh Misbun membawa lembaran baru dalam sejarah permainan badminton di

Malaysia apabila kelab tersebut melahirkan pemain-pemain bertaraf profesioanal. Kewujudan

Nusa Mahsuri diikuti kelab-kelab yang lain seperti Kuala Lumpur Racket Club, Puchong

Badminton Club dan lain-lain. Dengan kewujudan pelbagai kelab membolehkan pertandingan

badminton antara kelab yang dinamakan Purple League yang turut disertai pemain-pemain

badminton antarabangsa telah diadakan mulai tahun 2014 sehingga kini.

Logo dan pemain-pemain yang bernaung di bawah Kelab Profesional Badminton pertama di

Malaysia – Nusa Mahsuri.

Page 12: PORTFOLIO CONTOH 9224 STPM 2018 - …webmpm.mpm.edu.my/perisian/9224_manualKK18P2/5-PORTFOLIO C… · Kemukakan satu portfolio tentang seorang ahli sukan berjaya ... Tugas kejurulatihan

12""

Manakala, Tun Bahara melontarkan pemikirannya melalui permainan catur. Beliau begitu

bijak menyusun strategi sehingga digambarkan sentiasa memenangi permainan catur yang

disertainya. Pemikirannya dalam hal menyusun strategi permainan catur dijelaskan melalui

petikan berikut,

Lawannya itu berfikir, ia tiada berfikir, pandang kiri, pandang kanan,

sambil ia bersyair, dan berbait …dan jika Tun Bahara membuang sebiji

bidak ujung jua pun..

(Sulalatus Salatin,h.154)

Paparan di atas menjelaskan bagaimana Tun Bahara menggunakan serangan psikologi ke atas

lawannya apabila beliau begitu tenang dan santai semasa bermain catur dengan gambaran beliau

boleh bersyair, berbait , bergurindam dan berseloka semasa bermain catur manakala lawannya

terpaksa berfikir bersungguh-sungguh untuk menewaskannya.

4.5 PENGIKTIRAFAN

Datuk Misbun pernah dianugerahi dengan gelaran Datuk oleh kerajaan Melaka iaitu

Darjah Mulia Seri Melaka (DSSM). Beliau dianugerahi dengan Ijazah Doktor Falsafah

(Pembangunan Insan) oleh Universiti Tun Hussin Onn Malaysia. Beliau juga menerima anugerah

Jurulatih Kebangsaan oleh Majlis Sukan Malaysia pada tahun 2002 dan 2009. Pada tahun 2002,

beliau menerima penghargaan khas dari Majlis Sukan Selangor serta anugerah penghargaan khas

Persatuan Badminton Melayu Malaysia.

Page 13: PORTFOLIO CONTOH 9224 STPM 2018 - …webmpm.mpm.edu.my/perisian/9224_manualKK18P2/5-PORTFOLIO C… · Kemukakan satu portfolio tentang seorang ahli sukan berjaya ... Tugas kejurulatihan

13""

Bergambar bersama keluarga semasa menerima ijazah Doktor Falsafah.

Tun Bahara pula menerima pengiktirafan sebagai tokoh yang paling masyhur dalam

menguasai permainan catur di Melaka pada ketika itu. Biarpun tiada anugerah khusus yang

diperolehinya namun namanya yang tercatat dalam karya yang kini diangkat sebagai sebuah

Karya Agung amat membanggakan. Pembicaraan mengenai Tun Bahara yang diperkatakan

sehingga kini juga merupakan satu pengiktirafan yang amat besar kepada beliau.

4.6 KARYA

Sebagai seorang tokoh yang sangat istimewa dan telah banyak memberi sumbangan

dalam bidang sukan badminton, Misbun telah memperkenalkan Teknik Servis S yang boleh

dianggap karyanya yang hebat dan tiada tandingannya sehingga kini. Teknik ini dikatakan

mengelirukan pihak lawan menyebabkan pihak lawan sukar menanggapi pergerakan beliau dan

akan menyebabkan kekalahan kepada lawannya. Walaupun, Teknik Servis S itu kemudiannya

diharamkan oleh Persekutuan Badminton Antarabangsa, sehingga kini tiada lain-lain pemain

badminton yang berjaya menghasilkan karya seumpama dengannya.

Page 14: PORTFOLIO CONTOH 9224 STPM 2018 - …webmpm.mpm.edu.my/perisian/9224_manualKK18P2/5-PORTFOLIO C… · Kemukakan satu portfolio tentang seorang ahli sukan berjaya ... Tugas kejurulatihan

14""

Manakala, watak Tun Bahara memperlihatkan hasil karyanya melalui kemahiran beliau

bermain catur yang tidak dapat ditandingi oleh mana-mana individu di Melaka pada ketika itu

sehingga menyebabkan beliau amat dikenali disebabkan kehebatan tersebut.

5.0 PENUTUP

Sukan adalah salah satu kegiatan yang dapat merapatkan silaturrahim antara kaum.

Negara masih memerlukan sokongan yang kuat daripada semua bangsa. Pada pandangan penulis,

sukan dapat memberi ruang kerjaya yang boleh mendatangkan faedah yang besar kepada mana-

mana ahli sukan. Banyak kebaikan yang bakal diperolehi oleh ahli-ahli sukan yang aktif untuk

membina masa depan.

Adalah diharapkan setiap individu yang berkecimpung dalam bidang sukan dapat

memberikan kepakaran dan ilmu pengetahuan yang ada demi memajukan industri sukan negara

yang sedang berkembang pesat pada masa kini.

Penulis menyarankan agar penghargaan terhadap tokoh-tokoh sukan negara tidak

dianggap remeh kerana mereka telah banyak berjasa kepada negara terutamanya kerana

kejayaan-kejayaan yang diperolehi oleh ahli sukan mampu mengharumkan nama negara di mata

dunia. Penghargaan kepada mereka wajar diberikan kerana mereka telah mengorbankan masa,

keringat dan wang ringgit dalam usaha mencapai kejayaan tersebut. Dengan adanya penghargaan

tersebut, jasa meraka kepada negara akan sentiasa disanjung dan dikenang sepanjang zaman.

Page 15: PORTFOLIO CONTOH 9224 STPM 2018 - …webmpm.mpm.edu.my/perisian/9224_manualKK18P2/5-PORTFOLIO C… · Kemukakan satu portfolio tentang seorang ahli sukan berjaya ... Tugas kejurulatihan

15""

SUMBER RUJUKAN

Ahmad Faiez (2013), Karier Sukan Di Malaysia, Selangor, Sri Bumi Pelangi Trading.

Aminuddin Yusof (2002) Stiliska, Penghantar Memahami Bahasa dalam karya Sastera,

Semarang, IKIP Semarang Press.

A. Samad Ahmad.peny. (2010), Sulalatus Salatin, Sejarah Melayu, Kuala Lumpur,

Dewan Bahasa dan Pustaka

Ismail Hamid (1988), Masyarakat dan Budaya Melayu, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa

dan Pustaka dan Kementerian Pendidikan Malaysia.

Tai Lung Aik, (2013) Malaysia 500: Khazanah Insan Aset Negara, Kuala Lumpur,

Arus Intelek Sdn Bhd.

http://www.BHonline.