poligon dan ogif

11
DISEDIAKAN OLEH: DISEDIAKAN OLEH: AZAHARI BIN ABDULLAH AZAHARI BIN ABDULLAH POLIGON DAN OGIF POLIGON DAN OGIF

Upload: luqmanul-hakim

Post on 30-Nov-2015

67 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

poli

TRANSCRIPT

  • POLIGON DAN OGIFDISEDIAKAN OLEH:AZAHARI BIN ABDULLAH

  • POLIGON DAN OGIFTerdapat 2 jenis grfik yang menjelaskantaburan kekerapan:Poligon(penyambungan titik-titik tengah bahagian atas kotak kekerapan dengan garis-garis lurus)Ogif

  • Rajah 6.6(ms 117) menunjukan graf poligon taburan kekerapan markah ujian mingguan. Ia dilukis berasaskan histrogram dalam Rajah 6.3(ms 114). Graf ini menunjukkan bentuk taburan kekerapan dengan lebih jelas.

  • Bagi data yang besar, yang dibahagikan kepada banyak kelas, graf ini hampir menyerupai taburan ukuran populasi sebenar. Di sini bermaksud semua subjek/pelajar sasaran dari mana ukuran itu diambil. Data yang dicerap/peroleh daripada sekumpulan pelajar hanyalah data sampel sahaja. Semakin besar sampel yang kita cerap, semakin dekat ukuran daripada sampel itu menghampiri ukuran daripada populasi.

  • Peratus kekerapan terkumpul boleh dicari dengan menjumlahkan peratus kekerapan daripada ukuran terendah hingga tertinggi.

    Jadual 6.5 menunjukkan kekerapan markah ujian mingguan bersama peratus kekerapan dan peratus kekerapan terkumpulnya.

    Peratus kekerapan terkumpul yang terakhir ialah 100%, iaitu peratus bagi semua kekerapan.

  • Jadual 6.5 : Peratus Kekerapan Terkumpul Markah Ujian

  • Rajah 6.7(ms 118) menunjukkan Ogif peratus kekerapan terkumpul yang dilukis dengan paksi-X menunjukkan markah ujian dan paksi-Y menunjukkan peratus kekerapan terkumpul.

    Peratus ini dilukis pada sempadan sebelah kanan markah, bagi markah 4, titik 38% ditanda pada sempadan kanan markah 4, iaitu pada sempadan markah 4 dan markah 5.

  • Kemudian lukiskan garis kedua (menegak) dari titik pertemuan garis pertama dengan Ogif ke paksi-X (lihat Rajah 6.6). Markah yang bertemu dengan garis kedua adalah markah bagi P72. Dalam contoh ini P72 = 6.2. Ini bermakna terdapat 72% pelajar yang mendapat markah lebih rendah daripada 6.2

  • Graf Ogif penting untuk mencari 2 ukuran:Mencari markah/skor bagi persentil(percentile)Mencari persentil bagi markah tertentu.Persentil bermaksud markah yang mana dibawahnya terdapat markah lebih rendah sebanyak peratus tersebut.

    a)Mencari markah bagi persentil tertentuContohnya: Cari markah bagi persentil ke 72(P72). Untuk mencari markah ini, lukiskan garis pertama (mendatar) mulai pada nilai 72 peratus di paksi-Y hingga ke Ogif.

  • b)Mencari persentil bagi markah tertentuContoh:Cari persentil bagi markah 8.5. Untuk mencari persentil ini, lukiskan garis pertama(menegak) mulai pada nilai 8.5 di paksi-X hingga ke Ogif.

    Lukiskan garis kedua(mendatar) dari titik pertemuan garis pertama dengan Ogif ke paksi-Y (lihat Rajah 6.8(ms 119).

  • Peratus yang bertemu dengan garis kedua adalah persentil yang dicari.

    Dalam contoh ini 8.5 = P91. ini bermakna seseorang pelajar yang mendapat markah 8.5 berpencapaian lebih baik daripada 91% pelajar lain.