pola ayat dasar

9
Subjek ialah bahagian ayat yang diterangkan dan predikat ialah bahagian ayat yang menerangkan subjek. Pendahuluan Ayat ialah sekumpulan perkataan yang mempunyai susunan tertentu dan mengandungi maksud yang sempurna. Binaan Ayat yang sempurna mestilah mengandungi dua bahagian utama, iaitu ek (benda) dan predikat (cerita). Ayat = Subjek + Predikat

Upload: nazirahmurad

Post on 28-Jun-2015

2.285 views

Category:

Documents


12 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pola Ayat Dasar

Subjek ialah bahagian ayat yang diterangkan dan predikat ialah bahagian ayat yang menerangkan

subjek.

Pendahuluan

Ayat ialah sekumpulan perkataan yang mempunyai susunan tertentu dan mengandungi maksud yang sempurna.

Binaan Ayat

Ayat yang sempurna mestilah mengandungi dua bahagian utama, iaitusubjek (benda) dan predikat (cerita).

Ayat = Subjek + Predikat

Page 2: Pola Ayat Dasar

Lihatlah contoh yang berikut :

Subjek Predikat

1. Sekolah itu2. Fatimah3. Pelajar-pelajar itu4. Salleh5. Kami6. Suasana di dewan

sekolah Fatimah.dari Johor.pintar.menerima hadiah.bertambah rajin.riuh sekali.

Page 3: Pola Ayat Dasar

Pola Ayat Dasar

Dalam bahasa Melayu, pola ayat dasar atau ayat inti (ayat mudah) ialah ayat yang menjadi dasar atau sumber bagi pmbentukan semua ayat yang lain. Dengan kata lain , ayat dasar ialah ayat yang paling sederhana. Ada 4 pola ayat dasar dalam bahasa Melayu. Pada umumnya, bahagian subjek diisi oleh frasa nama. Bahagian predikat pula diisi oleh empat jenis frasa-

• Frasa Nama (FN), • Frasa Kerja (FK),• Frasa Adjektif (FA) dan• Frasa Sendi Nama (FS).

Page 4: Pola Ayat Dasar

Lihatlah contoh yang berikut:

Pola Subjek PredikatPola 1 Ali bin Ahmad (FN) pelajar lelaki (FN)

Pola 2 Engkau (FN) memberi aku dorongan. (FK)

Pola 3 Sahabatku (FN) pintar sekali.(FA)

Pola 4 Abang (FN) ke kedai buku.(FS)

Dalam Pola 1- 4, Frasa Nama (FN) berfungsi sebagai subjeknya. Bahagianpredikat pula terdiri daripada empat jenis frasa. Dalam contoh yang diberikan,jenis frasa dapat dikenal melalui perkataan pertama yang berwarna dalam bahagian predikat.

Page 5: Pola Ayat Dasar

Pola Ayat Dasar

Kamu telah diperkenalkan dengan empat pola ayat dasar dalam Bahasa Melayu. Kamu akan mempelajari pola 1, iaitu frasa nama + frasa nama(FN + FN) dan pola 2, frasa nama + frasa kerja (FN = FK)

Pola 1Frasa Nama + Frasa Nama (FN + FN)

Ayat-ayat yang dibina dengan pola ini menggunakan Frasa Nama (FN) sebagaisubjek dan Frasa Nama (FN) sebagai predikat seperti contoh yang berikut ini.

SUBJEK PREDIKAT

Frasa Nama (FN) Frasa Nama (FN)

1. Yusof Ishak presiden pertama Singapura

2. Beliau wartawan.

3. Akhbar beliau Utusan Melayu.

4. Utusan Melayu akhbar bahasa Melayu

5. Bahasa Melayu bahasa kebangsaan Singapura

Page 6: Pola Ayat Dasar

Frasa Nama

1. Seorang budak lelaki sedang berbasikal.

2. Seekor anak kucing mengiau-nagiau di situ.

3. Udin mendengarnya dengan teliti.

4. Kucing itu terjatuh ke dalam longkang.

5. Udin mahu menyelamatkan anak kucing itu.

Dalam ayat-ayat yang tertera di atas, frasa seorang budak, seekoranak kucing, Udin, Kucing itu, longkang dan anak kucing dikenal sebagaiFrasa Nama

Frasa Nama boleh terbentuk daripada satu kata nama atau lebih.Contohnya : orang, rumah, orang Melayu, pokok kelapa, kawasan perumahan dan sebagainya.

Page 7: Pola Ayat Dasar

Pola 2Frasa Nama + Frasa Kerja (FN + FK)

Ayat-ayat yang dibina dengan pola ini menggunakan Frasa Nama (FN) sebagaisubjek dan Frasa Kerja (FK) sebagai predikat seperti contoh yang berikut ini.

SUBJEK PREDIKAT

Frasa Nama (FN) Frasa Kerja (FK)

1. Wartawan menulis berita.

2. Ayah membaca akhbar utusan Melayu.

3. Akhbar Utusan Melayu dibaca oleh orang ramai.

4. Yusof Ishak menjadi presiden pertama Singapura.

5. Presiden Singapura membaca ikrar.

Page 8: Pola Ayat Dasar

Pola 3Frasa Nama + Frasa Adjektif (FN + FA)

Ayat-ayat yang dibina dengan pola ini menggunakan Frasa Nama (FN) sebagaisubjek dan Frasa Adjektif (FA) sebagai predikat seperti contoh yang berikut ini.

SUBJEK PREDIKAT

Frasa Nama (FN) Frasa Adjektif (FA)

1. Aidil sangat rajin.

2. Guru Aidil wartawan.

3. Buku ‘Adab Melayu’ mahal.

4. Buku projek Aidil tebal.

5. Illustrasi dalam buku projek ini cantik-cantik belaka.

Page 9: Pola Ayat Dasar

Pola 4Frasa Nama + Frasa Sendi Nama (FN + FS)

Ayat-ayat yang dibina dengan pola ini menggunakan Frasa Nama (FN) sebagaisubjek dan Frasa Sendi Nama (FS) sebagai predikat seperti contoh yangberikut ini.

SUBJEK PREDIKAT

Frasa Nama (FN) Frasa Sendi Nama (FS)

1. Surat itu dari London.

2. Buku-buku misteri itu daripada abangku.

3. Juruterbang pelatih ke dewan simulasi kapal terbang.

4. Latihan simulasi itu untuk juruterbang pelatih.

5. Kawasan Segi Tiga Bermuda di tengah-tengah Lautan Atlantik.