pksr 2 bm4

10
[PKSR2/13] [BM/TH4] Soalan 1 -23 Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai. Soalan 1 berdasarkan gambar di bawah. 1. Encik Saleh baru sahaja membeli sebuah ___________ baharu. A. basikal C. kereta B. van D. lori Soalan 2 -3 berdasarkan gambar di bawah. 2. “_______________ hendak ke mana?” tanya bapa Ah Kim kepada Ramu. A. Engkau C. Kamu B. Awak D. Aku 3. “_______________ hendak ke kedai, pak cik,” jawab Ramu. A. Aku C. Saya B. Kami D. Hamba 4. Saya anak pertama dalam keluarga. Jadi, panggil saya _______________. A. Along C. Angah B. Uda D. Usu 5. Buah mempelam muda memang berasa _______________. A. pahit C. kelat B. masin D. masam 1

Upload: jasmansim

Post on 19-Jul-2016

27 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

exam question for bahasa malaysia

TRANSCRIPT

Page 1: Pksr 2 BM4

[PKSR2/13] [BM/TH4]

Soalan 1 -23Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

Soalan 1 berdasarkan gambar di bawah.

1. Encik Saleh baru sahaja membeli sebuah ___________ baharu.A. basikal C. keretaB. van D. lori

Soalan 2 -3 berdasarkan gambar di bawah.

2. “_______________ hendak ke mana?” tanya bapa Ah Kim kepada Ramu.A. Engkau C. KamuB. Awak D. Aku

3. “_______________ hendak ke kedai, pak cik,” jawab Ramu.A. Aku C. SayaB. Kami D. Hamba

4. Saya anak pertama dalam keluarga. Jadi, panggil saya _______________.A. Along C. AngahB. Uda D. Usu

5. Buah mempelam muda memang berasa _______________.A. pahit C. kelatB. masin D. masam

6. Derma ini harus diberi _____________ anak-anak yatim di kampung kita.A. bagi C. kepadaB. untuk D. terhadap

Soalan 7 berdasarkan gambar di bawah.

1

Page 2: Pksr 2 BM4

[PKSR2/13] [BM/TH4]

7. Nasi dan lauk-pauk yang dijual di____________ itu sungguh lazat.A. restoran C. kedaiB. pondok D. gerai

8. Dia tetap ke sekolah _______________ dirinya kurang sihat.A. tetapi C. supayaB. kerana D. walaupun

9. Saya ______________ pasti hendak ke sana kerana ada latihan sukan.A. baru C. belumB. telah D. sedang

Soalan 10 berdasarkan gambar di bawah.

10. “_____________! kamukah yang melambai saya semalam?” tanya Aris kepada Rahman.

A. Eh C. AduhB. Wah D. Aduhai

11. _______________ ekor lembu sedang makan rumput di tepi sungai itu.A. Para C. BeberapaB. Semua D. Sebahagian

12. Pak Hamid ___________________ buah betik itu dengan menggunakan galah.A. menuai C. menjolokB. memetik D. mengambil

Soalan 13 berdasarkan gambar di bawah.

2

Page 3: Pksr 2 BM4

[PKSR2/13] [BM/TH4]

13. Ibu ___________________ nasi dengan menggunakan periuk elektrik.A. mengukus C. merenehB. menanak D. merebus

Soalan 14 berdasarkan gambar di bawah.

14. Pak Mail berehat sambil bersandar pada _______________ pokok.A. tepi C. bawahB. bucu D. pangkal

15. Bayi perempuan yang didukung oleh ibunya itu sungguh __________________.A. lawa C. comelB. segak D. tampan

16. Pasukan Pengakap tiba _________________ tapak perkhemahan itu petang semalam.A. pada C. olehB. ke D. di

17. Budak itu memang _____________; sepak bola pun tidak kena.A. kaki joli C. kaki pukulB. kaki botol D. kaki bangku

18. Tikar mengkuang itu _______________ digigit tikus.A. kusut-masai C. cerai-beraiB. robak-rabik D. calar-balar

Soalan 19 berdasarkan gambar di bawah.

3

Page 4: Pksr 2 BM4

[PKSR2/13] [BM/TH4]

19. Pak Cik Seman _________________ jalan di sungai.A. meleret C. membalingB. menebar D. mencampak

Soalan 20 – 21 berdasarkan gambar di bawah.

20. Kakak sedang mengupas _______________ mempelam yang baharu dibelinya.A. setangkai C. sehirisB. sebuah D. sebiji

21. Dia mengupas mempelam itu dengan menggunakan _______________ pisau.A. sebiji C. sebuahB. sebilah D. sebatang

22. Orang lain sibuk bekerja tetapi dia suka sangat ____________________.A. curi tulang C. mandi kerbauB. ambil berat D. pasang telinga

23. Suasana di kampung terpencil itu tenang dan damai ___________________.A. agak C. sekaliB. paling D. terlalu

24. Pilih ayat tanya yang sesuai bagi ayat di bawah.Budak yang hilang itu sudah ditemui semalam.A. Budak yang hilang itu sudah ditemui semalam?B. Bagaimanakah keadaan budak yang hilang itu?C. Di manakah budak yang itu hilang itu ditemui?D. Bilakah budak yang hilang ditemui?

Soalan 25 – 26Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan

25. Wati mengajak Hani makan bekalannya.A. Hani mengajak Wati makan bekalannya.B. Hani diajak oleh Wati makan bekalannya.

4

Page 5: Pksr 2 BM4

[PKSR2/13] [BM/TH4]

C. Wati diajak oleh Hani makan bekalan mereka.D. Wati diajak oleh mereka makan bekalan.

26. “Tolong ibu basuh baju, ya,” pinta ibu kepadaku.A. Ibu menyuruh aku membasuh bajunya.B. Aku meminta tolong ibuku membasuh baju.C. Ibu meminta aku menolongnya membasuh baju.D. Aku meminta kebenaran untuk membasuh baju ibu.

Soalan 27 – 28Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

27. I Budak itu baik budi pekertinya.II Bersukan sangat baik untuk kesihatan.III Perasaan marah budak itu sudah hampir baik.IV Kereta itu sudah baik di bengkel Wak Sukimon.A. I dan II C. II dan IVB. I dan III D. III dan IV

28. I Baju itu di dalam almari.II Dia tinggal di kawasan dalam.III Mereka berpakat hendak dalam perigi itu.IV Hujan lebat menyebabkan air sungai semakin dalam.A. I dan II C. II dan IVB. I dan IV D. III dan IV

Soalan 29 – 30Pilih ayat yang betul.

29. A. Kami pergi di Melaka semalam. B. Berikan nota ini ke Ah Cheng, Saleh.C. Dia akan bertolak di Kuantan pada pagi ini.D. Saya hendak ke sekolah pada petang ini.

30. A. Itu bukan buku tulis saya. B. Salmi tidak kakak saudara saya. C. Farida bukan hadir ke sekolah semalam.

D. Hadiah di atas meja itu tidak untuk kamu, Halim.

Soalan 31- 35Baca petikan di bawah. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya.

PEMBERITAHUANKempen Kesedaran Kesihatan pada 29 Julai 2010

Untuk makluman, Pelancaran Kempen Kesedaran Kesihatan Bersama Masyarakat.

5

Page 6: Pksr 2 BM4

[PKSR2/13] [BM/TH4]

Tarikh : 29 Julai 2010 ( Sabtu )Jam : 8.30 pagiTempat : Dewan Serbaguna Kepala BatasAnjuran : Hospital Besar Kepala BatasPerasmian : YB Encik Azman Hasan ( Exco Negeri Pulau Pinang )

Sempena kempen ini diadakan Pemeriksaan Kesihatan Percuma, Pameran, dan Ceramah

Berkenaan Nutrisi Makanan, Penyakit Diabetes dan Demam Denggi akan disampaikan.

Warga seberang dijemput hadir ke kempen ini pada hari dan masa seperti di atas.Sekian.

31. Pemberitahuan di atas adalah mengenai……..A. Ceramah Demam DenggiB. Perasmian Hospital Besar Kepala BatasC. Kempen Kesedaran Kesihatan D. perlantikan YB Encik Azman Hasan

32. Siapakah yang dijemput untuk menghadiri ceramah tersebut?A. Warga seberang Kepala Batas B. Penduduk Kepala Batas sahaja C. Kakitangan Hospital Besar D. YB Encik Azman Hasan dan keluarga

33. Kempen ini dianjurkan oleh……….A. Hospital Besar Pulau Pinang C. Kementerian KesihatanB. Hospital Besar Kepala Batas D. Ahli Exco Negeri Pulau Pinang

34. Pada pendapat kamu, dalam ceramah Nutrisi Makanan apakah yang akan disampaikan?A. Kepentingan mengambil makanan seimbang.B. Makan di kedai adalah menjimatkan.C. Jagalah kebersihan sekeliling rumah.D. Makan apabila terasa lapar sahaja.

35. Bilakah tarikh Kempen Kesedaran Kesihatan itu akan diadakan?A. 29 Jun 2010 C. 28 Jun 2010B. 29 Julai 2010 D. 28 Julai 2010

6

Page 7: Pksr 2 BM4

[PKSR2/13] [BM/TH4]

Soalan 36 – 40Baca petikan di bawah dengan teliti.

Di dalam sebuah hutan, tinggal Sang Monyet yang sombong. Monyet-monyet lain menjauhkan diri daripadanya kerana tidak suka akan sikapnya itu. Sang Monyet juga kedekut. Dia tidak gemar berkongsi buah-buahan dengan rakan-rakannya. Suatu hari, Sang Monyet berehat di atas pokok di tepi sungai. Sang Monyet ternampak seekor kura-kura terkial-kial menarik sebatang pokok pisang di tepi sungai itu.

Sang Monyet turun dari pokok seraya mendapatkan kura-kura. “Mengapakah kamu bertungkus lumus menarik pokok pisang ini? Lagipun, pokok ini tidak berbuah, hanya ada daun.”

“Saya hendak menanam pokok ini. Apabila pokok ini besar, tentulah pokok ini akan mengeluarkan buah. Dapatlah saya merasa hasilnya nanti,” jawap kura-kura.

“Jika aku mengambil bahagian pucuk pokok pisang ini, tentulah aku dahulu yang dapat makan buahnya,” kata Sang Monyet dalam hatinya.

Sang Monyet menawarkan bantuan untuk menarik batang pokok itu tetapi dia mengenakan syarat kepada kura-kura. “Pokok pisang ini mesti dibahagi dua bahagian,” katanya. Kura-kura bersetuju.

Sang Monyet memotong pokok pisang itu. Bahagian pucuk diambilnya lalu ditanam manakala bahagian batang diberikannya kepada kura-kura. Keesokannya, Sang Monyet terkejut apabila melihat pucuk pisangnya kuning. Sebaliknya, pokok pisang kura-kura mulai bertunas. Beberapa bulan kemudian, buah-buah pisang kepunyaan kura-kura mulai masak.

Sedarlah Sang Monyet bahawa perbuatannya yang tamak itu telah menyebabkan dirinya kerugian.

Jawab soalan-soalan yang berikut.

36. Apakah yang dilakukan oleh kura-kura di tepi sungai? A. Berehat. B. Menarik pokok pisang. C. Menanam pokok pisang. D. Berbual dengan Sang Monyet.

37. Semua yang berikut tentang sikap Sang Monyet kecuali? A. Malas. B. Haloba. C. Bongkak.

7

Page 8: Pksr 2 BM4

[PKSR2/13] [BM/TH4]

D. Mementingkan diri.

38. Mengapakah Sang Monyet memilih bahagian pucuk pokok pisang? A. Dia gemar makan pisang. B. Dia tidak mahu ditipu oleh kura-kura. C. Dia hendak makan pisang yang ditanamnya. D. Dia menyangka bahagian itu akan cepat berbuah.

39. Rangkai kata pucuk pisangnya kuning dalam petikan bermaksud? A. Hidup subur. B. Tidak mengeluarkan buah. C. Mengeluarkan buah yang sedikit. D. Akan layu dan mati.

40. Apakah kesudahan cerita tersebut? A. Sang Monyet menyesal dan insaf. B. Sang Monyet berfikir dahulu sebelum bertindak. C. Kura-kura memberi pisangnya kepada Sang Monyet.

D. Kura-kura bersahabat baik dengan Sang Monyet.

soalan tamat

8