pksr 2 2013 sains tahun 4

Upload: dalam-balang

Post on 14-Apr-2018

254 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/27/2019 pksr 2 2013 sains tahun 4

    1/16

    1

    SEKOLAH KEBANGSAAN BATU MUDA, KUALA LUMPUR

    PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2013

    SAINS TAHUN 4

    (1 JAM 15 MINIT)

    BAHAGIAN A (60 MARKAH)

    Setiap soalan diikuti dengan empat pilihan jawapanA, B, C dan D. Hitamkan jawapan yang

    betul. Masa yang dicadangkan ialah 45 minit. Jika tidak dapat menjawab, teruskan dengan

    soalan yang berikutnya.

    1. Apakah persamaan ciri bagi sesumpah dan kuda belang bagi melindungi diri daripada

    musuh?

    A. Menyamar

    B. Tinggal dalam kumpulan

    C. Mempunyai sengat beracun

    D. Menghasilkan bau busuk

    2. Rajah 1, menunjukkan tumbuh-tumbuhan yang dikelaskan P, Q dan R.

    Antara berikut, yang manakah mewakili cara pembiakan P, Q dan R?

    P Q R

    A. Sulur (Anak pokok) Biji Benih Keratan Batang

    B. Daun Spora Batang bawah tanah

    C. Sulur (Anak pokok) Keratan Batang Spora

    D. Keratan batang Batang bawah tanah Daun

    Rajah 1

  • 7/27/2019 pksr 2 2013 sains tahun 4

    2/16

    2

    3. Karat terjadi apabila besi terdedah kepada air dan udara. Satu lapisan perang boleh

    dilihat pada objek. Objek manakah yang akan mengalami proses ini ?

    A Belon C. Skru

    B Botol D. Pasu seramik

    4. Antara haiwan berikut, yang manakah menggunakan insang untuk bernafas?

    5. Rajah 2, menunjukkan dua objek

    Objek-objek tersebut sesuai untuk mengukur

    A. Lebar sebuah gelanggang tenis

    B. Ukurlilit sebiji bola

    C. Panjang sebuah dewan

    D. Ketinggian sebatang pokok kelapa

    6. Apakah satelit semulajadi bagi bumi?

    A Matahari C. Musytari

    B Bulan D. Asteroid

    A B

    C D

    Rajah 2

    PembarisBenang

  • 7/27/2019 pksr 2 2013 sains tahun 4

    3/16

    3

    7. Rajah 3, menunjukkan tiga botol kopi panas yang dibalut dengan menggunakan tiga

    bahan yang berlainan. Botol tersebut ditinggalkan di atas meja selama 15 minit.

    Rajah 3

    Susun botol-botol tersebut bermula daripada botol kopi yang paling panas kepada yang

    paling sejuk selepas 15 minit.

    A X , Y , Z C. Z, Y, X

    B Z, X, Y D. X, Z, Y

    8. Pernyataan yang manakah benar tentang sistem suria?

    I Matahari adalah pusat sistem suria

    II Terdapat 10 planet dalam sistem suria

    III Planet beredar dalam orbit yang sama

    IV Asteroid berada antara planet Marikh dan Musytari

    A I dan II sahaja

    B I dan IV sahaja

    C II dan III sahaja

    D III dan IV sahaja

    9. Manusia boleh mendengar degupan jantung dengan bantuan?

    A Megafon

    B Steteskop

    C Mesin kira

    D Kanta pembesar

    Kain Surat

    khabar

    Kapas

  • 7/27/2019 pksr 2 2013 sains tahun 4

    4/16

    4

    10. Rajah 4 menunjukkan alatan untuk mengukur masa

    Rajah 4

    A Ia berayun dengan seragam

    B Ia mudah berhenti

    C Ia mengukur masa dengan tepat

    D Ia boleh dikira

    11. Jadual 1 di bawah menunjukkan jisim beberapa jenis buah?

    Jenis buah Jisim

    Tembikai 2 kg

    Betik 1 kg

    Labu 1 kg

    Jambu batu 0.2 kg

    Jadual 1

    Pernyataan yang manakah SALAH?

    A. Labu lebih ringan daripada tembikai

    B. Betik lebih berat daripada jambu batu

    C. Tembikai lebih berat daripada jambu batu

    D. Tembikai lebih ringan daripada betik

    12. Yang manakah padanan yang TIDAK BENAR?

    Ukuran Unit

    A Panjang mm

    B Luas m3

    C Isipadu cecair l

    D isipadu pepejal m3

    Apakah ciri alatan ini yang membolehkan ia digunakan untuk mengukur masa?

    PendulumKaki retort

  • 7/27/2019 pksr 2 2013 sains tahun 4

    5/16

    5

    13. Rajah 5 menunjukkan satu segiempat sama dan satu segiempat tepat?

    1cm 2 cm

    11 cm

    Rajah 5

    Berapakah bilangan segiempat sama yang diperlukan untuk memenuhi satu segiempat

    tepat tersebut?

    A. 12

    B. 20

    C. 22

    D. 30

    14. Jadual 2 menunjukkan maklumat dua kumpulan objek mengikut jenis bahan.

    M N

    Botol Beg tangan

    Jag Tali pinggangPinggan Kasut

    x y

    Jadual 2

    Apakah objek x dan Y?

    X Y

    A Tisu Pasu

    B Baju hujan Sudu

    C Cermin Topi

    D Pemadam Bola

  • 7/27/2019 pksr 2 2013 sains tahun 4

    6/16

    6

    15. Pernyataan manakah yang BENAR?

    I. Cermin kereta adalah lutsinar

    II. Dinding bangunan diperbuat daripada konkrit lutcahaya

    III. Bahan lutcahaya membenarkan semua cahaya melaluinya

    IV. Bumbung rumah diperbuat daripada bahan legap untuk menghalang cahaya

    matahari

    A. I dan II sahaja

    B. I dan IV sahaja

    C. II dan III sahaja

    D. III dan IV sahaja

    16. Rajah 6 menunjukkan seorang murid yang tidak mempunyai banyak masa untuk mengira

    persamaan matematik

    Rajah 6

    Apakah yang boleh dilakukan untuk mengatasi had keupayaan otak

    A Menggunakan mancis sebagai alat mengira

    B Menggunakan steteskop

    C Menggunakan mesin kira

    D Menggunakan jari

  • 7/27/2019 pksr 2 2013 sains tahun 4

    7/16

  • 7/27/2019 pksr 2 2013 sains tahun 4

    8/16

    8

    20. Apakah yang dimaksudkan dengan panjang

    A Jumlah darab panjang, lebar dan tinggi sesuatu objek

    B Jumlah ruang yang diisi oleh objek

    C Saiz permukaan bagi bentuk 2 - dimensi

    D Jarak antara dua titik

    21. Objek manakah yang akan tenggelam di dalam kolam renang?

    Kunci logam kotak

    botol plastik Patung itik

    plastik

    22. Rajah 9 di bawah menunjukkan suatu penyiasatan untuk mengkaji proses pengaratan.

    Rajah 9

    Apakah fungsi kalsium klorida kontang?

    A Untuk menyerap haba

    B Untuk melembabkan tabung uji

    C Untuk membersihkan udara dalam tabung uji

    D Untuk menyerap wap air dalam tabung uji

    A

    B

    C

    D

    Gabus

    Paku

    Kalsium Klorida Kontang

  • 7/27/2019 pksr 2 2013 sains tahun 4

    9/16

    9

    23. Apakah yang akan terjadi jika Bumi dekat dengan Matahari?

    I Ia akan menjadi panas

    II Ia akan sesuai dengan hidupan di bumi

    III Tanah akan menjadi kering

    IV Air akan menjadi beku

    A I dan II sahaja

    B II dan IV sahaja

    C I dan III sahaja

    D II dan III sahaja

    24. R, S dan T adalah tiga planet dalam Sistem Suria

    Susun palnet-planet itu bermula daripada planet yang paling dekat dengan Matahari

    A.R, S, T C. T, S, R

    B. S, T, R D, S, R, T

    25. Manakah antara berikut boleh membantu mencegah pengaratan?

    A. Balut objek dengan span

    B. Sapu minyak atau gris pada objek

    C. Sembur objek dengan air

    D. Letakkan objek di dalam almari

    RNeptun SZuhrah T - Zuhal

  • 7/27/2019 pksr 2 2013 sains tahun 4

    10/16

    10

    26 Sekumpulan murid dalam kelas menunjukkan tiga ahli dalam sistem suria. Jika bola

    keranjang digunakan untuk mewakili Matahari, objek manakah yang boleh mewakili

    Bulan?

    A.Biji sagu C. Bola ping pong

    B. Bola tenis D. Bola sepak

    27 Fauzi telah sesat di hutan. Alat manakah dapat membantunya untuk mencari jalan.

    A. Komputer

    B. Kompas

    C. Kanta pembesar

    D. Lampu suluh

    28 Susun perkembangan sektor pembinaan dari yang terawal kepada yang termoden

    A Rumah batu Gua Rumah kayu Rumah tanah liat

    B Gua Rumah tanah liat Rumah kayu Rumah batu

    C Rumah batu Rumah tanah liat Rumah kayu Gua

    D Gua Rumah kayu Rumah tanah liat Rumah batu

    29

    Apakah objek dalam Sistem Suria yang dimaksudkan dengan maklumat di atas?

    A. Meteor

    B. Komet

    C. Asteroid

    D. Planet

    Mengorbit mengelilingi Matahari

    Mempunyai ekor bercahaya

    Terdiri daripada ais dan habuk

  • 7/27/2019 pksr 2 2013 sains tahun 4

    11/16

    11

    30. Rajah 10 di bawah menunjukkan satu kenderaan?

    Rajah 10

    Bahan manakah yang digunakan untuk membuat bahagian X dan Y

    X Y

    A Getah Logam

    B Kayu Kaca

    C Logam Getah

    D Getah Kayu

    X

    Y

  • 7/27/2019 pksr 2 2013 sains tahun 4

    12/16

    12

    BAHAGIAN B (40 MARKAH)

    NAMA: _________________________________ KELAS:___________

    Jawab semua soalan. Tuliskan jawapan dalam ruangan yang disediakan.

    1. Rajah 1 menunjukkan satu penyiasatan berkaitan dengan keperluan asas tumbuhan.

    Rajah 1

    a) Apakah pemerhatian yang dapat dilihat selepas satu minggu?

    ___________________________________________________________

    ___________________________________________________________

    [1 Markah]

    b) Apakah inferens (sebab) berdasarkan jawapan kamu di (a)

    ___________________________________________________________

    ___________________________________________________________

    [1 Markah]

    c) Apakah kesimpulan yang dapat dibuat daripada penyiasatan ini?

    ___________________________________________________________

    ___________________________________________________________

    [1 Markah]

    Tumbuhan

    Tanah

    keringTanah

    lembab

  • 7/27/2019 pksr 2 2013 sains tahun 4

    13/16

    13

    2. Sekumpulan murid menjalankan penyiasatan menggunakan lima bandul H, I, J, K dan L

    seperti dalam rajah 2 di bawah. Semua bandul mempunyai berat ladung yang sama tetapi

    panjang tali yang berbeza. Bandul diayun dengan cara yang sama untuk menyukat masa

    yang diambil untuk 20 ayunan. Keputusan penyiasatan dicatat dalam jadual 1 di bawah.

    Rajah 2

    Bandul Panjang tali (cm) Masa yang diambil untuk 20 ayunan (s)

    H 20 18

    I 30 23J 40 28

    K 50 33

    L 60

    Jadual 1

    a) Apakah tujuan penyiasatan ini?___________________________________________________________

    ___________________________________________________________

    [1 Markah]

    b) Apakah corak perubahan masa yang diambil untuk 20 ayunan?__________________________________________________________

    [1 Markah]

    c) Daripada penyiasatan di atas, nyatakani) apakah yang diubah (pembolehubah dimanipulasikan)?

    ______________________________________________________

    ii ) apakah yang ditetapkan (pembolehubah dimalarkan)?

    ______________________________________________________

    (2 markah)

    d) Ramalkan masa yang diambil untuk 20 ayunan apabila panjang tali ialah 60 cm.__________________________________________________________

    (1 Markah)

  • 7/27/2019 pksr 2 2013 sains tahun 4

    14/16

    14

    3. Rajah 3 menunjukkan satu penyiasatan untuk mengkaji pengaratan paku besi

    a) Apakah tujuan penyiasatan ini?

    Rajah 3

    Keputusan penyiasatan direkodkan dalam jadual 2 di bawah

    Tabung Uji Keadaan paku selepas tiga minggu

    P Tidak berkarat

    Q BerkaratR Berkarat

    Jadual 2

    (a) Apakah tujuan penyiasatan?

    _________________________________________________________________

    _________________________________________________________________

    (1 markah)

    b ) Nyatakan:

    (i) apa yang diubah (pembolehubah dimanipulasikan)_______________________________________________________

    (1 markah)

    (ii) apa yang diperhati (pembolehubah bergerakbalas)_______________________________________________________

    (1 markah)

    d) Berikan satu sebab (inferens), mengapakah paku P tidak berkarat?

    ______________________________________________________________

    ______________________________________________________________

    (1 markah )

    Q R S T

  • 7/27/2019 pksr 2 2013 sains tahun 4

    15/16

    15

    4. Rajah 4 menunjukkan kedudukan lima planet daripada Matahari dalam Sistem Suria

    Rajah 4

    Jadual 3 di bawah menunjukkan jarak planet daripada Matahari dan masa yang diambil

    untuk satu pusingan lengkap mengelilingi Matahari.

    Jadual 3

    a) Apakah corak perubahan masa yang diambil untuk satu pusingan lengkap mengelilingiMatahari?

    __________________________________________________________

    (1 markah )

    b) Nyatakan

    (i) apa yang diubah (pembolehubah dimanipulasi) dalam penyiasatan ini,

    _______________________________________________________

    (1 markah )

    (ii) apa yang diperhati (pembolehubah bergerak balas) dalam penyiasatan ini,

    _______________________________________________________

    (1 markah )

    c) Nyatakan hubungan antara jarak Planet dari Matahari dengan masa yang diambil

    untuk satu pusingan lengkap mengelilingi Matahari.

    ______________________________________________________________

    ______________________________________________________________

    (1 markah )

    PlanetJarak planet dari

    Matahari (juta km)

    Masa yang diambil untuk satu

    pusingan lengkap mengelilingi

    Matahari (hari)

    M 58 88

    N 108 225

    O 150 365

    P 228 687

    Q 778 4380

  • 7/27/2019 pksr 2 2013 sains tahun 4

    16/16

    16

    5. Sekumpulan murid perempuan kelas 4 Arif telah mengumpulkan maklumat tentang

    bilangan telefon mudah alih yang dijual di sebuah kedai di Kampung Batu Muda. Carta

    bar di bawah menunjukkan maklumat yang diperoleh.

    a) Apakah tujuan penyiasatan ini?___________________________________________________________

    ____________________________________________________________

    [1 Markah]

    b) Daripada penyiasatan di atas, nyatakani) apa yang diubah (pembolehubah dimanipulasikan)?

    ______________________________________________________

    ii ) apa yang diperhati(pembolehubah bergerakbalas)?

    ______________________________________________________

    (2 markah )

    c) Apakah kesimpulan yang dapat dibuat daripada penyiasatan di atas?

    ___________________________________________________________

    ___________________________________________________________

    (1 Markah)

    Disediakan oleh: Disemak oleh:

    (Puan Aznida Nasruddin) (Puan Mazidah bt Mat Saad)

    Ketua Panitia Sains

    Tahun

    Bilangan telefon mudah alih yang dijual

    2007 2008 2009 2010 2011

    1200

    1000

    800

    600

    400

    200