bm4 kf.doc

32
Set 1 Soalan 1 hingga Soalan 5 Baca petikan di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. Setiap pagi sarapan dihidangkan untuk anda. Ada nasi lemak, mi goreng, roti canai, roti bakar, dan bermacam-macam lagi hidangan yang bersilih ganti setiap hari. Malah, ibu anda akan berleter panjang sekiranya anda enggan menjamah hidangan tersebut. Mengapa, ya? Apa agaknya yang akan terjadi sekiranya anda tidak bersarapan? Anda diingatkan agar tidak mengabaikan sarapan kerana sarapan penting untuk kesihatan anda. Jangan biarkan perut anda kosong. Makanlah sedikit makanan sebagai alas perut. Jika tidak, perut anda akan sakit. Anda mungkin juga akan diserang penyakit gastrik. Jika hal ini berlaku, sudah tentu anda tidak dapat mengikuti pelajaran dengan baik. Tugas-tugas anda yang lain akan terganggu juga. Sesetengah orang sanggup meninggalkan sarapan kerana ingin kurus. Ada juga yang berbuat demikian kerana ingin berjimat cermat. Tetapi tindakan tersebut adalah berbahaya. Jangan ikat perut. Tahukah anda bahawa perut yang kosong tidak dapat membekalkan tenaga kepada anda? Badan anda akan menjadi lemah. Asid di dalam perut pula akan menghakis lapisan perut anda menyebabkan perut anda sakit. Hal ini demikian kerana tidak ada makanan yang dapat diproses oleh asid tersebut untuk disalurkan ke seluruh bahagian tubuh. Oleh itu, bersarapanlah sebelum anda memulakan hari anda. Mudah-mudahan kesihatan anda terjaga dan terang hati anda ketika menghadapi pelajaran. Namun begitu, anda tidak seharusnya makan terlalu banyak kerana dikhuatiri anda akan kekenyangan dan berasa mengantuk. Makanlah dalam kuantiti yang sederhana kerana banyak makan akan mendatangkan penyakit juga. Jadi, beringat-ingatlah. Kata orang, perut punca segala penyakit. 1. Mengapakah kita diingatkan agar tidak mengabaikan sarapan? A kerana ibu akan berleter jika kita tidak makan B kerana sarapan penting untuk kesihatan C kerana banyak makanan lazat dihidangkan untuk sarapan D kerana kita tidak akan pandai jika tidak bersarapan 2. Apakah akibatnya jika kita tidak bersarapan? A kita akan diserang penyakit gastrik B kita tidak akan bersemangat untuk belajar C kita akan menghadapi masalah kesihatan D kita akan dapat menguruskan badan 3. Apakah salah satu punca sakit perut? A terlalu banyak makan ketika lapar B tidak makan makanan yang berkhasiat ketika bersarapan C tiada tenaga yang dibekalkan oleh perut yang kosong D lapisan perut dihakis oleh asid kerana tiada makanan untuk diproses PEMAHAMAN UPSR

Upload: winboie1088

Post on 10-Nov-2015

255 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Set 1

Soalan 1 hingga Soalan 5

Baca petikan di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Setiap pagi sarapan dihidangkan untuk anda. Ada nasi lemak, mi goreng, roti canai, roti bakar, dan bermacam-macam lagi hidangan yang bersilih ganti setiap hari. Malah, ibu anda akan berleter panjang sekiranya anda enggan menjamah hidangan tersebut. Mengapa, ya? Apa agaknya yang akan terjadi sekiranya anda tidak bersarapan?

Anda diingatkan agar tidak mengabaikan sarapan kerana sarapan penting untuk kesihatan anda. Jangan biarkan perut anda kosong. Makanlah sedikit makanan sebagai alas perut. Jika tidak, perut anda akan sakit. Anda mungkin juga akan diserang penyakit gastrik. Jika hal ini berlaku, sudah tentu anda tidak dapat mengikuti pelajaran dengan baik. Tugas-tugas anda yang lain akan terganggu juga.

Sesetengah orang sanggup meninggalkan sarapan kerana ingin kurus. Ada juga yang berbuat demikian kerana ingin berjimat cermat. Tetapi tindakan tersebut adalah berbahaya. Jangan ikat perut. Tahukah anda bahawa perut yang kosong tidak dapat membekalkan tenaga kepada anda? Badan anda akan menjadi lemah. Asid di dalam perut pula akan menghakis lapisan perut anda menyebabkan perut anda sakit. Hal ini demikian kerana tidak ada makanan yang dapat diproses oleh asid tersebut untuk disalurkan ke

seluruh bahagian tubuh.

Oleh itu, bersarapanlah sebelum anda memulakan hari anda. Mudah-mudahan kesihatan anda terjaga dan terang hati anda ketika menghadapi pelajaran. Namun begitu, anda tidak seharusnya makan terlalu banyak kerana dikhuatiri anda akan kekenyangan dan berasa mengantuk. Makanlah dalam kuantiti yang sederhana kerana banyak makan akan mendatangkan penyakit juga. Jadi, beringat-ingatlah. Kata orang, perut punca segala penyakit.

1.Mengapakah kita diingatkan agar tidak mengabaikan sarapan?

Akerana ibu akan berleter jika kita tidak makan

B kerana sarapan penting untuk kesihatan

C kerana banyak makanan lazat dihidangkan untuk sarapan

D kerana kita tidak akan pandai jika tidak bersarapan

2. Apakah akibatnya jika kita tidak bersarapan?

A kita akan diserang penyakit gastrik

Bkita tidak akan bersemangat untuk belajar

Ckita akan menghadapi masalah kesihatan

Dkita akan dapat menguruskan badan

3. Apakah salah satu punca sakit perut?

A terlalu banyak makan ketika lapar

B tidak makan makanan yang berkhasiat ketika bersarapan

C tiada tenaga yang dibekalkan oleh perut yang kosong

Dlapisan perut dihakis oleh asid kerana tiada makanan untuk diproses

4. Nyatakan maksud simpulan bahasa ikat perut.

A tidak ada selera makan

B menahan lapar kerana ingin berjimat

C makan sedikit sebagai alas perut

D berpuasa kerana ingin menguruskan badan

5.Pada pendapat anda, apakah tujuan kita makan?

A untuk mengelakkan rasa lapar yang berpanjangan

B untuk menikmati makanan yang lazat dan pelbagai

C untuk membekalkan tenaga kepada tubuh badan

D untuk mengawal berat badan yang semakin kurang

Soalan 6 hingga Soalan 10

Baca petikan di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.Sang Kancil sedang berehat di tepi sungai. Tiba-tiba dia terdengar bunyi dengung di atas kepalanya. Apabila Sang Kancil mendongak, dia terlihat akan seekor agas sedang mengelilinginya.

Sang Kancil:Benda apakah yang berbunyi itu, Sang Agas?

Sang Agas: Perut hambalah yang berbunyi, Sang Kancil.

Sang Kancil: Eh, bagaimana pula perut tuan hamba dapat berbunyi?

Sang Agas: Pagi tadi badan hamba tergesel pada badan Sang Kerbau. Kebetulan ada duri yang

melekat pada badan Sang Kerbau itu. Sebagai akibatnya, duri tersebut tertikam pada perut hamba dan menyebabkan perut hamba berbunyi.

Sang Kancil: Oh, kasihan! Tentu sakit perut tuan hamba.

Sang Agas: Sudah tentu. Tambahan pula, duri yang tertikam dalam badan hamba ini sejari besarnya.

Sang Kancil: (Mengejek) Janganlah tuan hamba mencuba membohongi hamba. Mana mungkin duri sebesar jari dapat masuk ke dalam badan tuan hamba itu.

Sang Agas: Mengapa tuan hamba berkata demikian?

Sang Kancil: Bukankah badan tuan hamba hanya sebesar jarum? Jadi, tentulah mustahil duri yang

besar dapat masuk ke dalam badan tuan hamba itu.

Sang Agas: Hai, Sang Kancil! Yang hamba maksudkan sejari itu ialah ukuran jari hamba sendiri, bukannya ukuran jari tuan hamba (sambil tertawa). Tampaknya badan tuan hamba saja yang besar, tetapi akal tuan hamba lebih kecil daripada badan hamba ini.Sang Kancil terdiam. Dia berasa malu sendiri. Dalam hatinya, Sang Kancil mengakui kebijaksanaan Sang Agas.

6.Apakah yang mengganggu Sang Kancil ketika dia sedang berehat?

A teguran Sang Agas

B bunyi dengung di atas kepalanya

C jeritan Sang Agas

Dcerita Sang Agas tentang perutnya

7.Apakah punca bunyi tersebut?

Aduri di perut Sang Agas menyebabkan perutnya berbunyi

Bperut Sang Agas kosong menyebabkan perutnya berbunyi

C perut Sang Agas berbunyi kerana tergesel pada badan Sang Kerbau

D tusukan jarum pada perut Sang Agas menyebabkan perutnya berbunyi

8.Mengapakah Sang Kancil menuduh Sang Agas berbohong?

Akerana Sang Agas memang suka berbohong

Bkerana Sang Kancil tidak nampak apa-apa yang mencucuk badan Sang Agas

Ckerana badan Sang Agas lebih kecil daripada badan Sang Kerbau

Dkerana mustahil duri sebesar jari Sang Kancil dapat masuk ke dalam badan Sang Agas

9. Penyataan yang berikut adalah benar tentang dialog tadi, kecuali...

Aperut Sang Agas tertikam duri semasa bergesel dengan Sang Kerbau.

Bbadan Sang Agas hanyalah sebesar jarum.

Cduri yang melekat pada Sang Kerbau mengeluarkan bunyi.

DSang Kancil tidak menduga bahawa Sang Agas binatang yang bijak.

10. Pada pendapat anda, apakah peribahasa yang sesuai untuk menggambarkan watak Sang Agas?

Aseperti katak di bawah tempurung

Bseperti harimau menyembunyikan kukunya

C seperti tikus membaiki labu

D seperti mengajar itik berenang

Set 2

Soalan 1 hingga Soalan 5

Baca petikan di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Selamat pagi dan salam sejahtera Abang Chik ucapkan kepada adik-adik sekalian. Pada hari ini, Abang Chik akan menunjukkan cara-cara membuat uncang duit. Cara membuat uncang duit ini mudah sekali. Bahan-bahan yang digunakan pun mudah diperoleh. Adik-adik tidak perlu ke kedai untuk membelinya kerana bahan-bahan ini mungkin sudah ada di rumah adik-adik. Jadi, adik-adik tidak perlu berbelanja besar untuk membuat uncang duit.

Uncang duit banyak gunanya kepada adik-adik. Adik-adik boleh menyimpan duit, khususnya duit syiling di dalam uncang ini. Adik-adik boleh membawanya ke sekolah, ke kedai, atau ke mana-mana saja. Selain itu, uncang duit ini dapat juga dijadikan barang hiasan. Adik-adik boleh menggantungkan uncang-uncang ini pada dinding bilik adik-adik.

Sekarang marilah kita mula membuat uncang duit ini. Sebelum itu, kita perlulah menyediakan bahan-bahannya dulu. Bahan-bahan itu ialah gunting, perca kain, jarum, benang, tali, dan penebuk kertas.

Untuk membuat uncang duit ini, mula-mula kita perlu menggunting perca kain menjadi segi empat tepat. Kemudian, kita terbalikkan kain itu dan jahit pada bahagian kanan, bahagian kiri, serta bahagian bawah kain tersebut. Sesudah itu, terbalikkanlah semula kain yang telah dijahit itu. Perhatikan cara yang Abang Chik tunjukkan ini. Seterusnya, buat lubang pada bahagian atas kain itu dengan menggunakan penebuk kertas. Kemudian, masukkan tali ke dalam lubang itu. Akhir sekali, ikat kedua-dua hujung tali tersebut.

Memang mudah membuat uncang duit ini, bukan? Abang Chik percaya bahawa tentu adik-adik faham dan dapat membuatnya sendiri. Akhir kata, sebelum Abang Chik meminta diri, Abang Chik mengucapkan selamat mencuba dan semoga kita berjumpa lagi pada episod yang akan datang.

1.Mengapakah Abang Chik mengatakan bahawa kita tidak perlu mengeluarkan belanja yang besar untuk membuat uncang duit?

Akerana cara membuat uncang duit itu tidak susah

Bkerana uncang duit itu menggunakan bahan-bahan yang mudah didapati di rumah

Ckerana uncang duit itu menggunakan bahan-bahan yang kurang bermutu

Dkerana perca kain boleh dibeli dengan harga yang murah

2.Yang berikut benar mengenai petikan tadi, kecuali...

AAbang Chik menunjukkan cara-cara membuat uncang duit.

B perca kain banyak dijual di kedai-kedai.

C bahan-bahan membuat uncang duit itu amat murah.

Duncang duit dapat dijadikan barang hiasan.

3. Mengapakah kain yang sudah dijahit perlu diterbalikkan?

Asupaya bekas jahitan tidak kelihatan

B supaya mudah ditebuk lubang

C supaya jahitannya kukuh

D supaya isi di dalamnya tidak tercicir

4. Yang manakah antara bahan yang berikut tidak digunakan untuk membuat uncang duit?

A gunting

B perca kain

Cgam

D tali

5. Semua yang berikut adalah faedah membuat uncang duit sendiri, kecuali...

Adapat mengembangkan kreativiti diri.

B dapat berjimat cermat.

C dapat menunjuk-nunjuk tentang kebolehan diri.

D dapat menggunakan semula bahan terpakai.

Soalan 6 hingga Soalan 10

Baca petikan di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

KLANG, Sabtu Sekolah Menengah Kijang, Klang melancarkan Program Penghijauan Sekolah. Program ini bertujuan untuk mengindahkan sekolah serta menerapkan konsep pemuafakatan dan pembinaan sahsiah murni di kalangan pelajar.

Program Penghijauan Sekolah adalah antara usaha terbaik sekolah untuk menaikkan nama sekolah selain mengindahkan dan membersihkan persekitarannya. Usaha ini penting bagi mewujudkan suasana yang sihat untuk pembelajaran. Malah program ini lebih bermakna apabila sekolah ini terpilih buat kali keduanya sebagai Sekolah Harapan Negara bagi tahun ini.

Menurut Cikgu Vivian Lin, guru penyelaras program tersebut, nilai-nilai positif dapat disemaikan di kalangan pelajar bagi meningkatkan mutu kebersihan dan keindahan alam sekitar melalui program ini. Konsep gotong-royong yang diterapkan dalam program berkenaan telah berjaya mewujudkan budaya yang menjadi teras kejayaan sekolah ini, katanya lagi. Pathma a/l Rajunathan, pengerusi jawatankuasa penyelaras program tersebut berkata bahawa matlamat Sekolah Menengah Kijang untuk mewujudkan suasana alam sekitar yang bersih, nyaman, dan selesa di sekolah tercapai dengan adanya permuafakatan antara pelajar-pelajar, guru-guru, ibu bapa, serta masyarakat. Menurutnya lagi, semangat belajar di kalangan pelajar sekolah tersebut semakin meningkat kerana wujudnya suasana belajar yang selesa.

Salah satu aktiviti dalam Program Penghijauan sekolah ini ialah pembinaan 25 buah taman mini di sekolah itu. Taman-taman mini itu diletakkan di bawah tanggungjawab persatuan atau kelab yang terdapat di Sekolah Menengah Kijang. Malah, Lembaga Pengawas sekolah turut bertanggungjawab atas sebuah taman mini yang dinamakan Taman Eksotik. Usaha Sekolah Menengah Kijang ini turut menjadi contoh kepada sekolah lain di daerah Klang.

6.Apakah tujuan utama Program Penghijauan Sekolah dilancarkan?

Auntuk membentuk sahsiah murni di kalangan pelajar

B untuk menaikkan nama sekolah

C untuk mengindahkan kawasan sekolah serta menerapkan konsep pemuafakatan

D untuk menyediakan persekitaran pembelajaran yang selesa

7. Nilai-nilai positif yang berikut dapat disemaikan melalui Program Penghijauan Sekolah, kecuali...

A amanah.

B bertanggungjawab.

C bekerjasama.

D cinta akan alam sekitar.

8. Frasa menaikkan nama dalam berita tadi bermaksud

Amemanggil nama.

B menjunjung nama.

C meninggikan nama.

D mengharumkan nama.

9.

Konsep gotong-royong yang ditonjolkan oleh pelajar-pelajar Sekolah Menengah Kijang diibaratkan

A seperti lebah menghimpun madu.

B seperti anjing dengan kucing.

C seperti cincin dengan permata.

D seperti murai dicabut ekor.

10. Penyataan yang berikut benar tentang berita tadi, kecuali

A konsep permuafakatan dapat diterap di kalangan pelajar melalui Program Penghijauan Sekolah.

B rata-rata pelajar amat bersetuju dengan Program Penghijauan Sekolah.

CProgram Penghijauan Sekolah hanya melibatkan para pelajar.

D suasana yang bersih dan nyaman dapat merangsang minda.

Set 3

Soalan 1 hingga Soalan 5

Baca petikan di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Titik-titik hujan mula menimpa bumbung rumahku. Kian lama kian jelas bunyinya. Aku mengerling kepada Jumat yang baru masuk ke dapur. Wajahnya muram. Hatiku tersentuh apabila melihat air mukanya itu. Namun, apalah dayaku untuk membantunya. Aku sendiri tidak mampu bergerak. Alangkah belas hatiku melihat Jumat dalam keresahan dan kemurungan.

Jumat berdiri di muka pintu dapur. Matanya terpaku pada air hujan yang membasahi anak tangga rumahku. Aku memperhatikan Jumat sambil melepaskan keluhan panjang. Beginilah keadaan kami sekeluarga. Apabila musim tengkujuh tiba, semakin terhimpitlah kehidupan kami yang sedia miskin ini. Aku terkenang akan arwah suamiku. Aku yakin bahawa kehidupan kami akan lebih baik jika dia masih hidup.

Aku memandang Jumat yang masih termenung. Timbul rasa kasih yang amat mendalam di jiwaku. Dalam usia yang baru setahun jagung, Jumat sudah dibebani tanggungjawab sebagai ketua keluarga. Pengorbanannya tidak ternilai. Dia sanggup meninggalkan alam persekolahannya semata-mata untuk membantuku. Dia mahu adik-adiknya yang seramai tujuh orang itu menikmati hidup yang lebih baik.

Puas kupujuk Jumat untuk membatalkan keputusannya namun sia-sia. Bagi Jumat,pohon-pohon getah di kebun Haji Man lebih penting daripada pelajarannya. Melalui hasil pohon-pohon yang ditoreh oleh Jumat itulah kami sekeluarga menikmati makanan harian.

Kini, musim tengkujuh yang tidak diundang menjadi penghalang bakti Jumat. Aku berdoa agar musim kering akan segera menjelang. Hanya itu yang mampu dilakukan oleh wanita lumpuh sepertiku ini.1.

Mengapakah wajah Jumat muram?

A kerana musim tengkujuh menyebabkan keluarganya miskin

B kerana hujan menimpa bumbung rumahnya

C kerana musim tengkujuh menghalangnya daripada menoreh getah

D kerana dia tidak dapat berbakti kepada keluarganya

2.Frasa setahun jagung dalam cerita tadi bermaksud...

A perangai kebudak-budakan.

B usia yang masih muda.

Cwajah yang keanak-anakan.

D pemikiran yang sudah matang.

3. Yang berikut adalah penyataan yang benar mengenai Jumat, kecuali...

A dia anak sulung dalam keluarganya.

B dia berhenti sekolah kerana malas belajar.

C dia bertanggungjawab terhadap keluarga.

D dia bekerja sebagai penoreh getah.

4. Mengapakah penulis berdoa agar musim kering segera datang?

A supaya Jumat dapat menoreh getah semula

B supaya Jumat dapat menyambung persekolahannya

C supaya Jumat tidak muram lagi

D supaya Jumat dapat dibantu oleh penulis

5. Penyataan yang manakah yang tidak benar mengenai cerita tadi?

A Penulis adalah ibu Jumat.

B Keluarga penulis bergantung hidup pada hasil getah.

C Jumat berkorban demi kebaikan adik-adiknya.

D Penulis mempunyai tujuh orang anak.

Soalan 6 hingga Soalan 10

Baca jadual di bawah ini dan kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Encik Mohan ahli perniagaan. Dia banyak ke luar daerah untuk mengurus perniagaannya. Lebih-lebih lagi, cawangan syarikatnya ada di merata-rata tempat. Adakalanya, Encik Mohan tidak berada di pejabatnya di Kuala Lumpur kerana terpaksa bergegas-gegas ke beberapa cawangan syarikatnya. Dia bertanggungjawab mengawasi pentadbiran dan kemajuan di tempat-tempat tersebut. Disebabkan oleh kesibukannya itu, beliau sering menggunakan penerbangan dalam negeri. Hal ini demikian kerana masa baginya amat berharga. Biasanya, sebelum menaiki kapal terbang, Encik Mohan akan meneliti jadual penerbangan terlebih dahulu.

JADUAL PENERBANGAN KAPAL TERBANG MAS (dalam negeri)

DestinasiWaktu KetibaanWaktu BerlepasPesawat

Kuala Lumpur Alor Setar Kuala Lumpur Bayan Lepas

Kuala Lumpur Kuching

Kuala Lumpur Kota Bharu

Kuala Lumpur Johor Bahru 9.15 pagi

10.00 pagi

10.45 pagi

11.15 pagi

12.00 tengah hariMH111 MH205 MH180 MH231 MH145

Kota Bharu Kuala Lumpur

Bayan Lepas Kuala Lumpur

Johor Bahru Kuala Lumpur

Kuching Kuala Lumpur

Alor Setar Kuala Lumpur 9.00 pagi

10.15 pagi

11.00 pagi

11.45 pagi

12.15 tengah hariMH122 MH218 MH147 MH005 MH063

Para penumpang diminta berada di balai berlepas setengah jam sebelum waktu berlepas.

Barangan yang beratnya kurang daripada 5 kilogram boleh dibawa secara percuma.

6.Apakah tugas Encik Mohan?

A menjaga akaun syarikat

B menemu duga pekerja baru

C mengurus pentadbiran syarikat

D mencari peluang perniagaan

7. Mengapakah Encik Mohan memilih untuk menaiki kapal terbang?

A untuk menjimatkan masa

B untuk mendapatkan keselesaan

C untuk menjimatkan wang

D untuk menjaga statusnya

8. Lawan kata bagi kata kemajuan ialah

A kelemahan.

B kemunduran.

C kemerosotan.

D kekurangan.

9. Pukul berapakah penerbangan dari Kuala Lumpur ke Johor Bahru akan berlepas?

A 9.00 pagi

B 10.00 pagi

C 11.00 pagi

D 12.00 tengah hari

10.

Encik Mohan ada mesyuarat di negeri Kedah. Pukul berapakah dia perlu berada di balai berlepas?

A 8.30 pagi

B 8.45 pagi

C 9.00 pagi

D 9.15 pagi

Set 4

Soalan 1 hingga Soalan 5

Baca petikan di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Serangan angkatan Portugis semakin hebat. Tidak tertahan angkatan Melaka menghadapinya. Banyak daripada mereka yang terkorban dan mendapat kecederaan. Antaranya termasuklah Datuk Bendahara. Oleh itu, angkatan Melaka terpaksa berundur.Bendahara: Ke mana engkau bawa aku, Selamat? Aduh, bisanya!

Bujang Selamat: Berundur, Datuk. Lagipun, Datuk cedera. Jika dibiarkan buruk padahnya.

Bendahara: Berundur? Jangan berundur, Selamat. Lukaku tak seberapa. Aku masih terdaya mengangkat senjata.

Bujang Selamat: Tetapi, sudah banyak kubu kita yang jatuh ke tangan Portugis hingga orang-orang kita terpaksa berpecah. Selain itu, tidak kurang juga orang-orang kita yang terkorban serta mengalami kecederaan.

Bendahara: Jangan kauingkari kata-kataku, Selamat. Bawa aku ke medan peperangan semula. Biar aku tentang askar-askar Portugis itu. Biar aku mati di bumi Melaka. Biar berputih tulang, jangan berputih mata! Aduh, sakitnya!

Bujang Selamat: Usahlah berkata-kata lagi, Datuk. Luka Datuk agak parah. Darah pun semakin banyak yang melimpah. Luka ini mesti diubati.

Bendahara: Turunkan aku, Selamat. Biarlah aku menyusup ke kubu Portugis itu seorang diri. Engkau kumpulkanlah orang-orang kita dan aturlah serangan balas. Kita akan bertemu di Melaka nanti.

Bujang Selamat: Tak boleh, Datuk. Hamba diperintahkan oleh baginda Sultan agar membawa Datuk bersama-sama. Baginda dan Datuk Temenggung serta pasukan masing-masing sudah mendahului kita.

Bendahara: Jika demikian baginda bertitah, tak sanggup aku membantah. Baiklah, Selamat. Bawalah aku menemui baginda.

Bujang Selamat: Bersabarlah, Datuk. Berundur tak bererti kita menyerah kalah. Berundurnya kita sebentar cuma. Esok lusa kita akan mencuba menawan Melaka semula.

1.Mengapakah tentera Melaka terpaksa berundur?

A kerana Melaka telah jatuh ke tangan Portugis

B kerana banyak anggotanya yang terkorban dan cedera

C kerana tiada pemimpin untuk memimpin pasukan itu

D kerana ingin mengatur strategi baru

2. Peribahasa biar berputih tulang, jangan berputih mata bermaksud...

A lebih rela mati di tanah air sendiri.

Bmeskipun luka, berundur tidak sekali-kali.

C lebih baik mati daripada menanggung malu.

D tidak baik menyerah kalah dalam perjuangan.3.

Yang berikut adalah rancangan Datuk Bendahara jika dibenarkan kembali ke Melaka, kecuali...

A menyuruh Bujang Selamat mengumpulkan pasukannya.

B mengarahkan Bujang Selamat mengatur serangan balas.

C meminta Bujang Selamat bertemu dengannya di Melaka.

D mengajak Bujang Selamat menyusup ke kubu Portugis.

4. Kata menyusup bermaksud...

A menyamar untuk menyiasat.

B masuk secara sembunyi-sembunyi.

C membuat tipu helah.

D mengalih perhatian.

5. Datuk Bendahara bersetuju untuk mengikut Bujang Selamat kerana...

A beliau patuh akan titah Sultan.

B luka kakinya semakin parah.

C beliau dipaksa oleh Bujang Selamat.

D beliau ingin menjejaki Datuk Temenggung.

Soalan 6 hingga Soalan 10

Baca petikan di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Jam 0900

Aku bersama-sama dengan peserta lain memasuki perut roket. Kami semua memakai pakaian khas untuk penerbangan ke ruang angkasa lepas. Apabila dikenai cahaya, berkilau-kilauanlah pakaian kami itu. Kami duduk di tempat duduk masing-masing dan memakai tali pinggang keselamatan. Kami diberitahu bahawa sebentar lagi roket akan diluncurkan ke ruang angkasa lepas. Aku menarik nafas panjang kerana pengembaraanku akan bermula.

Jam 0915Suasana bertukar sunyi sepi. Masing-masing melayan fikiran sendiri. Kemudian, hitungan terbalik dimulakan oleh seorang petugas roket. 10 9 8 7 6 5 4 3 2 1 0. Roket pun meluncur laju lalu menerjah ruang angkasa lepas.Aku kurang pasti tentang jarak sebenar antara pangkalan di Kompleks INTAN dengan Pelantar Terapung. Aku tidak begitu arif juga dengan kelajuan roket ini. Tahu-tahu saja kami sudah sampai di Pelantar Terapung. Aku melihat jam di tanganku. Eh, begitu cepat sekali!

Jam 0945Selamat datang ke Pelantar Terapung. Anda akan berada di sini selama tiga hari. Anda akan dibawa melawat ke seluruh bahagian Pelantar Terapung dan melihat cara hidup masyarakat di sini dengan lebih dekat, kata penyambut pelancong yang menyambut kedatangan kami.Pelantar Terapung merupakan rangkaian beberapa buah satelit yang mengendalikan pusat kajian dari seluruh dunia. Para pelajar sains dari bumi digalakkan melancong ke sini dan menyiapkan laporan sebagai syarat untuk lulus dalam bidang masing-masing.

Badanku terapung-apung. Pada mulanya aku berasa agak gerun tetapi kemudiannya aku teringat akan pengajaran Cikgu Ishiga tentang tarikan graviti. Barulah hatiku tenang semula.

6.Apakah keistimewaan pakaian khas yang dipakai oleh aku?

A pakaian itu dapat membekalkan oksigen

B pakaian itu kalis api dan telap air

C pakaian itu berkilau-kilauan apabila dikenai cahaya

D pakaian itu mahal harganya

7. Berapa lamakah perjalanan dari Kompleks INTAN ke Pelantar Terapung?

A 10 minit

B 15 minit

C 30 minitD 45 minit

8. Apakah tujuan aku pergi ke Pelantar Terapung?

A untuk bertemu dengan petugas di sana

B untuk melawat dan melihat cara hidup masyarakat di sana

C untuk menyiapkan laporan kursusnya

D untuk belajar tentang pengendalian satelit

9. Mengapakah pelajar bidang sains digalakkan melancong ke Pelantar Terapung?

A untuk mendapat pendedahan tentang bidang sains

B untuk melayakkan diri mengambil jurusan sains

C untuk mendalami bidang sains angkasa lepas

D untuk menyiapkan laporan sebagai syarat mendapat kelulusan dalam pelajaran

10. Pada pendapat anda, apakah punca badan aku terapung-apung?

A keadaan di angkasa lepas yang tiada tarikan graviti

B kerana dia berada di Pelantar Terapung

C aku tidak memakai pakaian khas

D badan aku terlalu ringan dan mudah diapungkan

Set 5

Soalan 1 hingga Soalan 5

Baca petikan di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Manusia moden tidak dapat hidup bersendirian. Oleh sebab itu, dalam menjalani kehidupan sehari-hari, kita perlu mempunyai hubungan yang erat dengan orang lain. Lebih-lebih lagi hubungan kita dengan jiran. Hal ini demikian kerana hubungan erat dengan jiran akan mewujudkan masyarakat yang bersatu padu.

Secara umumnya, terdapat empat prinsip dalam hubungan kejiranan. Yang pertama,kita mesti bersikap jujur terhadap jiran, berbudi bahasa, dan pandai menjaga hati mereka. Jangan bersikap iri hati jika jiran kita banyak mempunyai kelebihan daripada kita.

Yang kedua, kita perlu sanggup melindungi jiran kita asalkan perbuatan mereka itu benar dan tidak menyalahi undang-undang. Jiran yang baik sanggup menegur, memberikan nasihat, serta memberikan perangsang. Kita bertanggungjawab juga melaporkan sesuatu perbuatan jiran yang menyalahi undang-undang kepada pihak polis atau pihak lain yang berkuasa.

Yang ketiga, kita mesti selalu bersedia untuk membantu jiran mengikut kemampuan kita jika jiran kita memerlukan pertolongan. Kita harus bersimpati kepada jiran ketika mereka dalam kesusahan dan bergembira apabila mereka meraikan saat bahagia.

Prinsip keempat ialah wujudnya sikap bermaaf-maafan antara kita dengan jiran. Oleh itu, sebarang perselisihan perlulah cepat-cepat diselidik puncanya agar masalah tersebut dapat diselesaikan. Sikap mudah mengalah dan memohon maaf tanpa mengira siapa yang bersalah akan dapat menghindarkan kekecohan daripada berlanjutan.

Prinsip hidup berjiran ini wajar sekali menjadi amalan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum. Dengan wujudnya hubungan kejiranan yang kukuh, kehidupan masyarakat kita akan lebih sejahtera dan harmoni.

1. Apakah pentingnya kehidupan berjiran?

A dapat mewujudkan masyarakat yang maju dan harmoni

B dapat mewujudkan masyarakat yang bersatu padu

C dapat memupuk kasih sayang antara jiran tetangga

D dapat mengelakkan perselisihan faham

2. Apakah prinsip hidup berjiran yang pertama?

A bersikap jujur, berbudi bahasa, dan pandai menjaga hati

B menegur, menasihati jiran, dan memberikan perangsang

C menolong jiran jika mereka menghadapi kesusahan

D melaporkan kegiatan jiran yang menyalahi undang-undang

3. Simpulan bahasa iri hati membawa maksud

A sedih.

B kesal.

C dengki.D marah.

4. Bilakah kita perlu melaporkan perbuatan jiran kepada pihak berkuasa?

A apabila mereka tidak mengamalkan semangat kejiranan

B apabila mereka tidak mengamalkan keempat-empat prinsip kejiranan

C apabila mereka enggan menghormati kita sebagai jiran

D apabila mereka melakukan perbuatan yang melanggar undang-undang

5. Yang berikut adalah penyataan yang benar tentang rencana tadi, kecuali...

A kita hendaklah menjalin hubungan yang baik dengan jiran.

B ada lima prinsip kejiranan yang harus diamalkan oleh setiap anggota masyarakat.

C jiran-jiran hendaklah saling menolong apabila ditimpa kesusahan.

D kita hendaklah bersedia bertolak ansur dan memaafkan kesalahan jiran.

Soalan 6 hingga Soalan 10

Baca petikan di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

6.Rangkaian kata menyejukkan mata bermaksud...

A memperoleh kegembiraan.

B merasakan suasana yang dingin.

C mewujudkan kesejahteraan dalam diri.

D memberikan ketenangan.

7. Siapakah yang menganjurkan program Bersama Keluarga Pak Tani?

A penghulu Kampung Banggul, Kedah

B Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya

CKementerian Pertanian dan Industri Asas Tani

D Kementerian Pelajaran

8. Yang manakah antara yang berikut bukan faedah program tersebut?

A dapat meluaskan pengetahuan tentang cara penanaman padi

B dapat berkenalan dengan siswa-siswi serta keluarga para petani

C dapat menabur jasa kepada para petani

D murid dapat menghargai jasa para petani

9. Penyataan yang berikut benar tentang surat tadi, kecuali...

A Nabil menulis surat ini kepada saudaranya.

B membuat ikan pekasam merupakan kerja sampingan para petani.

C Nabil terpegun melihat keindahan Kampung Banggul.

D Iman Saufi berpeluang mengikut bapa angkatnya bersawah.

10. Pada pendapat anda, mengapakah petani menjalankan perusahaan ikan pekasam?

A kerana mudah mendapat bekalan ikan

B kerana para petani suka akan ikan pekasam

C kerana ikan pekasam merupakan makanan utama para petani

D kerana membuat ikan pekasam amat mudah

Set 6

Soalan 1 hingga Soalan 5

Baca petikan di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

6.

Apakah tanda-tanda keracunan makanan?

A batuk dan pening kepala

B sakit kepala dan muntah-muntah

C sakit perut, bengkak, dan cirit-birit

D sakit perut, pening kepala, dan muntah-muntah

7.

Berapakah bilangan murid yang mendapat rawatan sebagai pesakit luar?

A 10 orang

B 20 orang

C 45 orangD 55 orang

8.

Apakah punca keracunan makanan tersebut?

A hidangan mi goreng dan nasi goreng yang telah basi

B penyediaan makanan yang kurang bersih oleh pekerja kantin yang menghidap

batuk kering

C makanan yang dihidangkan tidak dimasak dengan cara yang betul

D Program Skim Makanan Percuma yang tidak dijalankan dengan baik

9.

Mengapakah pengusaha kantin diberi amaran keras?

A supaya mereka menjaga kebersihan

B supaya mereka mengaku bersalah

C supaya mereka menutup kantin

D supaya mereka menyediakan makanan yang bersih

10. Pada pendapat anda, bagaimanakah kes keracunan makanan dapat dielakkan?

A mematuhi peraturan

Bmemasak semua makanan

C mendapat rawatan di hospital

D menjaga kebersihan ketika menyediakan hidangan

Soalan 6 hingga Soalan 10

Baca petikan di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Sabtu, 6 April

10.00 pagi

Deretan bekas bunga yang berwarna putih seakan-akan menyambut ketibaan kami.

Sebaik-baik turun dari bas, kami diperkenalkan kepada Encik Amran, pengurus Kilang Seni Marmar Sdn. Bhd..

Kami ditunjukkan tempat longgokan kepingan batu marmar yang pelbagai saiz.

Menurut Encik Amran batu marmar itu dibeli daripada sebuah kilang di Pulau Langkawi. Kilang Encik Amran merupakan satu-satunya kilang yang terbabit dalam industri ini. Hal ini demikian kerana perusahaan seumpama ini masih baru di negara kita.

Kami diberikan penerangan tentang cara-cara kepingan batu marmar dipotong.

Dengan menggunakan mesin khas, batu marmar itu dipotong mengikut tebal dan panjang yang telah ditentukan. Kepingan marmar itu kemudiannya disusun bertingkat-tingkat. Segala kerja dapat dilakukan dengan pantas dengan bantuan mesin khas tersebut.

10.45 pagi

Kami ditunjukkan pula beberapa jenis mesin yang dipanggil mesin pelarik. Kepingan

batu marmar yang sudah dipotong akan dilarik mengikut reka bentuk yang dikehendaki. Antaranya termasuklah bekas bunga, tempat habuk rokok, cawan-cawan perhiasan, bekas pemegang lilin, permukaan meja, dan barang-barang cenderamata. Kemahiran dan kecekapan kakitangan di sini melarik kepingan marmar itu begitu menarik perhatian.

Bahagian akhir yang kami lawati ialah tempat menggilap atau melicinkan permukaan

marmar. Proses akhir ini lebih mudah dilakukan berbanding dengan proses sebelumnya.

11.40 pagi

Kami dibawa ke bilik mesyuarat kilang ini. Di sana, kami diraikan dalam suatu

jamuan ringan. Sambil menikmati sajian, kami bersoal jawab mengenai operasi kilang tersebut dengan Encik Amran. Kira-kira setengah jam kami berada di bilik mesyuarat. Kemudian, kami pun berangkat pulang.

1.

Kata pantas dalam catatan tadi seerti dengan kata...

A cekap.

B cepat.

C deras.

D kuat.

2.

Dari manakah Encik Amran membeli batu marmar?

A dari Kilang Seni Marmar Sdn. Bhd.

B dari kawasan pergunungan

C dari kilang di Pulau Langkawi

D diimport dari luar negeri

3.

Pada pukul berapakah rombongan tersebut berangkat pulang?

A 11.00 pagi

B 11.40 pagi

C 12.00 tengah hari

D 12.10 tengah hari

4.

Penyataan yang berikut adalah benar tentang catatan tadi, kecuali...

A Encik Amran ialah pekerja kilang Seni Marmar Sdn. Bhd..

B batu marmar hendaklah dipotong sebelum dilarik.

C jamuan ringan diadakan di bilik mesyuarat.

D rombongan berangkat pulang selepas jamuan ringan.

5.

Pilih urutan proses menghasilkan barangan marmar berdasarkan catatan tadi.

A batu marmar dipotong ( batu marmar dilarik ( batu marmar digilap

B batu marmar dilarik ( batu marmar dipotong ( batu marmar digilap

C batu marmar digilap ( batu marmar dilarik ( batu marmar dipotong

D batu marmar digilap ( batu marmar dipotong ( batu marmar dilarik

Set 7

Soalan 1 hingga Soalan 5

Baca petikan di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.Salam sejahtera dan selamat datang saya ucapkan kepada saudara sekalian.

Sesungguhnya keunikan dan keindahan dasar laut di Pulau Sipadan ini adalah syurga bagi para penyelam seperti saudara sekalian.

Untuk makluman anda semua, pulau yang letaknya di bahagian timur Sabah ini, 14

hektar persegi luasnya. Sebahagian besar daripada batu karang di perairan pulau ini masih bebas daripada sebarang aktiviti manusia. Pihak berkuasa telah menguatkuasakan larangan terhadap kegiatan memburu, menangkap ikan, dan memungut batu karang serta siput demi memelihara hidupan laut di sini. Sebarang kerosakan pada batu karang amat merugikan kerana batu karang mengambil masa 20 tahun untuk membesar.

Oleh itu, saya meminta kerjasama daripada saudara semua agar sama-sama menjaga

keindahan dasar laut di Pulau Sipadan ini. Anda boleh menyelam dan menikmati keindahannya tetapi berhati-hatilah supaya tidak mengancam hidup-hidupan tersebut.

Saudara-saudara sekalian,

Selain alam lautnya yang masih terpelihara, Pulau Sipadan mempunyai keistimewaan

yang lain juga. Pulau Sipadan telah diisytiharkan sebagai Sanktuari Burung pada tahun 1993. Hal ini demikian kerana wujudnya perpindahan burung dari negara luar. Jadi, anda bukan saja dapat menikmati keindahan laut malah dapat juga melihat pelbagai spesies burung yang jarang-jarang ada di sekitar negara kita.

Akhir kata, saya ucapkan selamat meneroka keindahan Pulau Sipadan. Sama-samalah

kita menjaga kebersihan dan keindahan alam semula jadi di pulau ini. Sikap ini penting kerana sebarang tindakan yang tidak bertanggungjawab akan menjejaskan industri pelancongan kita. Sekian, terima kasih.

1.

Ucapan ini ditujukan kepada siapa?

A para pelancong yang ingin ke Pulau Sipadan

B para penyelam yang baru belajar menyelam

C para pelancong yang datang ke Pulau Sipadan

D para pelancong asing yang baru tiba di Malaysia

2.

Apakah maksud rangkaian kata syurga bagi para penyelam?

A tempat yang indah dan menarik bagi para penyelam

B tempat yang sesuai untuk belajar menyelam

C tempat yang mencabar kecekapan para penyelam

D tempat pelancongan untuk para penyelam saja

3.

Para penyelam diminta agar berhati-hati semasa menyelam supaya

A mereka dapat menikmati keindahan di dasar laut.

B mereka tidak mengancam hidup-hidupan di dasar laut.

Cmereka berasa puas.

D mereka dapat mencari hasil laut.

4.

Selain keindahan alam semula jadi, apakah keistimewaan Pulau Sipadan?

A Pulau Sipadan sesuai sebagai tempat untuk aktiviti menyelam.

B Pulau Sipadan dimajukan untuk menarik pelancong.

CPulau Sipadan dikunjungi oleh pelancong dari luar negeri.

D Pulau Sipadan diisytiharkan sebagai Sanktuari Burung.

5.

Pada pendapat anda, bagaimanakah kita dapat memelihara alam semula jadi?

A meminta kerajaan berusaha memulihara alam semula jadi

Bmembuang sampah sarap mengikut peraturannya

C tidak melakukan perkara-perkara yang menjejaskan keindahannya

D menggalakkan orang ramai menyertai kempen kebersihan

Soalan 6 hingga Soalan 10

Baca puisi di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

6.

Apakah yang berlaku apabila todak menyerang Singapura?

A Singapura menjadi masyhur

B rakyat jelata bingung

C banyak ikan todak mati

D rakyat ketakutan

7.

Apakah hasil perbincangan raja dan pembesar?

A rakyat disuruh pergi ke hilir dan ke hulu

B rakyat disuruh membina kubu

C rakyat disuruh berkubukan betis

D rakyat disuruh membunuh ikan todak

8.

Kata masyhur sama maksudnya dengan kata-kata yang berikut, kecuali...

A ternama.

B terkenal.

C terkemuka.

D terbaik.

9.

Peribahasa yang paling sesuai bagi menggambarkan kebijaksanaan budak itu

ialah...

A kecil jangan disangka anak, besar jangan disangka bapa.

B kecil-kecil anak, apabila besar menjadi onak.

C api semasa kecil menjadi kawan, apabila besar menjadi lawan.

D kecil tapak tangan, nyiru saya tadahkan.

10. Pada pendapat anda, mengapakah batang pisang sesuai dijadikan kubu?

A kerana batang pisang dapat digunakan untuk memukul ikan todak

B kerana ikan todak takut pada batang pisang

C kerana ikan todak mudah dibunuh apabila melekat pada batang pisang

D kerana pokok pisang banyak terdapat di Singapura

Set 8

Soalan 1 hingga Soalan 5

Baca petikan di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

1.

Surat ini adalah surat...

A aduan.

B undangan.

C rayuan.

D pesanan.

2.

Apakah tujuan penulis menulis surat ini?

A untuk menuntut hadiah peraduan melukis

B untuk menyatakan rasa tidak puas hati terhadap hadiah yang diterima

C untuk menukar hadiah yang dimenanginya

D untuk menyertai peraduan melukis

3.

Bilakah hadiah itu sepatutnya diterima?

A akhir bulan Januari

B awal bulan Februari

C pertengahan bulan Februari

D awal bulan Mac

4.

Apakah harapan penulis terhadap pihak urus setia pertandingan itu?

A supaya hadiah itu dapat dikirimkan dengan segera

B supaya pihak penganjur membayar ganti rugi

C supaya dia diberi penjelasan tentang hal itu

D supaya dia diberi peluang memilih hadiahnya

5.

Pada pendapat anda, mengapakah hadiah itu lambat diterima?

A hadiah itu telah dituntut oleh orang lain

B hadiah itu sebenarnya tidak disediakan oleh pihak penganjur

C penulis sebenarnya bukan pemenang yang sah

D kesilapan alamat semasa proses penghantaran

Soalan 6 hingga Soalan 10

Baca petikan di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

6.

Apakah perkhidmatan yang ditawarkan melalui iklan tadi?

A kursus bahasa Inggeris untuk orang ramai

B kelas tuisyen untuk murid-murid sekolah

C kursus bahasa melalui pos untuk orang ramai

D kelas bimbingan bahasa asing untuk muridmurid

7.

Pihak yang manakah yang menawarkan perkhidmatan ini?

A institusi pengajian tinggi awam

B Kolej Intan Baiduri

C sekolah swasta

D Kementerian Pendidikan Tinggi

8.

Mengapakah kursus tersebut dibuat melalui pos?

A untuk memudahkan orang ramai belajar sendiri tanpa merujuk kepada guru

B untuk memberi orang ramai peluang memilih bahasa yang ingin dipelajari

C kerana belanjanya lebih murah dan urusannya lebih mudah

D kerana banyak orang yang tidak mempunyai masa untuk hadir ke kelas

9.

Yang berikut adalah keistimewaan yang ditawarkan dalam iklan tadi, kecuali...

A yuran pengajian yang berpatutan.

B nota rujukan yang lengkap daripada guru-guru pakar.

C tempoh kursus boleh dipilih mengikut kehendak pelajar.

D bimbingan dalam bentuk cakera padat dan kaset.

10. Pada pendapat anda, apakah pentingnya belajar bahasa asing?

A dapat menambahkan pengetahuan dan memajukan diri

B dapat menambahkan kenalan daripada pelbagai bangsa

C dapat menunjukkan kebolehan kepada rakan-rakan yang lain

D dapat memperoleh pekerjaan yang baik tanpa kelulusan yang tinggi

Set 9

Soalan 1 hingga Soalan 5

Baca petikan di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

1.

Apakah tujuan utama Haida menulis surat kepada ibunya?

Auntuk memaklumkan bahawa dia akan balik pada cuti semester

Buntuk memaklumkan bahawa dia bekerja sambilan

Cuntuk memberitahu masanya yang terluang

Duntuk bertanyakan khabar ibunya

2.

Yang berikut adalah sikap Haida, kecuali

Aberani.

Bbertanggungjawab

Cmengambil berat.

Drajin.

3.

Apakah maksud rangkaian kata-kata mengikut jejak?

Amengikut cara kakaknya berjalan

Bmengikut kejayan seperti kakaknya

Cberjaya dalam hidup

Dmengikut kakaknya ke universiti

4.

Semua yang berikut benar mengenai isi surat tadi, kecuali

AHaida bekerja sambilan di restoran makanan segera.

BAdik Su mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan.

CHaida anak tunggal.

DIbu Haida mengalami sakit lutut.

5.

Yang manakah antara yang berikut bukan harapan Haida?

Asupaya adiknya belajar bersungguh-sungguh

Bsupaya ibunya menjaga kesihatan

Csupaya ibunya berjumpa dengan doktor

Dsupaya ibunya rajin bekerja

Soalan 6 hingga Soalan 10

Baca petikan di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.Di ibu negara, ada sebuah bangunan yang cukup istimewa. Banyak upacara

kenegaraan diadakan di hadapan bangunan tersebut. Upacara sambutan Hari Kebangsaan misalnya, hampir setiap tahun diadakan di hadapannya. Bangunan yang dimaksudkan ialah Bangunan Sultan Abdul Samad, mercu tanda bandar raya Kuala Lumpur.

Bangunan Sultan Abdul Samad dibina pada tahun 1894. Bangunan ini terletak di segi tiga Jalan Raja, Jalan Belanda, dan Lebuh Pasar Besar. Tujuan asal pembinaannya adalah untuk menempatkan pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor. Selain itu, beberapa jabatan kerajaan turut ditempatkan di situ. Antaranya termasuklah Jabatan Perbendaharaan Negara, Jabatan Perbendaharaan Negeri Selangor, Pejabat Perakaunan, dan Pejabat Pendaftar Perkahwinan. Namun sejak tahun 1972, iaitu bersempena dengan penubuhan Wilayah Persekutuan, bangunan ini menempatkan Jabatan Kehakiman pula.

Pada tahun 1994, genaplah satu abad usia Bangunan Sultan Abdul Samad. Sungguhpun begitu, bangunan ini masih kelihatan megah. Memang banyak bangunan moden dan pencakar langit yang didirikan berhampiran dengan Bangunan Sultan Abdul Samad. Namun demikian, kecantikan Bangunan Sultan Abdul Samad masih belum tertanding oleh bangunan-bangunan moden tersebut. Oleh itu, tidak hairanlah jika kita dapati banyak pelancong, sama ada dari luar mahupun dari dalam negeri, gemar bergambar di hadapan bangunan itu untuk kenang-kenangan.

Langkah kerajaan mewartakan Bangunan Sultan Abdul Samad sebagai bangunan bersejarah amatlah wajar. Langkah ini merupakan cara yang terbaik sebagai menghargai kewujudan bangunan tersebut. Sesungguhnya, Bangunan Sultan Abdul Samad merupakan warisan negara yang tidak ternilai harganya.

6.

Di manakah letaknya Bangunan Sultan Abdul Samad?

Adi Jalan Raja

Bdi segi tiga Jalan Raja, Jalan Belanda, dan Lebuh Pasar Besar

Cdi persimpangan Jalan Raja dan Lebuh Pasar Besar

Ddi sepanjang Jalan Belanda

7.

Maksud mercu tanda dalam petikan ialah

Asesuatu yang dapat menonjolkan sesuatu tempat.

Bsesuatu yang dapat mengharumkan sesuatu tempat.

Csesuatu yang memperkenalkan sesuatu tempat.

Dsesuatu yang memasyhurkan sesuatu tempat.

8.

Berapakah usia Bangunan Sultan Abdul Samad pada tahun 1994?

A50 tahun

B75 tahun

C100 tahun

D125 tahun

9.

Penyataan yang berikut adalah benar tentang petikan, kecuali

ABangunan Sultan Abdul Samad menjadi daya tarikan pelancong.

BJabatan perbendaharaan ditempatkan di Bangunan Sultan Abdul Samad pada tahun 1972.

CKecantikan Bangunan Sultan Abdul Samad tidak tertanding oleh bangunan-bangunan moden.

DBangunan Sultan Abdul Samad menjadi saksi kepada banyak upacara kenegaraan.

10.Mengapakah kita harus berbangga dengan kewujudan bangunan-bangunan bersejarah?

Akerana bangunan-bangunan itu amat istimewa

Bkerana bangunan-bangunan itu mempunyai nilai sejarah yang penting

Ckerana bangunan-bangunan itu sangat cantik seni binanya

Dkerana bangunan-bangunan itu merupakan warisan bangsa yang tidak ternilai

Set 10

Soalan 1 hingga Soalan 5

Baca petikan di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera saya ucapkan kepada Guru Besar, guru-guru, dan murid-murid sekalian. Terima kasih atas kesudian anda hadir di majlis ini. Sesungguhnya, saya berasa amat besar hati kerana sokongan anda sekalian membuktikan bahawa penubuhan Kelab Kembara ini telah lama ditunggu-tunggu.

Hadirin sekalian,

Majlis pada hari ini diadakan adalah untuk memperkenalkan Kelab Kembara. Tujuan penubuhannya adalah untuk merangsang minat mengembara dan berekreasi di kalangan murid-murid. Hal ini demikian kerana ilmu pengetahuan itu bukan saja dapat diperoleh melalui pendidikan di sekolah tetapi juga di luar sekolah. Alam semula jadi yang luas terbentang banyak mengandung rahsia dan kita dapat mencedok ilmu pengetahuan daripadanya.

Cadangan untuk menubuhkan Kelab Kembara ini telah dikemukakan oleh Cikgu Abdul Jabar bin Haji Karim. Cadangan ini telah mendapat persetujuan daripada Guru Besar dan guru-guru kanan. Maka pada hari ini, kami mengalu-alukan penyertaan anda yang berminat untuk menjadi ahli. Pelawaan kami ini bukanlah ajak-ajak ayam semata-mata. Selepas ini, pemilihan jawatankuasa akan diadakan. Ahli jawatankuasa ini akan bertanggungjawab merangka aktiviti-aktiviti yang akan diadakan oleh Kelab Kembara sepanjang tahun ini.

Seterusnya, saya mengucapkan ribuan terima kasih atas kesudian hadirin sekalian hadir di majlis ini. Agar tidak membuang masa lagi, saya mengundang Cikgu Abdul Jabar untuk menyampaikan ucapan dan memperkenalkan Kelab Kembara. Kepada para hadirin, usahlah berat mulut untuk bertanya kepada Cikgu Abdul Jabar tentang kelab ini. Silakan, cikgu.

1.

Apakah tujuan majlis tersebut diadakan?

Auntuk memperkenalkan Kelab Kembara

Buntuk menetapkan tarikh mesyuarat agung

Cuntuk mengumumkan penubuhan Kelab Kembara

Duntuk menarik ramai ahli Kelab Kembara yang baru

2.

Apakah tujuan Kelab Kembara ditubuhkan?

Auntuk memupuk rasa cinta terhadap alam sekitar di kalangan murid-murid

Buntuk menggalakkan murid-murid melibatkan diri dalam kegiatan kokurikulum

Cuntuk merangsang minat mengembara dan berekreasi di kalangan murid-murid

Duntuk membantu Cikgu Abdul Jabar menyusun aktiviti kelab sepanjang tahun

3.

Bagaimanakah kita dapat memperoleh ilmu daripada alam sekeliling?

Amelalui mata pelajaran yang diajarkan di sekolah

Bmelalui pemerhatian terhadap alam sekeliling

Cmelalui tunjuk ajar guru dan rakan-rakan

Dmelalui pengalaman hidup dan cabaran yang dihadapi

4.

Apakah peranan ahli jawatankuasa yang dilantik?

Amenggerakkan dan memajukan Kelab Kembara

Bberusaha mendapatkan ahli baru yang lebih banyak

Cmembantu Cikgu Abdul Jabar mengurus Kelab Kembara

Dmerangka aktiviti kelab yang akan diadakan sepanjang tahun

5.

Apakah faedah menyertai kegiatan kokurikulum di sekolah?

Adapat membentuk sahsiah dan jati diri dengan sifat-sifat yang mulia

Bdapat mengisi masa lapang selepas waktu persekolahan dengan teratur

Cdapat menyertai pelbagai kegiatan lasak yang menarik dan mencabar

Ddapat menonjolkan kelebihan diri supaya dihormati orang lain

Soalan 6 hingga Soalan 10

Baca petikan di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Salam bahagia, para penonton sekalian. Kita bertemu sekali lagi dalam rancangan Masakan Malaysia. Dalam rancangan minggu ini kita akan belajar cara-cara memasak nasi lemak dan sambal ikan bilis.

Nasi lemak adalah makanan kegemaran rakyat Malaysia. Nasi lemak dimakan lazimnya sebagai sarapan. Namun demikian, jika anda ke gerai-gerai makanan, anda akan dapati nasi lemak disediakan sepanjang hari.

Nasi lemak kini, bukan saja popular di kalangan rakyat Malaysia tetapi juga popular di kalangan pelancong. Semasa Pesta Makanan sempena Tahun Melawat Malaysia, kita dapat melihat pelancong-pelancong dari Eropah, Jepun, dan sebagainya menikmati keenakan masakan ini dengan berselera sekali.

Baiklah, mula-mula sekali kita akan belajar memasak nasi lemak. Selepas ini, kita akan belajar memasak sambal ikan bilis pula.

Bahan-bahan yang diperlukan ialah 180 gram beras, setengah biji kelapa parut, sebatang serai, empat biji lada hitam, dan seiris halia.

Mula-mula sekali bersihkan beras. Perahlah kelapa tadi untuk mendapatkan santan sebanyak 250 mililiter. Masukkan sedikit garam ke dalam santan ini. Kemudian, masukkan beras dan santan ke dalam loyang kukusan. Selepas itu, masukkan serai, halia dan lada hitam. Kukuslah campuran ini hingga masak.

Sekarang kita akan belajar memasak sambal ikan bilis pula. Bahan-bahan yang diperlukan ialah kira-kira 200 gram ikan bilis, empat ulas bawang merah, seiris halia, enam biji cili kering, sedikit belacan, sebatang serai, setengah cawan jus asam jawa, setengah sudu teh garam dan gula, dan minyak masak untuk menumis.

Mula-mula, kisar cili kering, serai, bawang, halia, dan belacan. Kemudian, goreng ikan bilis. Setelah garing, keluarkan ikan bilis dari kuali. Tumis campuran cili kering, serai, bawang, halia, dan belacan. Selepas itu masukkan jus asam jawa, garam, dan gula. Akhir sekali masukkan ikan bilis dan masaklah hingga sambal tumis ini pekat.

Ya, para penonton sekalian. Begitulah cara memasak nasi lemak dan sambal tumis ikan bilis. Mudah-mudahan penonton sekalian dapat mencuba masakan ini.

6.

Apakah nama rancangan yang disiarkan itu?

ASelera Malaysia

BMasakan Malaysia

CHidangan Malaysia

DResipi Malaysia

7.

Bilakah nasi lemak biasanya dimakan?

Apada waktu pagi

Bpada waktu tengah hari

Cpada waktu malam

Dsepanjang hari

8.

Bagaimanakah anda tahu bahawa nasi lemak digemari oleh pelancong asing?

Apara pelancong menjualnya di Eropah

Bpara pelancong menikmatinya semasa Pesta Makanan

C para pelancong membelinya untuk dibawa pulang sebagai cenderamata

Dpara pelancong ingin mempelajari cara-cara memasak nasi lemak

9. Penyataan-penyataan yang berikut benar tentang cara memasak nasi lemak,

kecuali

Asalah satu bahan utamanya ialah santan.

Bgaram dicampurkan dalam beras dan ramuan lain akhir sekali.

Ckelapa yang diperlukan adalah sebanyak setengah biji saja.

Dnasi lemak ini dimasak secara kukus.

10.Pada pendapat anda, mengapakah agaknya nasi lemak digemari ramai?

Akerana nasi lemak mudah diperoleh

Bkerana nasi lemak merupakan masakan tradisi

Ckerana nasi lemak terdapat di mana-mana saja

Dkerana nasi lemak rasanya enak

Set 11

Soalan 1 hingga Soalan 5

Baca petikan di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pada pagi yang mulia ini saya ingin menyampaikan syarahan yang bertajuk Pentingnya Kempen Keselamatan Jalan Raya.

Hadirin sekalian,

Setiap hari kemalangan jalan raya kian meningkat. Adakalanya kemalangan berpunca daripada sikap cuai pemandu dan adakalanya kerana kelalaian pengguna jalan raya yang lain. Oleh itu, murid-murid perlu dididik mengenai keselamatan jalan raya kerana mereka sering terdedah kepada risiko kemalangan jalan raya. Mereka sering menjadi mangsa kemalangan apabila menggunakan jalan raya. Kita perlu mengambil perhatian akan hal ini, bak kata pepatah ingat sebelum kena, jimat sebelum habis. Kita harus beringat-ingat dan berwaspada sebelum sesuatu keburukan itu menimpa kita.

Kempen keselamatan jalan raya yang dianjurkan oleh pihak sekolah adalah satu langkah yang baik. Murid-murid tahu akan waktu yang sesuai dan cara hendak melintas jalan. Mereka dimaklumkan juga tentang jalur kuning yang dikhaskan untuk melintas. Murid-murid dinasihati agar berdisiplin ketika membonceng basikal dan peka terhadap kehadiran kenderaan di sekeliling mereka agar mereka sentiasa berwaspada terutamanya apabila berada di simpang jalan. Gambar-gambar kemalangan yang dipamerkan sempena kempen ini seharusnya menimbulkan keinsafan kepada kita.

Hadirin sekalian,

Saya ingin menyeru hadirin sekalian agar sentiasa mengingatkan anak-anak anda supaya berhati-hati di jalan raya. Nasihat saya ini janganlah hendaknya seperti masuk ke telinga kanan, keluar ke telinga kiri. Fikirlah demi keselamatan anak-anak kita. Kata orang, kalau baik jadikan teladan, kalau tidak baik jadikan sempadan. Sekian, terima kasih.

1.

Apakah punca berlakunya kemalangan?

Asikap cuai pemandu dan kelalaian pengguna jalan raya yang lain

Bsikap ibu bapa yang tidak peka terhadap keselamatan anak-anak

Ckurangnya kempen keselamatan jalan raya di kalangan masyarakat

Dkeadaan jalan raya yang tidak selamat dan tiada kemudahan jejantas

2.

Mengapakah murid-murid perlu dididik mengenai keselamatan jalan raya?

Akerana mereka tidak tahu apa-apa tentang keselamatan jalan raya

Bkerana ibu bapa tidak pernah memberitahu mereka tentangnya

Ckerana mereka sering terdedah kepada risiko kemalangan jalan raya

Dkerana mereka tidak tahu-menahu tentang jalan raya

3.

Di manakah tempat yang sesuai untuk murid-murid melintas?

Adi simpang jalan

Bdi mana-mana saja

Cdi hadapan sekolah

Ddi kawasan berjalur kuning

4.

Bagaimanakah kita dapat mengelakkan kemalangan jalan raya?

Asentiasa mengikuti kempen keselamatan jalan raya

Bsentiasa berhati-hati dan mematuhi peraturan jalan raya

Cberjalan beramai-ramai

Djangan menggunakan jalan raya

5.

Pada pendapat anda, apakah tujuan utama pihak sekolah mengadakan kempen jalan

raya?

Auntuk mendidik murid-murid tentang pentingnya menjaga keselamatan ketika di jalan raya

Buntuk mengutip derma bagi mengisi tabung sekolah

Cuntuk menasihati ibu bapa agar mengambil berat akan keselamatan anak-anak

Duntuk memastikan agar kemalangan jalan raya dapat dikurangkan

Soalan 6 hingga Soalan 10

Baca petikan di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Hari ini Azrul bagai dipaksa-paksa ke sekolah. Tetapi dia tiada pilihan lain. Lagipun selama ini dia tidak pernah ponteng sekolah. Namun, teringat akan Helmi, hatinya terasa tawar. Berat hatinya untuk bertemu muka dengan Helmi. Pada mulanya memang dia berniat untuk ponteng dari sekolah tetapi teringat pula dia akan pesan ibu.

Azrul, jangan membiasakan diri berbuat begitu. Pergilah saja. Beritahu cikgu, Azrul orang susah. Tentu cikgu tidak marah, kata ibu.

Itu pendapat ibu, tetapi belum tentu Helmi memahaminya, balas Azrul.

Lamunan Azrul terhenti. Dia sudah sampai di sekolah. Dia masuk ke kelas dan terus duduk di tempat duduknya. Kala itu Helmi pun datang menghampirinya.

Kamu ada wang? tanya Helmi kepada Azrul.

Azrul terperanjat. Tidak ada wang, jawab Azrul.

Kamu kedekut. Dua ringgit saja, bayarlah, Helmi mendesak lagi.

Pelajar-pelajar lain memandang ke arah Azrul dan Helmi. Ada yang mencebikkan bibir. Ada yang bersimpati dengan Azrul. Namun, masing-masing tidak berani campur tangan.

Azrul berasa amat malu. Hatinya tersinggung. Dadanya sebak. Tanpa berfikir panjang Azrul meluru keluar.

Cikgu Rosmah masuk ke kelas lantas bertanya Apa yang berlaku? Azrul ke mana?

Helmi bangun. Dia kelihatan serba salah. Dalam keadaan terpaksa, dia pun menjelaskan hal yang sebenarnya.

Helmi, kamu dilantik sebagai ketua oleh rakan-rakan sekelas. Kamu harus menjaga hati mereka. Kamu tidak boleh berlaku kasar. Nanti mereka akan membenci kamu dan tidak akan bekerjasama dengan kamu, kata Cikgu Rosmah.

Lagipun, tujuan kita mengadakan perayaan Hari Guru bukanlah kerana cikgu ingin akan hadiah. Setiap guru akan berasa bangga kalau murid-muridnya berjaya dalam pelajaran dan menghormati guru, kata Cikgu Rosmah lagi

Selepas waktu rehat hari itu, Helmi mendekati Azrul. Helmi menghulurkan tangannya. Mereka berjabat salam. Namun, hati Azrul tertanya-tanya kerana hairan dengan tindakan Helmi itu.

6.

Mengapakah Azrul tidak mahu ke sekolah?

Akerana dia tidak mahu bersemuka dengan Helmi

Bkerana dia terpaksa meminta wang daripada murid-murid

Ckerana dia berasa malu atas kesalahannya

Dkerana dia berasa malas

7.

Apakah pesan ibu kepada Azrul?

Ajangan suka bergaduh

Bjangan suka meniru

Cjangan ponteng sekolah

Djangan bersikap kasar

8.

Mengapakah murid-murid mengumpulkan duit?

Auntuk membantu orang-orang susah

Buntuk membeli hadiah untuk Cikgu Rosmah

Cuntuk mengisi tabung kelas

Duntuk mengutip derma

9.

Penyataan yang berikut benar tentang cerita tadi, kecuali

AAzrul tidak pernah ponteng sekolah.

BHelmi adalah ketua kelas yang bersopan-santun.

CAzrul dan keluarganya hidup susah dan miskin

DCikgu Rosmah telah menasihati Helmi.

10.Pada pendapat anda, bagaimanakah cerita ini berakhir?

AHelmi dan Azrul dibawa berjumpa dengan Guru Besar.

BAzrul berhenti sekolah kerana ibunya tidak mampu membayar yuran.

CCikgu Rosmah membantu Azrul dengan menanggung belanja persekolahannya.

DHelmi insaf dan Azrul memaafkan kesalahan Helmi lalu mereka berkawan baik.

Set 12

Soalan 1 hingga Soalan 5

Baca petikan di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

1.

Apakah tujuan majlis jamuan ini diadakan?

Auntuk meraikan kedatangan Guru Besar yang baru

Buntuk meraikan kejayaan Guru Besar menerima anugerah Tokoh Guru

Cuntuk mengenang jasa Guru Besar yang telah bersara

Duntuk menyambut sesi persekolahan yang baru

2.Berapa lamakah Tuan Haji Abdul Majid berkhidmat di Sekolah Kebangsaan Seri Suria?

Alima tahun

Bsepuluh tahun

Ctiga belas tahun

Dlima belas tahun

3.

Kata sepakat yang terdapat dalam petikan membawa maksud...

Abersatu hati.

Bbekerjasama.

Cberpakat.

Dberganding bahu.

4. Mengapakah Tuan Haji Abdul Majid menyatakan rasa syukur dan terima kasih?

Akerana beliau diraikandalam majlis yang gilang-gemilang

Bkerana beliau disayangi dan dihormati

Ckerana beliau berjaya membuat pembaharuan kepada sekolah

Dkerana beliau mendapat kerjasama daripada semua pihak

5.Pada pendapat anda, apakah peribahasa yang sesuai untuk menggambarkan jasa Tuan Haji Abdul Majid itu?

Aada ubi ada batas, ada masa boleh balas

Bbiar berputih tulang, jangan berputih mata

Chancur badan dikandung tanah, budi baik dikenang juga

Dorang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa

Soalan 6 hingga Soalan 10

Baca petikan di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Umum mengetahui bahawa beliau adalah pemimpin yang berdedikasi. Namun begitu, tidak banyak yang mengetahui latar belakang beliau sebagai seorang anggota tentera. Beliau yang dimaksudkan ialah Tun Hussein bin Dato Onn, Perdana Menteri kita yang ketiga.

Tun Hussein dilahirkan pada 12 Februari 1922 di Johor Bahru. Meskipun berasal daripada keluarga ternama namun kemahuannya untuk menjadi tentera amat tinggi. Oleh itu, beliau mendaftarkan diri dalam Angkatan Tentera Johor sebaik sahaja tamat persekolahan. Pada tahun 1940, beliau dihantar ke Dehra Dun, iaitu sebuah Akademi Tentera India yang terkenal ketika itu. Dua tahun kemudian, Tun Hussein menerima tauliah pelantikannya.

Sifat kepemimpinan Tun Hussein menarik perhatian pihak pentadbir tentera British. Beliau sering dihantar ke beberapa tempat seperti di Timur Tengah dan New Delhi untuk berkhidmat. Selain itu, Tun Hussein pernah menjadi tenaga pengajar di Pusat Latihan Polis Tentera di Rawalpindi.

Pada pertengahan tahun 1945, Tun Hussein terpilih untuk menyertai angkatan tentera British yang akan menyerang Jepun di Tanah Melayu. Namun demikian, serangan tersebut dibatalkan apabila tentera Jepun menyerah kalah. Hal ini berikutan peristiwa pengeboman Hiroshima dan Nagasaki. Kejatuhan Jepun membawa kepada penguasaan semula British di Tanah Melayu. Sewaktu itu, Tun Hussein bertugas sebagai komandan Depo Polis Johor Bahru.

Kewibawaan Tun Hussein sebagai tentera dibuktikan sewaktu komunis mengancam negara. Beliau bertanggungjawab menubuhkan Pasukan Kawalan Kampung. Berbekalkan keazaman yang kuat, Tun Hussein menjelajah ke seluruh negeri untuk mendapatkan anggota pasukan tersebut. Usahanya berhasil apabila beliau berjaya melatih 10 000 anggota tersebut.

Sebagai pemimpin, Tun Hussein terus berjuang untuk mengembalikan keamanan tanah air. Beliau sentiasa bersedia berkhidmat meskipun dalam keadaan darurat. Kejayaan Tun Hussein menempuh segala cabaran itu menyebabkan beliau digelar sebagai pemimpin yang berjiwa pahlawan.

6.

Bilakah Tun Hussein mendaftarkan diri dalam angkatan tentera?

Aselepas menamatkan persekolahannya

Bselepas mendapatkan tauliah pelantikan

Cselepas negara mencapai kemerdekaan

Dsebelum negara mencapai kemerdekaan

7.

Apakah peristiwa penting yang berlaku di Dehra Dun?

ATun Hussein dipilih sebagai tenaga pengajar

BTun Hussein menyertai angkatan tentera British

CTun Hussein dilantik sebagai komandan polis

DTun Hussein menerima tauliah pelantikannya

8.

Apakah keistimewaan Tun Hussein yang menarik perhatian pihak British?

Asifat dedikasi beliau terhadap tugas

Bsifat kepemimpinan beliau

Csifat tekun dan rajin

Dsifat berani menempuh cabaran

9. Mengapakah rancangan untuk menyerang Jepun di Tanah Melayu dibatalkan?

Akerana pasukan tentera Jepun terlalu kuat

Bkerana tidak dipersetujui oleh tentera British

Ckerana tentera Jepun telah menyerah kalah

Dkerana komunis mula mengancam negara

10.Bagaimanakah Tun Hussein berusaha mendapatkan anggota Pasukan Kawalan Kampung?

Adengan mengadakan temu duga terbuka

Bdengan menjelajah ke seluruh negeri

Cdengan kerjasama penghulu kampung

Ddengan menawarkan gaji yang lumayan

PEMAHAMAN UPSR

H17, Pangsapuri Melati,

53300 Kuala Lumpur.

30 Jun 2005.

Menemui saudaraku Iman Saufi di Kampung Gajah, Perak, semoga sihat sejahtera.

Saudara,

Ke manakah saudara pada cuti sekolah yang lalu? Saya berpeluang mengikuti program Bersama Keluarga Pak Tani di Kampung Banggul, Kedah Darul Aman. Program ini dianjurkan oleh Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya. Tujuannya ialah untuk memberi kami pendedahan tentang cara hidup masyarakat petani. Ketika mula-mula menjejakkan kaki di kampung ini, saya dan para peserta lain terpegun oleh keindahan sawah yang terbentang luas. Pemandangan sawah yang luas saujana mata memandang benar-benar menyejukkan mata kami.

Sepanjang program ini, kami tinggal dengan keluarga angkat masing-masing. Bagi

kebanyakan penduduk kampung ini, bersawah menjadi sumber rezeki mereka yang utama. Namun begitu, mereka turut membuat ikan pekasam untuk menambahkan pendapatan. Semasa di sini, saya berpeluang mengikut bapa angkat saya ke sawah dan melihat

cara mereka membajak serta menanam padi. Pengalaman tersebut sungguh menyeronokkan.

Sesungguhnya pengalaman dan pengetahuan yang saya peroleh daripada program tersebut berharga sekali. Pengalaman ini tidak akan saya lupakan buat selama-lamanya. Tampaknya, hanya setakat ini yang dapat saya tulis untuk saudara. Akhir kata,

sambutlah salam mesra daripada saya untuk saudara seisi keluarga.

Yang benar,

Ahmad Nabil

Laporan Kes Keracunan Makanan

Baru-baru ini, iaitu pada 10 Mei 2005 berlaku kes keracunan makanan di Sekolah

Kebangsaan Bukit Berapit. Sebanyak 55 orang murid mengadu sakit perut, pening kepala, dan muntah-muntah. Kebanyakan daripada mereka adalah murid Tahun Satu. Semua murid yang terlibat dibawa ke hospital oleh beberapa orang guru untuk mendapatkan rawatan. 10 orang daripada murid tersebut ditahan di wad untuk rawatan lanjut manakala yang selebihnya dibenarkan pulang selepas mendapatkan rawatan

sebagai pesakit luar.

Susulan daripada kejadian itu, pihak sekolah telah mengarahkan ahli jawatankuasa

PIBG menyelidik punca keracunan makanan tersebut. Selepas siasatan rapi dijalankan, pihak PIBG mendapati bahawa murid-murid mengalami keracunan makanan selepas bersarapan di kantin sekolah di bawah program Skim Makanan Percuma. Hidangan pada pagi itu ialah mi goreng dan nasi goreng. Dipercayai bahawa penyediaan makanan tersebut kurang bersih. Hal ini terbukti apabila kebersihan dapur kantin tidak dijaga dengan baik. Selain itu, didapati tahap kesihatan seorang pekerja kantin kurang memuaskan juga. Dia mengalami batuk kering sejak beberapa hari tetapi masih bekerja di dapur.

Oleh hal yang demikian, demi kebaikan semua warga sekolah, kantin tersebut

diarahkan ditutup buat sementara waktu. Kantin akan dibuka semula selepas tahap kebersihan ditingkatkan. Pengusaha kantin diberi amaran keras supaya tidak lagi mengabaikan kebersihan. Pihak sekolah akan sentiasa membuat pengawasan agar pengusaha kantin mematuhi peraturan yang telah ditetapkan.

Yang menjalankan tugas, 12 Mei 2005.

Zainalarif

..............................

(ZAINAL ARIF)

Pengerusi PIBG,

Sekolah Kebangsaan Bukit Berapit.

Tersebut kisah Singapura yang masyhur,

Rakyatnya banyak bercampur-campur,

Negaranya aman, khazanahnya makmur,

Tiada musuh datang menggempur.

Namun tiada sesiapa menyangka,

Malang datang tidak terduga,

Todak menyerang membabi buta,

Takutlah rakyat tidak terkira.

Pembesar dan raja sudah bersatu,

Menghimpunkan rakyat hilir dan hulu,

Kepada mereka raja berseru,

Menjadikan betis sebagai kubu.

Apabila ikhtiar mula dilaksanakan,

Rakyat jelata banyak terkorban,

Seorang budak berasa hairan,

Kepada pembesar diberikan cadangan.

Wahai mamanda hairannya hamba,

Menyuruh rakyat menggadai betisnya,

Batang pisang bukankah ada?

Cubalah ambil sebagai gantinya.

Gembiranya bendahara tidak terperi,

Bertemu budak bijak bestari,

Kubu pisang segera terdiri,

Selamat semua anak negeri.

Lot 45, Jalan SS21/52,

47400 Damansara Utama,

Petaling Jaya.

_____________________________________________________________________

Urus Setia Peraduan Melukis,

Majalah Seni Kreatif,

Jalan 222,

43500 Petaling Jaya. 12 APRIL 2005.

Tuan,

Hadiah Peraduan Melukis

Untuk makluman tuan, saya telah memenangi tempat ketiga dalam peraduan melukis anjuran Majalah Seni Kreatif. Nama para pemenang telah diumumkan dalam majalah tersebut pada keluaran Januari 2005.

2. Pada akhir bulan Januari, saya telah menerima surat yang menyatakan bahawa saya akan menerima hadiah tersebut dalam tempoh dua minggu. Namun demikian, sehingga hari ini saya masih belum menerima hadiah seperti yang dijanjikan. Saya telah mencuba menghubungi pihak tuan beberapa kali tetapi tidak mendapat layanan yang sewajarnya.

3. Oleh itu, besarlah harapan saya agar pihak tuan dapat memberikan penjelasan kepada saya tentang masalah yang sebenarnya. Saya berharap juga agar hadiah tersebut dapat dikirimkan segera kepada saya.

Atas perhatian dan kerjasama tuan, saya ucapkan ribuan terima kasih. Sekian.

Yang benar,

Dareenchoi

..............................

(DARREN CHOI)

Kelas Bahasa Melalui Pos

Anda lemah berbahasa Inggeris? Atau anda ingin mempelajari bahasa asing

tetapi tidak ada masa untuk mengikuti kelas bahasa? Yuran pengajian terlalu tinggi?

Sekarang anda tidak perlu bimbang lagi. Sertailah kelas bimbingan melalui pos. Bayaran kursus yang minimum. Cakera padat dan kaset disediakan.

Perbaikilah pertuturan dan pengetahuan bahasa anda demi masa depan yang lebih cemerlang. Mengapa tunggu lagi? Daftarlah sekarang!

Kursus yang

ditawarkan

Bahasa Arab

Bahasa Inggeris

Bahasa Perancis

Bahasa Jepun

Yuran RM180

Nota Lengkap

Guru Pakar

Kolej Intan Baiduri, 112A, Wisma Serantau, Jalan Putri 3,

Bandar Baru Ampang, 68000 Ampang, Selangor Darul Ehsan.

(Tel: 03-46223101/46224349) (E-mel: [email protected])

326, Blok 4, Kolej Proton,

Universiti Utara Malaysia,

05321 Sintok, Kedah.

22 Februari 2005.

Menemui bonda yang anakanda cintai, semoga bonda sihat sejahtera.

Bonda yang anakanda kasihi,

Anakanda di sini dalam keadaan sihat. Kelas yang anakanda ikuti sekarang sudah berkurang. Oleh hal yang demikian anakanda banyak mempunyai masa yang terluang. Jadi, anakanda bekerja sambilan di restoran makanan segera untuk memenuhi masa tersebut di samping menambahkan wang saku.

Untuk pengetahuan bonda, anakanda akan pulang ke Kuala Lumpur pada cuti semester yang akan datang, iaitu pada pertengahan bulan April.

Bagaimana dengan sakit lutut bonda? Anakanda berharap agar bonda tidak melakukan kerja-kerja berat. Berjumpalah dengan doktor sekiranya sakit bonda tidak berkurang.

Anakanda ada mendapat surat daripada Adik Su. Dia menyatakan bahawa dia mendapat tempat pertama dalam peperiksaan. Anakanda sungguh gembira mendengar berita itu. Anakanda berharap, Adik Su akan belajar bersungguh-sungguh dan mengikut jejak anakanda.

Sampai di sini warkah anakanda untuk bonda buat kali ini. Sampaikan salam anakanda kepada semua ahli keluarga. Sekian.

Anakanda,

Haida

Majlis Perpisahan untuk Pengetua

Pada 10 November 2005, jam 11.00 pagi, suatu majlis perpisahan diadakan sempena persaraan Tuan Haji Abdul Majid bin Haji Karim, Guru Besar Sekolah Seri Suria. Beliau bersara pada 9 November 2005.

Tuan Haji Abdul Majid bin Haji Karim memulakan perkhidmatannya dalam

bidang perguruan sejak empat puluh tahun yang lalu. Beliau mula menabur bakti di Sekolah Kebangsaan Seri Suria pada tahun 1991. Banyak pembaharuan dan kemajuan yang telah dilakukan oleh beliau. Oleh itu, bagi mengenang jasa beliau, pihak sekolah dan pihak PIBG telah sepakat untuk mengadakan majlis ini.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Mohd. Kamil bin Azahari. Selepas itu, pengerusi majlis membacakan riwayat hidup Tuan Haji Abdul Majid. Selama beliau terlibat dalam bidang perguruan, beliau telah berkhidmat di merata-rata tempat, termasuklah di Sabah dan Sarawak. Beliau banyak juga menerima anugerah atas jasa-jasanya, iaitu Anugerah Tokoh Guru 1980 dan Anugerah Guru Kreatif 1986.

Selepas itu, pengerusi majlis mengundang Tuan Haji Abdul Majid menyampaikan sepatah dua kata kepada murid-murid dan guru-guru yang hadir. Dalam ucapannya, Tuan Haji Abdul Majid memanjatkan rasa syukur dan terima kasih atas kerjasama semua pihak selama beliau bertugas di sekolah ini. Beliau turut mengharapkan kecemerlangan sekolah dalam bidang kurikulum dan kokurikulum akan terus dikekalkan. Selain itu, beliau berharap juga agar mereka memberikan kerjasama kepada Guru Besar yang baru.

Majlis diteruskan dengan jamuan makan tengah hari. Secara keseluruhannya, majlis ini berjalan dengan lancar dan tamat pada pukul 1.30 tengah hari.

Disediakan oleh, 11 November 2005.

Wong Aik Lian

(WONG AIK LIAN)

Setiausaha,

Majlis Jamuan Perpisahan,

Sekolah Kebangsaan Seri Suria.