pks

5
Razali: Universiti khusus untuk sukan perlu diwujudkan 19 September 2012 Share on facebook Share on twitter Share on google_plusone_share More Sharing Services 0 Datuk Razali Ibrahim < 1/1 > SHAH ALAM - Timbalan Menteri Belia dan Sukan Datuk Razali Ibrahim hari ini berkata sebuah universiti khusus untuk sukan perlu diwujudkan untuk memberi manfaat kepada para atlet negara dan generasi akan datang. Beliau berkata cadangan itu penting untuk dilaksanakan bagi melengkapkan pembangunan sukan dalam negara dan perkara itu telahpun dibincangkan di mesyuarat peringkat kementerian. "Sebagai permulaan, kementerian sedang melihat untuk mengadakan program berkembar dengan universiti-universiti sukan di luar negara untuk mengadaptasikan model digunakan di universiti itu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Pembangunan Bola Sepak Institusi Pengajian Tinggi Malaysia 2012 di Universiti Teknologi Mara di sini hari ini. Mengulas lanjut, Razali berkata kementerian menerusi program berkembar bakal mengadaptasikan model digunakan Universiti Sukan Kebangsaan Korea (KNSU), satu- satunya universiti sukan di Korea Selatan. Media melaporkan universiti itu menjadi pilihan Kementerian Belia dan Sukan menerusi Majlis Sukan Negara (MSN) berikutan kecemerlangan universiti itu melahirkan pemenang pingat di Sukan Olimpik yang lalu dan juga tenaga pengajarnya yang hampir semuanya menggunakan khidmat bekas atlet. Sementara itu, Razali yang juga Naib Ketua Pergerakan Pemuda Umno berkata Pemuda Umno akan mendekati seramai 130,000 mahasiswa yang berminat berpolitik di kawasan masing-masing. Beliau berkata pihaknya akan mengagihkan senarai mahasiswa itu mengikut kawasan Parlimen sebagai salah satu usaha Pemuda Umno untuk membentuk barisan pemimpin

Upload: zapel

Post on 21-Nov-2015

12 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

Pks

TRANSCRIPT

Razali: Universiti khusus untuk sukan perlu diwujudkan19 September 2012Share on facebookShare on twitterShare on google_plusone_shareMore Sharing Services0 Datuk Razali Ibrahim

SHAH ALAM - Timbalan Menteri Belia dan Sukan Datuk Razali Ibrahim hari ini berkata sebuah universiti khusus untuk sukan perlu diwujudkan untuk memberi manfaat kepada para atlet negara dan generasi akan datang.

Beliau berkata cadangan itu penting untuk dilaksanakan bagi melengkapkan pembangunan sukan dalam negara dan perkara itu telahpun dibincangkan di mesyuarat peringkat kementerian.

"Sebagai permulaan, kementerian sedang melihat untuk mengadakan program berkembar dengan universiti-universiti sukan di luar negara untuk mengadaptasikan model digunakan di universiti itu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Pembangunan Bola Sepak Institusi Pengajian Tinggi Malaysia 2012 di Universiti Teknologi Mara di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Razali berkata kementerian menerusi program berkembar bakal mengadaptasikan model digunakan Universiti Sukan Kebangsaan Korea (KNSU), satu-satunya universiti sukan di Korea Selatan.

Media melaporkan universiti itu menjadi pilihan Kementerian Belia dan Sukan menerusi Majlis Sukan Negara (MSN) berikutan kecemerlangan universiti itu melahirkan pemenang pingat di Sukan Olimpik yang lalu dan juga tenaga pengajarnya yang hampir semuanya menggunakan khidmat bekas atlet.

Sementara itu, Razali yang juga Naib Ketua Pergerakan Pemuda Umno berkata Pemuda Umno akan mendekati seramai 130,000 mahasiswa yang berminat berpolitik di kawasan masing-masing.

Beliau berkata pihaknya akan mengagihkan senarai mahasiswa itu mengikut kawasan Parlimen sebagai salah satu usaha Pemuda Umno untuk membentuk barisan pemimpin pelapis dalam Umno.

Razali bagaimanapun berkata perkara itu hanya akan dibuat selepas Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) dipinda sepenuhnya.- Bernama

Tubuh universiti sukanOleh MEGAT RAMLI MEGAT [email protected]

RAZALI (tiga dari kiri) bersama Timbalan Naib Canselor UiTM, Prof. Datuk Dr. Abdullah Mohamad Said (dua dari kiri) melakukan simbolik perasmian Seminar Pembangunan Bola Sepak IPT Malaysia 2012 di UiTM, Shah Alam semalam.

KEMENTERIAN Belia dan Sukan (KBS) menyifatkan bahawa sebuah universiti khusus untuk sukan perlu ditubuhkan di negara ini demi memberi manfaat kepada atlet muda pada masa depan.Timbalan Menterinya, Datuk Razali Ibrahim berkata, universiti tersebut dapat melengkapkan pembangunan sukan di Malaysia kerana proses pembangunan dalam bidang itu didapati terhenti pada peringkat sekolah sukan sahaja.Menurutnya, cadangan untuk menubuhkan universiti itu telah dibawa kepada kementerian dan telah dibincangkan termasuk mengadakan program berkembar dengan universiti sukan terkenal di luar negara sebagai permulaan.Melalui program ini, kita tidak perlu mewujudkan prasarana sebuah universiti sukan sebaliknya menjalinkan hubungan dengan universiti luar seperti Universiti Sukan Kebangsan Korea di Korea Selatan untuk pengambilan atlet, katanya.Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Seminar Pembangunan Bola Sepak institusi pengajian tinggi Malaysia 2012 di Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Shah Alam semalam.Bagi pembangunan sukan bola sepak, Razali memberitahu, Jawatankuasa Pembangunan Bola Sepak kini sedang melatih seramai 2,600 pemain berumur sembilan tahun di 14 buah pusat latihan di seluruh negara.Menurutnya, pembangunan sukan itu juga akan terus dipertingkatkan dengan pembukaan Akademi Bola Sepak Kebangsaan di Gambang, Kuantan, Pahang yang dijangka siap selewat-lewatnya akhir tahun ini.Kementerian sebenarnya berusaha keras bagi memajukan sukan ini dan kami membiayai kira-kira RM2 juta untuk kejohanan mencari bakat di peringkat sekolah.Kita dapat hantar Skuad Harimau Muda kita ke Yugoslavia baru-baru ini menggunakan dana tabung khas bagi memantapkan persembahan mereka, jelasnya.

Artikel Penuh:http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=0920&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_08.htm#ixzz3M8adLP7AHakcipta terpelihara

Masih bincang isu universiti sukanWARTAWAN SINAR HARIAN3 Oktober 2013Share on facebookShare on twitterShare on google_plusone_shareMore Sharing Services0 Khairy Jamaluddin

KEMENTERIAN Belia dan Sukan sedang berbincang dengan sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) berhubung cadangan menubuhkan sebuah universiti sukan.

Menterinya Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, penubuhan universiti itu bukanlah satu keutamaan memandangkan kerajaan sedang berusaha untuk mengurangkan defisit negara.

Sebahagian besar atlet tidak dapat mengikuti pengajian tinggi disebabkan kekangan waktu yang bertindih dengan jadual latihan. Idea universiti sukan ini baik untuk memberi kelonggaran dan satu jadual fleksibel kepada atlet.Kita ada berbincang dengan GLC supaya ia dibuat dalam bentuk perkongsian sektor awam dan swasta, dan dengan sebuah universiti sukan terkemuka di United Kingdom. Bagaimanapun, ia masih di peringkat perbincangan, katanya menjawab soalan tambahan Shamsul Iskandar Mohd Akin (PKR-Bukit Katil) di Parlimen di sini, semalam.

Beliau ingin tahu sama ada kerajaan berhasrat meneruskan cadangan mewujudkan sebuah universiti sukan untuk melahirkan atlet berprestasi tinggi dan memperkasa industri sukan.

Khairy berkata pada tahun lalu, industri sukan juga merupakan satu daripada sektor untuk pembangunan negara memandangkan ia menyumbang sebanyak lima peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) tahun lalu.

Terdahulu, Mohd Fasiah Mohd Fakeh (BN-Sabak Bernam) bertanyakan jumlah atlet muda bertaraf dunia yang telah dilahirkan oleh sekolah-sekolah sukan di Malaysia.

Khairy berkata lebih kurang 350 atlet dari sekolah-sekolah sukan telah mewakili negara dalam 18 temasya sukan bermula dari Sukan Komanwel 1998 sehinggalah Sukan Olimpik di London tahun lepas dengan jumlah kutipan pingat 101 emas, 93 (perak) dan 89 (gangsa).

Ia termasuk Pandelela Rinong dan Leong Mun Yee (terjun), Mohd Azizulhasni Awang (basikal) dan Tan Boon Heong (badminton).

Kementerian percaya penubuhan sebuah lagi sekolah sukan di Gambang, Pahang yang mula beroperasi tahun lepas dapat menempatkan lebih ramai bakal atlet kebangsaan untuk kita gilap bakat mereka ke peringkat antarabangsa, kata Khairy.

Terdahulu, menjawab soalan asal Mohd Fasiah mengenai perancangan kementerian melahirkan atlet negara yang berprestasi tinggi sejak alam persekolahan, Khairy berkata program pencarian bakat telah dan sedang diadakan dengan kerjasama Kementerian Pendidikan membabitkan kanak-kanak berusia tujuh hingga 12 tahun.