persekitaran ekonomi yang berubah-ubah · 2014-12-10 · laporan tahunan pks 2007 majlis...

10
Laporan Tahunan PKS 2007 Majlis Pembangunan PKS Kebangsaan 17 Persekitaran Ekonomi yang Berubah-ubah Bab 2 1. Pertumbuhan Global yang Lebih Perlahan 20 2. Daya Tahan Ekonomi Malaysia Semakin Meningkat 24

Upload: others

Post on 26-May-2020

15 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Persekitaran Ekonomi yang Berubah-ubah · 2014-12-10 · Laporan Tahunan PKS 2007 Majlis Pembangunan PKS Kebangsaan 17 Persekitaran Ekonomi yang Berubah-ubah Bab 2 1. Pertumbuhan

L a p o r a n Ta h u n a n P K S 2 0 0 7 �

M a j l i s P e m b a n g u n a n P K S K e b a n g s a a n

17

Persekitaran Ekonomiyang Berubah-ubah

Bab 2

1. Pertumbuhan Global yang Lebih Perlahan 20

2. Daya Tahan Ekonomi Malaysia Semakin Meningkat 24

BM Chapter 1-2 i-27.qxd:Inside Layout 2.qxd 7/19/08 3:53 PM Page 17

Page 2: Persekitaran Ekonomi yang Berubah-ubah · 2014-12-10 · Laporan Tahunan PKS 2007 Majlis Pembangunan PKS Kebangsaan 17 Persekitaran Ekonomi yang Berubah-ubah Bab 2 1. Pertumbuhan

L a p o r a n Ta h u n a n P K S 2 0 0 7 �

M a j l i s P e m b a n g u n a n P K S K e b a n g s a a n

19Persek i t a ran Ekonomi yang Be rubah-ubah

B a b 2

Berikutan krisis kewangan yang melanda beberapa ekonomi

maju, pertumbuhan ekonomi dunia pada tahun 2008

dijangka lebih sederhana, memandangkan pertumbuhan

kebanyakan ekonomi dijangka kian perlahan berbanding dengan tahun 2007. Malaysia

yang mempunyai asas-asas ekonomi yang kukuh dan sektor ekonomi yang pelbagai

dijangka berupaya menghadapi kemelut ini memandangkan harga komoditi yang tinggi

dan perdagangan antara rantau yang lebih pesat akan dapat membantu mengekalkan

pertumbuhan. Ekonomi negara turut berdepan dengan inflasi akibat kenaikan harga

bahan api dan makanan. Untuk membantu PKS mengambil peluang daripada

persekitaran ekonomi dalam negeri dan luar negara yang berubah-ubah, Kerajaan

akan memberi tumpuan pada program yang meningkatkan daya saing PKS.

BM Chapter 1-2 i-27.qxd:Inside Layout 2.qxd 7/19/08 3:53 PM Page 19

Page 3: Persekitaran Ekonomi yang Berubah-ubah · 2014-12-10 · Laporan Tahunan PKS 2007 Majlis Pembangunan PKS Kebangsaan 17 Persekitaran Ekonomi yang Berubah-ubah Bab 2 1. Pertumbuhan

� L a p o r a n Ta h u n a n P K S 2 0 0 7

M a j l i s P e m b a n g u n a n P K S K e b a n g s a a n

20

B a b 2

1. Pertumbuhan Global yang Lebih Perlahan

Ekonomi global berkembang 4.7% pada tahun 2007, rendah sedikit daripada kadar

pertumbuhan 4.9% yang dicatat pada tahun 2006. Pertumbuhan memberangsangkan ekonomi

sedang pesat membangun dan pertumbuhan mengatasi trend kebanyakan ekonomi

perindustrian, telah sedikit sebanyak membantu mengimbangi kesan kemerosotan ekonomi

Amerika Syarikat (AS), kenaikan harga minyak, dan kegawatan pasaran kewangan.

Kemerosotan pasaran perumahan AS, kemelut

pasaran kewangan, dan kenaikan mendadak harga

minyak dan komoditi lain menjadi fenomena

utama bagi ekonomi global pada tahun 2007.

Kemelut ini menjadi lebih meluas kerana kejatuhan

sektor gadai janji subprima AS mula menular pada

separuh kedua tahun 2007. Walaupun

pertumbuhan kebanyakan ekonomi perindustrian

mengatasi trend pada tahun 2007, beberapa tanda kelemahan mula muncul dalam

ekonomi tersebut pada separuh tahun kedua. Di Eropah, termasuk United Kingdom

(UK), indeks perniagaan dan keyakinan pengguna menurun apabila masalah subprima

AS mencetuskan keadaan kredit yang lebih ketat dan pasaran perumahan yang lebih

lembap di beberapa buah ekonomi Eropah. Di Jepun pula, pelaburan perumahan nyata

dipengaruhi piawai bangunan yang lebih ketat yang ditetapkan oleh pihak berkuasa

terhadap industri pembinaan.

Berbeza dengan trend yang sederhana di ekonomi maju, ekonomi sedang pesat

membangun mencatat pertumbuhan kukuh pada tahun 2007. Republik Rakyat China

(RR China), India, Brazil dan Rusia meningkatkan sumbangan mereka kepada

pertumbuhan global, didorong oleh penggunaan yang kukuh dan aktiviti pelaburan yang

meningkat. Permintaan dalam negeri di rantau Asia nyata menggalakkan, dengan itu

telah lebih daripada mengimbangi kemerosotan permintaan luaran ekoran pelarasan

dalam kitaran elektronik global serta perkembangan di AS. Permintaan dalam negeri

terus kukuh, disokong oleh keadaan pasaran pekerja yang menggalakkan, harga komoditi

yang meningkat dan juga perbelanjaan infrastruktur yang bertambah.

BM Chapter 1-2 i-27.qxd:Inside Layout 2.qxd 7/19/08 3:53 PM Page 20

Page 4: Persekitaran Ekonomi yang Berubah-ubah · 2014-12-10 · Laporan Tahunan PKS 2007 Majlis Pembangunan PKS Kebangsaan 17 Persekitaran Ekonomi yang Berubah-ubah Bab 2 1. Pertumbuhan

L a p o r a n Ta h u n a n P K S 2 0 0 7 �

M a j l i s P e m b a n g u n a n P K S K e b a n g s a a n

21Persek i t a ran Ekonomi yang Be rubah-ubah

Harga Minyak Mentah: 1-bulan WTI

Indeks Komoditi S&P Goldman Sachs

B a b 2

Tekanan Inflasi Akibat Kenaikan Harga Komoditi

Pertumbuhan global yang pesat yang berlanjutan sejak tahun 2003, telah menimbulkan tekanan

terhadap penggunaan sumber dan mengakibatkan kenaikan harga komoditi. Harga minyak melonjak

ke paras tertinggi dan ini turut menyumbang kepada kenaikan harga makanan disebabkan oleh

bertambahnya permintaan terhadap pengganti bagi bahan api konvensional, termasuk tenaga boleh

diperbaharui seperti biodiesel dan etanol. Keadaan cuaca yang buruk turut menyebabkan kenaikan

harga makanan. Harga komoditi dijangka terus tinggi pada masa akan datang disebabkan oleh

pertumbuhan permintaan yang mapan, kekangan bekalan, serta kemunculan komoditi sebagai kelas

aset yang semakin penting dalam pempelbagaian pelaburan. Oleh itu, inflasi global dan serantau

dijangka terus tinggi pada tahun 2008 akibat daripada kesan susulan kenaikan harga pada tahun

2007 dan jangkaan bahawa harga minyak dan makanan akan terus meningkat.

Sumber: Bloomberg

Sumber: Bloomberg

20

40

60

80

100

120

140

USD setong

01/07/2003

01/10/2003

01/01/2004

01/04/2004

01/07/2004

01/10/2004

01/01/2005

01/04/2005

01/07/2005

01/10/2005

01/01/2006

01/04/2006

01/07/2006

01/10/2006

01/01/2007

01/04/2007

01/07/2007

01/10/2007

01/01/2008

01/04/2008

01/07/2008

0

100

200

300

400

500

600

Indeks (2002=100)

02/01/2002

15/07/2002

23/01/2003

04/08/2003

12/02/2004

24/08/2004

04/03/2005

13/09/2005

24/03/2006

03/10/2006

16/04/2007

23/10/2007

05/05/2008

BM Chapter 1-2 i-27.qxd:Inside Layout 2.qxd 7/19/08 3:53 PM Page 21

Page 5: Persekitaran Ekonomi yang Berubah-ubah · 2014-12-10 · Laporan Tahunan PKS 2007 Majlis Pembangunan PKS Kebangsaan 17 Persekitaran Ekonomi yang Berubah-ubah Bab 2 1. Pertumbuhan

� L a p o r a n Ta h u n a n P K S 2 0 0 7

M a j l i s P e m b a n g u n a n P K S K e b a n g s a a n

22

Persekitaran Luaran Dijangka Menjadi Sederhana

Dengan menularnya krisis kewangan yang berpunca dari AS pada tahun 2007,

persekitaran luaran mungkin terus menjadi sederhana pada tahun 2008. Krisis

tersebut meningkatkan ketidakpastian dan pengelakan risiko dalam pasaran

kewangan, manakala masalah kecairan skala besar dan kekangan yang menyusul

terhadap keadaan kredit telah mengakibatkan kejatuhan harga aset. Namun, sejauh

mana perkembangan ini menjejaskan ekonomi global masih belum diketahui, kerana

ia banyak bergantung pada tempoh dan tahap kelembapan ekonomi AS. Pada

masa yang sama, tekanan inflasi global turut meningkat disebabkan harga tenaga

dan makanan yang tinggi. Lantas, permintaan dalam negeri mungkin menjadi

lembap pada masa hadapan. Dengan mengambil kira kesemua faktor ini,

pertumbuhan global dijangka menjadi sederhana pada tahun 2008.

Kesan yang Kurang Ketara Terhadap Ekonomi Asia

Walaupun ekonomi Asia pasti terjejas oleh perkembangan dalam ekonomi

perindustrian utama, persekitaran luaran yang lembap telah sedikit sebanyak

diimbangi oleh pertumbuhan RR China dan India yang secara relatif tinggi,

pelaburan infrastruktur yang berterusan, serta sokongan harga komoditi yang tinggi

bagi negara pengeksport komoditi. Selain itu, permintaan dalam negeri terus kukuh

memandangkan keadaan pasaran pekerja adalah menggalakkan, harga komoditi

yang terus meningkat, serta perbelanjaan infrastruktur yang bertambah. Pertumbuhan

serantau akan turut disokong oleh aktiviti perdagangan antara rantau yang lebih giat.

B a b 2

BM Chapter 1-2 i-27.qxd:Inside Layout 2.qxd 7/19/08 3:53 PM Page 22

Page 6: Persekitaran Ekonomi yang Berubah-ubah · 2014-12-10 · Laporan Tahunan PKS 2007 Majlis Pembangunan PKS Kebangsaan 17 Persekitaran Ekonomi yang Berubah-ubah Bab 2 1. Pertumbuhan

L a p o r a n Ta h u n a n P K S 2 0 0 7 �Persek i t a ran Ekonomi yang Be rubah-ubah

M a j l i s P e m b a n g u n a n P K S K e b a n g s a a n

23

Sumber: IFS, WTA

0

10

20

30

40

200720001990

4037

31

%

Bahagian eksport kepada negara serantau, %

Walaupun rantau Asia mempunyai hubungan

yang kukuh dengan ekonomi global dan sistem

kewangan antarabangsa, kepentingan permintaan

dalam negeri dan pengukuhan integrasi ekonomi

serantau telah mengurangkan implikasi

perkembangan luaran terhadap rantau ini. Oleh itu,

faktor-faktor tersebut sedikit sebanyak

mengurangkan kesan limpahan akibat daripada

persekitaran luaran yang lebih lembap,

memandangkan rantau ini tidak terlindung

sepenuhnya.

Harga komoditi secara relatif dijangka terus

tinggi lantas menguatkan pemangkin bagi

pertumbuhan negara pengeluar komoditi. Industri

separa konduktor global dijangka pulih sedikit

ekoran peningkatan permintaan pengguna

terhadap barangan elektronik yang lazimnya

berlaku pada tahun berlangsungnya Sukan Olimpik.

Pelaksanaan projek infrastruktur merentas rantau

menambah sokongan terhadap aktiviti pelaburan,

manakala langkah-langkah fiskal yang diambil

oleh pihak berkuasa serantau, seperti subsidi tunai

bersasaran, potongan cukai, serta pengurangan

tarif import akan sedikit sebanyak mengurangkan

kesan harga pengguna yang lebih tinggi pada

tahun 2008.

Momentum pertumbuhan pesat ekonomi

utama di rantau ini seperti RR China dan India juga

dijangka menyokong pengembangan perdagangan

serantau. Perdagangan dalam kalangan ekonomi

Asia melonjak naik dalam tahun-tahun

kebelakangan ini dan pengembangan permintaan

dalam negeri di rantau ini turut memperluas

pasaran keseluruhan rantau ini. Ini meningkatkan

prospek perdagangan antara rantau yang saling

memperkukuh.

B a b 2

BM Chapter 1-2 i-27.qxd:Inside Layout 2.qxd 7/19/08 3:53 PM Page 23

Page 7: Persekitaran Ekonomi yang Berubah-ubah · 2014-12-10 · Laporan Tahunan PKS 2007 Majlis Pembangunan PKS Kebangsaan 17 Persekitaran Ekonomi yang Berubah-ubah Bab 2 1. Pertumbuhan

� L a p o r a n Ta h u n a n P K S 2 0 0 7

M a j l i s P e m b a n g u n a n P K S K e b a n g s a a n

24

2. Daya Tahan Ekonomi Malaysia Semakin MeningkatSebagai ekonomi yang terbuka, pertumbuhan ekonomi Malaysia akan dipengaruhi oleh

kelembapan ekonomi global. Namun, Malaysia berada pada kedudukan yang teguh

tatkala memasuki tempoh ketidakpastian global yang memuncak, ekoran pertumbuhan

kukuh ekonomi selama tiga tahun berturut-turut. Kualiti pertumbuhan juga meningkat -

menjadi lebih seimbang antara sumber pertumbuhan di dalam dan luar negeri, serta

merentas sektor ekonomi yang berbeza-beza.

Kemunculan permintaan dalam negeri sebagai pemacu utama pertumbuhan sedikit

sebanyak dijangka membantu Malaysia menangani kelembapan permintaan luar negara.

Walaupun permintaan dalam negeri mungkin sederhana sedikit pada separuh kedua

tahun 2008, berikutan penstrukturan semula subsidi dan langkah-langkah berkaitan, ia

mungkin diimbangi sebahagiannya oleh kedudukan luaran yang kukuh dan pelaburan

oleh Kerajaan. Eksport Malaysia adalah pelbagai, dengan hampir 54% daripada jumlah

eksportnya pada tahun 2007 menjurus arah ekonomi Asia (tidak termasuk Jepun)

berbanding dengan 46% pada tahun 2001. Malaysia sebagai pengeluar komoditi, juga

terus mendapat manfaat daripada kenaikan harga minyak mentah, minyak sawit dan

getah. Asas sektor komoditi yang teguh akan memperkukuh hubungan dengan aktiviti

hiliran, termasuk industri berasaskan sumber.

B a b 2

BM Chapter 1-2 i-27.qxd:Inside Layout 2.qxd 7/19/08 3:53 PM Page 24

Page 8: Persekitaran Ekonomi yang Berubah-ubah · 2014-12-10 · Laporan Tahunan PKS 2007 Majlis Pembangunan PKS Kebangsaan 17 Persekitaran Ekonomi yang Berubah-ubah Bab 2 1. Pertumbuhan

L a p o r a n Ta h u n a n P K S 2 0 0 7 �Persek i t a ran Ekonomi yang Be rubah-ubah

M a j l i s P e m b a n g u n a n P K S K e b a n g s a a n

25

Sumber: Bank Negara Malaysia Laporan Tahunan 2007

1 Thailand, Indonesia, Filipina, Brunei Darussalam dan Vietnam2 Hong Kong SAR, Korea Selatan dan China Taipei

Persatuan Eropah (EU) 13.7%

Amerika Syarikat 20.5%

Negara Perindustrian Baru2

11.7% Republik Rakyat China

3.1%

Jepun 13.1%

Singapura18.4%

ASEAN1

7.8%

Negara-negaraLain 11.7%

2000

Persatuan Eropah (EU)12.9%

Amerika Syarikat 15.6%

Negara PerindustrianBaru2 11.1%

Republik Rakyat China

8.8%

Jepun 9.1%

Singapura14.6%

ASEAN1 10.9%

Negara-negaraLain 17%

2007

Destinasi Eksport (% bahagian)

B a b 2

Sektor luaran masih berperanan penting dalam KDNK Malaysia. Sektor eksport menyumbang

lebih 94% kepada KDNK pada tahun 2007, manakala sumbangan import pula sebanyak 79%.

Persekitaran luaran yang semakin lembap menyarankan bahawa pertumbuhan eksport mungkin

lebih sederhana pada tahun 2008 disebabkan oleh pertumbuhan permintaan global yang lebih

perlahan. Walau bagaimanapun, Malaysia telah mempelbagaikan pasaran eksportnya dengan jumlah

eksport ke AS menurun kepada 15.6% pada tahun 2007, manakala perdagangannya dengan negara

Asia dan ekonomi sedang membangun lain kian meningkat. Oleh itu, jangkaan eksport yang lebih

rendah ke AS, dan juga penurunan eksport yang lebih kecil ke Eropah dan Jepun, akan diimbangi

sebahagiannya oleh peningkatan eksport ke Asia dan pasaran sedang pesat membangun lain, iaitu

pasaran-pasaran yang dijangka mencapai pertumbuhan ekonomi yang lebih kukuh.

BM Chapter 1-2 i-27.qxd:Inside Layout 2.qxd 7/19/08 3:53 PM Page 25

Page 9: Persekitaran Ekonomi yang Berubah-ubah · 2014-12-10 · Laporan Tahunan PKS 2007 Majlis Pembangunan PKS Kebangsaan 17 Persekitaran Ekonomi yang Berubah-ubah Bab 2 1. Pertumbuhan

� L a p o r a n Ta h u n a n P K S 2 0 0 7

M a j l i s P e m b a n g u n a n P K S K e b a n g s a a n

26

B a b 2

Peluang Dan Cabaran Baharu Bagi PKS

Persekitaran semasa membawa cabaran

baharu buat PKS. PKS yang meningkatkan

daya saing dan mengatur strategi untuk fokus

perniagaan mereka akan berada pada

kedudukan yang baik untuk menukar strategi

mengikut persekitaran ekonomi yang berubah-

ubah, baik di dalam mahupun di luar negara.

Bagi mengurangkan kesan kelembapan

permintaan AS terhadap eksport Malaysia,

peluang baharu perlu dicari dalam pasaran

serantau dan pasaran sedang pesat

membangun lain seperti RR China, India,

Amerika Selatan dan Timur Tengah.

Pertumbuhan dalam kesemua pasaran

tersebut dijangka berpunca daripada industri

berasaskan dalam negeri dan berorientasikan

sumber, dan PKS dalam aktiviti hiliran dan

huluan yang berkaitan, berpotensi meraih

manfaat daripada trend ini.

Dari perspektif dalam negeri, tumpuan dasar

monetari pada tahun 2008 adalah untuk meneruskan

momentum pertumbuhan ekonomi di samping

mengekalkan kestabilan harga dalam jangka masa

pertengahan. Belanjawan tahun 2008 menggariskan

langkah percukaian dan bukan cukai yang meluas

bagi meningkatkan daya saing negara, mengukuhkan

pembangunan modal insan, dan memastikan

kesejahteraan semua rakyat Malaysia terpelihara.

Dasar fiskal pada tahun 2008 turut menumpukan

pada mempercepat pelaksanaan projek dan program

yang dikenal pasti di bawah Rancangan Malaysia

Kesembilan (RMKe-9) dan Pelan Induk Perindustrian

Ketiga (IMP3). Berdasarkan keutamaan tinggi yang

diberikan terhadap pembangunan PKS di negara ini,

strategi utama bagi pembangunan PKS digariskan di

bawah RMKe-9 dan IMP3. Di samping itu, bagi

membantu PKS bersedia dan berupaya merebut

peluang daripada jangkaan trend ekonomi utama pada

tahun 2008, pelbagai program Kerajaan disediakan

untuk membantu PKS meningkatkan daya saing

mereka dengan mempertingkatkan kapasiti dan

keupayaan mereka, memperkukuh infrastruktur yang

menyokong dan meluaskan akses pembiayaan bagi

PKS.

PKS yang berjayameningkatkan produktivitidan daya saing sertamembangunkan produkdan perkhidmatan baharuakan dapat menanganitrend kenaikan harga inidengan lebih baik

BM Chapter 1-2 i-27.qxd:Inside Layout 2.qxd 7/20/08 4:32 PM Page 26

Page 10: Persekitaran Ekonomi yang Berubah-ubah · 2014-12-10 · Laporan Tahunan PKS 2007 Majlis Pembangunan PKS Kebangsaan 17 Persekitaran Ekonomi yang Berubah-ubah Bab 2 1. Pertumbuhan

L a p o r a n Ta h u n a n P K S 2 0 0 7 �Persek i t a ran Ekonomi yang Be rubah-ubah

M a j l i s P e m b a n g u n a n P K S K e b a n g s a a n

27

Pada tahun 2008, sebanyak 37 program akan disediakan untuk membolehkan PKS

mendapat akses kepada pasaran tempatan dan antarabangsa melalui peruntukan pinjaman,

geran dan program bantuan lain bernilai RM118 juta. Pelbagai program juga dilaksanakan

untuk menggalakkan penyertaan dan meningkatkan daya saing PKS dalam sektor komoditi

dengan penggunaan teknologi, dan juga latihan dalam sektor berasaskan getah, minyak

sawit dan kayu melalui kursus latihan dan seminar. Program pengembangan pasaran yang

membantu PKS menjalin hubungan dengan syarikat besar, syarikat berkaitan Kerajaan dan

pasar raya besar, juga akan diteruskan pada tahun 2008. Langkah-langkah ini dapat

membantu PKS mewujudkan peluang pemasaran dan rangkaian hubungan. Pameran

seperti SMIDEX 2008, Konvensyen PKS, dan Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS)

juga dirancang bagi tahun 2008 untuk memberi peluang kepada PKS mempamerkan produk

dan meningkatkan penembusan pasaran mereka.

PKS perlu bersedia menyahut cabaran, iaitu mempunyai keupayaan, kapasiti dan

kefleksibelan untuk memenuhi corak permintaan yang berubah-ubah di dalam dan di luar

negara, serta menghadapi persaingan daripada firma serantau. Kenaikan harga bahan api

dan bahan mentah lain turut merupakan trend ekonomi utama yang mempengaruhi PKS

Malaysia pada tahun 2008. PKS yang berjaya meningkatkan produktiviti dan daya saing

serta membangunkan produk dan perkhidmatan baharu akan dapat menangani trend kenaikan

harga ini dengan lebih baik. Bagi mengekalkan pertumbuhan jangka masa pertengahan,

produktiviti PKS perlu dipertingkatkan, selain mereka perlu meningkatkan kedudukan dalam

rantaian nilai dengan menceburi bidang baharu yang mempunyai kelebihan berbanding serta

menggunakan saluran penyampaian yang baharu dan lebih cekap.

Kelembapan di AS, kenaikan harga bahan api dan pengukuhan permintaan pada peringkat

serantau adalah antara trend ekonomi utama yang muncul pada tahun 2008. Untuk

memastikan PKS berada pada kedudukan yang baik untuk menghadapi persekitaran

ekonomi yang berubah-ubah, baik di dalam mahupun di luar negara, pelbagai program akan

dilaksanakan untuk membantu PKS meningkatkan daya saing, berkembang ke pasaran

baharu, dan meningkatkan kualiti produk mereka.

B a b 2

BM Chapter 1-2 i-27.qxd:Inside Layout 2.qxd 7/20/08 4:32 PM Page 27