pjm3105 perkembangan dan pembelajaran motor (maklum balas)

7
PERKEMBANGAN & PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MOTOR PJM 3105 Maklumbalas. Proses maklumbalas. Dari beberapa kajian, didapati bahawa adalah munasabah untuk membandingkan organisma manusia dengan komputer. Ini adalah kerana kedua-duanya menjalankan fungsi menerima data atau maklumat dari sumber-sumber yang berlainan melalui perlbagai organ. Kemudian data-data itu akan direkod, disimpan dan diinterpretasikan. Data yang disimpan dan yang telah diinterpretasikan bersama data tambahan yang diterima akan digunakan untuk menggerak atau menyebabkan berlakunya tingkahlaku yang akan mempengaruhi dan memberi panduan kepada semua kegiatan organan. Data-data yang sedang dimasukkan akan menjalankan fungsi membuat pembetulan atau pengubahsuaian ke atas tingkahlaku dan pemikiran manusia. Proses menerima data, memuat interpretasi dan menyebabkan pengubahsuaian ke atas tingkahlaku ini dikenali sebagai maklumbalas atau feedback. Rajah 4.1 : putaran persepsi motor.

Upload: ebak

Post on 30-Jul-2015

353 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: PJM3105 Perkembangan dan Pembelajaran Motor (Maklum Balas)

PERKEMBANGAN & PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MOTOR PJM

3105

Maklumbalas.

Proses maklumbalas.

Dari beberapa kajian, didapati bahawa adalah munasabah untuk membandingkan

organisma manusia dengan komputer. Ini adalah kerana kedua-duanya menjalankan fungsi

menerima data atau maklumat dari sumber-sumber yang berlainan melalui perlbagai organ.

Kemudian data-data itu akan direkod, disimpan dan diinterpretasikan. Data yang disimpan

dan yang telah diinterpretasikan bersama data tambahan yang diterima akan digunakan

untuk menggerak atau menyebabkan berlakunya tingkahlaku yang akan mempengaruhi dan

memberi panduan kepada semua kegiatan organan. Data-data yang sedang dimasukkan

akan menjalankan fungsi membuat pembetulan atau pengubahsuaian ke atas tingkahlaku

dan pemikiran manusia. Proses menerima data, memuat interpretasi dan menyebabkan

pengubahsuaian ke atas tingkahlaku ini dikenali sebagai maklumbalas atau feedback.

Rajah 4.1 : putaran persepsi motor.

Page 2: PJM3105 Perkembangan dan Pembelajaran Motor (Maklum Balas)

PERKEMBANGAN & PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MOTOR PJM

3105

Dalam proses maklumbalas ini, sebarang pergerakan sukarela bermula dengan

persepsi di mana objek atau peristiwa dikaitkan dengan yang lepas dan direkodkan di dalam

otak. Apabila berbagai-bagai jenis pergerakan berlaku, kedua-dua tindakan pantulan dan

sukarela saraf dirangsang akan membesar, mengembang dan membuat perhubungan yang

baru. Apbila jalan baru itu ditamatkan maklumbalas bertambah dari organ penerima deria

(reseptor) kepada sistem saraf pusat. Ini akan mendorong kepada berbagai-bagai

pergerakan yang lebih rumit yang dapat merangsakan penerima deria dan sistem saraf.

Maklumbalas ini akan berlaku dan ia merupakan satu motivasi mendorong individu

melakukan proses persepsi selanjutnya seperti yang digambarkan pada rajah.

Mekanisma maklum balas ini adalah sesuai untuk menyempurnakan kemahiran

motor dalam pendidikan jasmani supaya seseorang itu dapat memperoleh maklumat teknik

kemahiran untuk melengkapkan tindakannya. Dengan kata lain , untuk memperoleh

kemahiran, seorang individu mesti berupaya membandingkan pendapaian atau

tingkahlakunya dengan satu matlamat yang khusus yang telah ditetapkan supaya dia dapat

memajukan dirinya dalam proses pencapaian matlamat itu.

Maklumbalas dapat dihasilkan dalamdua bentuk maklumat, iaitu satu dikenali

sebagai pengetahuan prestasi (KP) dan satu lagi sebagai pengetahuan keputusan (KR).

Mengikut Bourne, maklum balas merupakan sejenis isyarat yang menunjukkan

kebetulan,ketepatan dan kesesuaian sesuatu tindakan semasa dan selepas tindakan itu

berlaku. Ia cuba memberi petunjuk mengenai pencapaian sesuatu tindakan atau tingkah

laku yang telah berlaku. Contohnya, andaikan seseorang pemain tennis cuba membuat

servis. Setelah reketnya menyentuh bola pemain tersebut dengan serta merta menerima

maklumat dari pancaindera mata mengenai kebetulan dari tindakan pukulan servis itu (iaitu

sama ada bola itu terjatuh dalam gelanggang atau tidak), jenis maklumat ini dikenali sebagai

pengetahuan keputusan (KR). Disamping itu, jurulatih pemain tersebut mungkin sedang

memerhatikan latihan yang sedang dijalankan dan mungkin akan membekalkan maklumat

mengenai teknik-teknik yang betul untuk melakukan tindakan servis itu, jurulatih itu mungkin

akan menyatakan bahawa “anda telah membengkokkan tangan semasa memukul bola” ini

merupakan pengetahuan yang kritikal (KP) untuk tujuan memajukan kemahiran pemain-

pemain.

Page 3: PJM3105 Perkembangan dan Pembelajaran Motor (Maklum Balas)

PERKEMBANGAN & PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MOTOR PJM

3105

Apabila maklumat yang diterima timbul akibat daripada tindakan semula jadi

pergerakan ia dikenali sebagai maklumbalas intrinsik. Dalam contoh permainan tennis tadi

pemain tersebut menerima maklumat daripada pandangan mengenai kejayaan untuk

memperlakukan pergerakan servis. Ini adalah maklumbalas intrinsik tambahan lagi rasa

meregangkan otot dan semasa suara reket memukul bola semua ini juga merupakan

maklumbalas intrinsik. Maklumat yang diperolehi pada masa perlakuan itu dilakukan atau

bukan setelah perlakuan itu dikenali sebagai maklumbalas augmented. Contohnya apabila

jurulatih mengatakan bahawa “anda telah membengkokkan lengan semasa memukul bola”.

Ini merupakan maklumat dari sumber luar dan dikenali sebagai maklumbalas augmented.

Contoh lain termasuk maklumat yang diterima dari pemerhatian ke pita video yang

menunjukkan cara tindakan servis itu diperlukan atau pun menggunakan alat mekanikal

untuk mengukur kelajuan bola.

Satu cara lagi untuk mengkategorikan jenis maklumbalas ialah dengan merujuk

kepada cara bagaimana maklumat itu diterima. Jika maklumat diterima melalui penerima

kinestetik badan, jenis maklumabalas ini dirujuk sebagai maklum balas dalaman (internal).

Jika maklumbalas ini diterima melalui pancaindera luar seperti mata, telinga atau hidung,

jenis maklumbalas ini dirujuk sebagai maklumbalas luaran external. Contohnya, apabila

melakukan tindakan servis dalam permainan tennis atau pukulan golf pemain sedar akan

kelajuan reket atau club tanpa melihatnya. Ini merupakan kinestetik atau maklumbalas

dalaman. Sementara itu, kita menerima maklumbalas luaran mengenai pukulan golf dari

penglihatan kita sama ada bola itu dicengkuk, dihiris, atau pun tidak kena langsung.

Adalah sukar untuk memperolehi maklumbalas khasnya maklumbalas dalaman. Ini

adalah kebanyakkan aktiviti kelihatan kekok kepada ramai pemain yang pertama kali

bermain sesuatu permainan. Oleh itu, tidak sesuai kepada mereka bergantung kepada

maklumabalas yang berasaskan kepada rasa apabila membuat analisis mengenai sesuatu

kesalahan. Sebaliknya, adalah munasabah untuk pemain-pemain ini bergantung kepada

maklumbalas luaran hasil daripada penglihatan atau penilaian orang yang lebih

berpengalaman.

Page 4: PJM3105 Perkembangan dan Pembelajaran Motor (Maklum Balas)

PERKEMBANGAN & PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MOTOR PJM

3105

Maklumbalas yang diberi perlulah lebih khusus. Komen seperti “ ini adalah baik” tidak

sebenarnya membekalkan apa-apa penerangan yang berguna. Jika seseorang jurulatih

mengatakan bahawa “ kamu memukul bola terlalu kuat” akan menyedarkan pemain

berkenaan bahawa bola yang dipukul kuat itu akan terjatuh diluar gelanggang. Di samping

itu, maklumbalas yang dibekalkan haruslah kritikal, analitikal dan konstruktif itu boleh

digunakan sebagai perangsang untuk meneguhkan tingkahlaku positif dalam proses

pembelajaran.

Tidak dapat dinafikan bahawa maklumabalas adalah unsur yang sesuai untuk

memajukan kemahiran. Penangguhan dalam penyaluran maklumbalas akan menyebabkan

pemerolehan kemahiran. Apabila kita mengadakan latihan, kita biasanya melakukan

sesuatu kemahiran dengan menerima dan memproses maklumbalas yang diperolehi

dengan tujuan membetulkan kesalahan teknik kemahiran tadi. Jika kita tidak menerima

maklumbalas yang perlu dan sesuai apa kan berlaku kepada tindakan seterusnya? Ada

kemungkinan bahawa kita akan mengulangi keslaah teknik tadi. Hal ini akan

menjahanamkan proses pembelajaran dan pencapaian. Untuk mendapatkan kesan

pembelajran yang lebih efektif, adalah munasabah untuk membekalkan atau menyalurkan

maklumbalas denegan serta merta atau memberi penilaian secepat mungkin selepas

sesuatu permainan atau tindakan dilakukan.

Sejauhmana maklumbalas itu disalurkan adalah susah ditetapkan kerana terdapat

unsur-unsur yang rumit dalam proses pengajaran dan pembelajran. Tetapi secara amnyam,

seseorang guru pendidikan jasmani haruslah membekalkan maklumbalas yang cepat dan

spesifik. Dengaa kata lain, murid-murid pada mulanya harus diajar atau diberi pengalaman

pendidikan jasmani untuk memahami prinsi-prinsip supaya berdasarkan pengetahuan

keputusan dan pengetahuan prestasi, mereka dapat membuat pembetulan dan memajukan

kemahiran mereka berasaskan kepada maklumbalas-maklumbalas ini.

Page 5: PJM3105 Perkembangan dan Pembelajaran Motor (Maklum Balas)

PERKEMBANGAN & PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MOTOR PJM

3105

Aplikasi maklumbalas

Maklumbalas menyediakan maklumat, motivasi dan peneguahan dalam pembelajran

kemahiran motor. Telah dibuktikan bahawa maklumbalas atau mengetahui tentang

keputusan kepadatan penerimaan kebetulan atau ketepatan pelaksanaan positif kemahiran

motor akan memudahkan latihan, pembelajaran dan perlakuan kemahiran. Pembelajaran

kemahiran motor memerlukan pendirian atau siri tingkahlaku yang berturut-turut. Setiap

percubaan latihan baru biasanya dilakukan dalam konteks pengalaman lalu.

Maklumbalas merupakan maklumat yang murid perolehi daripada perlakuan

kemahiran motor yang kemudiannya membolehkan murid mendapat hasil daripada setiap

pengalaman berlatih. Dengan itu, maklumblas adalah komponen yang perlu dan mesti

dalam pembelajaran dan perlakuan kemahiran motor khasnya dalam pringkat awal

pembelajaran. Tambahan pula, kualiti, persediaan dan keberkesanan penggunaan

maklumbalas secara langsung akan mempengaruhi potensi untuk perlakuan kemahiran

motor yang optimum.

Sumber yang paling penting dalam pemberian maklumat ini adalah guru, jurulatih

atau ornag yang bertanggung jawab untuk membina dan memudahkan keadaan

persekitaran pembelajaran. Oleh itu, guru perlulah memastikan bahawa persekitaran

pembelajaran khasnya kemudahan, kelengkapan atau pun tempat permainan dapat

menyediakan maklumat-maklumat maklumbalas kepada murid-murid semasa latihan

kemahiran motor.

Menurut herknowitz kita amat jarang menyerbu ke tempat permainan dengan idea-

idea yang memimpin kanak-kanak atau murid-murid memberi maklumbalas yang dapat

menambah kemahiran mereka. Begitu juga kuasa agen-agen bukan lisan yang dapat

digabungkan dengan penggunaan alat-alat termasuk tempat permainan juga tidak dipelajari.

Adalah wajar lampu, perakam waktu, hon, loceng, pewarna dan pergerakan akan

menyediakan kuasa peneguhan yang berpotensi untuk perlakuan yang diingini.

Page 6: PJM3105 Perkembangan dan Pembelajaran Motor (Maklum Balas)

PERKEMBANGAN & PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MOTOR PJM

3105

Idea seterusnya adalah untuk „sasaran buangan‟ yang merupakan contoh seseorang

guru membuat peruntukan dalam persekitaran latihan supaya murid-murid menerima

maklumat perlakuan mereka dalam kemahiran mereka. Tambahan pula, dalam

membekalkan maklumat maklumbalas idea dua sasaran itu menyediakan murid dengan

motivasi ekstrinsik, di mana ia akan merangsang keinginan murid untuk meneruskan latihan.

Selalunya garis panduan am ini diketepikan atau dikecualikan, akibatnya nilai masa latihan

itu dibazirkan sahaja. Guru memainkan peranan penting memudahkan pelaksanaan dan

pembelajaran kemahiran motor. Oleh yang demikian, guru patut la membuat perancangan

sebelum pengajaran supaya dapat menjamin sesi latihan yang bermakna melalui

peruntukan untuk tujuan kemajuan atau perkembangan dan maklumbalas.

Murid yang memberi maklumbalas pertamanya, mendirikan satu titik tujuan utnuk

perlakuan yang betul supaya setiap perlakuan itu boleh dibanding dengan corak yang

diingini. Biasanya ini dilakukan melalui demonstrasi gambar, tayangan gambar, gulungan

filem dan sebagainya. Hari ini merupakan perakam video dapat digunkan untuk

menayangkan gerakan pendidikan jasmani dan ianya menyediakan satu sumber yang cepat

lagi baik untuk mempercepatkan kesan maklumbalas dna penilaian diri.

Page 7: PJM3105 Perkembangan dan Pembelajaran Motor (Maklum Balas)

PERKEMBANGAN & PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MOTOR PJM

3105

Kepentingan maklumbalas

Kemajuan seseorang murid adalah disebabkan oleh ujian dan galakkan daripada

pihak-pihak lain seperti guru dan ibu bapa. Pendekatan positif seperti ini lebih bermakna

kepada mereka dibanding dengan komen yang negatif. Maklumbalas begini juga akan

meningkatkan keyakinan diri kepada murid yang berkenaan atau sekurang-kurangnya

memberikan kekuatan kepadanya untuk menghadapi kehidupannya.

Galakkan boleh menolong murid mencapai kemajuan asalkan galakkan itu tidak

disalah tafsirkan. Galakkan juga dapat menolong mengatasi kebimbangan terhadap

kegagalan. Pujian yang diberi mestilah ikhlas dan bukan sekadar meluah pujian.

Maklumbalas dalam bentuk perlakuan murid dalam aktiviti-aktivitinya juga

merupakan nilai yang penting. Selepas sesuatu tempoh latihan kemahiran, guru boleh

memberikan kritik-kritik kepada murid dan membincangkan titik tekanan yang harus diberi

atas kemahiran. Ini boleh berdasarkan soalan seperti “ apakah perkara-perkara penting

yang perlu kita ingat untuk mencapai kemahiran ini?”

Ujian pencapaian dapat mengukur kemajuan murid khasnya bagi mereka dalam

tingkatan atasan. Ujian diri akan diberikan murid satu maklumbalas mengenai dirinya tanpa

perbandingan dengan rakan-rakan yang lain. Ujian yang disediakan oleh guru, hendaklah

bertujuan menghasilkan sesuatu yang positif daripada murid selain daripada sebagai

memenuhi proses pengajar pembelajar.

Pengetahuan tentang kejayaan merupakan motivasi untuk mencapai tujuan

pengetahuan dalam tujuan yang diingini itu tidak dicapai jika tanpa penyusunan semula

usaha-usaha pembelajaran. Prinsip-prinsip maklumbalas yang serta merta ini memberitahu

murid bahawa dia telah mencapai tujuannya. Oleh itu, mutid dikatakan telah berjaya

mengikuti ujian yang telah diberikan oleh guru.