pjk thn 6 pkbs 2

14
Arahan: Kertas ini mengandungi 4 bahagian, iaitu Bahagian A, Bahagian B, Bahagian C dan Bahagian D. Jawab keempat-empat bahagian berkenaan. BAHAGIAN A Bahagian ini mengandungi 25 soalan dengan empat pilihan jawapan, iaitu A, B, C dan D. Bulatkan jawapan yang paling tepat. 1. Berperahu dan berakit adalah contoh aktiviti rekreasi di…. A darat B udara C air D padang 2. Semasa melakukan aktiviti rekreasi pakai pakaian yang nipis dan ….. A ringan B tebal C kemas D bersih Nama: ___________________________________ Tahun:_________________ SEKOLAH KEBANGSAAN LAHAR KEPAR 13200 KEPALA BATAS PKBS 2 2015 PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN TAHUN 6 MASA: 1 JAM

Upload: fauziah-abdul-rahman

Post on 09-Apr-2016

244 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

pkbs 2

TRANSCRIPT

Page 1: pjk thn 6 pkbs 2

Arahan: Kertas ini mengandungi 4 bahagian, iaitu Bahagian A, Bahagian B, Bahagian C

dan Bahagian D. Jawab keempat-empat bahagian berkenaan.

BAHAGIAN A

Bahagian ini mengandungi 25 soalan dengan empat pilihan jawapan, iaitu A, B, C dan D. Bulatkan jawapan yang paling tepat.

1. Berperahu dan berakit adalah contoh aktiviti rekreasi di….

A daratB udaraC air D padang

2. Semasa melakukan aktiviti rekreasi pakai pakaian yang nipis dan …..

A ringan B tebalC kemasD bersih

3. Jaket keselamatan digunakan semasa melakukan aktiviti …..

A berkayak B berbasikalC berjoggingD berlari

Nama: ___________________________________ Tahun:_________________

SEKOLAH KEBANGSAAN LAHAR KEPAR 13200 KEPALA BATAS

PKBS 2 2015

PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN

TAHUN 6

MASA: 1 JAM

Page 2: pjk thn 6 pkbs 2

4. Berikut adalah tempat yang sesuai untuk melakukan aktiviti rekreasi kecuali ….

A hutanB sungaiC lautD lombong

5. Apakah yang akan berlaku sekiranya tidak mematuhi papan tanda amaran dan peraturan ?

A kemalanganB kematianC tindakan undang-undangD Semua di atas

6. Berikut adalah langkah-langkah keselamatan yang perlu dipatuhi bagi melakukan aktiviti di dalam hutan kecuali ……

A memaklumkan kepada pegawai perhutanan yang bertugasB diiringi oleh orang yang dewasaC membawa kelengkapan dan peti pertolongan cemas yang lengkap D memusnahkan dan merosakkan flora dan fauna yang terdapat di dalam hutan

7. Berikut adalah zat makanan yang perlu diambil oleh seseorang atlet kecuali ….

A proteinB mineralC kolesterol D karbohidrat

8. Apakah yang dimaksudkan dengan ketangkasan?

A Berlari semua posisi .B Bergerak dengan pantas.C Berlari sambil melompat.D Bergerak dengan pantas bertukar arah atau posisi

Page 3: pjk thn 6 pkbs 2

9. Apakah faktor-faktor yang mempengaruhi ketangkasan seseorang individu ?

i. umur ii. saiz badan iii. pemakanan iv tahap kematangan

A ii, dan ivB i dan ivC ii, iii dan iv D i,ii, iii dan iv

10. Namakan anggota-anggota badan yang terlibat semasa melakukan aktiviti menyangga bola dalam permainan bola tampar?

i kaki ii tangan iii kepalaiv lutut

A i,ii dan iiiB i,ii dan ivC ii dan iii D ii,iii dan iv

11. Kita perlu melakukan aktiviti memanas dan menyejukkan badan sebelum dan selepas melakukan aktiviti kerana …..

A memberikan keselesaanB mengelakkan kecederaan C membuatkan minda lebih cergas D membantu menurunkan kolestrol

12. Kepantasan larian seseorang atlet boleh diukur melalui acara larian pecut ________

A 100 meter B 200 meter C 400 meter D 800 meter

Page 4: pjk thn 6 pkbs 2

13. Seseorang yang cergas bergantung kepada kecergasan fizikal. Berapa kerapkah senaman yang perlu dilakukan dalam seminggu?

A 2 kaliB 3 kali C 4 kaliD 5 kali

14. Kemahiran yang digunakan dalam permainan sepak takraw adalah seperti berikut kecuali …..

A merejamB menghadangC memegang D mengumpan

15. Berikut adalah kedudukan pemain dalam permainan sepak takraw. Namakan posisi X pada gambarajah di atas ?

A Apit kiriB Apit kananC Tekong D Penjaga garisan

Page 5: pjk thn 6 pkbs 2

16. Apakah kesan rasuah dalam sukan ?

i. Moral pasukan akan jatuhii. Maruah pasukan akan jatuh.iii. Orang ramai tidak mempercayai kewibawaan pemain.iv. Masyarakat menyanjung orang yang terlibat dengan rasuah.

A i dan iiB ii dan ivC i, ii dan iii D ii. iii dan iv

17. Pernyataan di atas adalah merujuk kepada tugas-tugas seorang ________.

A PengerusiB Bendahari C SetiausahaD Naib Pengerusi

18. Minuman yang mengandungi etanol seperti bir, wain dan samsu adalah sebahagian daripada minuman …….

A bergasB isotonikC beralkohol D berkarbonat

19. Keracunan makanan disebabkan oleh ………………………..

i makanan tercemar ii makanan yang luput tarikhiii makanan bertin yang kemekiv makanan yang tiada nama pengeluar

A i dan iiB ii, iii, dan iv C i, ii, dan iii D iii dan iv

Menyimpan wang persatuan Mengeluarkan wang untuk pertandingan Menyenaraikan anggaran perbelanjaan

Page 6: pjk thn 6 pkbs 2

20. Pertolongan cemas bermaksud……

A Membawa mangsa ke hospital.B Menelefon doktor.C Mendapatkan bantuan.D Memberi pertotongan awal kepada mangsa

21. Peti pertolongan cemas perlu diletakkan di tempat ……..

A tinggi.B sejuk dan nyaman.C yang senang diambil dan mudah dilihat.D makmal sains

22. Susunkan cara-cara merawat kecederaan ringan mengikut susunan yang betul

i cuci luka atau calar-calar dengan air yang bersihii balut atau tutup luka dengan menggunakan plaster berubatiii gunakan antiseptik untuk mencegah pembiakan bakteriaiv sapukan ubat luka dengan kain kasa

A i, ii, iii dan ivB i, iii, iv dan ii C iv, i, iii dan iiD ii, iii, i dan iv

23. Cadangkan cara-cara menghapuskan dan mencegah denggi.

i Membersihkan saluran longkang tersumbatii Berekreasi pada waktu senja dan puncakiii Membiarkan air bertakungiv Menanam tin kosong

A i dan iiB ii dan ivC i dan iv D ii dan iii

Page 7: pjk thn 6 pkbs 2

24. AIDS boleh berjangkit melalui beberapa cara kecuali....

A Seks rambangB Pemindahan darahC Ibu yang di jangkiti kepada anakD Bersentuhan

25. Berikut adalah tanda-tanda demam malaria kecuali....

A Makan dengan banyak B Sakit pada bahagian sendi-sendiC Hilang cecair badanD Demam kuat yang berulang-ulang

(50 MARKAH)

Page 8: pjk thn 6 pkbs 2

Nama: ________________________________ Kelas : _____________________

BAHAGIAN B

Bahagian ini mengandungi 10 soalan. Tandakan (√) bagi pernyataan yang betul dan (X) bagi pernyataan yang tidak benar.

NO SOALAN JAWAPAN

1 Ketinggian merupakan salah satu faktor yang mempengaruhi kekuatan seseorang.

2 Keupayaan meregang otot serta kebebasan sendi bergerak dikenali sebagai kelenturan.

3 Kemahiran asas memegang peluru ialah memegangnya di bahagian tengah dan menggunakan tiga jari.

4 Gimnastik artistik ialah pergerakan yang serentak dengan ritma.

5 Dalam permainan bola tampar, pihak yang menerima servis boleh memainkan bola sebanyak 3 kali termasuk hantaran ke gelanggang lawan.

6 Sebuah pondok telefon telah rosak disebabkan tindakan tidak bertanggungjawab seorang remaja. Tindakan remaja ini dikenali sebagai vandelisme.

7 Kementerian Hal Ehwal Pengguna merupakan pihak yang bertanggungjawab membuat pengesahan halal bagi sesuatu produk makanan.

8 Perubahan diri seperti kedatangan haid akan berlaku bagi kanak-kanak lelaki yang memasuki alam keremajaan.

9 Hormon hidrogen merupakan salah satu daripada hormon yang terdapat di dalam badan manusia.

10 Dalam permainan bola keranjang, dua mata akan diberi kepada pemain yang dapat melakukan jaringan dalam kawasan separuh bulatan.

(10 MARKAH)

Page 9: pjk thn 6 pkbs 2

BAHAGIAN C

Bahagian ini mengandungi 10 soalan. Berpandukan pilihan jawapan yang diberi, isikan tempat-tempat kosong dengan jawapan yang betul.

1. Sebagai seorang pelari jarak jauh, aktiviti ............................................ akan meningkatkan daya tahan kardiovaskular.

2. ............................................... merupakan sukan yang memerlukan komponen kekuatan.

3. Salah satu daripada komposisi tubuh badan dikenali sebagai .................................................... .

4. Aktiviti ...................................................... dapat meningkatkan tahap kelenturan seseorang.

5. Dalam permainan sepak takraw, sepak mula dimulakan dengan ..................................................melontar bola kepada tekong.

6. Penggunaan barangan makanan yang sudah luput tarikhnya akan memudaratkan

tahap ................................................. seseorang.

7. Salah satu daripada tanda-tanda awal penyakit demam denggi ialah ........................................ .

8. Rendam bahagian yang cedera di dalam air sejuk merujuk kepada rawatan awal

bagi ................................................................... .

Page 10: pjk thn 6 pkbs 2

9. ................................................ merupakan salah satu bahan yang terdapat di dalam peti pertolongan cemas.

10. ................................................ merupakan salah satu daripada tanda-tanda penyakit AIDS.

(20 MARKAH)

BAHAGIAN D

Bahagian ini mengandungi 10 soalan. Berdasarkan pilihan yang diberi, gariskan jawapan yang paling tepat.

1. (Mineral, Antiseptik) merupakan salah satu daripada zat makanan yang perlu diambil oleh seseorang atlet.

2. (Berjalan, Lompat kuadran) merupakan sejenis aktiviti ketangkasan yang sesuai diamalkan oleh seseorang atlet.

3. Dalam permainan bola tampar (kaki, tangan) merupakan anggota yang paling banyak terlibat semasa latihan menyangga bola.

4. Kebolehan melakukan sesuatu pergerakan yang pantas dengan daya maksimum dalam masa yang singkat dikenali sebagai (kuasa, kekuatan).

5. (Ice, Heroin) adalah nama lain bagi dadah jenis Syabu.

6. Salah satu cara AIDS boleh merebak dan berjangkit ialah melalui (sentuhan, pemindahan darah).

7. Seseorang perlu mendapatkan pemeriksaan kesihatan daripada doktor sekurang-kurangnya (2 kali setahun, 2 kali sebulan).

8. (Gunting, Pisau) merupakan salah satu alat yang terdapat di dalam peti pertolongan cemas.

Page 11: pjk thn 6 pkbs 2

9. Dalam ujian kecergasan, (jantung, otot) adalah komponen yang diuji dalam ujian kecergasan.

10. (Riben, Palang sejajar) digunakan sepenuhnya di dalam gimnastik irama.

(20 MARKAH)

SOALAN TAMAT

Disediakan oleh, Disemak oleh, Disah oleh,

FAUZIAH BT ABDUL RAHMAN

Guru PJK Tahun 6 EN. ZULKIFLI B. BAKARKP PJK