pipk

9
1.0 Pengenalan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) merupakan satu laporan awal yang dilancarkan oleh Perdana Menteri Malaysia pada 11 September 2012. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia juga merupakan salah satu untuk berada dalam kalangan negara sepertiga teratas system pendidikan terbaik di dunia. Terdapat sebelas anjakan yang dikenalpasti untuk memajukan sistem pendidikan negara. Antara sebelas anjakan yang ada pada PPPM, anjakan keempat iaitu transformasi keguruan sebagai profesion pilihan yang harus difahami dan dipatuhi oleh semua warga guru di seluruh Malaysia supaya dapat melahirkan para pendidik yang berkualiti dan berwawasan, Dengan ini, modal insan yang cemerlang mampu dilahirkan dan status pendidikan negara Malaysia juga boleh ditingkatkan di persada dunia. 2.0 Anjakan Keempat: Transformasi keguruan sebagai profesion pilihan Anjakan keempat diperlukan kerana guru merupakan faktor berasakan sekolah yang paling signifikan dalam menentukan keberhasilan murid. Pada zaman teknologi yag canggih ini, mata pelajaran yang disampaikan oleh kebanyakan guru lebih memfokus kepada pemahaman kandungan yang tidak mendalam. Mereka tidak memberi tumpuan kepada kemahiran berfikir aras tinggi. Pada akhirnya, para murid tidak dapat memajukan diri sendiri dengan ilmu yang sepatutnya ada. Para murid akan menjadi semakin malas berfikir kerana tiada mengalami sebarang cabaran dalam proses pembelajaran. Sudah terang lagi bersuluh, peranan guru adalah 1

Upload: michael-l-king

Post on 17-Nov-2015

26 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

sharing

TRANSCRIPT

1.0 PengenalanPelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) merupakan satu laporan awal yang dilancarkan oleh Perdana Menteri Malaysia pada 11 September 2012. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia juga merupakan salah satu untuk berada dalam kalangan negara sepertiga teratas system pendidikan terbaik di dunia. Terdapat sebelas anjakan yang dikenalpasti untuk memajukan sistem pendidikan negara. Antara sebelas anjakan yang ada pada PPPM, anjakan keempat iaitu transformasi keguruan sebagai profesion pilihan yang harus difahami dan dipatuhi oleh semua warga guru di seluruh Malaysia supaya dapat melahirkan para pendidik yang berkualiti dan berwawasan, Dengan ini, modal insan yang cemerlang mampu dilahirkan dan status pendidikan negara Malaysia juga boleh ditingkatkan di persada dunia.2.0 Anjakan Keempat: Transformasi keguruan sebagai profesion pilihan Anjakan keempat diperlukan kerana guru merupakan faktor berasakan sekolah yang paling signifikan dalam menentukan keberhasilan murid. Pada zaman teknologi yag canggih ini, mata pelajaran yang disampaikan oleh kebanyakan guru lebih memfokus kepada pemahaman kandungan yang tidak mendalam. Mereka tidak memberi tumpuan kepada kemahiran berfikir aras tinggi. Pada akhirnya, para murid tidak dapat memajukan diri sendiri dengan ilmu yang sepatutnya ada. Para murid akan menjadi semakin malas berfikir kerana tiada mengalami sebarang cabaran dalam proses pembelajaran. Sudah terang lagi bersuluh, peranan guru adalah mendidik para murid di sekolah agar murid-murid boleh mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik dan bidang sukan. Justeru, memang tidak dapat dinafikan bahawa golongan guru merupakan barisan hadapan yang sangat penting dalam usaha menyediakan rakyat yang berpendidikan dan berakhlak mulia yang mampu menerajui tampuk kepimpinan negara ke arah kemajuan. Dengan adanya pengorbanan guru dalam bidang pendidikan, maka para murid dapat menimba pelbagai ilmu pengetahuan dan kemahiran serta teknik yang baru daripada para guru. Seterusnya generasi inilah yang bakalmemacu pembangunan negaraagar negara berada pada landasan yang tepat dan dapat duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan negara-negara lain yang maju. Pendek kata, peranan guru amatlah penting dalam bidang pendidikan di sesebuah negara. Transformasi keguruan sebagai profesion pilihan dapat direalisasikan menerusi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia melalui langkah-langkah berikut.3.0 Usaha-usaha Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia3.1 Syarat kelayakan kemasukan guru mulai tahun 2013 diperketatkanDalam PPPM, kerajaan telah mengetatkan syarat kelayakan kemasukan guru mulai tahun 2013 dengan tujuan hanya memilih guru-guru pelatih yang berkemampuan dan terbaik sahaja. Hal ini bermakna Kementerian akan meninggikan syarat kelayakan kemasukan ke profesion keguruan agar memastikan semua guru yang mengikuti setiap kursus dan latihan perguruan telah memenuhi syarat minimum kelayakan akademik.. Hanya seseorang itu yang memenuhi syarat kelayakan kemasukan guru boleh dipilih untuk berlatih di IPG. Kementerian ingin melahirkan guru-guru yang betul-betul berkualiti di negara ini supaya generasi baru dapat menikmati sistem pendidikan yang sempurna pada masa akan datang. Standard yang sama digunakan dalam program latihan perguruan akan dipastikan oleh kementerian di institutsi pengajian tinggi awam dan swasta. Kementerian juga akan memastikan kualiti kurikulum dan pensyarah ditingkatkan bagi memenuhi hasrat melahirkan guru yang berkualiti. Keperluan kelulusan yang lebih ketat akan diperkenalkan oleh kementerian agar hanya pelatih yang terbaik dan cemerlang akan lulus dan akan dijamin penempatan di sekolah awam. Dengan usaha ini, pelbagai guru yang cemerlang dan berkualiti dapat dilahirkan di negara Malaysia dan dapat meningkatkan prestasi sesebuah sekolah.Di samping itu, guru-guru yang berkualiti dan berwawasan dapat menjadi role model kepada murid-murid di sekolah. Segala perkara atau sikap yang ditonjolkan oleh guru akan diikut jejak oleh para murid. Oleh itu, para guru harus menunjukkan sikap yang positif supaya boleh menjadi contoh yang bagus kepada para murid serta melahirkan murid yang cemerlang. Melalui usaha tersebut, guru-guru yang berkualiti mampu dilahirkandan dapat memberi didikan yang sempurna kepada anak murid serta meningkatkan imej negara Malaysia dengan kemajuan sistem pendidikan. Guru pelatih yang terpilih boleh lebih menghargai peluang untuk memasuki ke IPG kerana peluang ini menjadi semakin kecil dari tahun ke tahun. Oleh itu, mereka boleh meningkatkan sikap tanggungjawab mereka terhadap anak murid dan boleh menjalankan tugas mereka dengan penuh dedikasi.3.2 Institut Pendidikan Guru dirombakkanSelain itu, kerajaan juga akan merombak Institut Pendidikan Guru supaya dapat mengubah IPG kepada universiti latihan guru pada tahun 2020. Kemudahan-kemudahan yang ada pada setiap IPG akan dinaiktarafkan supaya mampu setanding dengan kemudahan yang ada pada universiti swasta. Akses kepada sumber pengetahuan juga akan ditingkatkan oleh kementerian dengan menambah bilangan koleksi buku, kertas penyelidikan dan sumber dalam talian. Dengan ini, para murid boleh mendapat ilmu pengetahuan yang ekstra dan boleh menikmati infrastruktur yang sempurna dan canggih ini di persekitaran IPG. Pada hal yang sama, kerajaan ingin memastikan guru pelatih boleh berfikir aras tinggi agar menjadi satu cabaran untuk melangkah ke tahap kecemerlangan. Dengan ini, para murid mampu menguasai kemahiran atau membuat analisis yang tepat untuk menyelesaikan sesuatu masalah yang timbul. Selain itu, kualiti pensyarah juga akan ditingkatkan dengan mengutamakan pemegang ijazah Sarjana atau Doktor Falsafah. Program induksi akan dilancarkan bagi meningkatkan kemahiran pensyarah baharu dan sedia ada. Latihan dan bimbingan dalam perkhidmatan seperti program SISC+ harus diberi oleh pensyarah IPG untuk para guru. Pemimpin yang berkualiti amat penting bagi sesebuah IPG. Ketrampilan sebagai pemimpin instruksional dan pemimpin organisasi akan dipertingkatkan agar dapat menjadi pakar rujuk dan peneraju perubahan kepada para pensyarah dan guru. Oleh hal demikian, kerajaan pula akan meningkatkan kualiti kepimpinan IPG.Memang tidak dapat dinafikan bahawa, kerajaan juga memastikan setiap guru bersedia untuk mengajar dengan menambah peratusan pratikum ke 40%. Pelbagai tahap pengalaman boleh dialami oleh seorang guru. Keyakinan seseorang guru juga boleh ditingkatkan serta mampu mendidik anak murid dengan jelas dan tepat. Dengan usaha ini, status IPG mampu duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan universiti tempatan.3.3 Peningkatan kualiti program Pembangunan Profesional Berterusan ( CPD)Di samping itu, kerajaan meningkatkan kualiti program Pembangunan Profesional Berterusan (CPD) mulai tahun 2013. CPD merupakan satu kaedah yang sistematik untuk pengekalan, peningkatan dan pengembangan ilmu pengetahuan dan kemahiran individu yang amat diperlukan bagi setiap guru di sekolah dalam menjalankan kerja-kerja harian mereka. Matlamat utama CPD kepada para guru adalah untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran guru dengan ilmu dan informasi terkini dalam bidang masing-masing di samping untuk mengekalkan ilmu pengetahuan yang sedia ada. Dengan ini, kemahiran dan ilmu pengetahuan guru dapat ditingkatkan selari dengan kehendak semasa yang juga dikenali sebagai up-to-date knowledge. Dengan adanya kemahiran dan pengetahuan yang luas, maka para guru dapat memberi didikan yang lebih berefektif kepada anak murid mereka agar dapat melahirkan insan yang berilmu.Program CPD juga lebih memberi tumpuan ke atas individu dan latihan berasaskan sekolah. Program CPD termasuk latihan komponen teras dan komponen elektif akan dijalankan di peringkat sekolah kerana latihan berasaskan sekolah terbukti sangat berkesan. Guru boleh terus meningkatkan tahap kemahiran mereka selaras dengan tahap kecekapan yang jangkakan daripada seseorang guru dengan melalui latihan tersebut. Apabila memulakan profesion, guru akan mendapat latihan CPD individu daripada penyelia mereka. Program ini juga menggunakan jaringan rakan sejawat termasuk pembimbing guru, guru kanan dan pengetua atau guru besar bagi menyebar luas amalan baik. Melalui program CPD, guru akan menerima lebih sokongan untuk membantu murid-murid mencapai potensi penuh. Guru-guru akan memperoleh peluang pembangunan kerjaya yang menarik merentas beberapa laluan kerjaya, dengan kemajuan berasaskan kompetensi, dan bukan bergantung kepada tempoh perkhidmatan. Program CPD ini boleh membantu guru-guru dalam pembangunan diri masing-masing dengan mengikut keperluan diri. Pendek kata, guru-guru boleh sentiasa bersedia member ilmu pengetahuan yang terkini kepada anak murid semasa proses pembelajaran dijalankan di sekolah.3.4 Pelaksanaan laluan kerjaya guru berasaskan kompetensi dan prestasi menjelang 2016Dalam usaha ini, guru besar akan memberi penilaian secara tahunan kepada guru dengan menggunakan input yang mungkin diberikan oleh rakan sejawat. Instrumen penilaian baharu akan digunakan menjadi penilaian iaitu dengan memberi tumpuan kepada kemampuan guru menyampaikan pengajaran secara berefektif di persekitaran sekolah. Instrumen baharu ini boleh dijadikan satu panduan yang memberikan gambaran yang lebih jelas bahawa tugas utama guru adalah membantu pembelajaran murid di sekolah. Dengan ini, guru boleh menjalankan tugas dan peranan mereka dengan penuh dedikasi semasa menyampaikan pengajaran kepada anak murid. Mereka akan memenuhi diri dengan ilmu pengetahuan yang ekstra dan terkini bagi memberi didikan yang sempurna kepada murid-murid.Di samping itu, pangkat akan dinaikkan dari DG41 ke DG54 kepada para guru dalam tempoh yang lebih singkat iaitu kurang daripada 25 tahun,yang juga merupakan purata tempoh kenaikan pangkat semasa. Bimbingan tambahan akan diberi kepada guru yang menghadapi kesukaran dalam mencapai tahap kualiti minimum supaya membantu mereka sentiasa berada pada landasan yang betul. Bagi guru yang gagal mencapai tahap kualiti minimun, mereka akan ditugaskan semula untuk menjalankan fungsi berasaskan sekolah yang lain walaupun bimbingan tambahan sudah diberikan. Dengan cara ini, kualiti guru dapat ditingkatkan kerana para guru akan berlumba untuk menjadi guru cemerlang. Guru berprestasi tinggi dan cenerlang mempunyai peluang untuk menikamati kemajuan kerjaya yang lebih pantas. Dari semasa ke semasa, Kementerian akan mengurangkan saiz kohort guru secara berperingkat dengan penambahbaikan produktiviti dan penggunaan masa guru. Oleh itu, bilangan guru cemerlang boleh ditambah dari ke setahun ke setahun dan sistem pendidikan di negara ini boleh menjadi lebih maju.4.0 RumusanGuru merupakan insan yang banyak berjasa dalam mendidik murid-murid menjadi insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Murid-murid tidak akan berjaya dalam bidang akademik tanpa bantuan dan bimbingan guru. Pada zaman kini, pendidikan dipandang berat oleh masyarakat. Guru sebagai seorang pemimpin bagi seseorang murid. Mereka harus memimpin para murid supaya sentiasa berada di landasan yang betul. Murid-murid diibaratkan sebagai sehelai kain yang putih dan guru-guru yang akan mencorakkannya. Murid-murid akan mudah terpengaruh oleh sikap-sikap yang negatif jika guru tidak memberi didikan yang sempurna. Perwatakan guru amat penting dalam kehidupan murid. Jadi, anjakan keempat ini harus difahami dengan jelas oleh semua warga guru di seluruh Malaysia dan dapat direalisasikan menerusi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM). Bak kata pepatah, di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Guru-guru harus malaksanakan tugas mereka dengan penuh komitmen agar bidang pendidikan negara Malaysia mampu duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan negara lain. 5.0 RujukanEe, A. M. (1989).Pendidikan di Malaysia: Untuk guru pelatih. Petaling Jaya: Fajar Bakti.Hajjah Zainab Binti Othman. (2008). Sistem Pembangunan Profesional Berterusan. [Online], [Diakses : 25 Februari 2014]. Boleh didapati : http://bsm.upsi.edu.my/download/cpd/brosur%20CPD1.pdf.Kartini, B. (2010).Kelestarian kualiti guru: Satu model kontinuum pembangunan guru. (JURNAL PENYELIDIKAN PENDIDIKAN GURU, 247-257.)Kementerian Pelajaran Malaysia (2012). Anjakan 4: Mentransformasi Profesion Keguruan Menjadi Profesion Pilihan. Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025, 25-26Mohd Azrone Sarabatin (2012, May 15). Hampir 100 peratus guru pelatih penuhi syarat kursus. Berita Harian Online. Retrieved May 15, 2012, from http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Hampir100peratusgurupelatihpenuhisyaratkursus/Article/Mohd, S. H. (2002).Cabaran profesion guru dalam era globalisasi. (Massa.)Noraziah, A. G. (2004).Profesion guru dalam sistem pendidikan di Malaysia. (PELITA BAHASA, 12-14.)Prosiding Konvensyen Kebangsaan Pendidikan Guru. (2011).Transformasi profesionalisme keguruan menjana kualiti guru, 30 Oktober - 2 November 2011. Alor Gajah: Kementerian Pelajaran Malaysia.Salleh, A. R., Abdul, R. M., & Aminah, A. (2003).Guru pelatih dan keperluan pengajaran. Pulau Pinang: Pust Pengajian Ilmu Pendidikan, Universiti Sains Malaysia.Zanariah Abd Mutalib (2013, June 27). Strategi lahir pelajar berkualiti. Berita Harian Online.Retrieved June 27, 2013, from http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Strategilahirpelajarberkualiti/Article/

1