pintar - myrepositori.pnm.gov.my · faedah-faedah program sl1m kepada graduan › graduan mendapat...

28

Upload: others

Post on 18-Oct-2020

44 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PINTAR - myrepositori.pnm.gov.my · FAEDAH-FAEDAH PROGRAM SL1M KEPADA GRADUAN › Graduan mendapat pendedahan dan pengalaman kerja di syarikat-syarikat yang terdiri daripada pelbagai
Page 2: PINTAR - myrepositori.pnm.gov.my · FAEDAH-FAEDAH PROGRAM SL1M KEPADA GRADUAN › Graduan mendapat pendedahan dan pengalaman kerja di syarikat-syarikat yang terdiri daripada pelbagai

Editor:

Pathma SelvarajuBahagian Penerbitan Dasar Negara

“Kita berdiri di atas bahu patriot negara, bahu gergasi bapa pengasas Malaysia.

Kita berhadapan dengan amanah dan cabaran bagaimana membina di atas kejayaan

sedia ada di samping meneruskan proses perubahan dan pembaharuan nasional.”

Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul RazakPerdana Menteri Malaysia

Perkhidmatan

PINTAR

Page 3: PINTAR - myrepositori.pnm.gov.my · FAEDAH-FAEDAH PROGRAM SL1M KEPADA GRADUAN › Graduan mendapat pendedahan dan pengalaman kerja di syarikat-syarikat yang terdiri daripada pelbagai

PendahuluanIsi KandunganPerkhidmatan awam adalah antara komponen paling penting dalam pentadbiran sesebuah kerajaan. Kecekapan dan kewibawaan sektor awam juga menjadi ukuran bagi kecekapan sesebuah kerajaan dalam melaksanakan tanggungjawab terhadap rakyat.

Sejajar dengan itu, pelbagai perkhidmatan pintar diwujudkan dalam perkhidmatan awam bagi memudahkan urusan dan merancakkan aktiviti inovasi negara. Antara yang diwujudkan termasuk Pusat Panggilan 1Malaysia (1MOCC), Skim Latihan 1Malaysia (SL1M), Talent Corporation Berhad dan Yayasan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Semua usaha ini merupakan antara program transformasi yang dilaksanakan demi memberi kesejahteraan hidup rakyat dan merealisasikan hasrat negara untuk mencapai taraf negara maju pada 2020.

2 3

1MOCC

TALENT CORPORATION

BERHAD

SL1M

‹ 12 – 26 ›

‹ 39 – 52 ›

‹ 4 – 11 ›

‹ 27 – 38 ›

YAYASAN 1MDB

Pusat Panggilan 1Malaysia

Program Skim Latihan 1Malaysia

Page 4: PINTAR - myrepositori.pnm.gov.my · FAEDAH-FAEDAH PROGRAM SL1M KEPADA GRADUAN › Graduan mendapat pendedahan dan pengalaman kerja di syarikat-syarikat yang terdiri daripada pelbagai

PUSAT PANGGILAN 1MALAYSIA (1MOCC)

4 5

› Perkhidmatan yang disediakan 24 jam, tujuh hari seminggu merupakan projek di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS).

› Ia melibatkan 21 agensi kerajaan dengan kerjasama Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), Jabatan Perdana Menteri sebagai agensi perintis.

› Pusat Panggilan 1Malaysia (1MOCC) adalah pusat panggilan setempat untuk memudah cara komunikasi orang awam dengan agensi kerajaan serta menambahbaik sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan melalui penggunaan satu nombor tunggal iaitu 03-8000 8000.

Page 5: PINTAR - myrepositori.pnm.gov.my · FAEDAH-FAEDAH PROGRAM SL1M KEPADA GRADUAN › Graduan mendapat pendedahan dan pengalaman kerja di syarikat-syarikat yang terdiri daripada pelbagai

6 7

Jabatan Pendaftaran

Negara

Perbadanan Putrajaya

Jabatan Imigresen Malaysia

Jabatan Pengangkutan

Jalan

17 agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri

› 1MOCC mempunyai pangkalan pengetahuan yang dilengkapi dengan kemudahan carian berdasarkan kata kunci dan mengikut kategori. Ia merupakan sumber rujukan untuk membantu Pegawai Khidmat Pelanggan (PKP) dalam menjawab pertanyaan mengenai perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan oleh agensi- agensi kerajaan.

› Antaranya adalah direktori pegawai, alamat premis, soalan lazim (FAQ), produk perkhidmatan 1Malaysia, peta, tempat-tempat menarik, alamat hospital dan lain-lain.

Agensi perintis yang

terlibat

Page 6: PINTAR - myrepositori.pnm.gov.my · FAEDAH-FAEDAH PROGRAM SL1M KEPADA GRADUAN › Graduan mendapat pendedahan dan pengalaman kerja di syarikat-syarikat yang terdiri daripada pelbagai

8 9

PANGKALAN PENGETAHUAN (KNOWLEDGE

BASE)

PETA (Tunjuk arah

lokasi-lokasi di Malaysia)

PRODUK DAN PERKHIDMATAN

1MALAYSIA(Produk-produk

terkini 1Malaysia)

TEMPAT-TEMPAT MENARIK

ALAMAT PREMIS (Alamat agensi dan cawangan)

ALAMAT HOSPITAL, POLIS

DAN BOMBA (Ibu pejabat dan

cawangan)

DIREKTORIPEGAWAI

(Nombor telefon pegawai agensi

Kerajaan)

SOALAN LAZIM(Proses kerja bagi

soalan yang dikemukakan juga

disediakan)

OBJEKTIF PELAKSANAAN 1MOCC

› Melindungi maklumat 1MOCC daripada capaian dan penggunaan tidak sah.

› Membolehkan sistem penyampaian perkhidmatan 1MOCC beroperasi secara berterusan tanpa gangguan.

› Memantapkan perlindungan ke atas 1MOCC berdasarkan prinsip keselamatan maklumat iaitu kerahsiaan, integriti dan ketersediaan.

Page 7: PINTAR - myrepositori.pnm.gov.my · FAEDAH-FAEDAH PROGRAM SL1M KEPADA GRADUAN › Graduan mendapat pendedahan dan pengalaman kerja di syarikat-syarikat yang terdiri daripada pelbagai

Untuk keterangan lanjut anda boleh menghubungi:

UNIT PEMODENAN TADBIRAN DAN PERANCANGAN PENGURUSAN MALAYSIA (MAMPU)Bangunan MKN-Embassy Techzone Aras 1, Blok B, No. 3200 Jalan Teknokrat 263000 Cyberjaya, Sepang Selangor Darul Ehsan

: 603 - 8000 8000 : 603 - 8000 8001 : 800080001mocc.gov.my : www.malaysia.gov.my

SALURAN YANG DISEDIAKAN

10 11

03-8000 8000

www.malaysia.gov.my

[email protected]

03-8000 8001

telefon

laman web

e-mel

faks

Media Sosial

facebook.com/myGovernment

twitter.com/myGovPortal

Page 8: PINTAR - myrepositori.pnm.gov.my · FAEDAH-FAEDAH PROGRAM SL1M KEPADA GRADUAN › Graduan mendapat pendedahan dan pengalaman kerja di syarikat-syarikat yang terdiri daripada pelbagai

PROGRAM SKIM LATIHAN 1MALAYSIA (SL1M)

12 13

› Program ini meningkatkan tahap kebolehpasaran (employability) atau keupayaan graduan untuk mendapatkan pekerjaan yang baik.

› Program ini dilancarkan pada 1 Jun 2011 bertujuan untuk membantu graduan daripada keluarga berpendapatan rendah atau yang tinggal di pedalaman.

› Program SL1M dijayakan melalui kerjasama dan penglibatan daripada Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLCs) dan Syarikat Swasta secara Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR).

› Program ini diselia oleh Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri (UPE, JPM) - Sekretariat SL1M, Seksyen Pembangunan Modal Insan.

Page 9: PINTAR - myrepositori.pnm.gov.my · FAEDAH-FAEDAH PROGRAM SL1M KEPADA GRADUAN › Graduan mendapat pendedahan dan pengalaman kerja di syarikat-syarikat yang terdiri daripada pelbagai

14 15

› Peserta yang menyertai program ini akan menjalani Soft-Skills-Training dan On-Job-Training dengan pihak syarikat yang mengambil bahagian bagi meningkatkan keyakinan diri dan diberi pendedahan dengan suasana kerja yang sebenar.

› Sebanyak 49 buah syarikat GLC menjalankan program ini secara Corporate Social Responsibility (CSR) serta memberikan komitmen yang tinggi dalam membantu seramai 8,262 graduan yang menyertai program.

› Selepas menyaksikan kejayaan program ini pada pusingan pertama, Kerajaan telah mensasarkan seramai 4,000 lagi graduan untuk program SL1M pusingan kedua bermula 2012 dan 2013 dengan penglibatan secara CSR oleh 100 syarikat swasta di seluruh Malaysia.

KUMPULAN SASARAN

› Program SL1M juga dilaksanakan bagi membantu graduan berkelulusan Ijazah Sarjana Muda yang tidak mendapat pekerjaan selepas enam bulan menamatkan pengajian.

› Sasaran utama adalah graduan yang datang daripada keluarga berpendapatan rendah atau tinggal di kawasan pedalaman. Ia juga dibuka kepada graduan yang bekerja tetapi tidak setaraf dengan kelulusan ijazah yang diperolehi.

Page 10: PINTAR - myrepositori.pnm.gov.my · FAEDAH-FAEDAH PROGRAM SL1M KEPADA GRADUAN › Graduan mendapat pendedahan dan pengalaman kerja di syarikat-syarikat yang terdiri daripada pelbagai

FAEDAH-FAEDAH PROGRAM SL1M KEPADA GRADUAN

› Graduan mendapat pendedahan dan pengalaman kerja di syarikat-syarikat yang terdiri daripada pelbagai sektor di seluruh Malaysia.

› Graduan akan mendapat latihan kemahiran insaniah (soft-skills-training) dan internship serta elaun bulanan diberikan oleh pihak syarikat.

› Meningkatkan keyakinan diri dan kebolehpasaran para graduan untuk mendapat pekerjaan di syarikat yang memberikan latihan, tertakluk kepada kekosongan jawatan dan prestasi setiap peserta.

KELAYAKAN PESERTA

❶ Graduan mestilah warganegara Malaysia yang mempunyai keperibadian positif serta komited.

❷ Graduan berkelulusan sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda dan ke atas.

❸ Graduan lepasan Institusi Pengajian Tinggi dalam dan luar negara.

❹ Graduan tidak mendapat pekerjaan selepas enam bulan menamatkan pengajian.

❺ Graduan yang telah bekerja tetapi tidak setaraf dengan kelayakan atau gaji yang diterima.

❻ Graduan perlu menghadiri temuduga SL1M. Kegagalan pemohon menghadiri temuduga akan menyebabkan permohonan terbatal.

16 17

Page 11: PINTAR - myrepositori.pnm.gov.my · FAEDAH-FAEDAH PROGRAM SL1M KEPADA GRADUAN › Graduan mendapat pendedahan dan pengalaman kerja di syarikat-syarikat yang terdiri daripada pelbagai

18 19

MODUL LATIHAN SL1M

Modul-modul wajib bagi memantapkan kemahiran insaniah peserta SL1M:

❶ Soft-skills training - maksimum dua bulan❷ Latihan di dalam kelas❸ Latihan di luar kelas❹ On-job-training (minimum enam bulan dan

maksimum sepuluh bulan)❺ Penempatan pekerjaan

Page 12: PINTAR - myrepositori.pnm.gov.my · FAEDAH-FAEDAH PROGRAM SL1M KEPADA GRADUAN › Graduan mendapat pendedahan dan pengalaman kerja di syarikat-syarikat yang terdiri daripada pelbagai

Statistik keseluruhan peserta SL1M yang berjaya mendapat pekerjaan termasuk yang masih dibantu atau sedang menjalani program mengikut sektor sehingga 31 Disember 2012.

Sektor-sektor syarikat Jumlah peserta Jumlah peserta yang SL1M 2011/2012 yang berjaya masih dalam programBil. sehingga 31 Dis 2012 mendapat pekerjaan Peratus (%) atau sedang dibantu Peratus (%)

1 Kewangan dan Pelaburan 3,564 45 68 16––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––2 Maklumat dan Komunikasi 758 10 2 0––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––3 Minyak dan Gas 195 2 0 0––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––4 Pembinaan dan Hartanah 1,284 16 57 13––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––5 Pembuatan 116 1 24 6––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––6 Pengangkutan dan Logistik 320 4 27 6––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––7 Perkhidmatan 812 10 0 0––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––8 Pertanian dan Perladangan 232 3 106 25––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––9 Utiliti 557 7 140 33

JUMLAH KESELURUHAN 7,838 100 424 100

20 21

Page 13: PINTAR - myrepositori.pnm.gov.my · FAEDAH-FAEDAH PROGRAM SL1M KEPADA GRADUAN › Graduan mendapat pendedahan dan pengalaman kerja di syarikat-syarikat yang terdiri daripada pelbagai

22 2323

KELAYAKAN SYARIKAT

› Syarikat mestilah sebuah syarikat berdaftar yang mengambil bahagian dalam SL1M dan telah disahkan oleh Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri (UPE, JPM).

› Pihak syarikat perlu mengemukakan struktur program latihan sepanjang program SL1M bagi mendapatkan kelulusan dari pihak UPE untuk mendapatkan Insentif Potongan Cukai Berganda dari kerajaan.

FAEDAH-FAEDAH PROGRAM SL1M KEPADA SYARIKAT› Syarikat akan mendapat Insentif Potongan Cukai

Berganda.

Tempoh Insentif yang diluluskan oleh Kementerian Kewangan Malaysia:i. Tempoh Permohonan: 1 Jun 2012 sehingga 31 Disember 2016

(untuk lima tahun sahaja).ii. Tempoh Pelaksanaan Program: Satu tahun dari tarikh kelulusan oleh UPE, JPM.

Page 14: PINTAR - myrepositori.pnm.gov.my · FAEDAH-FAEDAH PROGRAM SL1M KEPADA GRADUAN › Graduan mendapat pendedahan dan pengalaman kerja di syarikat-syarikat yang terdiri daripada pelbagai

24 25

› Mendapat calon yang berpotensi sebagai pekerja syarikat bagi membantu membangunkan syarikat di masa hadapan.

› Penglibatan syarikat dalam program ini dapat memberikan imej dan reputasi yang baik kepada pihak syarikat kerana melaksanakan program secara CSR terutamanya apabila berjaya menyediakan peluang pekerjaan kepada graduan.

MODUL LATIHAN SL1M

› Dua bulan latihan kemahiran insaniah (soft-skills training) dan sekurang-kurangnya enam bulan latihan industri (on-job-training) yang disahkan oleh UPE, JPM.

› Syarikat yang menyertai program adalah digalakkan untuk membantu graduan mendapatkan pekerjaan sebelum tamat program. Statistik Pecahan Syarikat SL1M 2011/2013 mengikut Sektor

sehingga 31 Disember 2012.

Sektor syarikat yang menyertai program SL1M sehingga Jumlah PeratusBil. 31 Disember 2012 Syarikat (%)

1 Kewangan dan Pelaburan 14 29 –––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––2 Maklumat dan Komunikasi 4 8 –––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––3 Minyak dan Gas 2 4–––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––4 Pembinaan dan Hartanah 6 12–––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––5 Pembuatan 3 6–––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––6 Pengangkutan dan Logistik 8 16––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––– 7 Perkhidmatan 6 12–––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––8 Pertanian dan Perladangan 4 8–––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––9 Utiliti 2 4

JUMLAH KESELURUHAN 49 100

Page 15: PINTAR - myrepositori.pnm.gov.my · FAEDAH-FAEDAH PROGRAM SL1M KEPADA GRADUAN › Graduan mendapat pendedahan dan pengalaman kerja di syarikat-syarikat yang terdiri daripada pelbagai

26 27

Cara memohon bagi Peserta dan Syarikat

› Rujuk prosedur di laman web SL1M di:- http://www.epu.gov.my/sl1m (dan klik pada butang DAFTAR PESERTA / SYARIKAT SL1M)

› Sila poskan borang permohonan yang lengkap kepada Sekretariat SL1M.

Sekretariat Program SKIM LATIHAN 1MALAYSIA (SL1M)Seksyen Pembangunan Modal Insan Unit Perancang Ekonomi Jabatan Perdana MenteriAras 3, Blok B5, Kompleks B, Presint 1Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan62502 Putrajaya

: 603 - 8872 5336 / 5337 : 603 - 8888 3857 : [email protected] : www.epu.gov.my / sl1m

TALENT CORPORATION BERHAD

› Talent Corp ditubuhkan bertujuan memastikan sumber modal insan berkemahiran tinggi yang mencukupi bagi memacu Program Transformasi Ekonomi serta merealisasikan aspirasi kerajaan dalam menjadikan Malaysia sebuah negara maju berkemahiran tinggi menjelang 2020.

› Talent Corp mula beroperasi pada 1 Januari 2011.

Page 16: PINTAR - myrepositori.pnm.gov.my · FAEDAH-FAEDAH PROGRAM SL1M KEPADA GRADUAN › Graduan mendapat pendedahan dan pengalaman kerja di syarikat-syarikat yang terdiri daripada pelbagai

28 29

› Talent Corp turut memainkan peranan sebagai peneraju inisiatif yang berasaskan tiga teraju strategik:

Mengoptimumkan modal insan negara.

Menarik dan membantu modal insan berkemahiran tinggi serata dunia.

Mewujudkan satu jaringan modal insan berkemahiran tinggi.

Program-program di bawah Tiga Teraju Strategik

A. Mengoptimumkan Modal Insan Negara

Program FasTrack

Berperanan untuk memajukan graduan jurutera terbaik negara ke dalam bidang kerjaya kaji-selidik.

Program ini dibiayai dana sektor awam dan swasta dengan kurikulum yang disediakan oleh rakan kerja industri (Agilent, Altera, Intel, Motorola, Siltera).

The Structured Internship Programme (SIP)

Program ini merupakan kerjasama antara Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan Talent Corp.

Page 17: PINTAR - myrepositori.pnm.gov.my · FAEDAH-FAEDAH PROGRAM SL1M KEPADA GRADUAN › Graduan mendapat pendedahan dan pengalaman kerja di syarikat-syarikat yang terdiri daripada pelbagai

30 31

Syarikat-syarikat digalakkan untuk menyediakan pembelajaran berkualiti tinggi pengalaman praktikal melalui latihan kepada pelajar-pelajar daripada institusi-institusi awam dan swasta tempatan pendidikan tinggi (IPTA dan IPTS).

Talent Wanita

Jabatan Pembangunan Wanita, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat dan Talent Corporation telah melancarkan Portal Bakat Wanita.

Portal ini bertujuan untuk menyambung wanita dengan peluang pekerjaan dengan peraturan kerja yang fleksibel, di samping menyediakan maklumat lanjut mengenai syarikat-syarikat yang menyediakan kemudahan sokongan yang membolehkan wanita untuk menguruskan tanggungjawab harian mereka.

Bagi menyokong usaha-usaha pihak korporat untuk memudahcarakan kaum wanita yang berhasrat untuk kembali bekerja, insentif potongan cukai berganda akan diberikan ke atas perbelanjaan latihan oleh syarikat-syarikat dalam mengambil semula para profesional wanita yang telah berhenti bekerja.

Page 18: PINTAR - myrepositori.pnm.gov.my · FAEDAH-FAEDAH PROGRAM SL1M KEPADA GRADUAN › Graduan mendapat pendedahan dan pengalaman kerja di syarikat-syarikat yang terdiri daripada pelbagai

32 33

Returning Expert Program (REP)

REP adalah inisiatif yang dijalankan untuk:

❶ Memudahcarakan kepulangan warga Malaysia di peringkat global.

Pada masa kini terdapat peningkatan bilangan kelulusan REP hasil daripada pelaksanaan Program Transformasi Ekonomi (ETP).

❷ Membolehkan syarikat-syarikat memilih tenaga kerja di luar negara.

Permohonan bagi REP kini juga boleh dibuat oleh syarikat-syarikat bagi para profesional warga Malaysia di luar negara yang mereka sasarkan untuk diambil bekerja.

B. Menarik dan Membantu Modal Insan Berkemahiran Tinggi Serata Dunia

Talent Acceleration in Public Service (TAPS)

TAPS adalah program latihan pembangunan 2 tahun bagi mereka yang baru-baru ini lulus dari universiti terkemuka dunia yang telah terpilih untuk biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Ia dianjurkan bersama oleh JPA dengan Razak School of Government (RSOG) dan Talent Corp, TAPS bertujuan untuk mengenal pasti, sumber dan memupuk bakat bagi sektor awam Malaysia.

Mereka yang dilatih akan dihantar kepada pertubuhan-pertubuhan yang terdiri daripada kementerian, agensi kerajaan dan badan-badan yang berkaitan.

Page 19: PINTAR - myrepositori.pnm.gov.my · FAEDAH-FAEDAH PROGRAM SL1M KEPADA GRADUAN › Graduan mendapat pendedahan dan pengalaman kerja di syarikat-syarikat yang terdiri daripada pelbagai

34 35

Scholarship Talent and Retention (STAR)

Talent Corp dan Jabatan Perkhidmatan Awam bekerjasama untuk memastikan graduan JPA dioptimumkan bagi menjayakan bidang khusus di dalam Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Program Transformasi Ekonomi (PTE).

Biasiswa kepada universiti-universiti akan diberikan dengan syarat semua pegangan biasiswa JPA berkhidmat untuk negara sama ada di dalam sektor awam atau syarikat swasta yang diluluskan.

Ini untuk memastikan negara mendapat pulangan pelaburan ke atas 12,000 pelajar yang ditaja melibatkan dana berjumlah RM2.44 bilion.

Pemegang biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam yang terpilih akan diberi kelonggaran untuk berkhidmat dengan syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat swasta terutama dalam bidang NKEA.

❸ Menyediakan satu platform bagi mewujudkan hubungan dengan masyarakat warga Malaysia yang berjaya di luar negara.

Bagi menggalakkan kepulangan mereka ke Malaysia REP mewujudkan jalinan kerja dan saluran bagi warga Malaysia untuk menyumbang dari luar negara seperti melalui perkongsian pengetahuan atau memulakan pelaburan.

Sejak penubuhannya, lebih 100 majikan di Malaysia telah mengambil bahagian dalam sesi-sesi temu seri anjuran Talent Corp di luar negara.

Jumlah kelulusan REP Jumlah kelulusan REP

Tahun 2011 – September 2012(1 tahun 9 bulan)

1,420

Tahun2001 – 2010 (10 tahun)

1,130

Page 20: PINTAR - myrepositori.pnm.gov.my · FAEDAH-FAEDAH PROGRAM SL1M KEPADA GRADUAN › Graduan mendapat pendedahan dan pengalaman kerja di syarikat-syarikat yang terdiri daripada pelbagai

36 37

C. Mewujudkan Satu Jaringan Modal Insan Berkemahiran Tinggi

Pas Permaustautin (Residence Pass-Talent)

Ia disediakan kepada pegawai asing yang berkemahiran tinggi yang mahu terus bekerja dan tinggal di Malaysia.

Tidak seperti pas pekerjaan, pas pemastautin ini mempunyai kelebihan iaitu tidak terikat kepada mana-mana majikan dan meliputi tempoh masa lebih lama bersama pasangan pemegangnya.

Pas ini ditawarkan kepada diaspora Malaysia dan anak-anak mereka yang tidak lagi diiktiraf sebagai warganegara Malaysia.

Kerajaan Malaysia sentiasa terbuka dalam bidang perniagaan dan sedia menerima bakat asing yang berkemahiran tinggi yang mampu bekerja untuk memacu transformasi ekonomi Malaysia.

Career Fair Incentive (CFI)

Satu platform utama untuk berhubung dengan pelajar adalah melalui Pesta Kerjaya.

Talent Corp mengumumkan pengesahan Pesta Kerjaya di United Kingdom, Amerika Syarikat, Jepun dan Australia.

Di dalam Bajet 2012, kerajaan telah mengumumkan insentif potongan cukai untuk syarikat-syarikat yang mengambil bahagian di dalam kerjaya luar negara yang disahkan oleh Talent Corp termasuk syarikat minyak dan gas di bawah PITA.

Pesta Kerjaya Graduan UKEC di UK pada Mac 2012 merupakan pesta kerjaya luar negara terbesar dengan penyertaan oleh lebih 40 syarikat dan dihadiri oleh lebih 3,000 pelajar.

Page 21: PINTAR - myrepositori.pnm.gov.my · FAEDAH-FAEDAH PROGRAM SL1M KEPADA GRADUAN › Graduan mendapat pendedahan dan pengalaman kerja di syarikat-syarikat yang terdiri daripada pelbagai

38

Untuk keterangan lanjut anda boleh menghubungi:

TALENT CORPORATION MALAYSIA BERHADLevel 6, Surian Tower1, Jalan PJU 7/3, Mutiara Damansara47810 Petaling JayaSelangor, Malaysia

: 603 - 7839 7000 : 603 - 7839 7001 : [email protected] : www.talentcorp.com.my

39

YAYASAN 1MDB

› Merupakan perbadanan yang ditubuhkan bagi menjaga hak asasi golongan kurang bernasib baik di Malaysia tanpa mengira umur, agama dan bangsa.

Page 22: PINTAR - myrepositori.pnm.gov.my · FAEDAH-FAEDAH PROGRAM SL1M KEPADA GRADUAN › Graduan mendapat pendedahan dan pengalaman kerja di syarikat-syarikat yang terdiri daripada pelbagai

40

› Bantuan 1MDB tidak terhad kepada kewangan dan perubatan. 1MDB juga melaksanakan program:

a. membaik pulih tempat tinggal golongan yang memerlukan.

b. membantu menyediakan keperluan peralatan berkaitan mata pencarian dan sebagainya.

› Penubuhan Yayasan 1MDB bertujuan untuk memberi kesedaran dan membuka mata rakyat Malaysia terhadap isu dan masalah yang dihadapi oleh golongan kurang bernasib baik dan memupuk semangat perpaduan serta kesukarelawanan di kalangan mereka.

41

MATLAMAT 1MDB

Memberi bantuan kepada kumpulan sasar yang kurang bernasib baik supaya mereka dapat menaikkan taraf hidup mereka dalam jangka masa yang panjang dengan melaksanakan pengisian berikut:

› Membantu meringankan beban golongan kurang bernasib baik dan terpinggir.

a) Menyediakan peluang yang sama rata dengan rakyat Malaysia yang lain.

b) Memberi sokongan pendidikan kepada golongan ini.

c) Menghulurkan bantuan kewangan kepada golongan fakir miskin.

› Meningkatkan kualiti hidup.

a) Menggalakkan gaya hidup sihat.b) Membuat aktiviti sukan dan rekreasi.c) Memastikan persekitaran bersih dan selamat.

Page 23: PINTAR - myrepositori.pnm.gov.my · FAEDAH-FAEDAH PROGRAM SL1M KEPADA GRADUAN › Graduan mendapat pendedahan dan pengalaman kerja di syarikat-syarikat yang terdiri daripada pelbagai

42 43

PROGRAM-PROGRAM BERJADUAL YAYASAN 1MDB

Nadi KasihProgram ini bertujuan untuk memperbaiki kemiskinan di kawasan luar bandar di Malaysia dengan menyediakan persekitaran hidup yang selesa dan selamat.

Jalinan MurniProgram ini bertujuan untuk membawa masyarakat Orang Asli turut sama di dalam arus pembangunan perdana negara serta mengurangkan beban masyarakat berkenaan.

Golongan Sasar––––––––––––––––––––––––––––––––––––––➔ Rakyat miskin

Golongan Sasar––––––––––––––––––––––––––––––––––––––➔ Masyarakat Orang Asli di Semenanjung Malaysia.

Aktiviti––––––––––––––––––––––––––––––––––––––➔ Membaik pulih rumah golongan yang kurang

bernasib baik.

Rakan Kongsi––––––––––––––––––––––––––––––––––––––➔ Ahli Parlimen➔ Ahli Dewan Undangan Negeri➔ Pegawai Penyelaras Kawasan Parlimen➔ Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri

➔ Miskin TegarAktiviti––––––––––––––––––––––––––––––––––––––➔ Pemberian pakaian seragam, peralatan

persekolahan dan bantuan wang saku sebanyak RM100 kepada setiap murid sekolah rendah

anak Orang Asli.➔ Pemberian kotak makanan berkhasiat kepada

setiap ketua isi rumah.➔ Pemeriksaan kesihatan dan mata.

Page 24: PINTAR - myrepositori.pnm.gov.my · FAEDAH-FAEDAH PROGRAM SL1M KEPADA GRADUAN › Graduan mendapat pendedahan dan pengalaman kerja di syarikat-syarikat yang terdiri daripada pelbagai

44 45

Vitamin 1MalaysiaProgram ini bertujuan membantu murid-murid sekolah rendah meningkatkan tumbesaran serta taraf pemakanan untuk mendapat kecemerlangan di dalam pencapaian akademik.

Golongan Sasar––––––––––––––––––––––––––––––––––––––➔ Murid-murid sekolah rendah dan sekolah

bantuan penuh kerajaan di seluruh Malaysia yang diintegrasikan di dalam Rancangan

Makanan Tambahan (RTM).

Aktiviti––––––––––––––––––––––––––––––––––––––➔ Pemberian pil vitamin untuk diberi makan kepada murid-murid 3 kali seminggu pada hari-hari persekolahan.

Rakan Kongsi––––––––––––––––––––––––––––––––––––––➔ Yayasan FELDA➔ Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah➔ Jabatan Kemajuan Orang Asli➔ Permodalan Nasional Berhad➔ Kerajaan-kerajaan Negeri

Rakan Kongsi––––––––––––––––––––––––––––––––––––––➔ Kementerian Pelajaran

Page 25: PINTAR - myrepositori.pnm.gov.my · FAEDAH-FAEDAH PROGRAM SL1M KEPADA GRADUAN › Graduan mendapat pendedahan dan pengalaman kerja di syarikat-syarikat yang terdiri daripada pelbagai

46 47

Khidmat Masyarakat 1Malaysia - Sihat dan PrihatinProgram ini bertujuan menyediakan khidmat dan bantuan kesihatan kepada orang ramai.

Ihsan Ramadhan dan AidilfitriProgram ini bertujuan mendidik masyarakat untuk menjadi lebih prihatin terhadap kebajikan golongan yang kurang bernasib baik.

Golongan Sasar––––––––––––––––––––––––––––––––––––––➔ Semua lapisan rakyat luar bandar ➔ Murid-murid sekolah

Golongan Sasar––––––––––––––––––––––––––––––––––––––➔ Warga tua➔ Ibu-ibu tunggal

Aktiviti––––––––––––––––––––––––––––––––––––––➔ Melibatkan perlaksanaan aktiviti-aktiviti

pemeriksaan kesihatan dan pemeriksaan mata.

Aktiviti––––––––––––––––––––––––––––––––––––––➔ Memberi bantuan kewangan serta bantuan

pakaian menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Rakan Kongsi––––––––––––––––––––––––––––––––––––––➔ Yayasan FELDA

➔ Golongan OKU➔ Anak-anak yatim

Page 26: PINTAR - myrepositori.pnm.gov.my · FAEDAH-FAEDAH PROGRAM SL1M KEPADA GRADUAN › Graduan mendapat pendedahan dan pengalaman kerja di syarikat-syarikat yang terdiri daripada pelbagai

48 49

Program Khas HajiProgram ini bertujuan memberi peluang kepada kumpulan sasar yang belum pernah mengerjakan ibadah haji.

Golongan Sasar––––––––––––––––––––––––––––––––––––––➔ Imam➔ Khatib

➔ Bilal➔ Siak

➔ AJK Masjid / Surau

Rakan Kongsi––––––––––––––––––––––––––––––––––––––➔ Jabatan Perdana Menteri➔ Yayasan FELDA➔ Tabung Haji

48

Ihsan SamuderaProgram ini bertujuan membantu meningkatkan taraf kehidupan masyarakat nelayan.

Golongan Sasar––––––––––––––––––––––––––––––––––––––➔ Masyarakat nelayan pesisir pantai di seluruh

negara.

Aktiviti––––––––––––––––––––––––––––––––––––––➔ Sumbangan adalah berbentuk pendidikan,

kesihatan dan kebajikan.

Page 27: PINTAR - myrepositori.pnm.gov.my · FAEDAH-FAEDAH PROGRAM SL1M KEPADA GRADUAN › Graduan mendapat pendedahan dan pengalaman kerja di syarikat-syarikat yang terdiri daripada pelbagai

Perkhidmatan

PINTAR

51

Rakan Kongsi––––––––––––––––––––––––––––––––––––––➔ Yayasan FELDA➔ Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani➔ Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia➔ Jabatan Perikanan➔ Nelayan Kebangsaan Malaysia Tulen➔ Kerajaan-kerajaan Negeri

50

Program-program Terbaru

Dana Belia 1Malaysia

1MDB Klinik Bergerak

Dana Biasiswa 1MDB (Sekolah Agama, Cina dan India)

Rumah Mampu Milik 1MDB

Geran Akademik 1MDB

Page 28: PINTAR - myrepositori.pnm.gov.my · FAEDAH-FAEDAH PROGRAM SL1M KEPADA GRADUAN › Graduan mendapat pendedahan dan pengalaman kerja di syarikat-syarikat yang terdiri daripada pelbagai

Perkhidmatan

PINTAR

Untuk keterangan lanjut anda boleh menghubungi:

YAYASAN 1MDBTingkat 6, Menara UACJalan PJU 7/447810, Mutiara DamansaraPetaling JayaSelangor Darul Ehsan

: 603 - 7732 9833 : [email protected] : http://yayasan1mdb.net.my

52

PENUTUPPenjawat awam merupakan rakan penting dalam membangunkan negara. Justeru, kemudahan-kemudahan dan ciptaan inovasi terbaru disediakan bagi meningkatkan produktiviti dan kecekapan dalam penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat.

Dengan keazaman untuk berkhidmat kepada rakyat melalui pendekatan yang inovatif, kreatif dan mempunyai nilai tambah yang tinggi dalam melaksanakan penyampaian perkhidmatan awam serta bertindak dengan lebih berkesan sebagai pemudah cara, penjawat awam dilihat mampu menjayakan misi negara untuk mencapai status negara maju berpendapatan tinggi pada 2020.

Apa yang d iharapkan rakyat memanfaatkan perkhidmatan ini untuk memudahkan urusan harian dan menjamin kesejahteraan hidup.

53