pindaan perlembagaan pibg - 2013

11
PERLEMBAGAAN PIBG SMK AGAMA PAHANG PERLEMBAGAAN PIBG 2008 PERSATUAN IBUBAPA DAN GURU- GURU (PIBG) SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA PAHANG (CRA8001) 26700 MUADZAM SHAH 1

Upload: md-shukri-ab-ghani

Post on 11-Nov-2015

49 views

Category:

Documents


14 download

DESCRIPTION

Perlembagaan PIBG

TRANSCRIPT

PERLEMBAGAAN 2008

PERLEMBAGAAN PIBG SMK AGAMA PAHANG

PERLEMBAGAAN PIBG 2008PERSATUAN IBUBAPA DAN GURU-GURU (PIBG)

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA PAHANG

(CRA8001)

26700 MUADZAM SHAH

AKTA PENDIDIKAN 1996

PERATURAN PERATURAN PENDIDIKAN

PIBG 1998

[Sub peraturan 6(2)]

PERLEMBAGAANPERSATUAN IBUBAPA DAN GURU-GURU

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA PAHANG

26700 MUADZAM SHAH

URL: HTTP:// smkapahang.bpi.edu.my email: [email protected]

:Nama Dan Alamat1. Persatuan ini adalah dikenali dengan nama Persatuan Ibubapa Dan Guru-

Guru Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Pahang 26700 Muadzam

Shah

2.Alamat yang didaftarkan bagi Persatuan ini ialah Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Pahang 26700 Muadzam Shah

:

Maksud-maksud Dan Tujuan-tujuan Persatuan3.Tujuan-tujuan Persatuan ialah :

a. Untuk mengadakan suatu forum dan perkhidmatan bagi kebajikan dan kemajuan murid-murid di sekolah ini.

b. Untuk membantu dan menambahkan usaha sekolah pada memenuhi kehendak-kehendak dan keperluan-keperluan kebendaan murid-murid dalam kegiatan merekac. Untuk membolehkan ibubapa dan guru-guru di sekolah ini bertukar-tukar fikiran, berunding antara satu sama lain berkenaan cara memperbaiki taraf pelajaran anal-anak mereka serta maklumat mengenai pelajaran pada amnya.vhhjd. fgfhfhgfghfhf

e. bghghjhhjh

Fungsi-fungsi Persatuan4. Fungsi persatuan ialah untuk menjalankan aktiviti atau program untuk mencapai tujuan-tujuan persatuan yang dinyatakan di perenggan 3, seperti:a. Untuk menentukan supaya murid-murid di sekolah memperolehi faedah maksima daripada kemudahan-kemudahan pelajaran mereka.

b. Untuk menentukan supaya murid-murid di dalamnya mempunyai sumber-sumber yang perlu untuk membuat kerja-kerja sekolah mereka dengan baik sama ada di rumah mahupun di sekolah.

c. Untuk mewujudkan alam sekeliling yang sebaik-baiknya bagi sekolah supaya membolehkan murid-murid mencapai perkembangan kerohanian, keakhlakan, otak dam jasmani.d. jjkgjfklgjgkdfgjdfkjfdjKeanggota Persatuan5. Tugas Jawatankuasa:

a. Tugas jawatankuasa ialah mengelolakan mengatur kegiatan-kegiatan Persatuan dan membuat keputusan atas perkara-perkara yang menyentuh perjalanan persatuan dengan tidak terkeluar dari dasar umum yang ditetapkan oleh Perlembagaan.b. Jawatan kuasa hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh tiga bulan dan tujuh hari pengumuman hendaklah diberi kepada ahli-ahlinya

c. Yang Dipertua dengan sendirinya atau tidak kurang daripada tiga orang ahli Jawatankuasa bersama-sama boleh memanggil supaya diadakan mesyuarat Jawatankuasa pada bila-bila masa.

4. Tugas Pegawai-pegawai :

a. Yang Dipertua hendaklah menjadi pengerusi semua Mesyuarat Agung dan semua mesyuarat Jawatankuasa serta bertanggungjawab atas kesempurnaan perjalanan semua mesyuarat. Ia mempunyai undi pemutus dan hendaklah ia menandatangani minit-minit mesyuarat apabila ia diluluskan. Dalam masa ketiadaannya Naib Yang Di Pertua hendaklah memangku jawatannya.b. Setiausaha kehormat hendaklah menjalankan urusan Persatuan menurut Perlembagaan dan melaksanakan arahan-arahan mesyuarat Agung dan jawatankuasa. Ia hendaklah menyimpan semua minit mesyuarat, mengurus hal-hal surat menyurat dan menyimpan semua buku, surat-surat dan rekod-rekod lain. Ia hendaklah menyediakan laporan untuk dibentangkan kepada mesyuarat Agung tahunan dan minit-minit yang berkaitan dengannya. Dalam masa ketiadaannya Penolong Setiausaha hendaklah mengambil alih tugasnya.

c. Bendahari Kehormat adalah bertanggungjawab berkenaan semua hal ehwal kewangan persatuan. Ia hendaklah membuat dan menyimpan kira-kira berkenaan semua perkara kewangan dan bertanggungjawab di atas kebetulannya. Ia hendaklah menyediakan penyata kira-kira bagi setiap tahun kewangan sebelum1 hb Febuari dan diserahkan kepada Pemeriksa Kira-kira untuk diauditkan.

KAEDAH C :

Tempat diadakan MesyuaratDi Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Pahang 26700 Muadzam Shah, Pahang.KAEDAH D : 1.Keanggotaan

Tiap-tiap Ibubapa dan Penjaga Yang Sah serta Guru-guru dan orang perseorangan yang berminat serta kompeten dengan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Pahang 26700 Muadzam Shah adalah disifatkan sebagai Ahli Persatuan ini.

2. Jawatankuasa

i. Suatu jawatankuasa hendaklah mengandungi pegawai-pegawai berikut dan hendahlah dilantik di Mesyuarat Agung Tahunan dua tahun sekali :a. Yang DiPertua

b. Naib Yang DiPertua

c. Setiausaha Kehormat

d. Penolong Setiausaha Kehormat

e. Bendahari Kehormat

f. Ahli jawatankuasa sekurang-kurangnya 7 orang

( Sebaik-baiknya bilangan guru dan ibubapa dalam jawatankuasa hendaklah seimbang )

ii. Nama-nama untuk jawatan-jawatan di atas hendaklah mereka yang

hadir dalam mesyuarat Agung serta dicadang dan disokong dan

pemilihan dijalankan dengan cara mengundi oleh ahli-ahli dalam Mesyuarat Agung Tahunan. Semua pegawai boleh memegang jawatan selama dua penggal dan boleh dilantik semula selepas mesyuarat

Agung.iii. Mana mana kekosongan yang berlaku di dalam jawatankuasa hendaklah dipenuhkan oleh jawatankuasa dengan melantik seorang ahli biasa akan memegang jawatan sehingga ke Mesyuarat Agung akan datang

KAEDAH E : Pendapatan

i. Persatuan hendaklah menubuhkan satu kumpulan wang ke dalam mana

hendaklah dibayar semua derma atau wang sumbangan daripada ahli-ahli atau mana-mana institusi kewangan serta orang perseorangan terhadap tujuan-tujuan persatuan dan kumpulan wang itu hendaklah diuruskan oleh Persatuan.

ii. Bendahari diberikuasa untuk mengutip bayaran yang telah diputuskan bersama dalam Mesyuarat Agung PIBG dan disimpan dalam kumpulan wang.

iii. Bendahari kehormat hendaklah menurunkan kuasa mengutip wang bagi pihak PIBG kepada individu atau badan sebagai mewakilinya dengan pengesahan YDP atau Setiausaha Kehormat.

KAEDAH F : Kuasa Bagi Membelanjakan Wang Persatuani. Kuasa untuk membelanjakan wang persatuan ialah Jawatankuasa persatuan dengan syarat ianya digunakan untuk perkara-perkara yang berfaedah bagi menjalankan tujuan-tujuan persatuan.

ii. Bendahari Kehormat dibolehkan menyimpan wang runcit tidak lebih

daripada RM100.00 ( Ringgit Malaysia Satu Ratus Sahaja ) pada satu masa dan memasukkan semua wang lain ke dalam bank yang

diluluskan oleh Jawatankuasa. Akuan Bank itu hendaklah di atas nama

Persatuan.

iii. Segala cek atau kenyataan pengeluaran wang dan akaun Persatuan

hendaklah ditandatangani bersama oleh Bendahari dan Yang Dipertua

atau Setiausaha. iv. Tahun Kewangan Persatuan ialah pada 1 hb Januari sehingga 31 hb

Disember. KAEDAH G : Penyimpanan Akaun-Akaun Pendapatan dan Perbelanjaan Persatuani. Akuan Persatuan hendaklah diaudit pada tiap-tiap tahun oleh dua orang yang tidak menjadi ahli jawatankuasa dan mereka hendaklah hadir dalam Mesyuarat Agung Tahunan untuk dicalonkan oleh Ahli-ahli Persatuan Dalam Mesyuarat Agung Tahunan tersebut.

ii Penyata Kira-kira yang telah diaudit itu hendaklah dikemukakan untuk

kelulusan Mesyuarat Agung Tahunan yang berikutnya.

iii Satu salinan Penyata Kira-kira yang telah diaudit dan diluluskan

hendaklah dihantar kepada Pendaftar Sekolah Negeri.

KAEDAH H : Korumi. Korum bagi mesyuarat Agung Tahunan hendaklah tidak kurang daripada lima puluh orang ahli atau tiga kali bilangan ahli jawatankuasa mengikut mana yang kurang.ii. Korum bagi mesyuarat Jawatankuasa hendaklah sebanyak dua pertiga bilangan ahli jawatankuasa.iii. AJK dalam kalangan guru yang tidak dapat hadir dalam mesyuarat Jawatan Kuasa boleh diganti guru sekolah SMKA Pahang dengan kebenaran pengetuaKAEDAH I : Mesyuarat Agung Tahunan dan Mesyuarat Agung Tergempari. Kuasa persatuan hendaklah terserah kepada Mesyuarat Agung ahli-ahlinya.

ii Mesyuarat Agung Tahunan hendaklah diadakan pada setiap tahun

sebelum akhir bulan Mac manakala pemilihan ahli jawatankuasa setiap

dua tahun sekali..

iv. Suatu Mesyuarat Agung Tergempar hendaklah diadakan sekiranya :

i. Apabila difikirkan perlu oleh jawatankuasa

ii. Atas permintaan bertulis oleh sekurang-kurangnya lima puluh orang ahli persatuan dan mesyuarat ini hendaklah diadakan dalam tempoh dua puluh satu hari daripada tarikh penerimaan tersebut.

iii. Sekurang-kurangnya empat belas hari notis hendaklah diberikan secara bertulis untuk mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan dan tujuh hari notis bagi Mesyuarat Agung Tergempar.

iv. Urusan Mesyuarat Agung Tahunan ialah:

a. Membentang dan mengesahkan minit (catatan) Mesyuarat Agung Tahun lalu.b. Perkara-perkara yang berbangkit dengannya.

c. Membentang dan Menerima laporan Jawatankuasa.

d. Membentang dan menerima serta meluluskan Penyata Kira-kira yang telah diaudit bagi tahun kewangan yang lalu.

e. Memilih dan melantik Ahli-ahli sebagai Pemegang Jawatan yang baru Jawatankuasa (dua tahun sekali)f. Memilih dan melantik dua orang ahli sebagai Pemeriksa Kira-kira (dua tahun sekali)g. Memilih dan melantik Empat orang Pemegang Amanah. (dua tahun sekali)h. Perkara Kaedah I iv) perkara e,f,g digantikan dengan Interaksi Guru dan Ibu bapa/ penjaga untuk tahun/melantik AJK dalam kalangan Ibu Bapa yang mengosongkan jawatan/sesi yang tiada pemilihan jawatankuasa.i. Menimbang lain-lain perkara yang menyentuh kemajuan dan kebajikan Persatuan yang diterima oleh Setiausaha Kehormat lima hari sebelum Mesyuarat Agung Tahunan (Usul ).

j. Penangguhan Mesyuarat.

k. Ucapan Penangguhan.

v. Urusan Mesyuarat Agung Tergempar hendaklah dihadkan hanya kepada maksud-maksud mesyuarat itu diadakan.

KAEDAH J : Pindaan Perlembagaan Persatuan

Perlembagaan Persatuan tidak boleh diubah kecuali dengan keputusan Mesyuarat Agung. Perubahan-perubahan atau pindaan-pindaan kepada perlembagaan hanya berkuatkuasa mulai tarikh perubahan-perubahan dan pindaan-pindaan itu dibenarkan oleh Pendaftar Sekolah Negeri.KAEDAH K : Harta Dan Amanah

i. Persatuan ini mempunyai kuasa untuk memiliki, mengguna dan melupuskan harta alih atau tidak alih yang mana pada pendapatnya dikira akan memudahkan ia menjalankan kuasa dan kewajipannyaKAEDAH H : Larangani. Persatuan tidak boleh memperluaskan bidang kuasanya kepada perkara-perkara yang berkaitan dengan pekerjaan dan perkhidmatan guru-guru dan kakitangan lain di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Pahang 26700 Muadzam Shah Pahang Darul Makmur.

ii. Persatuan tidak boleh menjadi jentera bagi perkara-perkara lain yang berkaitan di antara Persatuan dengan pengetua atau kakitangan sekolah atau Jabatan Pelajaran Negeri atau Kerajaan Negeri atau Persekutuan.KAEDAH M : TafsiranSekiranya timbul sesuatu yang tidak jelas mengenai tafsiran di dalam perlembagaan ini. Maka perkara ini hendaklah dirujukkan kepada mesyuarat jawatankuasa. Keputusan Jawatankuasa mengenai perkara tersebut adalah muktamad setelah rujukkan dibuat kepada Pendaftar Sekolah Negeri.

KAEDAH N : PembubaranPersatuan ini tidak boleh dibubarkan melainkan dengan kelulusan bertulis daripada Pendaftar Sekolah Negeri. Segala harta alih dan tidak alih tidak boleh dilupuskan melainkan dengan kelulusan Pendaftar Sekolah Negeri

PERSATUAN IBUBAPA DAN GURU-GURU

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA PAHANG

26700 MUADZAM SHAH

(PENDAFTAR SEKOLAH-SEKOLAH NEGERI PAHANG )

Disediakan oleh,

.

Muhamad Shukri b. Abdul Ghani

Setiausaha Kehormat PIBG

Sesi 2008/2010

Disemak Oleh,

Disahkan Oleh,

.

Jaffar Hj. KadarYDP PIBG SMK Agama pahang

Pengetua SMK Agama PahangPAGE 6