pilihan ekonomi rumah tangga di kalangan pelajar … · kejayaan ini cabaran buat kalian. teruskan...

24

Upload: others

Post on 08-Oct-2019

13 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PILIHAN EKONOMI RUMAH TANGGA DI KALANGAN PELAJAR … · Kejayaan ini cabaran buat kalian. Teruskan jalan yang ku rintis ini Sehingga ke puncak jaya. Untuk semua keluarga, sanak saudara
Page 2: PILIHAN EKONOMI RUMAH TANGGA DI KALANGAN PELAJAR … · Kejayaan ini cabaran buat kalian. Teruskan jalan yang ku rintis ini Sehingga ke puncak jaya. Untuk semua keluarga, sanak saudara

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah

Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kemahiran Hidup).”

Tandatangan :

Nama Penyelia : PUAN NUR QISTINA BT ABDULLAH @

CHRISTINA ANDIN

Tarikh : APRIL 2008

Page 3: PILIHAN EKONOMI RUMAH TANGGA DI KALANGAN PELAJAR … · Kejayaan ini cabaran buat kalian. Teruskan jalan yang ku rintis ini Sehingga ke puncak jaya. Untuk semua keluarga, sanak saudara

MENINJAU PERLAKSANAAN KERJA KURSUS KEMAHIRAN HIDUP

PILIHAN EKONOMI RUMAH TANGGA DI KALANGAN PELAJAR

TINGKATAN SATU DAN TINGKATAN DUA DI SEKOLAH MENENGAH

SELAYANG BARU, SELANGOR.

ZUNAIDA BINTI HAT

Laporan projek ini dikemukakan

sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan

(Kemahiran Hidup)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL 2008

Page 4: PILIHAN EKONOMI RUMAH TANGGA DI KALANGAN PELAJAR … · Kejayaan ini cabaran buat kalian. Teruskan jalan yang ku rintis ini Sehingga ke puncak jaya. Untuk semua keluarga, sanak saudara

ii

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya kecuali nukilan dan ringkasan

yang tiap-tiap satunya telah saya perjelaskan sumbernya.”

Tandatangan :

Nama Penulis : ZUNAIDA BINTI HAT

Tarikh : APRIL 2008

Page 5: PILIHAN EKONOMI RUMAH TANGGA DI KALANGAN PELAJAR … · Kejayaan ini cabaran buat kalian. Teruskan jalan yang ku rintis ini Sehingga ke puncak jaya. Untuk semua keluarga, sanak saudara

iii

DEDIKASI

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.

Segala pujian dan syukur kupanjatkan di atas nikmat dan limpah

kurnia Allah S.W.T tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke

atas junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W.

KU ABADIKAN HALAMAN INI ISTIMEWA BUAT…….

Suami yang dicintai

Ismadi Bin Ismail

Kejayaan ini adalah untuk kita bersama

Buat....

Bonda Embun Binti Saaidin dan ayahanda Hat Bin Saad yang

disanjung dan dikasihi segala jasa dan jerit payah kalian akan

ku kenang selamanya.

Untuk anak-anak tersayang....

Isma Aqilah, Isma Adlina dan Izzuddin

Kejayaan ini cabaran buat kalian.

Teruskan jalan yang ku rintis ini

Sehingga ke puncak jaya.

Untuk semua keluarga, sanak saudara dan rakan taulan

Segala jasa, doa dan sokongan kalian

diiringi dengan ucapan terima kasih yang tidak

terhingga.

Page 6: PILIHAN EKONOMI RUMAH TANGGA DI KALANGAN PELAJAR … · Kejayaan ini cabaran buat kalian. Teruskan jalan yang ku rintis ini Sehingga ke puncak jaya. Untuk semua keluarga, sanak saudara

iv

PENGHARGAAN

Segala puji bagi Allah s.w.t kerana dengan limpah kurnia, taufik dan

hidayahNya, diberikan kekuatan untuk menyiapkan penulisan ini. Dikesempatan ini

juga, penyelidik ingin merakamkan jutaan penghargaan kepada mereka yang telah

banyak memberi dorongan dan sokongan untuk menjayakan Projek Sarjana Muda

ini dalam tempoh masa yang ditetapkan.

Ucapan terima kasih yang tidak terhingga ditujukan kepada Puan Nur Qistina

Binti Abdullah @ Christina Andin, selaku penyelia projek ini di atas keperihatinan

beliau menyemak, menyumbangkan idea, memberikan teguran, nasihat, bimbingan

serta dorongan sepanjang di bawah penyeliaan beliau. Beliau juga tidak pernah jemu

memberikan contoh-contoh penulisan yang berkualiti sebagai panduan.

Penghargaan ini juga ditujukan khas buat Kementerian Pendidikan Malysia,

Jabatan Pelajaran Selangor, Pengetua sekolah serta guru-guru yang sanggup

meluangkan masa mereka untuk memberi laluan kepada penyelidik membuat kajian

ke atas pelajar-pelajar mereka. Seterusnya ucapan terima kasih kepada semua pihak

yang terlibat secara langsung mahu pun tidak langsung semasa melaksanakan kajian

ini.

Buat rakan-rakan seperjuangan, terima kasih di atas segala dorongan dan

bantuan kalian sepanjang persahabatan kita .

Page 7: PILIHAN EKONOMI RUMAH TANGGA DI KALANGAN PELAJAR … · Kejayaan ini cabaran buat kalian. Teruskan jalan yang ku rintis ini Sehingga ke puncak jaya. Untuk semua keluarga, sanak saudara

v

ABSTRAK

Kemahiran Hidup merupakan satu mata pelajaran yang mempunyai pelbagai

pilihan elektif bagi memudahkan pelajar membuat pilihan mengikut minat mereka.

Setiap elektif mempunyai kerja kursus yang perlu disiapkan dalam jangka masa yang

ditetapkan mengikut kriteria-kriteria tertentu. Kerja kursus yang tidak berkualiti akan

menjejaskan prestasi pelajar dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah. Oleh

itu kajian ini dibuat bertujuan untuk mengenal pasti faktor-faktor yang menyebabkan

kerja kursus jahitan tidak menepati syarat-syarat yang ditetapkan. Antara faktor

yang ingin dikaji ialah faktor pengurusan masa, minat pelajar, kemahiran sedia ada

pada pelajar berkaitan penggunaan mesin jahit dan kemudahan peralatan serta bahan

yang disediakan kepada pelajar untuk melaksanakan kerja kursus jahitan. Seramai

30 orang pelajar dari tingkatan satu dan 50 orang pelajar dari tingkatan dua dipilih

sebagai responden. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini ialah set soal selidik

yang mengandungi dua bahagian. Bahagian A berkaitan dengan latar belakang

responden dan bahagian B mengandungi item-item yang berkaitan dengan kajian

yang dijalankan. Data-data yang diperolehi diproses dengan menggunakan perisian

Statistical Package For Sosial Science Version 14.0 ( SPSS 14.0). Hasil kajian

menunjukkan pelajar mempunyai minat yang tinggi ( 82.6% ) dalam perlaksanaan

kerja kursus. Walau bagaimana pun, kekurangan kemahiran sedia ada pelajar dan

kekurangan kemudahan yang disediakan menyebabkan kerja kursus yang dihasilkan

tidak berkualiti. Akhir sekali beberapa cadangan dikemukakan kepada pihak

Kementerian, pihak sekolah, guru-guru dan pelajar sebagai alternatif untuk

melancarkan perlaksanaan kerja kursus dan produk kerja kursus yang dihasilkan

berkualiti tinggi selaras dengan kehendak Kementerian Pelajaran Malaysia.

Page 8: PILIHAN EKONOMI RUMAH TANGGA DI KALANGAN PELAJAR … · Kejayaan ini cabaran buat kalian. Teruskan jalan yang ku rintis ini Sehingga ke puncak jaya. Untuk semua keluarga, sanak saudara

vi

ABSTRACT

Living Skill is a subject in school with various elective choices to let the

student choose according to their field of interest. Each elective comes with

coursework which is need to be finished in the time allocated and must meet the

criteria’s given. Coursework that did not meet the criteria’s will affect the students

result in PMR. So, this research is carried out to identify the factors that make the

students unable to fulfill the criteria’s given in sewing coursework. Factors like time

management, the student’s interest, ability and their skill in using the sewing

machine, facilities and materials prepared are taken into consideration in conducting

this research. 30 students in form one and 50 students in form two are chosen as

respondents. The instrument used is questionnaires set which consist of two sections.

Section A is about the respondent particulars and section B contains items used in

this research. The data obtained are processed using SPSS 14.0 software. The

research shows that the students have high level of interest (82.6%) in finishing their

coursework, but with the lack of skill and facilities effect the performance in

finishing their coursework. lastly, some suggestions are recommended to the

ministry, the school, the teachers and also the students as an alternative to improve

the application of coursework in school and at the same time improve the quality of

coursework product needed by the Ministry of Education.

Page 9: PILIHAN EKONOMI RUMAH TANGGA DI KALANGAN PELAJAR … · Kejayaan ini cabaran buat kalian. Teruskan jalan yang ku rintis ini Sehingga ke puncak jaya. Untuk semua keluarga, sanak saudara

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

PENGESAHAN STATUS TESIS

PENGESAHAN PENYELIA

HALAMAN JUDUL

PENGAKUAN PENYELIDIK

DEDIKASI

PENGHARGAAN

ABSTRAK

ABSTRACT

KANDUNGAN

SENARAI JADUAL

SENARAI RAJAH

SENARAI SINGKATAN

SENARAI LAMPIRAN

ii

iii

iv

v

vi

vii

xi

xii

xiii

xvi

1 PENDAHULUAN 1

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.3 Pernyataan Masalah 6

1.4 Objektif Kajian 6

Page 10: PILIHAN EKONOMI RUMAH TANGGA DI KALANGAN PELAJAR … · Kejayaan ini cabaran buat kalian. Teruskan jalan yang ku rintis ini Sehingga ke puncak jaya. Untuk semua keluarga, sanak saudara

viii

1.5 Persoalan Kajian 7

1.6 Kepentingan Kajian 7

1.7 Batasan Kajian 8

1.8 Skop Kajian 8

1.9 Definisi Istilah 9

1.9.1 Persepsi 9

1.9.2 Pengurusan 9

1.9.3 Masa 9

1.9.4 Pengurusan masa 10

1.9.5 Amali 10

1.9.6 Kerja kursus 10

1.9.7 Perlaksanaan 11

1.9.8 Minat 11

1.9.9 Guru 11

1.9.10 Pelajar 11

1.9.11 Kemahiran Hidup 12

1.9.12 Kemahiran Hidup Elektif 12

1.9.13 Kemahiran Sedia Ada 12

1.10 Penutup 12

2 SOROTAN KAJIAN 13

2.1 Pengenalan 13

2.2 Mata pelajaran Kemahiran Hidup 13

2.3 Kerja Kursus 16

2.3.1 Penilaian kerja kursus 18

2.3.2 Pengendalian markah kerja

kursus

18

Page 11: PILIHAN EKONOMI RUMAH TANGGA DI KALANGAN PELAJAR … · Kejayaan ini cabaran buat kalian. Teruskan jalan yang ku rintis ini Sehingga ke puncak jaya. Untuk semua keluarga, sanak saudara

ix

2.4 Faktor minat 19

2.5 Faktor masa 21

2.6 Perlaksanaan 23

2.7 Kemahiran sedia ada 23

2.8 Peralatan dan bahan 24

2.9 Penutup 25

3 METODOLOGI 26

3.1 Pengenalan 26

3.2 Reka Bentuk Kajian 26

3.3 Tahap-tahap dalam penyelidikan 27

3.4 Populasi dan persampelan 29

3.5 Kajian Rintis 30

3.6 Prosedur Kajian 31

3.7 Instrumen Kajian 32

3.7.1 Bahagian A : Latar belakang 33

3.7.2 Bahagian B : Item soal selidik 33

3.8 Analisis Data 35

3.8 Penutup 36

4 ANALISIS DATA DAN KEPUTUSAN 37

4.1 Pengenalan 37

4.2 Analisis data bahagian A 38

Page 12: PILIHAN EKONOMI RUMAH TANGGA DI KALANGAN PELAJAR … · Kejayaan ini cabaran buat kalian. Teruskan jalan yang ku rintis ini Sehingga ke puncak jaya. Untuk semua keluarga, sanak saudara

x

4.2.1 Analisis responden mengikut

jantina

38

4.2.2 Analisis responden mengikut

bangsa

39

4.2.3 Analisis responden mengikut

umur

39

4.2.4 Analisis responden mengikut

pekerjaan ibu

40

4.2.5 Analisis sebab responden

memilih mengikut pilihan elektif

41

4.2.6 Analisis responden mengikut

pengalaman menggunakan mesin

jahit

41

4.2.7 Analisis responden mengikut

cita-cita

42

4.2.8 Analisis responden mengikut cara

belajar

43

4.3 Analisis data bahagian B 43

4.3.1 Persoalan kajian satu 44

4.3.2 Persoalan kajian dua 46

4.3.3 Persoalan kajian tiga 48

4.3.4 Persoalan kajian empat 50

4.4 Rumusan keseluruhan persoalan kajian 51

4.5 Penutup 53

5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN

CADANGAN

54

5.1 Pengenalan 54

5.2 Perbincangan dapatan kajian bahagian A 55

5.3 Perbincangan dapatan kajian bahagian B 57

Page 13: PILIHAN EKONOMI RUMAH TANGGA DI KALANGAN PELAJAR … · Kejayaan ini cabaran buat kalian. Teruskan jalan yang ku rintis ini Sehingga ke puncak jaya. Untuk semua keluarga, sanak saudara

xi

5.3.1 Perbincangan Persoalan Kajian1 57

5.3.2 Perbincangan Persoalan Kajian 2 59

5.3.3 Perbincangan Persoalan Kajian 3 61

5.3.4 Perbincangan Persoalan Kajian 4 64

5.4 Rumusan 65

5.5 Cadangan Kajian 66

5.5.1 Pihak Kementerian Pendidikan 67

5.5.2 Pihak Pengurusan dan Pentadbiran

Sekolah

67

5.5.3 Guru 68

5.5.4 Pelajar 68

5.6 Cadangan kajian lanjutan 69

5.7 Penutup 69

BIBLIOGRAFI 71

LAMPIRAN

A-E

76

76-93

Page 14: PILIHAN EKONOMI RUMAH TANGGA DI KALANGAN PELAJAR … · Kejayaan ini cabaran buat kalian. Teruskan jalan yang ku rintis ini Sehingga ke puncak jaya. Untuk semua keluarga, sanak saudara

xii

SENARAI JADUAL

NO.

JADUAL

TAJUK MUKA

SURAT

1.1 Mata pelajaran Kemahiran Hidup 2

2.1 Jadual Perlaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah

2007

16

2.2 Peruntukan markah berdasarkan tahun peperiksaan 19

3.1 Taburan saiz sampel 31

3.2 Pekali Alpha Cornbach 32

3.3 Pembahagian item mengikut persoalan kajian 34

3.4 Skala Likert 35

3.5 Pengkelasan pemeringkatan 36

3.6 Klasifikasi statistik mengikut persoalan kajian 36

4.1 Taburan responden mengikut jantina 39

4.2 Taburan responden mengikut bangsa 40

4.3 Taburan responden mengikut umur 40

4.4 Taburan responden mengikut pekerjaan ibu 41

4.5 Taburan sebab responden memilih mengikut pilihan

Elektif ERT

42

4.6 Taburan responden mengikut pengalaman

menggunakan mesin jahit

42

4.7 Taburan responden mengikut cita-cita 43

4.8 Taburan responden mengikut cara belajar 44

4.9 Analisis tentang minat pelajar untuk melaksanakan

Kerja Kursus yang di beri.

45

Page 15: PILIHAN EKONOMI RUMAH TANGGA DI KALANGAN PELAJAR … · Kejayaan ini cabaran buat kalian. Teruskan jalan yang ku rintis ini Sehingga ke puncak jaya. Untuk semua keluarga, sanak saudara

xiii

4.10 Analisis tentang kemahiran sedia ada pelajar berkaitan

dengan selok belok penggunaan mesin jahit

47

4.11 Analisis tentang pengurusan masa yang diperuntukkan

kepada pelajar untuk menyiapkan kerja kursus mereka

49

4.12 Analisis tentang peralatan dan bahan yang disediakan

mencukupi untuk pelajar menyiapkan kerja kursus.

51

Page 16: PILIHAN EKONOMI RUMAH TANGGA DI KALANGAN PELAJAR … · Kejayaan ini cabaran buat kalian. Teruskan jalan yang ku rintis ini Sehingga ke puncak jaya. Untuk semua keluarga, sanak saudara

xiv

SENARAI RAJAH

NO.

RAJAH

TAJUK MUKA

SURAT

3.1 Carta alir tahap penyelidikan 29

4.1 Analisis Keseluruhan Persoalan Kajian 54

Page 17: PILIHAN EKONOMI RUMAH TANGGA DI KALANGAN PELAJAR … · Kejayaan ini cabaran buat kalian. Teruskan jalan yang ku rintis ini Sehingga ke puncak jaya. Untuk semua keluarga, sanak saudara

xv

SENARAI SINGKATAN

ERT - Ekonomi Rumah Tangga

JPN - Jabatan Pendidikan Negeri

KH - Kemahiran Hidup

KMT - Kemahiran Manipulatif Tambahan

LPM - Lembaga Peperiksaan Malaysia

PBS - Pentaksiran Berasaskan Sekolah

PMR - Penilaian Menengah Rendah

PPD - Pejabat Pelajaran Daerah

PPB - Penggredan Berasaskan Kriteria

SPSS - Statistical Package For Sosial Science

UPSR - Unit Penilaian Sekolah Rendah

UPP Unit Penyelarasan Peperiksaan

Page 18: PILIHAN EKONOMI RUMAH TANGGA DI KALANGAN PELAJAR … · Kejayaan ini cabaran buat kalian. Teruskan jalan yang ku rintis ini Sehingga ke puncak jaya. Untuk semua keluarga, sanak saudara

xvi

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Dokumen Pentaksiran Kerja Kursus 76

B Surat Pengesahan Pelajar 81

C Surat Pengesahan Kementerian

Pendidikan Malaysia

83

D Surat Pengesahan Pakar 86

E Borang Soal Selidik 88

Page 19: PILIHAN EKONOMI RUMAH TANGGA DI KALANGAN PELAJAR … · Kejayaan ini cabaran buat kalian. Teruskan jalan yang ku rintis ini Sehingga ke puncak jaya. Untuk semua keluarga, sanak saudara

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Falsafah Pendidikan Negara menjelaskan bahawa pendidikan merupakan satu

usaha yang berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu, secara

menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis

dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan

kepada Tuhan. Berasaskan falsafah pendidikan ini, mata pelajaran Kemahiran Hidup

diperkenalkan pada tahun 1989 bagi menggantikan Pendidikan Aneka Jurusan yang

telah dilaksanakan sejak tahun 1965.

Kemahiran Hidup adalah satu mata pelajaran yang merangkumi kemahiran-

kemahiran asas yang dibekalkan kepada pelajar untuk membolehkannya bertindak

mengendalikan hidup secara produktif dalam dunia teknologi dan maklumat yang

kompleks (Kementerian Pendidikan, 1989).

Antara objektif Kemahiran Hidup adalah untuk membolehkan pelajar-pelajar:

a. Memperolehi pengetahuan dan memperkembangkan kemahiran asas yang

berteraskan kenal faham teknologi untuk berfungsi secara berkesan dalam

urusan di rumah dan tempat kerja.

b. Memupuk sifat kreatif, inovatif, suka berusaha, jujur, berkerjasama dan

mengamalkan cara-cara bekerja yang sistematik dan bertanggungjawa

Page 20: PILIHAN EKONOMI RUMAH TANGGA DI KALANGAN PELAJAR … · Kejayaan ini cabaran buat kalian. Teruskan jalan yang ku rintis ini Sehingga ke puncak jaya. Untuk semua keluarga, sanak saudara

2

c. Menjalankan kerja buat sendiri, menyenggara dan membaik pulih dan

mempunyai potensi ke arah menjadi usahawan.

Adalah diharapkan bahawa pelajar yang mengikuti pelajaran ini boleh

mengalami kehidupan yang baik dalam dunia teknologi yang kompleks dan sentiasa

berubah mengikut peredaran zaman. Secara tidak langsung, pelajaran ini bertujuan

mendedahkan pelajar kepada pendidikan prateknik dan vokasional serta alam

pekerjaan. Pendidikan teknik dan vokasional boleh menyediakan pelajar bagi

memenuhi alam pekerjaan dan kemahiran hidup (Persatuan Vokasional Amerika).

Mengikut Lauglo dalam Yahya Emat (2005), terdapat dua perspektif berkaitan

dengan pendidikan teknik dan vokasional. Satu ialah pendidikan teknik dan

vokasional yang berasaskan pekerjaan (employment based) dan satu lagi pendidikan

teknik dan vokasional di sekolah (school-based vocational education). Pendidikan

Teknik dan Vokasional di sekolah akedemik biasa dikenali dengan nama Kemahiran

Hidup. Mata pelajaran ini telah dilaksanakan secara berperingkat-peringkat pada

tahun 1989 hingga 1990 dan mengandungi aspek-aspek teras dan pilihan seperti yang

dipaparkan dalam Jadual 1.1.

Jadual 1.1 Mata Pelajaran Kemahiran Hidup

MATA PELAJARAN TERAS MATA PELAJARAN PILIHAN

(Satu Sahaja)

1. Perdagangan dan Keusahawanan 1. Kemahiran Manipulatif Tambahan

2. Kemahiran Manipulatif 2. Ekonomi Rumah Tangga

3. Kekeluargaan 3. Pertanian

Di dalam pilihan Ekonomi Rumah Tangga (ERT) pelajar tingkatan satu akan

didedahkan dengan topik-topik jahitan untuk kerja kursus seperti memanjang dan

memendekkan pola, menjahit skirt berkasing, menjahit hiasan pada skirt, jenis-jenis

kelim, penghilang gelembung dan penyudah tepi. Bagi pelajar tingkatan dua pula

akan membuat kerja kursus berkaitan dengan blaus seperti mengubahsuai pola asas

badan dengan lengan, memanjang dan memendekkan pola badan serta menjahit

hiasan pada blaus. Kerja-keja seperti inilah yang memerlukan kemahiran pelajar

menggunakan mesin jahit.

Page 21: PILIHAN EKONOMI RUMAH TANGGA DI KALANGAN PELAJAR … · Kejayaan ini cabaran buat kalian. Teruskan jalan yang ku rintis ini Sehingga ke puncak jaya. Untuk semua keluarga, sanak saudara

3

Kerja kursus jahitan dinilai oleh guru mata pelajaran di sekolah masing-

masing. Markah kerja kursus tingkatan satu akan dikumpulkan bersama kerja kursus

tingkatan dua dan tiga. Markah kerja kursus terkumpul (40%) ini akan dicampurkan

dengan markah dalam peperiksaan PMR akan datang. Oleh sebab itu kerja kursus

ini amat penting untuk memastikan seseorang pelajar mendapat A dalam mata

pelajaran Kemahiran Hidup di dalam peperiksaan PMR. Untuk melancarkan

perlaksanaan kerja kursus beberapa faktor perlu diberi perhatian seperti penyediaan

kemudahan asas contohnya mesin jahit, alat menggunting, alat mengukur dan

sebagainya yang diperlukan dalam perlaksanaan kerja kursus jahitan. Selain itu,

kemahiran sedia ada pada pelajar terutama kemahiran menggunakan mesin jahit amat

penting bagi pelajar untuk menyiapkan kerja kursus ini. Jika faktor-faktor ini tidak

diberi perhatian ia akan menjejaskan kualiti kerja kursus. Oleh itu, timbul masalah

seperti pelajar mengupah orang, meminta pertolongan ibu, meminta bantuan kawan

atau mengambil jalan ringkas menghantar kerja kursus yang tidak siap.

1.2 Latar Belakang Masalah

Banyak rungutan yang diterima dari guru-guru khususnya, guru-guru

Kemahiran Hidup pilihan ERT tentang perlaksanaan kerja kursus oleh pelajar-pelajar

tingkatan satu dan tingkatan dua. Antara rungutan yang diterima ialah kerja kursus

yang dihantar kepada guru tidak dilakukan dengan sempurna. Mengikut guru ERT di

sekolah yang dikaji, kerja kursus yang diterima tidak siap dengan sempurna, tiada

kekemasan dan pelajar seolah-olah menyiapkannya dalam masa yang singkat, tiada

kemahiran, tiada pengetahuan dan tiada peralatan yang mencukupi.

Selain itu, guru-guru juga melaporkan bahawa para pelajar menunjukkan

minat yang tinggi terhadap mata pelajaran ini, terutamanya dalam bahagian amali

(Sulaiman 2000). Tetapi kejayaan mata pelajaran ini sebenarnya bergantung kepada

beberapa faktor. Faktor pertama ialah kemudahan yang diperlukan. Pada masa ini,

bilik darjah dan bengkel amat berkurangan. Bilik darjah yang terlalu padat,

mengandungi lebih daripada 40 orang pelajar di sekolah-sekolah bandar, merupakan

satu halangan bagi pengajaran yang berkesan. Alat-alat untuk subjek ERT juga tidak

Page 22: PILIHAN EKONOMI RUMAH TANGGA DI KALANGAN PELAJAR … · Kejayaan ini cabaran buat kalian. Teruskan jalan yang ku rintis ini Sehingga ke puncak jaya. Untuk semua keluarga, sanak saudara

4

mencukupi. Pada tahu 1989 sebanyak 18% daripada sekolah yang mengajar

Kemahiran Hidup tidak mempunyai bilik ERT.

Terdapat juga guru yang memberi komen bahawa kerja kursus yang dihantar

bukan hasil kerja pelajar sendiri. Masalah ini dapat dikesan apabila guru

membandingkan kualiti kerja dalam bilik darjah dengan kualiti kerja yang disiapkan

di rumah. Ini diperkukuhkan lagi dengan kajian Widad dan Hadzir (1996),

menyatakan, terdapat penjaga atau keluarga kepada pelajar melakukan sepenuhnya

kerja kursus yang sepatutnya dilakukan sendiri oleh pelajar tersebut. Akibatnya

pembelajaran yang terancang dan sempurna tidak berlaku, di mana pelajar berkenaan

tidak mendapat ilmu secara teori atau amali. Jika perkara ini berlanjutan maka

objektif mata pelajaran Kemahiran Hidup untuk melahirkan pelajar yang seimbang

dari segi kemahiran tidak akan tercapai.

Permasalahan yang dibincangkan menimbulkan beberapa persoalan berkaitan

dengan faktor masa. Masa yang diberi kepada pelajar untuk menyiapkan kerja

kursus ialah dari bulan Januari hingga bulan Oktober mengikut jadual waktu

(Panduan Penilaian Kerja Kursus Kemahiran Hidup pilihan ERT 2006). Dalam masa

inilah pelajar juga terpaksa melakukan kerja-kerja lain selaras dengan mata pelajaran

yang diambil. Persoalannya sekarang ialah bolehkah pelajar membahagikan masa

dengan betul supaya masa untuk menjalani kerja kursus tidak digunakan untuk mata

pelajaran yang lain atau perkara-perkara yang tidak bersangkutan dengan kerja

kursus.

Perkara kedua ialah tentang kemahiran sedia ada. Kemahiran sedia ada

pelajar tentang penggunaan mesin jahit memudahkan mereka menjalani kerja kursus

dan tidak perlu mengambil masa yang lama untuk menyesuaikan diri dengan cara

penggunaan mesin. Ini disokong oleh Gagne (1985), yang menekankan pada

kemahiran prasyarat sebelum satu-satu kemahiran baru dapat dipelajari. Dengan kata

lain setiap pelajar memulakan satu tugasan pembelajaran dengan pengetahuan sedia

ada yang berlainan. Bagi menjamin keberkesanan, setiap pelajaran seharusnya

mengambil kira apa yang telah diketahui dan apa yang perlu diketahui.

Page 23: PILIHAN EKONOMI RUMAH TANGGA DI KALANGAN PELAJAR … · Kejayaan ini cabaran buat kalian. Teruskan jalan yang ku rintis ini Sehingga ke puncak jaya. Untuk semua keluarga, sanak saudara

5

Menurut Gagne lagi, murid hanya sedia untuk mempelajari sesuatu yang baru

apabila dia telah menguasai kemahiran-kemahiran prasyarat yang diperlukan untuk

mempelajari tugasan yang baru. Dewasa ini ramai pelajar tingkatan satu yang tidak

mempunyai kemahiran untuk menggunakan mesin jahit. Situasi ini mungkin boleh

menyebabkan mereka sukar menerima tunjuk ajar daripada guru dalam masa yang

ditetapkan. Dengan itu, adalah jelas bahawa pengetahuan sedia ada pada murid

amat penting dan perlu untuk pembelajaran yang berkesan.

Perkara ketiga adalah tentang minat. Tujuan kajian ini adalah untuk

mengetahui sama ada pelajar berminat untuk menjalankan kerja kursus

memandangkan timbulnya rungutan guru tentang ketidaksempurnaan kerja kursus

yang diserah kepada mereka. Minat merupakan daya penggerak utama yang

menjamin kejayaan seseorang (Crow and Crow, 1986). Minat dan kecenderungan

memainkan peranan penting untuk mempengaruhi pencapaian pembelajaran

seseorang. Jika pelajar berminat dengan kerja kursus mereka, sudah pasti mereka

akan melakukannya dengan bersungguh-sungguh supaya hasilnya memuaskan hati

pelajar dan guru selaras dengan kehendak Kementerian Pelajaran.

Seterusnya peralatan dan bahan merupakan perkara penting yang perlu diberi

perhatian oleh guru. Contohnya mesin jahit. Biasanya satu mesin jahit yang

dibekalkan di sekolah harus diguna untuk satu hingga dua orang pelajar dan

selalunya mesin jahit ini mempunyai masalah teknikal. Kadang kala pelajar yang

tidak mempunyai kemahiran menggunakan mesin akan menyebabkan kerosakkan

pada mesin jahit. Dalam program Kemahiran Hidup peralatan dan bengkel

merupakan faktor yang penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Jaafar

(1995), menyatakan bahawa peralatan untuk kegunaan pelajar tidak mencukupi

kerana bilangan pelajar terlalu ramai. Masalah seperti ini selalu terjadi di sekolah-

sekolah menyebabkan pelajar hilang minat untuk membuat kerja-kerja amali. Faktor

ini mugkin juga menyebabkan kerja kursus yang dihantar kepada guru tidak

berkualiti.

Page 24: PILIHAN EKONOMI RUMAH TANGGA DI KALANGAN PELAJAR … · Kejayaan ini cabaran buat kalian. Teruskan jalan yang ku rintis ini Sehingga ke puncak jaya. Untuk semua keluarga, sanak saudara

6

1.3 Pernyataan Masalah

Sehubungan dengan itu, satu kajian perlu dijalankan untuk meninjau

fenomena ini. Kajian ini penting untuk mengenalpasti apakah faktor-faktor sebenar

yang menyebabkan pelajar tidak dapat menyiapkan kerja kursus mereka dengan

kemas dan sempurna seperti yang ditetapkan. Terdapat juga di kalangan mereka

yang mengupah orang perseorangan atau meminta pertolongan ibu untuk

menyiapkan kerja kursus jahitan.

Berdasarkan kepada latar belakang masalah di atas, kajian ini adalah

bertujuan untuk mengkaji perlaksanaan kerja kursus di salah sebuah Sekolah

Menengah di Daerah Gombak, khususnya dari segi minat pelajar, kemahiran pelajar

menggunakan mesin jahit, cara pengurusan masa yang diperuntukkan kepada mereka

dan juga keberkesanan penggunaan alatan dan bahan.

1.4 Objektif

Di dalam kajian ini penyelidik akan :

a) Mengenalpasti minat pelajar dalam melaksanakan kerja kursus jahitan.

b) Mengenalpasti sama ada pelajar mempunyai kemahiran sedia ada

berkaitan dengan penggunaan mesin jahit.

c) Mengetahui persepsi pelajar tentang teknik pengurusan masa ketika

perlaksanaan kerja kursus.

d) Mengenalpasti persepsi pelajar berkaitan dengan peralatan dan bahan

yang dibekalkan kepada mereka untuk menjalani kerja kursus.