pil perancang kecemasan tidak boleh digunakan secara ... · apakah kesan sampingan pengambilan pil...

2
Kontraseptif Kecemasan Kontraseptif Kecemasan Bagaimanakah menggunakan pil perancang kecemasan? Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyarankan penggunaan pil perancang kecemasan yang mengandungi levonorgestrel. Pil ini diambil sebagai dos tunggal (1.5mg) dalam tempoh 5 hari (120 jam) selepas hubungan seks tanpa perlindungan. Sesetengah pil perancang kecemasan mengandungi dua dos (0.75mg per dos). Dos pertama perlu diambil selepas hubungan seks tanpa perlindungan (dalam 120 jam) dan dos kedua perlu diambil selepas 12 jam. Terdapat pelbagai jenama pil kecemasan di klinik perancangan keluarga atau farmasi. Pil harus diambil setelah mendapat nasihat doktor atau ahli farmasi. Pil ini harus diambil selepas makan untuk mengurangkan rasa loya. Jika muntah dalam tempoh 2 jam selepas mengambil pil, sila ulangi dos tersebut. Pil perancang kecemasan tidak boleh digunakan secara rutin untuk mencegah kehamilan. Kontraseptif lain yang biasa digunakan seperti kondom, pil perancang keluarga, suntikan, IUCD, vasektomi, ikat rahim dan sebagainya adalah lebih berkesan dan mempunyai kesan sampingan yang kurang. Jika anda mahu mendapatkan maklumat lanjut mengenai kontraseptif atau anda mempunyai masalah menggunakan kaedah perancang keluarga bincanglah dengan doktor anda.

Upload: vuongkhanh

Post on 29-Aug-2019

235 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Kontraseptif Kecemasan

Kontraseptif Kecemasan

Bagaimanakah menggunakan pil perancang kecemasan?

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyarankan penggunaan pil perancang kecemasan yang mengandungi levonorgestrel. Pil ini diambil sebagai dos tunggal (1.5mg) dalam tempoh 5 hari (120 jam) selepas hubungan seks tanpa perlindungan.

Sesetengah pil perancang kecemasan mengandungi dua dos (0.75mg per dos). Dos pertama perlu diambil selepas hubungan seks tanpa perlindungan (dalam 120 jam) dan dos kedua perlu diambil selepas 12 jam.

Terdapat pelbagai jenama pil kecemasan di klinik perancangan keluarga atau farmasi. Pil harus diambil setelah mendapat nasihat doktor atau ahli farmasi.

Pil ini harus diambil selepas makan untuk mengurangkan rasa loya. Jika muntah dalam tempoh 2 jam selepas mengambil pil, sila ulangi dos tersebut.

Pil perancang kecemasan tidak boleh digunakan secara rutin untuk mencegah kehamilan. Kontraseptif lain yang biasa digunakan seperti kondom, pil perancang keluarga, suntikan, IUCD, vasektomi, ikat rahim dan sebagainya adalah lebih berkesan dan mempunyai kesan sampingan yang kurang. Jika anda mahu mendapatkan maklumat lanjut mengenai kontraseptif atau anda mempunyai masalah menggunakan kaedah perancang keluarga bincanglah dengan doktor anda.

Apakah itu kontraseptif kecemasan?Kontraseptif kecemasan digunakan jika wanita melakukan hubungan seks tanpa perlindungan atau timbul masalah dengan kontraseptif digunakan. Contohnya seperti kondom bocor atau terlupa makan pil perancang keluarga.

Kontraseptif kecemasan yang biasa digunakan ialah pil perancang kecemasan yang mengandungi levonorgestre. Di dalam sesetengah kes, alat dalam rahim (IUCD) juga boleh digunakan sebagai kontraseptif kecemasan.

Apakah itu pil perancang kecemasan?Pil perancang kecemasan mengandungi hormon yang sama seperti dalam sesetengah pil perancang keluarga. Namun pil perancang kecemasan digunakan bagi tujuan berbeza.

Bagaimana pil perancang kecemasan berfungsi?Pil perancang kecemasan boleh menghalang atau melambatkan pengeluaran telur (ovulasi). Ia juga boleh menghasilkan mukus pada pangkal rahim (serviks) yang menghalang sperma dari bersenyawa dengan telur (ovum). Namun, pil perancang kecemasan tidak menyebabkan keguguran.

Bilakah wanita boleh menggunakan pil perancang kecemasan?Pil perancang kecemasan boleh digunakan dalam tempoh 5 hari (120jam) selepas hubungan seks tanpa perlindungan. Ia paling berkesan jika diambil dalam tempoh 24 jam pertama. Keberkesanannya adalah 98.5% jika diambil dalam tempoh 72 jam. Selepas 72 jam, penggunaan IUCD perlu dipertimbangkan.

Adakah semua wanita boleh mengambil pil perancang kecemasan?Tiada percanggahan perubatan yang dikenalpasti dalam pengambilan pil perancang kecemasan.

Adakah ubat-ubatan lain akan berinteraksi dengan pil kecemasan?Keberkesanan pil kecemasan boleh berkurang jika wanita mengambil ubat-ubatan tertentu seperti rifampisin, griseofulvin dan barbiturat. IUCD boleh menjadi kaedah kontraseptif alternatif bagi wanita terlibat.

Bagaimana jika wanita tidak mengalami haid atau mengalami sakit di bahagian pinggul?Jika darah haid kurang atau lewat lebih daripada 7 hari, ada kemungkinan wanita mengandung. Jika mengalami sakit di bahagian pinggul, wanita perlu berjumpa dengan doktor.

Jika pil perancang kecemasan tidak berkesan dan wanita hamil, adakah kehamilan itu terjejas?Risiko kehamilan terjejas adalah sangat kurang. Wanita tidak perlu menamatkan kehamilan atas sebab ini.

Adakah wanita akan dilindungi sekiranya melakukan seks tanpa perlindungan selepas pengambilan pil perancang kecemasan?Jika anda melakukan hubungan seks seterusnya tanpa perlindungan selepas 12 jam mengambil pil perancang kecemasan dalam kitaran yang sama, ia tidak akan melindungi wanita. Wanita perlu mengulangi dos atau menggunakan kontraseptif lain seperti kondom, pil perancang keluarga, suntikan, implan, tampalan kontraseptif, IUCD dan sebagainya. Sila jumpa dengan doktor untuk memilih kontraseptif yang sesuai. Dos berulang pil perancang kecemasan boleh diberikan tetapi ini tidak digalakkan kerana ianya akan menganggu kitaran haid dan pil akan menjadi kurang berkesan berbanding kaedah kontraseptif yang lain.

Apakah kesan sampingan pengambilan pil perancang kecemasan? Kira-kira 15% akan berasa loya dan 1.4% mengalami muntah-muntah. Pil ini perlu diambil semula sekiranya seseorang itu muntah dalam tempoh 2 jam selepas pengambilan pil tersebut. Sesetengah wanita juga boleh rasa letih, payudara tegang atau mengalami pendarahan untuk beberapa hari selepas mengambil pil tersebut. Kebanyakan wanita juga akan datang haid seperti biasa atau lebih awal pada kali yang seterusnya.

Adakah pil kecemasan mencegah penyakit jangkitan seksual?Tidak. Pil perancang kecemasan tidak melindungi seseorang daripada HIV dan penyakit seksual seperti sifilis, gonorea, chlamydia dan herpes. Jika seseorang merasa bimbang kemungkinan telah dijangkiti HIV atau penyakit jangkitan seksual sila berjumpa dengan petugas kesihatan.

Bilakah IUCD digunakan sebagai kaedah kontraseptif kecemasan?IUCD boleh dimasukkan dalam tempoh 5 hari selepas hubungan seks tanpa perlindungan atau 5 hari selepas ovulasi (hari ke-19 bagi wanita yang mempunyai 28 hari kitaran haid). Kaedah ini 99%berkesan. IUCD boleh digunakan sebagai kontraseptif biasa selama beberapa tahun. Ia mungkin menjadi satu pilihan untuk wanita yang mencari kaedah kontraseptif untuk jangka masa panjang. Namun, IUCD tidak sesuai untuk wanita yang mempunyai atau berisiko dijangkiti penyakit jangkitan seksual.

Bagaimanakah IUCD berfungsi sebagai kontrasep-tif kecemasan?IUCD berfungsi mengelakkan telur dari disenyawakan (implantasi). Kuprum di IUCD juga mempunyai kesan toksik terhadap sperma di mana ia menghalang persenyawaan. Namun ini tidak menyebabkan keguguran.

Jika IUCD tidak berkesan sebagai kontraseptif kecemasan dan kehamilan berlaku, apa yang wanita perlu lakukan dengan IUCD?Terdapat peningkatan risiko keguguran, pendarahan semasa mengandung, kelahiran pra-matang dan jangkitan melalui penggunaan IUCD jika wanita hamil. IUCD harus dikeluarkan walaupun terdapat risiko kecil untuk keguguran.