pidato tua&muda

3
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam, selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW. Sejambak kasih seharum kasturi buat peneraju majlis, jemaah hakim yang berintegriti, warga pendidik yang disanjungi, seterusnya rakan-rakan seperjuangan yang dihormati. Pucuk manis permatang hati, Pucuk purut harum mewangi, Yang tua dihormati, Yang muda disayangi. Demikianlah tajuk pidato saya yang bakal dikupas buat santapan semua. Sebelum lancang menuju ke muara, sebelum kata membelah bicara, sebelum isi menyusur hujah, izinkan saya mendefinisikan frasa yang membina tajuk pidato agar hadirin terbuka minda, agar hakim tidak terpinga-pinga, dan saya petah berkata-kata. Menurut Kamus Dewan Edisi keempat tua bermaksud orang yang sudah tua atau orang yang dianggap tua seperti ibu bapa. Hormat pula membawa maksud perbuatan yang menunjukkan rasa khidmat atau takzim kepada seseorang. Muda dalam konteks manusia bermaksud anak muda, remaja, belia dan kanak-kanak. Sayang pula membawa makna kasih, rindu dan asyik. Ini dapat difahami bahawa orang yang lebih tua perlu di hormati dan yang muda perlu dikasihi serta disayangi. Hadirin yang bervisi, Kututup rapat pintu definisi, Kubuka pula maksud isi „Yang Tua Dihormati, Yang Muda Disayangi‟. Berdasarkan ungkapan di atas, muncul satu persoalan dibenak fikiran kita. Adakah masih relevan lagi ungkapan tersebut diguna pakai pada zaman ini? Hal ini demikian kerana sikap generasi muda yang sudah hilang rasa hormat dan sopannya kepada generasi tua. Contohnya mereka akan mengeluarkan kata-kata kesat tanpa memikirkan hati dan perasaan orang yang lebih tua daripada mereka. Putera puteri anak pertiwi, Lontaran idea seterusnya berteraskan kata kunci memuliakan orang yang lebih tua. Menghormati orang yang tua bukan hanya budaya, namun ia sebahagian daripada akhlak mulia dan terpuji yang diseru oleh Islam. Hal ini dilakukan dengan cara memuliakannya dan memerhatikan hak-haknya. Nabi Muhammad SAW bersabda:

Upload: mandina

Post on 20-Jul-2015

2.377 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pidato tua&muda

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam, selawat dan salam ke

atas junjungan Nabi Muhammad SAW.

Sejambak kasih seharum kasturi buat peneraju majlis, jemaah hakim yang

berintegriti, warga pendidik yang disanjungi, seterusnya rakan-rakan seperjuangan

yang dihormati.

Pucuk manis permatang hati, Pucuk purut harum mewangi,

Yang tua dihormati, Yang muda disayangi.

Demikianlah tajuk pidato saya yang bakal dikupas buat santapan semua. Sebelum

lancang menuju ke muara, sebelum kata membelah bicara, sebelum isi menyusur

hujah, izinkan saya mendefinisikan frasa yang membina tajuk pidato agar hadirin

terbuka minda, agar hakim tidak terpinga-pinga, dan saya petah berkata-kata.

Menurut Kamus Dewan Edisi keempat tua bermaksud orang yang sudah tua

atau orang yang dianggap tua seperti ibu bapa. Hormat pula membawa maksud

perbuatan yang menunjukkan rasa khidmat atau takzim kepada seseorang. Muda

dalam konteks manusia bermaksud anak muda, remaja, belia dan kanak-kanak.

Sayang pula membawa makna kasih, rindu dan asyik. Ini dapat difahami bahawa

orang yang lebih tua perlu di hormati dan yang muda perlu dikasihi serta disayangi.

Hadirin yang bervisi,

Kututup rapat pintu definisi, Kubuka pula maksud isi

„Yang Tua Dihormati, Yang Muda Disayangi‟. Berdasarkan ungkapan di atas,

muncul satu persoalan dibenak fikiran kita. Adakah masih relevan lagi ungkapan

tersebut diguna pakai pada zaman ini? Hal ini demikian kerana sikap generasi

muda yang sudah hilang rasa hormat dan sopannya kepada generasi tua.

Contohnya mereka akan mengeluarkan kata-kata kesat tanpa memikirkan hati dan

perasaan orang yang lebih tua daripada mereka.

Putera puteri anak pertiwi,

Lontaran idea seterusnya berteraskan kata kunci memuliakan orang yang

lebih tua. Menghormati orang yang tua bukan hanya budaya, namun ia

sebahagian daripada akhlak mulia dan terpuji yang diseru oleh Islam. Hal ini

dilakukan dengan cara memuliakannya dan memerhatikan hak-haknya. Nabi

Muhammad SAW bersabda:

Page 2: Pidato tua&muda

“Barangsiapa tidak menyayangi anak kecil kami & tidak mengenal hak orang tua

kami maka bukan termasuk golongan kami.” (HR. Al-Bukhari)

Warga dewan yang budiman

Dihias indah fakta seterusnya, mendahulukan orang yang lebih tua. Dalam

Islam disyariatkan mendahului orang yang lebih tua dalam beberapa keadaan.

1. Mengimami solat : sabda Rasulullah SAW yang bermaksud

“Bila waktu solat telah tiba, maka hendaklah salah seorang kalian

mengumandangkan azan dan orang yang paling tua mengimami solat

kalian.” (HR. Al-Bukhari )

2. Dalam berbicara dan memberi pendapat. Perlu kita mendahulukan orang

yang lebih tua dalam kata-kata dan mengajukan pendapat.

3. Dalam pemberian. Kita perlu mendahulukan mereka yang lebih tua

sebagaimana dalam hadis Rasulullah yang meminta sahabat mendahulukan

mereka yang lebih tua.

Sidang pendengar budiman,

Menelusi hujah di bawah nirmala kata menyayangi yang muda. Bila orang

yang telah lanjut usia mendapat hak penghormatan dan kemuliaan, demikian pula

dengan anak yang masih kecil, mereka berhak mendapat kasih sayang.

Menyayangi anak kecil merupakan keharusan.

Pernah pada suatu saat Nabi SAW mencium cucunya Hasan bin Ali. Waktu

itu, di sisi Nabi ada seorang bernama Al-Aqra‟ bin Habis At-Tamimi sedang duduk.

Maka Al-Aqra‟ mengatakan: “Sesungguhnya saya memiliki sepuluh anak, tidak

pernah seorang pun yang saya cium.” Maka Rasulullah SAW melihat kepadanya &

mengatakan:

“Orang yang tidak menyayangi maka tidak disayangi (Allah).” (HR. Al-Bukhari )

Page 3: Pidato tua&muda

Tentunya, menyayangi anak-anak kecil tidak hanya terbatas pada anak

sendiri bahkan umum sifatnya iaitu semua kanak-kanak tidak kira bangsa dan

agama. Bentuk menyayangi anak kecil juga banyak. Misalnya, menciumnya,

menggendongnya, mengusap kepalanya, menyapa & menyalaminya, serta

mengucapkan salam kepadanya.

Pada suatu masa Anas bin Malik r.a melewati anak-anak kecil lalu ia

mengucapkan salam kepada mereka. Anas berkata: “Dahulu Rasulullah SAW

melakukan demikian.” (Muttafaqun „alaihi)

Sidang dewan permisi,

Pepatah Melayu ada mengatakan, hendak seribu daya, tak hendak seribu

dalih. Amalan Budi Bahasa Budaya Kita, disemarakkan Agar jutaan rakyat Malaysia

bersama-sama menghayati konsep jati diri dan membetulkan organisasi lantas

menanam dan mengkambus jauh telunjuk lurus kelingking berkait. Didikan ágama

dan kerohanian disemai suburkan dalam diri setiap ahli keluarga dengan akhlak-

akhlak mulia dan mahmudah agar sikap sayang menyayang dalam keluarga dan

masyarakat tidak bertepi. Sudah tentulah puncak kasih akan berpanjangan. Jelas

menunjukkan usaha-usaha telah dilakukan bagi membentuk akhlak mulia dan

akhinya membentuk masyarakat penyayang.

Anak-anak bangsaku,

Konklusinya, bangsa Malaysia mempunyai kekuatan dan kelebihan yang

tersendiri. Nilai-nilai tradisi dan akhlak mulia masih utuh mendasari prinsip yang tua

dihormati yang muda disayangi. Ayuhlah anak-anak bangsaku, kita kekalkan

warisan gemilang selagi hayat di kandung badan. Marilah kita lakarkan potret

kegemilangan Malaysia berpaksikan al-Quran dan Sunnah pada masa hadapan.

Sekian. Salam kasih sayang.

Wabillah hitaufiq walhidayah wassalamualikum WBT.