pidato pendidikan cemerlang negara terbilang

3
Suka saya memetik satu rangkap bait yang berbunyi, mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif, masyarakat yang mempunyai daya perubahan tinggi dan memandang ke hadapan yang bukan sahaja menjadi pengguna teknologi tetapi juga penyumbang kepada tamadun saintifik dan teknologi pada masa hadapan. Itulah cabaran yang keenam yang jelas telah terkandung di dalam wawasan 2020. Mohon bicara. Terima kasih kombinasi hakim yang adil lagi bijaksana yang mendokong kepaksian keadilan, para hadirin dan hadirat yang saya muliakan. Saya tujukan pidato ini buat para guru yang tercinta serta rakan-rakan sepejuang sekalian. Hadirin dan hadirat sekalian. Di Dalam kamus dewan edisi keempat menyatakan bahawa pendidikan merupakan keprihalan mendidik. Cemerlang pula diertikan sebagai bersinar dengan terang, berkilauan dan gilang-gemilang. Negara pula dirujuk sebagai suatu masyarakat yang menduduki kawasan tertentu dan diperintah oleh sebuah kerajaan manakala terbilang pula dirujuk sebagai yang terkenal dan terkemuka. Maka jika digabungkan kata-kata ini maka muncullah satu makna untuk memberi peringatan yang sangat keramat kepada kita semua iaitu bertapa pentingnya pendidikan untuk majukan Negara untuk nusa dan bangsa tercinta. Buai laju-lagu sampai cucur atap , Belum tumbuh gigi sudah pandai baca kitab. Berdirinya saya dihadapan ini adalah untuk menyatakan 3 indikator yang menyokong tajuk ini yang saya akan kupas satu persatu sebentar lagi. Indikator pertama, Pendidikan adalah wadah anjakan paradigma manusia. Cabaran dunia global masa kini memperlihat keupayaan Malaysia bersaing dengan Negara maju dalam pelbagai bidang merangkumi sektor perindustrian, pembuatan, automobil dan sebagainya. Gahnya Negara pada hari ini adalah rentetan sejarah kecemerlangan anak bangsa bermula dengan ketokohan Tunku Abdul Rahman, kebijaksanaan Tun Abdul Razak, keprihatinan Tun Hussein Onn, keterampilan Tun Dr Mahathir, kewibawaan

Upload: mohd-khairuddin

Post on 17-Nov-2015

93 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

pidato

TRANSCRIPT

Suka saya memetik satu rangkap bait yang berbunyi, mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif, masyarakat yang mempunyai daya perubahan tinggi dan memandang ke hadapan yang bukan sahaja menjadi pengguna teknologi tetapi juga penyumbang kepada tamadun saintifik dan teknologi pada masa hadapan. Itulah cabaran yang keenam yang jelas telah terkandung di dalam wawasan 2020.

Mohon bicara. Terima kasih kombinasi hakim yang adil lagi bijaksana yang mendokong kepaksian keadilan, para hadirin dan hadirat yang saya muliakan. Saya tujukan pidato ini buat para guru yang tercinta serta rakan-rakan sepejuang sekalian.Hadirin dan hadirat sekalian.Di Dalam kamus dewan edisi keempat menyatakan bahawa pendidikan merupakan keprihalan mendidik. Cemerlang pula diertikan sebagai bersinar dengan terang, berkilauan dan gilang-gemilang. Negara pula dirujuk sebagai suatu masyarakat yang menduduki kawasan tertentu dan diperintah oleh sebuah kerajaan manakala terbilang pula dirujuk sebagai yang terkenal dan terkemuka. Maka jika digabungkan kata-kata ini maka muncullah satu makna untuk memberi peringatan yang sangat keramat kepada kita semua iaitu bertapa pentingnya pendidikan untuk majukan Negara untuk nusa dan bangsa tercinta.Buai laju-lagu sampai cucur atap ,Belum tumbuh gigi sudah pandai baca kitab.

Berdirinya saya dihadapan ini adalah untuk menyatakan 3 indikator yang menyokong tajuk ini yang saya akan kupas satu persatu sebentar lagi.

Indikator pertama, Pendidikan adalah wadah anjakan paradigma manusia. Cabaran dunia global masa kini memperlihat keupayaan Malaysia bersaing dengan Negara maju dalam pelbagai bidang merangkumi sektor perindustrian, pembuatan, automobil dan sebagainya. Gahnya Negara pada hari ini adalah rentetan sejarah kecemerlangan anak bangsa bermula dengan ketokohan Tunku Abdul Rahman, kebijaksanaan Tun Abdul Razak, keprihatinan Tun Hussein Onn, keterampilan Tun Dr Mahathir, kewibawaan Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi di samping pemimpin lain yang berjasa. Mereka tegak disokong dengan latar belakang pendidikan yang mantap, sahsiah yang dikagumi, disempurnakan lagi dengan kepintaran yang menjadi mekanisme untuk mengubah Malaysia dari sebuah Negara kecil yang sering diperlekehkan menjadi sebuah Negara yang disegani, dihormati dan stabil dari segi ekonomi, politik, sosial dan punya budaya yang unik. Ironinya, Negara besar yang dahulunya menjadikan Malaysia sebagai taklukan kini menganggap Malaysia sebagai contoh dan rakan dalam membangunkan Negara mereka. Sementara itu, tokoh-tokoh ilmuan islam seperti Al-Biruni, Al-Tabrani, Al-Razi dan Al-Farabi misalnya turut mencatatkan kecemerlangan dalam sejarah keagungan dunia sekaligus menjulang kegemilangan empayar islam pada zaman tersebut. Nah, lihatlah betapa pendidikan mampu mengubah martabat bukan sahaja individu malah menjadikan sesebuah Negara itu lebih dihormati.

Pendidikan melahirkan intelek berwibawa dan pemimpin berkarisma.

Konklusinya, Negara yang mempunyai potensi untuk dimajukan jika tidak disokong dengan sistem pendidikan yang mantap umpama tanah subur di ladang yang tidak diusahakan. Benih yang baik juga jika tidak disemai, dibaja dan dijaga dengan sempurna tidak akan memberi apa-apa makna. Tegasnya pendidikan yang berkesan akan melahirkan generasi berakhlak mulia, berilmu, berketerampilan dan berdaya saing untuk meletakkan nama Negara duduk sama rendah berdiri sama tinggi di mata dunia. Oleh itu marilah kita bersama-sama memartabatkan sistem pendidikan Negara. Justeru Pendidikan Cemerlang Negara Terbilang.