pidato gbm

5
Pendidik Berintegriti Penjana Modal Insan Tun Abdullah bin Ahmad Badawi, mantan Perdana Menteri Malaysia yang ke-5 pernah berkata “Modal insan bukan setakat mempunyai ilmu pengetahuan da pelbagai bidang, tetapi ia juga mencakupi aspek peribadi serta akhlak yang tingg ada pada seseorang itu! "alam nada yang serupa,integriti telah mengajar sekalia anak watan Tanah Melayu menuai kudrat membebaskan nusa! Maka benarlah kata #usu$ Al-%hardawi kerana integriti banyak bangsa menjadi dewasa! Begitu juga kat kata penuh berwawasan dari pemimpin tersohor &ndia! Mahatma 'andhi pernah berpesan bahawa dunia ini cukup untuk orang-orang biasa tetapi tidak cukup denga orang yang tamak dah haloba! (ekalung aspresiasi saya kaungkan buat saudara pengerusi, sa$ intel kehakiman penuh berintegriti, di$-di$ kehormat yang dihormati, seterusnya hadiri hadirat yang jauh dimata namun dekat dihati! Bismillahirrahmannirahim pembuka bicara! Assalamualaikum warahmatulhiwabarakatuh, salam ceria ikatan murni! Andai patah sayap rajawali, bertongkat jua saya kemari, datang bukan hendak mencari ca isteri tetapi hendak membawa anda semua memahami, mendalami dan menyelami sebuah modul bicara yang berbunyi Pendidik Berintegriti Penjana Modal & Begitulah indahnya alunan gabungan aksara yang membentuk tajuk pidato saya pada hari ini! (ebelum lidah melontar madah, sebelum tangan tarikan gaya, i)inkan say mende$inisikan tajuk modul bicara saya pada hari ini! Sidang hadirin yang dihormati sekalian, Menurut *amus "ewan +disi *eempat pendidikbermaksud orang yang mendidik! Pendidik yang bertindak sebagai pengajar apa sahaja pelajaran yang baik dan positi$ samada dalam bentuk $ormal atau tidak $ormal umpama sebuah alat yang ber$ungsi sebagai enjin perubahan kepada cara, bentuk, teknik serta impak sistem pendidikan yang telah sedia ada di negeri atau tanah air! Manakala, i bermaksud kejujuran! Menurut "atuk "r (ulaiman Mahhab dalam Pelan &nteg asional P& . telah tercatat secara kasarnya maksud integriti iaitu himpunan ku

Upload: muhamdsyukri

Post on 04-Nov-2015

234 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

fhgddhgjhgdh

TRANSCRIPT

Pendidik Berintegriti Penjana Modal Insan

Tun Abdullah bin Ahmad Badawi, mantan Perdana Menteri Malaysia yang ke-5 pernah berkata Modal insan bukan setakat mempunyai ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang, tetapi ia juga mencakupi aspek peribadi serta akhlak yang tinggi perlu ada pada seseorang itu. Dalam nada yang serupa,integriti telah mengajar sekalian anak watan Tanah Melayu menuai kudrat membebaskan nusa. Maka benarlah kata Yusuf Al-Qhardawi kerana integriti banyak bangsa menjadi dewasa. Begitu juga kata-kata penuh berwawasan dari pemimpin tersohor India. Mahatma Gandhi pernah berpesan bahawa dunia ini cukup untuk orang-orang biasa tetapi tidak cukup dengan orang yang tamak dah haloba.Sekalung aspresiasi saya kaungkan buat saudara pengerusi, saf intelektual kehakiman penuh berintegriti, dif-dif kehormat yang dihormati, seterusnya hadirin dan hadirat yang jauh dimata namun dekat dihati. Bismillahirrahmannirahim pembuka bicara. Assalamualaikum warahmatulhiwabarakatuh, salam ceria ikatan murni. Andai patah sayap rajawali, bertongkat jua saya kemari, datang bukan hendak mencari calon isteri tetapi hendak membawa anda semua memahami, mendalami dan menyelami sebuah modul bicara yang berbunyi Pendidik Berintegriti Penjana Modal Insan . Begitulah indahnya alunan gabungan aksara yang membentuk tajuk pidato saya pada hari ini. Sebelum lidah melontar madah, sebelum tangan tarikan gaya, izinkan saya mendefinisikan tajuk modul bicara saya pada hari ini. Sidang hadirin yang dihormati sekalian,Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat pendidik bermaksud orang yang mendidik. Pendidik yang bertindak sebagai pengajar apa sahaja pelajaran yang baik dan positif samada dalam bentuk formal atau tidak formal umpama sebuah alat yang berfungsi sebagai enjin perubahan kepada cara, bentuk, teknik serta impak sistem pendidikan yang telah sedia ada di negeri atau tanah air. Manakala, integriti pula bermaksud kejujuran. Menurut Datuk Dr Sulaiman Mahhab dalam Pelan Integriti Nasional (PIN) telah tercatat secara kasarnya maksud integriti iaitu himpunan kualiti unggul yang wujud dalam kalangan individu dan kualiti ini berteraskan kepada prinsip berpegang teguh kepada kejujuran dan amalan bermoral tinggi. Seterusnya, modal insan bermaksud sumber intelek yang ada pada diri setiap manusia. Ia menunjukkan seseorang yang berkemahiran, berilmu, berpengetahuan dan mampu menyumbang kebaikan kepada dunia hari ini. Modal insan merupakan sumber yang penting dalam membangunkan sesebuah negaraSidang penonton yang dikasihi,Bicara saya yang pertama ialah guru mempunyai akhlak dan salsiah yang mulia. Murid-murid dibaratkan kain putih dan gurulah yang mencorakkannya. Sama ada kita sedar aau tidak,gurulah yang menjadikan para pelajar seorang yang berguna kepada masyarakat dan negara. Jika tidak, masakan Uthman Awang mencipta sajaknya yang bertajuk Guru oh Guru di mana jika ditafsirkan sajak tersebut, setiap insan yang berjaya dimuka bumi ini adalah hasil tangan seorang guru. Oleh itu,guru harus membentuk murid-murid untuk memiliki akhlak yang mulia dan mempunyai nilai-nilai murni yang tinggi. Nilai-nilai yang perlu diterapkan ialah moral, agama, terminal dan instrumental. Sebagai pendidik, guru wajib mempunyai pekerti mulia yang bukan saja menjamin kecemerlangan pendidikan, juga sebagai modal mentarbiahkan insan. Menurut Menteri Datin Fatimah Abdullah di Pejabat Ketua Menteri di dalam Borneo Post Online, guru adalah contoh terbaik kepada pelajar. Para pelajar cenderung meniru atau mencontohi tingkah laku mereka. Beliau berkata demikian berikutan insiden seorang guru lelaki bersama isterinya diberkas polis kerana disyaki mengedar dadah kepada pelajar tempat dia bertugas. Hal ini sangat memalukan kerana kita sebagai guru bercakap mengenai keburukan pengambilan dadah terlarang sebaliknya kita melakukan sendiri perkara itu. Oleh itu, tiada siapa mahu mendengar kata orang yang alpa, taat kepada pelaku maksiat, apatah lagi menadah ilmu daripada seseorang tidak berakhlak. Jadi, guru seharusnya mempunyai sifat dan kualiti peribadi, profesional, dan sosial yang baik dan murni supaya dapat menjalankan tugas sebagai pendidik dengan sempurna. Sebagai ibu bapa kedua kepada murid-murid, segala nilai dan tingkah laku guru menjadi contoh teladan kepada para pelajar. Sifat sifat mulia yang ditonjolkan oleh guru di sekolah secara tidak langsung akan diterapkan dalam jiwa pelajar. Secara tidak langsung, guru berkenaan akan dapat memupuk beberapa ciri peribadi yang positif melalui amalan-amalannya di dalam bilik darjah dan melahirkan modal insan yang berakhlak mulia sekali gus melahirkan bangsa yang bertamadun.Sidang penonton yang penuh santun,Bicara saya yang kedua ialah Pendidik berintegriti bersifat ikhlas dalam mengajar. Menurut Kamus Dewan Edisi keempat, hati suci,tidak menipu atau tidak berpura. Oleh itu, ikhlas merupakan salah satu daripada amalan hati yang melakukan sesuatu semata-mata mencari keredhaan Allah SWT. Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda, setiap perbuatan bermula dengan niat. Maka, niatlah ikhlas mendidik kerana Allah. Guru yang ikhlas sanggup berkorban masa dan tenaga dan mempunyai sikap membantu dan menyampaikan seberapa banyak ilmu kepada murid-muridnya. Penekanan di sini ialah mengenai sikap dan penampilan guru itu sendiri terhadap konsep ilmu. Guru harus mendalami ilmu sebanyak mungkin supaya dapat menyebarkan ilmu kepada para pelajar bagi melahirkan insan dan warganegara yang berilmu sekali gus melahirkan bangsa yang berkualiti. Dalam era transformasi pendidikan guru hendaklah menghasilkan modal insan yang mampu berfikir secara kreatif dan kritis serta memperkembangkan potensi modal insan dalam semua aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial bagi mencapai pendidikan bertaraf antarabangsa.Warga Dewan yang dirahmati Allah,Bicara saya yang ketiga ialah keadilan guru dalam mendidik. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, adil bermaksud yang atau dengan berdasarkan pertimbangan yang wajar atau berpatutan dan tidak memihak kepada mana-mana serta tidak sewenang-wenangnya memutuskan sesuatu. Allah S.W.T telah berfirman di dalam surah Al-Maidah yang membawa maksud, Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum iaitu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah maha mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan. Sebagai seorang pendidik yang berintegriti, guru haruslah bersikap adil dalam mengajar dan tidak membezakan para pelajarnya dengan memberi layanan yang baik kepada pelajar-pelajar yang mereka suka sahaja. Selain itu, guru-guru tidak boleh membezakan pelajar berdasarkan taraf hidup, kaum, dan agama selaras dengan konsep 1Malaysia yang tidak membezakan masyarakat Malaysia yang telah diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia yang kelima iaitu Datuk Sri Najib Bin Tun Razak. Keadilan guru menjadikan para pelajar berasa selesa dalam menimba ilmu dan di situlah lahirnya pelapis modal insan yang adil dan berkualiti.Sidang hadirin yang dihormati,Bicara saya yang keempat, Dari segi P&P pula, pendidik perlu bertanggungjawab dan mempunyai kewajipan untuk memberi yang terbaik untuk pelajar. Suasana pembelajaran yang menyeronokkan sentiasa difikirkan untuk membentuk modal insan dan pelajar yang terbaik. Oleh itu, guru yang berintegriti dan melaksanakan tugas secara ikhlas mampu merancang P&P yang terbaik demi melahirkan modal insan yang mempunyai mida kelas pertama. Jika seorang guru yang berintegriti bekerja dengan niat yang ikhlas,amanah dan mempunyai sifat penyayang terhadap pelajar, sudah pasti pelajar akan memperolehi didikan yang terbaik setelah meneladani perwatakan guru mereka.Konklusinya, hadirin dan hadirat, dunia pada hari ini sudah penat, menyaksikan masalah sosial yang semakin melarat, seks bebas sudah dijadikan adat, hubungan sejenis mula mendapat tempat, untuk menajdi hebat, ilmu tidak lagi diangkat, sebaliknya korupsi yang menajdi syarat. Adakah ini hanya sekadar untuk dilhat, atau segera untuk diubat. Guru berintegriti melahirkan pelajar berkualiti seterusnya menyelesaikan masalah yang kiat bersakit. Sudah tiba masanya untuk meletakkan satu matlamat, kita hidup bermuafakat dalam kepelbagaian budaya dan masyarakat. Yang ringan sama dijinjing, yang berat sama dipikul, hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah, gunung sama didaki, lurah sama dituruni, semoga, kesedaran kita hari ini dapat memberi peluang kepada anak-anak kita untuk belajar dan diajar. Tidak mengapa kita kehilangan isteri, tetapi jangan sesekali kita kehilangan guru dan harapan bangsa yang kita sayangi.