pidato bm

2
KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA Sekalung penghargaan buat peneraju acara, barisan panel hakim yang arif lagi teguh saksama, penjaga masa yang cakna akan randiknya, warga pendidik bersemangat waja, pesaing yang bijak berbicara dan warga seisi dewan peneraju wawasan negara. Salam sejahtera, salam perpaduan serta salam 1 Malaysia. “Kesetiaan kepada Raja dan Negara” begitulah mauduk wacana saya yang akan saya lontarkan. Sebelum lidah mengalun bicara, minda mengupas wacana, akan saya definisikan mauduk pidato saya pada hari ini. Secara literalnya, menurut Kamus Dewan Edisi ke-4, “kesetiaan” membawa erti keteguhan hati manakala “Raja” ialah orang yang mengetuai dan memerintah sesuatu negara. “Negara” pula bermaksud suatu masyarakat yang menduduki kawasan tertentu dan diperintah oleh sebuah kerajaan. Warga dewan kebanggaan negara, Indikator saya yang pertama di bawah naungan kata, kesetiaan kepada Raja dan Negara terangkum dalam prinsip rukun negara yang kedua. Di negara kita yang berdaulat ini, Raja dan Negara saling berhubung kait dan amat teguh sekali kaitannya. Sebagai rakyat, menjadi tugas hakiki untuk mentaati dan menghormati Raja dan Negara. Namun mana tumpahnya taat setia? Adakah dengan meniti di bibir sahaja? Tepuk dada, tanya selera. Masih ingatkah lagi, saat sesetengah orang mempermainkan lagu Negaraku sebagai bahan gurauan? Warga dewan bangkitlah kita tentang pengkhianat itu. Dengan ini, terbuktilah taat dan sumpah setia kepada Raja dan Negara.

Upload: mira-amira

Post on 26-Sep-2015

222 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

kesetiaan kepada raja dan negara

TRANSCRIPT

KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA

Sekalung penghargaan buat peneraju acara, barisan panel hakim yang arif lagi teguh saksama, penjaga masa yang cakna akan randiknya, warga pendidik bersemangat waja, pesaing yang bijak berbicara dan warga seisi dewan peneraju wawasan negara. Salam sejahtera, salam perpaduan serta salam 1 Malaysia.

Kesetiaan kepada Raja dan Negara begitulah mauduk wacana saya yang akan saya lontarkan. Sebelum lidah mengalun bicara, minda mengupas wacana, akan saya definisikan mauduk pidato saya pada hari ini. Secara literalnya, menurut Kamus Dewan Edisi ke-4, kesetiaan membawa erti keteguhan hati manakala Raja ialah orang yang mengetuai dan memerintah sesuatu negara. Negara pula bermaksud suatu masyarakat yang menduduki kawasan tertentu dan diperintah oleh sebuah kerajaan.Warga dewan kebanggaan negara,

Indikator saya yang pertama di bawah naungan kata, kesetiaan kepada Raja dan Negara terangkum dalam prinsip rukun negara yang kedua. Di negara kita yang berdaulat ini, Raja dan Negara saling berhubung kait dan amat teguh sekali kaitannya. Sebagai rakyat, menjadi tugas hakiki untuk mentaati dan menghormati Raja dan Negara. Namun mana tumpahnya taat setia? Adakah dengan meniti di bibir sahaja? Tepuk dada, tanya selera. Masih ingatkah lagi, saat sesetengah orang mempermainkan lagu Negaraku sebagai bahan gurauan? Warga dewan bangkitlah kita tentang pengkhianat itu. Dengan ini, terbuktilah taat dan sumpah setia kepada Raja dan Negara.

Sidang dewan yang dihormati,Indikator saya yang kedua di bawah kata kunci,Raja Melayu simbol kelestarian sejarah dan warisan negara. Ingatlah warga dewan yang dikasihi, Raja dan rakyat berpisah tiada. Terungkapnya kata-kata itu menandakan wujudnya Raja sebagai sebahagian daripada kesinambungan negara dan dilindungi oleh perlembagaan. Mari kita imbau, kita telusuri aliran sejarah, saat Sultan Alauddin bertitah kepada anakanda Baginda betapa pentingnya jalinan Raja dan rakyat. Tanamkan benih keazaman semaikan segunung tekad jangan biarkan Malayan Union mencengkam kembali.

Pada penghujung bicara jelas dinyatakan, saya suka ingin mengingatkan agar dipahatkan dalam minda bahawa rakyat yang memperlekehkan kesetiaan kepada Raja dan Negara akan meruntuhkan tembok perpaduan yang telah terbina utuh sejak sekian lama. Jauhkanlah anasir yang boleh meruntuhkan ikatan keharmonian yang telah kita bina di bawah satu payung. Di mana bumi dipijak di situ langit kujunjung.Akhir kalam,

Puteri datang bukan dari sebarang negeri,

Datang ke mari berhajat di hati,

Sekianlah sudah pesanan diberi,Izinkan saya mengundur diri,

Petanda hujah tamatlah kini,

Terkhilaf bicara harap dimaafi.

Sekian, terima kasih.