pidato bm

6
WAHDATUL FIKR LAMBANG KESATUAN UMMAH Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud “janganlah kamu semua berselisih yakni berpecah, adapun umat-umat sebelum kamu dahulunya binasa disebabkan mereka berpecah”. Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh, Yang saya hormati saudari / saudara pengerusi Kombinasi intelektual kehakiman yang penuh berintegriti, Rakan-rakan seperjuangan yang cukup berkredibiliti, Seterusnya warga dewan yang dekat di hati. Berdirinya saya di pentas perdana ini dengan penuh iltizam, igin menyebarkan sedikit dogma berpandukan tinta dan wacana para sarjana memerusi mauduk syarahan saya yang bertajuk, “wahdatul fikr lambing kesatuan ummah”. Secara generalisasinya, menurut Dr. Yusof al-Qaradhawi, wahdatul fikr merujuk kepada kesatuan fikiran mengenai permasalahan, penyelesaian dan kaedah untuk menyelesaikan masalah ummah. Maka “wahdatul fikr lambang kesatuan ummah” sebenarnya menuntut kita untuk menghayati dan menginsafi betapa tenatnya masalah perpecahan ummah pada masa kini sehingga kita dikejutkan kembali dengan menyuntik nilai wahdatul fikr dalam diri setiap individu bergelar muslim, agar kesatuan ummah semakin tertegak dan agama islam kekal berdaulat. Kita tidak boleh mengharapkan orang lain untuk memikirkan masalah ummah kerana kitalah yang akan

Upload: cekgu-zaliha

Post on 29-Sep-2015

23 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

WAHDATUL FIKR LAMBANG KESATUAN UMMAH

TRANSCRIPT

WAHDATUL FIKR LAMBANG KESATUAN UMMAH

Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud janganlah kamu semua berselisih yakni berpecah, adapun umat-umat sebelum kamu dahulunya binasa disebabkan mereka berpecah.

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh,Yang saya hormati saudari / saudara pengerusiKombinasi intelektual kehakiman yang penuh berintegriti,Rakan-rakan seperjuangan yang cukup berkredibiliti,Seterusnya warga dewan yang dekat di hati.

Berdirinya saya di pentas perdana ini dengan penuh iltizam, igin menyebarkan sedikit dogma berpandukan tinta dan wacana para sarjana memerusi mauduk syarahan saya yang bertajuk, wahdatul fikr lambing kesatuan ummah.

Secara generalisasinya, menurut Dr. Yusof al-Qaradhawi, wahdatul fikr merujuk kepada kesatuan fikiran mengenai permasalahan, penyelesaian dan kaedah untuk menyelesaikan masalah ummah. Maka wahdatul fikr lambang kesatuan ummah sebenarnya menuntut kita untuk menghayati dan menginsafi betapa tenatnya masalah perpecahan ummah pada masa kini sehingga kita dikejutkan kembali dengan menyuntik nilai wahdatul fikr dalam diri setiap individu bergelar muslim, agar kesatuan ummah semakin tertegak dan agama islam kekal berdaulat. Kita tidak boleh mengharapkan orang lain untuk memikirkan masalah ummah kerana kitalah yang akan menentukan jatuh, bangun dan letak duduk martabat dan maruah ummah di mata dunia.Hadirin sekalian,Bagi mengupas tajuk ini, 3 indikator utama akan saya ajukan. Yang pertama ialah sejarah pengaplikasian wahdatul fikr dalam pembangunan ummah, kedua, usaha yang dicanai dalam memurnikan wahdatul fikr dan yang terakhir, wahdatul fikr diperkasa, ummah terbela.Sidang pendengar yang budiman, Mari bersama saya menelusuri sejarah, pada 17 ramadan tahun kedua hijrah bersamaan 17 mac 624 masihi, tentera islam yang diketuai oleh junjungan besar kita nabi Muhammad SAW yang memperoleh kemenangan dalam peperangan Badr. Kemenangan ini manifestasi daripada kebijaksanaan Nabi SAW yang mengamalkan nilai wahdatul fikr dalam menentukan strategi perang. Buktinya, rasulullah SAW menerima cadangan Hubab r.a untuk menempatkan para tentera muslimin berkawal di tempat yang paling dekat dengan air untuk menyekat sumber bekalan air musuh yang akhirnya membawa kemenangan kepada tentera islam apabila pihak musuh semakin lemah disebabkan kekurangan sumber air. Bukan itu sahaja, malah dalam peperangan khandaq juga wahdatul fikr diaplikasi apabila rasulullah SAW dan para sahabat menerima cadangan Salman Al Farisi untuk membina parit sebagai strategi ketenteraan yang akhirnya membawa kemenangan besar kepada tentera islam. Sejarah kepimpinan rasulullah SAW telah membuktikan bahawa, apabila wahdatul fikr diaplikasi, maka kemenangan pasti akan dikecapi.

Indikator saya yang kedua di bawah lembayung kata, sikap yang disemai dalam memurnikan budaya wahdatul fikr. Sidang pendengar yang dimuliakan,Dalam memurnikan wahdatul fikr, agar budaya ini dapat menjadi batu loncatan untuk mencapai kesatuan ummah, maka sikap kepemimpinan ummah itu sendiri perlu diperkasa. Hal ini kerana, kepimpinan yang berkualiti oleh seorang pemimpin dapat mempengaruhi orang bawahannya ke arah gerak kerja yang cemerlang. Di dalam sebuah hadis riwayat muslim, Rasulullah SAW ada bersabda yang bermaksud Sebaik-baik pemimpin kamu ialah orang yang kamu sayangi mereka dan mereka menyayangi kamu, kamu mendoakan mereka, mereka mendoakan kamu. Sejahat-jahat pemimpin kamu ialah mereka membenci kamu, kamu melaknat mereka, mereka melaknat kamu.Jika melihat sejarah, maka kita akan mendapati sebenarnya pemerintahan dan kepemimpinan Rasulullah s.a.w. dan Khulafa al-Rasyidin merupakan contoh pemerintahan dan kepemimpinanan yang terbaik yang pernah disaksikan di muka dunia ini. Antara ciri-ciri yang menonjol dalam pemerintahan dan kepimpinan Rasulullah s.a.w. dan Khulafa al-Rasyidin adalah keadilan, kesamarataan, kebebasan dan ketelusan. Maka, dalam memurnikan budaya wahdatul fikr, seorang pemimpin perlu mencontohi kepimpinan rasulullah dan para sahabat kerana ciri-ciri kepimpinan inilah yang mengangkat darjat ummah dan membolehkan islam kekal bermaruah.Hadirin yang budiman,Rasulullah SAW bersabda dalam hadis riwayat muslim yang bermaksud, sesungguhnya Allah telah memberi wahyu kepada Aku yang memerintahkan supaya kamu semua bersifat tawaduk sehingga tidak ada seseorang pun merasa dirinya megah dari orang lain dan tidak boleh seseorang itu menzalimi dan melampaui batas terhadap orang lain.Dalam sejarah mencatatkan bahawa, rasulullah SAW sendiri pernah mengutamakan pendapat para Sahabat dam persoalan pengurusan dan pantadbiran, maka siapa kita untuk menjadi angkuh dan tidak menerima pendapat orang lain. Justeru, dalam memurnikan wahdatul fikr, agar menjadi wadah kesatuan ummah, maka sikap dan persepsi ummah perlu diubah. Jika dulu kita angkuh dan mendabik dada kerana memiliki pengetahuan peringkat sarjana, maka hari ini, jika ingin maruah ummah tertegak, kita harus kembali melihat bumi yang dipijak. Bukanlah namanya kesatuan ummah andai individu yang tinggi darjat ilmunya enggan bersaudara dengan individu yang lebih rendah daripadanya. Sikap bertolak ansur dan saling menghormati mesti meresap ke dalam setiap jiwa ummah agar masalah umat silam terpelihara dan kesatuan ummah terjaga. Perkara pokok yang kita perlu sedar dan tahu ialah perancangan yang licik dari musuh islam adalah untuk memecah-belahkan ummah dengan menyebarkan pelbagai fitnah. Sejarah telah mendedahkan bagaimana berpecahnya kerajaan uthmaniah berpunca daripada kelemahan wahdahtul fik apabila sebaran perkauman menjadi agenda perpecahan sehingga wilayah naungan masing-masing menuntut kemerdekaan.Agenda kesatuan ummah tidak akan tertegak jika sikap angkuh sesetengah pihak masih bertapak. Ingatlah, membina kesatuan ummah bukan semudah memetik jari. Ianya menuntut pertumpahan darah dan kerahan keringat rasulullah dan para sahabat. Jangan sampai, ayam ditambat disambar helang, jangan sampai padi di tanam menjadi lalang.

Hadirin hadirat penuh hormat,

Indikator saya yang terakhir ialah wahdatul fikr dibudaya, ummah terbela.

Surah al hujurat ayat 10 yang bermaksud, sesungguhnya orang mukmin itu bersaudara.Ikatan persaudaraan dalam kumpulan atau badan islam adalah suatu kekuatan apabila lahirnya kesatuan hati dan fikiran antara saudara islam. Janganlah kita mencari alasan bahawa jemaah kita lebih islam daripada jemaah yang lain. Sepertimana sifat manusia yang serba kekurangan, maka jemaah yang dibentuk oleh manusia juga mencermikan keadaan yang sama. Kita terima kelemahan itu dengan harapan jemaah yang kuat akan saling melengkapi umpama aur dan tebing. Lupakan persengketaan, marilah kita membina kekuatan ummah melalui sumbangan dan hasil kerja ke arah kesatuan ummah. Firman Allah dalam surah al anfal yang bermaksud Dialah yang memperkuatkanmu dengan pertolonganNya dan mukmin dan menyatukan hati mereka. Walaupun kamu membelanjakan kekayaan yang ada di bumi, nescaya kamu tidak dapat menyatukan hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatukan hati mereka. Sesungguhnya Dia Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.