pibg teks

5
SEKOLAH MENENGAH PENDIDIKAN KHAS PERSEKUTUAN PULAU PINANG MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE- DISEDIAKAN OLEH : CIK ZAHIDA BINTI AMIN/ PUAN NURUL AKHMAR BINTI KERYA (jika pengerusi PIBG tidak mengambil penuh perjalanan mesyuarat) BI L AGENDA TINDAKAN/ UCAPAN/PENGUMUMAN CATATAN 1. Ucapan Pengerusi Majlis Assalamualaikum dan selamat malam Yang dihormati : 1) _______________________________________ 2) _______________________________________ 3) _______________________________________ 4) _______________________________________ 5) _______________________________________ 6) _______________________________________ 7) _______________________________________ 8) _______________________________________ 9) _______________________________________

Upload: zahida-amin

Post on 21-Nov-2015

231 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

sekolah

TRANSCRIPT

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN RINGLET

SEKOLAH MENENGAH PENDIDIKAN KHAS PERSEKUTUAN PULAU PINANGMESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-

DISEDIAKAN OLEH : CIK ZAHIDA BINTI AMIN/ PUAN NURUL AKHMAR BINTI KERYA(jika pengerusi PIBG tidak mengambil penuh perjalanan mesyuarat)

BILAGENDATINDAKAN/ UCAPAN/PENGUMUMANCATATAN

1.Ucapan Pengerusi MajlisAssalamualaikum dan selamat malam

Yang dihormati :1) _______________________________________2) _______________________________________3) _______________________________________4) _______________________________________5) _______________________________________6) _______________________________________7) _______________________________________8) _______________________________________9) _______________________________________10) _______________________________________

Ibu bapa/ penjagadan Sidang hadirin sekalian..

Terima kasih di atas kesudian anda semua untuk turut hadir bagi merapatkan jalinan silaturrahim antara kita.

Sidang hadirin:

Hayati rangkai kata ini :

Ibu bapa, dengarlah luahan hati anak-anak anda, tetapi fahami jua tugas dan tanggungjawab seorang guru.

Ibu bapa, Guru-guru dan Pelajar-pelajar,Biar tidak sama tetapi boleh bersama-sama, biar tidak setuju tapi boleh bersatu.

Ibarat : Akal tak sekali datang, runding tak sekali tiba.

Oleh itu usaha meningkatkan akademik dan sahsiah pelajar perlu dilakukan berterusan.

2.Bacaan DoaLebih berkat majlis pertemuan ini kita buka dengan bacaan doa. Dijemput En Wan Ahmad Humaizie untuk qiraat doa.

3.Ucapan Pengetua/ GPK PentadbiranAmin, amin barakallah fi amalinaSeterusnya dipersilakan En. Teh Pang Eng untuk memberikan ucapan.

4.Agenda 1Ucapan YDP PIBG

Sidang hadirin yang dimuliakan,

Begitulah ucapan alu-aluan dari En. Teh Pang Eng. Sebelum kita teruskan agenda mesyuarat eloklah diperkenalkan AJK 2013/2014.

Baca senarai......

Kini dijemput En Ang Chee Meng untuk memberikan ucapan beliau.

Pastikan AJK dijemput duduk di tempat yang ditetapkan.

Agenda 2Mengesahkan minit mesyuaratSekarang kita ke agenda 2, iaitu mengesahkan minit mesyuarat agung kali ke-2.Ibu bapa dan guru-guru boleh mencadangkan dan mengesahkan minit mesyuarat yang lalu. Majlis membuka peluang untuk berbuat demikian.Pastikan pencadang dan penyokong menyebut nama.

Agenda 3Membentang dan menerimalaporan tahunanSyukur minit mesyuarat telahpun disahkan, jadi majlis akan bergerak ke agenda 3 iaitu membentang dan menerima laporan tahunan.

Hadirin sekalian, saya dengan sukacitanya menjemput En Azahar bin Azahari sekali bagi kesempurnaan agenda ini.

Agenda 4Membentang dan menerima penyata kewangan yangberakhir pada

Terima kasih En Azahar, sekarang dijemput pula En Hisham bagi membentang penyata kewangan yang berakhir pada ______________.

Agenda 5Pembubaran AJK Berakhirlah pembentangan, terima kasih En Hisham. Dijemput sekali En Ang Chee Meng selaku YDP PIBG _______ bagi mengumumkan secara rasmi pembubaran AJK PIBG ________ bagi memberi laluan kepada perlantikan AJK baru. Dipersilakan

Sekarang majlis mempersilakan AJK _________ meninggalkan tempat duduk dan jemputlah duduk di barisan yang disediakan. Terima kasih

Agenda 6 Pemilihan AJK Sidang hadirin , Itulah simbolik bermulanya pemilihan dan pencalonan AJK baru.

Lakukan ikut senarai keutamaan

Agenda 7Pemilihan 2 orang pemeriksa kira-kiraKerusi-kerusi yang ditinggalkan masih ada dua kekosongan. Jadi beralih kepada pemilihan 2 orang pemeriksa kira-kira. Seorang daripada pihak guru dan seorang daripada pihak ibu bapa.

Agenda 8Membahaskan usul dan pertanyaanHadirin yang dialukan,

Sempurnalah perlantikan barisan exco PIBG SMPKP bagai belayar bernakhoda, berjalan dengan yang tahu, berkata dengan yang pandai.Saya menjemput kembali ___________ bagi sesi perbahasan usul dan sesi soal jawab.

Agenda 9Ucapan penangguhan YDP baruTamat sudah sesi perbahasan usul dan pertanyaan,Sebagai klimak majlis, saya menjemput YDP baru bagi membuat ucapan penangguhan.

Terima kasih kepada YDP baru, Sidang hadirin tidak lengkap majlis ini kalau saya tidak menjemput semua sekali menjamu selera. Marilah semua kita ke kantin. Selamat menjamu selera.