pibg lhdn

18
LAPORAN TAKLIMAT KHAS PBS,PT3 DAN KBAT ( PROGRAM SARANA PIBG ) TARIKH : 19.6.2014 PROGRAM : TAKLIMAT KHAS PBS, PT3 DAN KBAT DARI PERSPEKTIF KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA [ PROGRAM SARANA IBUBAPA ] MASA : 9.00 a.m – 12.30 tengahari TEMPAT : Dewan Lembaga Hasil Dalam Negeri, Sandakan [ LHDN ] WAKIL PIBG : SAFURA BT ZAKARIA – SU PIBG : SSJN JUDIN – JURULATIH KANAN PENDIDIKAN SK KEM TENTERA [ AJK PIBG ] LAPORAN EKSEKUTIF Objektif utama program ialah : Memberi penerangan yang jelas mengenai Pentaksiran Berasaskan Sekolah [ PBS ] Menerangkan Pentaksiran Pusat [PP] dan Pentaksiran Tingkatan 3 [PT3] Memberi gambaran mengenai Kemahiran Berfikir Aras Tinggi [KBAT] dalam program pendidikan Mengeratkan hubungan yang baik antara pihak sekolah dan ibu bapa Menggerakkan sarana sekolah dan ibubapa bagi meningkatkan kemajuan pendidikan anak-anak ATURCARA PROGRAM 1

Upload: qaseh-illahi

Post on 02-Oct-2015

245 views

Category:

Documents


10 download

DESCRIPTION

PIBG

TRANSCRIPT

LAPORAN TAKLIMAT KHAS PBS,PT3 DAN KBAT( PROGRAM SARANA PIBG )

TARIKH: 19.6.2014PROGRAM: TAKLIMAT KHAS PBS, PT3 DAN KBAT DARI PERSPEKTIF KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA [ PROGRAM SARANA IBUBAPA ] MASA: 9.00 a.m 12.30 tengahariTEMPAT: Dewan Lembaga Hasil Dalam Negeri, Sandakan [ LHDN ]WAKIL PIBG: SAFURA BT ZAKARIA SU PIBG: SSJN JUDIN JURULATIH KANAN PENDIDIKAN SK KEM TENTERA [ AJK PIBG ]LAPORAN EKSEKUTIFObjektif utama program ialah : Memberi penerangan yang jelas mengenai Pentaksiran Berasaskan Sekolah [ PBS ] Menerangkan Pentaksiran Pusat [PP] dan Pentaksiran Tingkatan 3 [PT3] Memberi gambaran mengenai Kemahiran Berfikir Aras Tinggi [KBAT] dalam program pendidikan Mengeratkan hubungan yang baik antara pihak sekolah dan ibu bapa Menggerakkan sarana sekolah dan ibubapa bagi meningkatkan kemajuan pendidikan anak-anakATURCARA PROGRAM8.30 a.m Pendaftaran [ CD sarana PIBG dan Flyers PBS ]9.30 a.m Ucapan aluan Bacaan Doa [ SK Tanjung Papat 1 ] Ustaz Amirullah bin Umar Ucapan Utama - Encik Mohd Azam shah bin Osman [ Kementerian Pendidikan Malaysia ] Slot 1 Apa yang berlaku dalam sistem pentaksiran sekolah ? Rehat Slot 2 PT3 [ Encik Azhar - Kementerian Pendidikan Malaysia ] Bersurai

SLOT 1 Sistem Dahulu Tahun 6 Ujian Pencapaian Sek Rendah , Tingkatan 3 [ Penilaian Menengah Rendah ], Tingkatan 5 [ Sijil Pelajaran Malaysia ] Tingkatan 6 [ Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia ] Kita menganggapkan peperiksaan ini penting sehingga mengabaikan pencapaian holistik. Akibat terlalu mementingkan gred, maka pendidikan subjek PJK, Kajian Tempatan dan sebagainya diabaikan. Murid-murid perlu diberi kebebasan dalam pergaulan. Pembentukan Holistik murid harus memenuhi 6 aspirasi : ASPIRASI 1 Pengetahuan Pembacaan, pembelajaran abad ke 21, pembelajaran tanpa sempadan ASPIRASI 2 Kemahiran Berfikir KBAT kemahiran yang lebih tinggi Huraian Jawapan Murid. Antara sebabnya ialah kerana ada penurunan dalam ujian ujian tertentu yang diberikan kepada murid. ASPIRASI 3 - Kemahiran Memimpin Semua murid akan dilatih untuk bertanggungjawab terhadap diri sendiri. Cekal dan tabah menghadapi cabaran. ASPIRASI 4 Kemahiran Dwibahasa Jika sekolah ada menawarkan kemahiran berbahasa lain adalah digalakkan dalam PT3. Kita mahu melihat murid-murid boleh berkomukasi dengan baik. ASPIRASI 5 Etika dan kerohanian Menghayati dan mempamerkan tingkahlaku yang baik sebagai insan. ASPIRASI 6 Identiti Nasional

SISTEM PENTAKSIRAN PENDIDIKAN KEBANGSAAN PEPERIKSAAN PUSAT SPM Diuruskan oleh Pusat [ merancang soalan, cetak soalan, pengawas peperiksaan, pemeriksa, keluarkan keputusan ] memohon bantuan JPNPENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH [PBS] Dilaksanakan oleh sekolah di bawah garis panduan Kementerian [ dari 2011 ]. Perancangan PBS ini telah dimulakan dari tahun 2005. Ujian rintis di 500 buah sekolah dan laksanakan sepenuhnya pada 2011. PBS ini diadakan kerana ia holistik dan keputusannya komprehensif. PBS 60 % - Ujian 40 % dari PBS [ Pelaporan ] Menurut Menteri Pendidikan - PBS untuk PT3 akan digunakan bagi kemasukan berasrama penuh. KONSEP PBS Pentaksiran Seimbang dan Berpusatkan Murid. PIBG diminta untuk membantu pembangunan sekolah melalui sarana ibubapa. Pengajaran bersifat dinamik berpusatkan murid, guru menjadi pemudahcara dan pakar rujuk. Guru-guru perlu proaktif mencari ilmu. PAJSK Menguji dari segi fizikal, ujian BMI, tinggi dan berat Pentaksiran Psikometrik Kerjaya, minat, aptitud dan dari segi kejiwaannya

MENGAPA PERLU PBS ? Murid lebih tahu kehebatannya Murid boleh bersaing secara sihat

TIPS Rahsia dari Jemaah Nazir Penglibatan Peringkat Antarabangsa Pihak sekolah menghantar wakil ke program antarabangsa. [ Pemilihan Sekolah Berprestasi Tinggi ]GURU Mempelbagaikan kaedah pengajaran, guru mengetahui pemulihan dan pengayaan. IBUBAPA Mengetahui potensi anak-anak. Boleh maju mengikut minat masing-masing. Contohnya aktiviti memanah.PEMEGANG TARUH Pengetua, Guru Besar [ Strategi , pendekatan dan kaedah ]KOMPONEN PAJSK SEGAK DAN BMI KOKURIKULUM [ SUKAN DAN PERMAINAN, KELAB DAN PERSATUAN, BADAN BERUNIFORM ] EKSTRA KURIKULUM Di luar aktiviti sekolah. Jika boleh keluarkan sijil untuk aktiviti yang sihat seperti kumpulan naga , muazzin, pemain kompang di kampung.

KOMPONEN PSIKOMETRIK UJIAN APTITUD INVENTORI PERSONALITI personaliti - dijalankan untuk tingkatan 1 dan 4Kerjaya Tingkatan 1, 3 dan 4

BAND [ 1 HINGGA 6 ] KEPELBAGAIAN INSTRUMEN 1. Pemerhatian 2. Persembahan 3. Projek 4. Produk 5. Tugasan bertulis / Karya penulisan 6. Amali ujian amali Tingkatan 5 dan 6 7. Pensil dan kertas / Ujian Bertulis 8. Lembaran Kerja 9. Soal Jawab 10. Kuiz 11. Senarai semak 12. Latihan / Tugasan rumah SLOT 2 [ PT3 ]PT3 akan dilaksanakan bermula 2014. Pendidikan memberi ilmu yang sebenarnya kepada murid.KISAH BENARTerdapat seorang calon SPM cemerlang yang mendapat 20 A tidak pandai berbahasa melayu, walaupun subjek Bahasa Melayu mendapat gred A. Jadi PT3 diwujudkan untuk mengembangkan bakat murid secara menyeluruh.

PBS Baru 2014 : Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) Ganti PMR. Beban Guru Berkurang :Ramai kalangan guru ternanti-nanti dengan penuh kesabaran apakah hasil pembaharuan & semakan penambaikan PBS yang cuba oleh orang nombor satu yang bertanggungjawab menentukan halatuju pendidikan di Malaysia ini termasuk semakan PBS baru dengan harapan cuma satu, PBS baru 2014 ini tidak lagi membebankan golongan pendidik. Benarkah?Malah, Kementerian pendidikan Malaysia (KMP) memberikan jaminan sistem PBS baru 2014 lebih mesra guru tanpa sekalipun mengganggu proses pengajaran & pembelajaran (P&P) seperti yang acapakali berlaku sebelum iniAntara Penambaikan PBS Baru 2014 :Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) Ganti PMR

Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) masih diteruskan dengan tiga penambahbaikan berkuatkuasa 1 April.1. Pertama, Dokumen Standard Prestasi (DSP) digantikan dengan Panduan Perkembangan Pembelajaran Murid sekaligus menyelesaikan masalah guru terikat dengan bilangan pernyataan deskriptor dan pernyataan evidens yang banyak. Sedangkan Panduan Perkembangan Pembelajaran Murid hanya berdasarkan tema, tajuk atau kemahiran mata pelajaran yang perlu dikuasai oleh murid.2. Kedua, Guru tidak lagi perlu lagi mengisi data penguasaan murid menerusi Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS) secara online. Sebaliknya, guru boleh merekodkan perkembangan pembelajaran secara offline. Menerusi PBS baru 2014 juga, peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) di Tingkatan Tiga akan digantikan dengan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3).3. Ketiga, guru tidak lagi menyediakan Fail Perkembangan Murid (FPM) dan melengkapkan Rekod Transit yang tidak jelas sehingga mengganggu tugas mengajar golongan berkenaan (Aduan Cikgu HASNIZA DI SINI) . Di mana perekodan perkembangan pembelajaran murid boleh dilakukan mengikut kesesuaian masa guru selepas ini.Lagi Butiran PBS Baru 2014 : Cara PelaksanaanPentaksiran Tingkatan 3 (PT3)?1. Bermula tahun 2014, Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) diganti dengan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3)2. Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) akan dilaksanakan di peringkat sekolah3. Tiada lagi peperiksaan berpusat untuk pelajar Tingkatan 3 seperti Peperiksaan Menengah RendaH (PMR) sebelum ini4. Sistem Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3), pihak sekolah akan mentadbir, mentaksir dan memberi skor terhadap pentaksiran itu berpandukan instrumen dan panduan peraturan penskoran yang ketara disediakan oleh Lembaga Peperiksaan (LP).5. LP dan pentaksir luar yang dilantik oleh LP akan melaksanakan moderasi dan verifikasi sebelum pelaporan dikeluarkanCara Kemasukan ke SBP, MRSM, SMKA, SMT, Vokasional Berdasarkan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) Kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama, Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) termasuk Sekolah Menengah Teknik (SMT) dan Kolej Vokasional akan ditentukan berdasarkan keputusan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) & juga Ujian Psikometrik bagi memastikan pemilihan dan penempatan murid bersesuaian dengan kemampuan dan minat mereka Pihak sekolah akan memaklumkan keputusan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) seseorang pelajar pada akhir tahun, pelajar boleh mohon slip keputusan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) untuk ke mana-mana sekolah berasrama penuh contohnyaLagi Cara Pelaksanaan Penilaian Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3)1. Mata pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris akan dilaksanakan dengan menggunakan instrumen pentaksiran ujian bertulis dan ujian lisan2. Mata pelajaran Sains, Matematik, Pendidikan Islam, Kemahiran Hidup, Bahasa Arab, Cina, Tamil, Iban dan Kadazandusun akan menggunakan instrumen pentaksiran ujian bertulis sahaja3. Mata pelajaran Sejarah dan Geografi pula akan ditaksir menggunakan pelbagai instrumen seperti tugasan bertulis, ujian amali, projek, kajian lapangan atau kajian kesP/S : Dengan dasar yang masih tidak menentu dan pasti sebelum ini, selepas ini bermulalah episod untuk pelajar-pelajar tingkatan 3 bagi menghadam semua silibus dari tingkatan 1,2 & 3 dalam masa kurang 8 bulan daripada sekarang bagi menghadapi Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) tidak lama lagi. Insyaallah.PP/S : Selepas ini juga, pakat-pakat guru kena hadiri kursus bagi sistem PBS baru 2014 ini pula di Pejabat pendidikan daerah (PPD) contohnya.PPP/S :Sistem PBS baru 2014 yang telah dibaik pulih, dikatakan akan mengurangkan beban tugas guru sehingga 80%. Apa pandangan guru?

CONTOH KERATAN AKHBARPentaksiran Tingkatan 3 ganti PMR mulai tahun iniKUALA LUMPUR 18 Mac - Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan pelaksanaan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) bagi menggantikan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) mulai tahun ini.Timbalan Perdana Menteri berkata, pelaksanaan PT3 merupakan sebahagian langkah penambahbaikan yang dilakukan terhadap Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS).Beliau yang juga Menteri Pendidikan memberitahu, berikutan itu, peperiksaan berpusat untuk pelajar tingkatan 3 di peringkat sekolah tidak lagi dijalankan."PT3 ini juga akan digunakan sebagai asas menentukan kemasukan murid-murid ke tingkatan 4 sama ada di sekolah berasrama penuh (SBP), sekolah menengah kebangsaan agama (SMKA), Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) termasuk sekolah menengah teknik (SMT) dan kolej vokasional."Di samping PT3, kemasukan ke sekolah-sekolah tersebut juga menggunakan Ujian Psikometrik bagi memastikan pemilihan dan penempatan murid bersesuaian dengan kemampuan dan minat mereka," katanya dalam sidang akhbar bagi mengumumkan penambahbaikan PBS di Bangunan Parlimen hari ini.Muhyiddin menambah, PT3 bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris akan dilaksanakan dengan menggunakan instrumen pentaksiran ujian bertulis serta ujian lisan.Menurut beliau, mata pelajaran Sains, Matematik, Pendidikan Islam, Kemahiran Hidup dan bahasa-bahasa lain seperti Arab, Cina, Tamil, Iban dan Kadazandusun akan menggunakan instrumen pentaksiran ujian bertulis sahaja."Mata pelajaran Sejarah dan Geografi pula ditaksir menggunakan pelbagai instrumen seperti tugasan bertulis, ujian amali, projek, kajian lapangan atau kajian kes," katanya.Timbalan Perdana Menteri berkata, pihak sekolah akan mentadbir, mentaksir dan memberi skor terhadap pentaksiran tersebut berpandukan instrumen serta panduan peraturan penskoran setara yang disediakan oleh Lembaga Peperiksaan (LP)."LP dan pentaksir luar yang dilantik oleh LP akan melaksanakan moderasi dan verifikasi sebelum laporan dikeluarkan," jelasnya.Muhyiddin memberitahu, pihak sekolah seterusnya akan mengeluarkan slip keputusan PT3 bagi setiap pelajar dan tidak mengeluarkan sijil seperti yang dilaksanakan menerusi PMR sebelum ini.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140319/dn_07/Pentaksiran-Tingkatan-3-ganti-PMR-mulai-tahun-ini#ixzz353KJkQRf Utusan Melayu (M) Bhd

KBATKeupayaan mengaplikasikan kemahiran menyelesaikan masalah.Apakah Ujian TIMSS dan PISA ?

UPSR, PMR, SPM, STPM dan STAM adalah peperiksaan awam yang paling utama di Malaysia. Selain itu, terdapat juga ujian lain yang diduduki oleh pelajar di negara ini seperti TIMSS dan PISA. TIMSS dan PISA sebenarnya bukan ujian tetapi adalah suatu kajian tentang pendidikan sesebuah negara. TIMSS dan PISA adalah satu kajian yang dijalankan oleh organisasi antarabangsa untuk menilai dan membandingkan kualiti pendidikan sesebuah negara. Kajian ini juga membantu negara-negara di seluruh dunia untuk meningkatkan pembelajaran dalam Sains dan Matematik.

Di Malaysia, TIMSS dan PISA hanya melibatkan pelajar Tingkatan 2 dan Tingkatan 3 daripada beberapa buah sekolah yang dipilih secara rawak. Pelajar yang dipilih untuk menduduki ujian ini terdiri daripada pelbagai latar belakang, termasuk pelajar paling cemerlang hingga dan pelajar paling corot. Ujian TIMSS dan PISA tidak begitu disedari umum kerana ia dijalankan empat tahun sekali dan hanya melibatkan mata pelajaran Sains, Matematik dan pengetahuan am berdasarkan pembacaan.Bagaimanapun, mulai hujung tahun 2012, Kementerian Pelajaran Malaysia memberi penekanan yang lebih kuat kepada TIMMS dan PISA. Ujian TIMMS akan dijalankan pada tahun 2014 manakala ujian PISA akan dijalankan pada tahun 2015. Sebelum ujian (kajian) sebenar dijalankan, mungkin beberapa sekolah terpilih akan menjawab ujian mirip TIMMS dan PISA. Kajian ini akan dijalankan oleh Bahagian Perkembangan Kurikulum (BPK). Soalan TIMSS dan PISA adalah soalanHigh Order Thinking Skills (HOTS). Oleh itu, semuaguru didedahkan dengan Taksonomi Bloom (revised) dan soalan-soalan HOTs. Guru-guru Sains dan Matematik diberi pendedahan tentang contoh soalan TIMSS dan PISA.

TIMSS merujuk kepada Trends in Mathematics and Science Study.Sampel kajian TIMSS melibatkan pelajar Tingkatan 2 (Gred 8).Kajian ini dijalankan oleh International Association for the Evaluation of Educational Achievement (IEA). Negara kita telah menyertai TIMSS sebanyak 4 kali iaitu pada tahun 1999, 2003, 2007 dan 2011. Keputusan kajian TIMSS pada tahun 2011 menunjukkan penurunan prestasi Matematik dan Sains mendadak sepanjang empat kali penilaian daripada tahun 1999. Pada tahun 1999, Malaysia menduduki tempat ke-16 daripada 38 negara yang mengambil bahagian dalam TIMSS untuk matematik. Kedudukan Malaysia meningkat ke tempat ke-10 daripada 50 negara pada tahun 2003, tetapi merosot jatuh ke kedudukan ke-20 daripada 49 negara pada tahun 2007.Bagi mata pelajaran Sains pula, Malaysia menduduki tempat ke-22 daripada 38 negara pada tahun 1999. Kedudukan Malaysia meningkat ke kedudukan ke-20 daripada 50 negara pada tahun 2003 tetapi merosot satu tempat ke kedudukan ke-21 daripada 49 negara pada tahun 2007.Daripada prestasi yang diperolehi ternyata pelajar kita belum bersedia menghadapi peperiksaan tersebut kerana bentuk soalan dan tajuk yang diberikan adalah soalan berbentuk HOTS.

PISA merujuk kepada Programme for International Student Assessment.PISA dikelola oleh Organization for Economic Cooperation and Development (OECD),sebuat organisasi dibawah NCES dan berpusat di US. Sampel kajian PISA melibatkan pelajar Tingkatan 3 (15 tahun). Kedudukan Malaysia adalah di tangga 55 daripada 74 buah negara dengan mata 404. Purata mata bagi semua negara yang terlibat dalam kajian ini ialah 458. Negara China mendapat 600 mata, Singapura 562 mata, Hong Kong 555 mata dan Korea 546 mata.

Pendedahan soalan HOTs kepada pelajar akan menghasilkan modal insan yang cerdas, kreatif dan inovatif bagi memenuhi cabaran abad ke-21. Selain itu, pendedahan soalan HOTs secera tidak langsung memberi pendedahan kepada TIMSS dan PISA.SESI SOAL JAWAB Bagaimana menghadapi murid yang lemah dalam penilaian KBATJangan memperbanyakkan soalan apa tetapi gunakan soalan mengapa, bagaimana dan apa pendapat anda. Teruskan dengan penilaian literasi dan numerasi. Bagaimana menggalakkan murid yang kurang dalam bidang akademikGalakkan murid memasuki aliran vokasional. Apakah peranan ibubapa dalam membangunkan perubahan dalam program HOTS.Pihak PIBG boleh membantu dengan melihat kerja sekolah anak dan membantu dalam program sekolah. Apakah peranan Kementerian untuk murid yang mempunyai bakat di bidang olahraga.Kerajaan menyedari dengan mewujudkan aliran vokasional untuk mengasah bakat murid.Disediakan oleh : disemak oleh :

(SAFURA BT ZAKARIA)(AINIE BT HJ OMAR)Setiausaha PIBGGuru Besar SK Kem Tentera Sandakan SabahSK Kem Tentera Sandakan Sabah

GAMBAR SEKITAR TAKLIMAT PBS [ DEWAN LHDN ]

14