petikan ayat majmuk pasif - kumpulan variasi (1)

6
Ayat Majmuk Pasif Sebagaimana ayat aktif dan ayat pasif, begitulah juga terdirinya ayat majmuk aktif dan ayat majmuk pasif. Ayat majmuk dapat dipasifkan jika ayat majmuk aktif tersebut mempunyai kata kerja transitif. Ia dipasifkan sebagaimana mempasifkan ayat biasa. Ia dapat dijelaskan melalui contoh berikut: 1. Ayat Majmuk Gabungan Ayat Majmuk Gabungan dapat dikenali dengan adanya kata hubung. Contohnya kata hubung dan dan ketika sebagaimana dalam ayat berikut: (a) Aktif : Saya minum teh dan Mastura makan nasi. (b) Pasif : Teh saya minum dan nasi dimakan oleh Mastura. (a) Aktif : Beliau memerhatikan saya ketika beliau berdiri di situ. (b) Pasif : Saya diperhatikan oleh beliau ketika beliau berdiri di situ. 2. Ayat Majmuk Relatif Ayat Majmuk Relatif dikenali sekiranya mempunyai perkataan yang. Contohnya adalah seperti berikut: (a) Aktif : Mereka menonton wayang yang lucu itu. (b) Pasif : Wayang yang lucu itu ditonton oleh mereka. (a) Aktif : Lembu yang menanduk kereta saya itu menanduk kereta Ramli pula. (b) Pasif : Kereta Ramli pula ditanduk oleh lembu yang menanduk kereta saya itu.

Upload: ires

Post on 05-Dec-2014

51 views

Category:

Documents


9 download

DESCRIPTION

BM

TRANSCRIPT

Page 1: Petikan Ayat Majmuk Pasif - Kumpulan Variasi (1)

Ayat Majmuk Pasif

Sebagaimana ayat aktif dan ayat pasif, begitulah juga terdirinya ayat majmuk aktif dan ayat

majmuk pasif. Ayat majmuk dapat dipasifkan jika ayat majmuk aktif tersebut mempunyai kata

kerja transitif. Ia dipasifkan sebagaimana mempasifkan ayat biasa. Ia dapat dijelaskan melalui

contoh berikut:

1. Ayat Majmuk Gabungan

Ayat Majmuk Gabungan dapat dikenali dengan adanya kata hubung. Contohnya kata

hubung dan dan ketika sebagaimana dalam ayat berikut:

(a) Aktif : Saya minum teh dan Mastura makan nasi.

(b) Pasif : Teh saya minum dan nasi dimakan oleh Mastura.

(a) Aktif : Beliau memerhatikan saya ketika beliau berdiri di situ.

(b) Pasif : Saya diperhatikan oleh beliau ketika beliau berdiri di situ.

2. Ayat Majmuk Relatif

Ayat Majmuk Relatif dikenali sekiranya mempunyai perkataan yang. Contohnya adalah

seperti berikut:

(a) Aktif : Mereka menonton wayang yang lucu itu.

(b) Pasif : Wayang yang lucu itu ditonton oleh mereka.

(a) Aktif : Lembu yang menanduk kereta saya itu menanduk kereta Ramli pula.

(b) Pasif : Kereta Ramli pula ditanduk oleh lembu yang menanduk kereta saya

itu.

3. Ayat Majmuk Komplemen : Komplemen Objek

Ayat Majmuk ini pula ditandai dengan adanya perkataan bahawa. Contohnya :

(a) Aktif : Guru menerangkan bahawa ujian akan bermula pada bulan hadapan.

(b) Pasif : Bahawa ujian akan bermula pada bulan hadapan diterangkan oleh guru.

(a) Aktif : Akhbar tempatan melaporkan bahawa wabak selsema burung telah

merebak di negara itu.

(b) Pasif : Bahawa wabak selsema burung telah merebak di negara itu telah

dilaporkan oleh akhbar tempatan.

4. Ayat Majmuk Keterangan

Ayat Majmuk Keterangan dibina untuk pelbagai tujuan dengan menggunakan kata

hubung tertentu mengikut konteks ayat. Contohnya :

Page 2: Petikan Ayat Majmuk Pasif - Kumpulan Variasi (1)

(a) Aktif : Sali akan membeli baju itu kalau ibu membenarkannya.

(b) Pasif : Baju itu akan dibeli oleh Sali kalau ibu membenarkannya.

(a) Aktif : Sungguhpun badannya letih, Amy tetap menghadiri majlis perayaan itu.

(b) Pasif : Sungguhpun badannya letih, majlis perayaan itu tetap dihadiri oleh Amy.

Bibliografi

Mohd Ra’in B. Shaari, Abdullah B. Yusof, Abu Bakar B. Yusof, Omar Hisham B. Mohd Baharin,

2011. KRB 3033 Pengantar Bahasa Melayu. Tanjong Malim. UPSI

Nik Safiah Karim, Farid M.Onn, Hashim Haji Musa,Abdul Hamid Mahmood, 2010. Tatabahasa

Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Nik Safiah Karim, Norlidza Shamsuddin, 2008. Ace Ahead Teks STPM Bahasa Malaysia Kertas

1 dan 2. Selangor. Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Nik Safiah Karim, Wan Malini Ahmad, 2006. Teks Bahasa Melayu STPM. Selangor. Penerbit

Fajar Bakti Sdn. Bhd.

http://diniahfalahiah.blogspot.com/2010/11/ayat-majmukayat-majmuk-pasifayat-dan.html dilayari

pada 10 Oktober 2010

http://farihinzul1974.blogspot.com/2010/09/jenis-jenis-ayat-majmuk-pancangan.html dilayari

pada 18 Oktober 2010.

Page 3: Petikan Ayat Majmuk Pasif - Kumpulan Variasi (1)

b) Berdasarkan petikan, kategorikan bentuk-bentuk ayat dalam bahasa Melayu.

Ayat Majmuk Pasif

1.Ayat Majmuk Gabungan

a) Aktif : Kemudiannya, dondang sayang menjadi lagu tradisi masyarakat Melaka

kerana kekerapannya dipersembahkan di istana.

b) Pasif : Kerana kekerapannya dipersembahkan di istana, kemudiannya,

dondang sayang menjadi lagu tradisi masyarakat Melaka.

2. Ayat Majmuk Relatif

a) Aktif : Biola merupakan alat muzik yang paling penting bagi memainkan lagu

dondang sayang.

b) Pasif : Bagi memainkan lagu dondang sayang, biola merupakan alat muzik

yang paling penting.

3. Ayat Majmuk Komplemen : Komplemen Objek

a) Aktif : Ada sesetengah pendapat mengatakan bahawa dondang sayang ini

terkenal sejak zaman pemerintahan Sultan Mansur Shah.

b) Pasif : Bahawa dondang sayang ini terkenal sejak zaman pemerintahan Sultan

Mansur Shah ada di katakan sesetengah pendapat.

4.Ayat majmuk keterangan

a) Aktif : Dondang sayang bukan sahaja popular dalam kalangan orang Melayu,

malahan telah terkenal dalam kalangan Baba dan Nyonya di

Melaka, Pulau Pinang dan Singapura.

Page 4: Petikan Ayat Majmuk Pasif - Kumpulan Variasi (1)

b) Pasif : Bukan sahaja popular di kalangan orang Melayu, dondang sayang

malahan telah terkenal dalam kalangan Baba dan Nyonya di

Melaka, Pulau Pinang dan Singapura.

Petikan daripada :

Buku Teks Bahasa Malaysia Tahun 5 SK, Terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka.muka surat

126.