peta minda persekitaran alam sekitar baru

40
PERSEKITARAN ALAM SEKITAR DEFINISI ALAM SEKITAR Alam sekitar adalah dunia di sekeliling kita Alam sekitar merupakan segala benda hidup dan bukan hidup yang wujud secara semula jadi di permukaan bumi, atau sebahagian daripadanya Alam sekitar meliputi beberapa komponen utama: Unit landskap yang berfungsi sebagai sistem semula jadi tanpa penglibatan manusia, termasuk tumbuh-tumbuhan, haiwan, batu-bata, dan sebagainya, serta fenomena semula jadi yang berlaku Sumber sejagat semula jadi serta fenomena fizikal yang tidak mempunyai batasan tertentu seperti udara, air, dan iklim, serta tenaga , sinaran , cas elektrik , dan kemagnetan , yang tidak wujud hasil daripada aktiviti manusia. Alam sekitar merupakan tautan antara tanah, angin, api dan air. Ia merupakan hubungan kitar dalam proses kesemulajadian yang berterusan Menurut sejarah, pengasas atau Bapa Pendidikan Alam Sekitar ialah Sir Patrick Geddes (1854-1933) manakala orang yang pertama menggunakan nama istilah Pendidikan Alam Sekitar ialah

Upload: acikputeh

Post on 31-Jul-2015

1.914 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Peta Minda Persekitaran Alam Sekitar Baru

PERSEKITARAN ALAM SEKITAR

DEFINISI ALAM SEKITAR

Alam sekitar adalah dunia di sekeliling kita Alam sekitar merupakan segala benda hidup dan bukan hidup

yang wujud secara semula jadi di permukaan bumi, atau sebahagian daripadanya

Alam sekitar meliputi beberapa komponen utama:

Unit landskap yang berfungsi sebagai sistem semula jadi tanpa penglibatan manusia, termasuk tumbuh-tumbuhan, haiwan, batu-bata, dan sebagainya, serta fenomena semula jadi yang berlaku

Sumber sejagat semula jadi serta fenomena fizikal yang tidak mempunyai batasan tertentu seperti udara, air, dan iklim, serta tenaga, sinaran, cas elektrik, dan kemagnetan, yang tidak wujud hasil daripada aktiviti manusia.

Alam sekitar merupakan tautan antara tanah, angin, api dan air. Ia merupakan hubungan kitar dalam proses kesemulajadian yang berterusan

Menurut sejarah, pengasas atau Bapa Pendidikan AlamSekitar ialah Sir Patrick Geddes (1854-1933) manakala orang yangpertama menggunakan nama istilah Pendidikan Alam Sekitar ialahThomas Pritchard semasa persidangan IUCN di Paris dalam tahun 1958.

Page 2: Peta Minda Persekitaran Alam Sekitar Baru

KONSEP ALAM SEKITAR

SUDUT PANDANGAN

Mohd Zuhdi Marsuku, 2002

Mohd Nur Hakimi Razana, 2004

A. Bullock & O.Stallybrass,

1997

Perkataan “alam sekitar” atau dalam bahasa Inggeris disebut “invironment” membawa maksud keadaan sekeliling atau lingkungan. Oleh itu, sekirannya berdasarkan kepada terjemahan literal, maka perkataan “alam sekitar” adalah menuju kepada apa sahaja yang melingkungi manusia. Bagaimanapun, secara khusus perkataan alam sekitar merujuk kepada fenomena fizikal sama ada biotik atau abiotik yang melingkungi suatu organisma. Fenomena fizikal ini termasuk juga fenomena yang berkait dengan iklim dan cuaca.

Mengikut definisi kefahaman “environmentalisme“ alam sekitar merupakan satu istilah geografi tentang doktrin falsafah yang memberikan penekanan terhadap aspek fizikal alam sekitar seperti keadaan iklim dunia yang berkait dengan aktiviti manusia.

2 pandangan definisi yang dikemukakan di sini secara umumnya menjelaskan alam sekitar adalah keseluruhan fenomena sekeliling yang boleh mempengaruhi kehidupan sesuatu organisma. Definisi ini adalah definisi yang diterima dalam pengajian Sains Alam Sekitar yang hanya terbatas kepada fenomena fizikal sesuai dengan pandangan semesta moden yang berteraskan kepada metode emperikal

KONSEP ALAM SEKITAR MENURUT ISLAM

Page 3: Peta Minda Persekitaran Alam Sekitar Baru

PENGURUSAN ALAM SEKITAR MENURUT PERSPEKTIF ISLAM

Menurut Islam, “invironmentalisme” berasaskan kepada ajaran tauhid atau kefahaman kesatuan yang menggabungkan manusia, alam dan tuhan. Agama Islam menjadikan akhlak sebagai teras hubungan antara manusia, alam dan tuhan. Menurut sebuah hadis Rasullulah, misi kerasulannya ialah menyempurnakan akhlak yang mulia. (Zaini Ujang, 1993)

Berasaskan dasar itu, sebenarnya sebarang masalah atau pencemaran alam sekitar berpunca daripada kesempurnaan akhlak manusia terhadap dirinya, alam dan tuhan. Konsep manusia sebagai khalifah menunjukkan bahawa alam sekitar ini merupakan hak Allah dan ciptaan-Nya maka manusialah perlu melaksanakan misi dan amanah itu. Di samping itu, alam ini merupakan tanda yang tersirat atau simbol tentang kebesaran dan kekuasaan Allah.

Page 4: Peta Minda Persekitaran Alam Sekitar Baru

Dalam konteks mengurus alam sekitar, Islam menegaskan supaya manusia tidak melakukan kerosakan kepada alam sekitar sebagaimana yang telah kita lihat kini, kerosakan alam sekitar yang dilakukan oleh tangan manusia seperti pembalakan, penarahan bukit dan sebagainya. Dalam hal ini Allah berfirman yang bermaksud: “Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut Dengan sebab apa Yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya Yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk Yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)” (al-Rum, 41)

Sesungguhnya alam sekitar dan segala kekayaan adalah milik mutlak Allah sebagaimana firman Allah yang bermaksud: “Allah jualah Yang Menguasai alam langit dan bumi serta Segala Yang ada padanya; dan Dia lah jua Yang Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu” (al-Maidah, 120). Jelas, tiada siapa yang berhak melarang orang lain menceroboh haknya sendiri untuk mencari sara hidup di alam ini. Tetapi perlulah diingat bahawa dalam mengejar kekayaan, alam sekitar tidak patut dicemar atau dimusnahkan. Hal ini telah dijelaskan oleh Allah dalam firmannya yang bermaksud: “Dan janganlah kamu mengurangi hak-hak orang ramai, dan janganlah kamu bermaharajalela melakukan kerosakan di bumi” (al-Syu’ara, 183)

Dalam konsep Islam terhadap pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar sebagai satu pengurusan alam sekitar yang dikehendaki oleh Islam, maka Islam meletakkan 5 konsep penting yang perlu diterapkan ke dalam diri manusia supaya wujudnya proses pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.(Mohd Nur Hakim Razana, 2004)

Page 5: Peta Minda Persekitaran Alam Sekitar Baru

Konsep Islam terhadap

pemeliharaan dan

pemuliharaan alam sekitar

i.Konsep TauhidDalam pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar, aspek penting yang paling ditekankan ialah konsep

tauhid. Ini kerana ia merupakan keperluan asas dalam Islam. Dalam pandangan tauhid, manusia

hanya takut pada satu kuasa dan dipertanggungjawabkan dihadapan seorang hakim

sahaja, mengadap pada satu kiblat dan menumpukan harapan dan kehendak pada satu

sumber sahaja. (Mohd Zuhdi Marzuki & Amer Saifude Ghazali, 2002)

ii.Konsep SyariahSyariah adalah teras perundangan hidup Islam. Ia merupakan

bidang ilmu pengetahuan yang

menyediakan peradaban Islam

dengan peraturan yang tetap. Segala teori

Syariah merangkumi semua aspek

kehidupan manusia dan meliputi kehidupan peribadi, sosial, politik dan intelektual. Secara praktiknya, ia memberi makna dan isi kepada perbuatan orang Islam dalam kegiatan mereka

di dunia. (Ziaudin Sardar, 1990)

iii.Konsep IlmuSebagai langkah ke arah pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar, ilmu

pengetahuan merupakan perkar penting yang mesti

ditekankan. Ini kerana orang yang berilmu

dan mengamalkannya tidak akan melakukan perkara-perkara yang

boleh merosakkan diri, masyarakat dan

juga alam sekitar. (Nurhibah Hasan Zawawi, 1999)

Page 6: Peta Minda Persekitaran Alam Sekitar Baru

Konsep Islam terhadap

pemeliharaan dan pemuliharaan alam

sekitar

iv.Konsep KhalifahDalam konsep mengurus alam sekitar, konsep ini

amat penting untuk manusia menjaga alam sekitar. Apabila mereka sedar diri mereka sebagai seorang

khalifah, maka mereka tidak akan melakukan kerosakan kepada lam sekitar malah akan menjaga

dengan sebaik mungkin.

v.Konsep AkhlakAkhlak adalah amat penting terutama sekali

kearah pengurusan alam sekitar. Akhlak yang mulia adalah akhlak yang mengarahkan ke arah

kebaikan dan keharmonian. Dalam konsep penjagaan alam sekitar, sifat-sifat mulia seperti kasih sayang, sifat suka menjaga kebersihan,

bertanggungjawab dan sikap murni yang lain amat penting dalam menjaga alam sekitar dengan

sebaiknya.

Page 7: Peta Minda Persekitaran Alam Sekitar Baru

SUDUT PANDANGAN

Akta Kualiti Alam Sekeliling Malaysia

(1974)

Sains dan teknologiJamaluddin Md Jahi, 1996

Alam sekitar atau persekitaranbermaksud faktor-faktor fizikal yang mengelilingi kehidupan manusia . Ia termasuk tanah,air, udara, iklim, bunyi, bau, rasa, faktor-faktor biologi dan juga faktor-faktor social yangsaling bergantung sesama sendiri, di antara faktor-faktor biologi dengan faktor-faktor fizikal.

Alam sekitar juga merujuk kepada segala benda yang berada di sekeliling manusia pada suatu titik dalam ruang dan masa. Kajian tentang alam sekitar melibatkan banyakpendekatan; satu daripadanya ialah perspektif hubungan antara manusia dengan alam sekitar yang dikembangkan sejak awal abad ini dalam konteks ekologi manusia. Sebenarnya kesan tindakan manusia terhadap alam sekitar telah direkodkan sejak abad kelapan belas dan kesembilan belas lagi

Alam sekitar atau persekitaran boleh membawa maksud segala apa yang ada di sekeliling dan berhubung kait dengannya, sehingga menimbulkan suatusuasana atau keadaan. Justeru, setiap sesuatu yang ada di alam nyata ini mempunyaipersekitarannya masing-masing, dan sesuatu itu boleh menjadi persekitaran kepada sesuatu yang lain (Fadil Othman, 1996).

Page 8: Peta Minda Persekitaran Alam Sekitar Baru

Alam sekitar terdiri daripada tiga komponen

yang utama iaitu:

(i) alam sekitar semulajadi (natural

environment)

(ii) alam sekitar buatan

(man-made environment)

(iii) alam sekitar

sosiobudaya (socio-cultural environment)

Page 9: Peta Minda Persekitaran Alam Sekitar Baru

Alam sekitar semulajadi meliputi

matahari

air

udara

bumi

kitaran fizikal yang menyokong kehidupan seperti kitar oksigen, nitrogen,

karbon dan air

sistem biologi dan ekologi(benda hidup yang saling berinteraksi).

Page 10: Peta Minda Persekitaran Alam Sekitar Baru

Alam sekitar buatan

alam sekitar yang dibina oleh manusiaseperti taman herba, taman burung, taman orkid,

taman bunga, zoo danlain-lain.

Alam sekitar sosiobudaya

merujuk kepada alam sekitar yangberkaitan dengan bagaimana manusia berinteraksi

dan menyusun dirimereka dalam kumpulan seperti keluarga,

pendidikan, pekerjaan,kesihatan, politik, kerajaan, ekonomi, kesenian,

agama dan budaya

Page 11: Peta Minda Persekitaran Alam Sekitar Baru

BIOSFERA DAN EKOLOGI

Planet bumi adalah tempat tinggal manusia dan juga tempat tinggal bagi pelbagai

hidupan yang lain. Gunung yang tinggi, cerun dan tanah rata, pinggir lautan dan di

dalam sungai mahupun lautan adalah juga merupakan tempat tinggal bagi hidupan.

Konsep Biosfera

Biosfera adalah semua tempat yang berhampiran dengan kita ataupun semua

tempat lain di muka bumi ini di mana ada pelbagai bentuk kehidupan. Biosfera

meliputi semua ekosistem global. Ia juga dikenali sebagai zon kehidupan di atas

muka bumi. Dalam konteks yang lebih luas, biosfera adalah sistem ekologi global

yang menyatukan

semua kehidupan dan hubungan antara kehidupan termasuklah interaksinya dengan

elemen-elemen litosfera, hidrosfera, ekosfera dan atmosfera. Biosfera dipostulatkan

telah mengalami evolusi melalui prosesbiogenesis lebih kurang 3.5 billion tahun

dahulu.

Konsep Ekologi

Ekologi berasal daripada perkataan Greek „oikos‟ yang bermaksud „rumah‟ atau

„tempat untuk tinggal‟ dan „logos‟ yang bermaksud „kajian‟. Oleh itu ekologi adalah

satu kajian hubungan dalam alam semulajadi (Miller & Spoolman, 2009). Ekologi

adalah satu bidang kajian saintifik berkaitan dengan taburan, kelimpahan dan

hubungan antara organisma

dan interaksinya dengan alam sekitar. Ekologi juga ditakrifkan sebagai kajian

tentang hubungan antara organisma dengan persekitaran fizikal dan biologinya.

Ekologi termasuk kajian mengenai populasi tumbuhan dan haiwan, komuniti

tumbuhan dan haiwan serta ekosistem.

Ekosistem

Alam sekitar terdiri daripada komuniti-komuniti berbagai jenis tumbuhan dan haiwan,

hidup dalam satu kawasan yang sama, berinteraksi dan mempunyai pengaruh

antara satu sama lain. Contohnya di kawasan paya bakau, sungai, kolam di mana

terdapat organisma hidup yang besar dan mikroskopik yang hidup bersama yang

Page 12: Peta Minda Persekitaran Alam Sekitar Baru

dinamakan sebagai ekosistem biotik. Ekosistem biosis atau biotik adalah komponen

yang hidup, iaitu

komuniti dalam suatu ekosistem. Ekosistem abiotik ialah komponen bukan hidup.

Contohnya air, udara, tanah, suhu, nilai pH, cahaya, topografi, kelembapan dan iklim

mikro. Kombinasi komuniti biotik dengan alam sekitar abiotik dipanggil sebagai

ekosistem.

Ekosistem adalah satu set interaksi antara organisma dengan bahan bukan hidup

serta tenaga di alam sekitarnya iaitu di dalam suatu kawasan (Miller & Spoolman,

2008). Satu ekosistem terdiri daripada semua organisma hidup (komuniti biologi)

dalam satu kawasan tertentu bersama benda bukan hidup (abiotik) dan komponen

fizikal alam sekitar yang mana organisma berinteraksi bersama-sama, seperti udara,

tanah, air dan matahari.

Page 13: Peta Minda Persekitaran Alam Sekitar Baru

Kompenan abiotik dan biotik dalam ekosistem

Nic

Nic adalah peranan suatu organisma, yang dikategorikan mengikut cara ia

mendapatkan makanan. Nic ekologi merupakan peranan atau „pekerjaan‟ suatu

spesies dalam suatu komuniti dan ekosistem. Nic ekologi organisma boleh berubah-

ubah semasa peringkat hidupnya. Contohnya berudu tinggal dalam air dan makan

plankton tetapi katak dewasa tinggal di darat dan menangkap serangga sebagai

makanan. Pelbagai jenis hidupan boleh berkongsi di habitat yang sama tetapi

melakukan nic atau pekerjaan/peranan/fungsi yang berbeza-beza. Di dalam

ekosistem hutan hujan tropika contohnya, harimau memburu kancil tetapi ulat

beluncas memakan daun tumbuh-tumbuhan.

Dalam suatu ekosistem juga terdapat pelbagai jenis rantai makanan dan siratan

makanan. Rantai makanan adalah satu laluan yang menunjukkan bagaimana

tenaga dipindahkan daripada pengeluar kepada pengguna. Rantai makanan

berbentuk satu arah dan bermula

dengan pengeluar (tumbuhan) sehingga kepada pengguna primer, pengguna

sekunder dan pengguna seterusnya. Setiap peringkat dalam rantai makanan

ditunjukkan dengan menggunakan anak panah (→) yang bermaksud „dimakan oleh‟.

Page 14: Peta Minda Persekitaran Alam Sekitar Baru

Dua jenis rantaian makanan

Page 15: Peta Minda Persekitaran Alam Sekitar Baru

MAKSUD PERSEKITARAN

Persekitaran

Fizik biologi Sosial

i.Pesekitaran fizik iii.Persekitaran manusia

ii.Persekitaran biologi

keadaan geografi seperti air boleh merebaknya penyakit berjangkit dan pancaran matahari berlebihan boleh melemahkan tubuh badan

hubungan manusia dengan organik seperti bakteria dan virus

sosio budaya –mempengaruhi kesihatan seperti pemakanan yang keterlaluan dan taraf kesihatan rendah.

Page 16: Peta Minda Persekitaran Alam Sekitar Baru

SUDUT PANDANGAN

Sudut Sains Sudut Pendidikan Prasekolah

Pendapat Pertubuhan Kesihatan Sedunia

Persekitaran bermaksud ilmu yang mengkaji sesuatu yang berada diluar setiap manusia atau sebarang benda yang mempengaruhi populasi manusia

Mendefinisikan kesihatan persekitaran sebagai ilmu berkaitan kawalan terhadap segala proses fizik

Persekitaran kanak-kanak yang bebas dari segala kekotoran yang oleh mendatangkan mudarat sama ada dari segi penyakit atau kemalangan

Page 17: Peta Minda Persekitaran Alam Sekitar Baru

KONSEP ALAM SEKITAR PRASEKOLAH

• Alam persekitaran prasekolah yang kondusif merupakan faktor utama dan pendorong perkembangan kanak-kanak secara bersepadu dan seimbang.

• Alam sekitar harus selesa dan selamat , riang serta penuh kasih sayang dan persekitaranya harus mencabar dan boleh menggayakan pengalaman mereka

Interaksi alam sekitar dengan kanak-kanak akan dapat membangunkan empat

kesihatan total:

Fizikal

RohaniKognitif

Emosi

Page 18: Peta Minda Persekitaran Alam Sekitar Baru

• Pendidikan alam sekitar penting bagi meningkatkan kesedaran tentang dan kualiti alam sekitar

• Pendidikan Alam Sekitar membantu generasi masa hadapan untuk mengawal kehidupan mereka dan memakmurkan masa hadapan (Perikleous, 2004)

• Cara untuk mendidik alam sekitar iaitu dengan mengintergrasikan pendidikan alam sekitar dalam pengajaran bilik darjah.

• Pendidikan alam sekitar bagi peringkat prasekolah buku Pendidikan Alam Sekitar merentas Kurikulum telah diterbitka pada tahun 2005.

• Terdapat lima tema dalam buku Pendidikan Alam Sekitar merentas Kurikulum dan mempunyai subtema-subtema tertentu

• Subtema-subtema boleh diaplikasikan oleh guru dalam p&p dan bergantung kepada kreativti guru dalam mengubahsuai bahan, alatalatan dan iklim sekolah

Page 19: Peta Minda Persekitaran Alam Sekitar Baru

Kandungan pendidikan alam

sekitar prasekolah mengandungi lima tema iaitu

1.haiwan

2.tumbuh-tumbuhan

3.udara4.air

5.tanah

Page 20: Peta Minda Persekitaran Alam Sekitar Baru

Perancangan jangka

panjang

1.mendidik tentang alam sekitar

2.melahirkan masyarakat yang

peka

3.bertanggungjawab tentang isu-isu alam

sekitar

4.mendapat pegetahuan dan

kemahiran

5.menyemai rasa sayang

terhadap alam sekitar

6.dapat mengambil bahagian dalam

usaha melingdungi alam sekitar

7.aktif selaras dengan hasraf

Falsafah Pendidikan

Kebangsaan

Page 21: Peta Minda Persekitaran Alam Sekitar Baru

MATLAMAT PENDIDIKAN ALAM SEKITAR

MATLAMAT PENDIDIKAN

ALAM SEKITAR

Untuk membantu masyarakat sarwajagat dalam menyedari,

memahami dan menangani isu-isu alam sekitar

Menguasai kemahiran

dan kesungguhan

dalam membantu

mengatasi isu alam sekitar

Membentuk masyarakat yang lebih peka dan prihatin

terhadap isu alam sekitar

Page 22: Peta Minda Persekitaran Alam Sekitar Baru

OBJEKTIF PENDIDIKAN ALAM SEKITAR

i.mendapat pengalaman, pengetahuan dan kefahaman asas tentang alam sekitar

ii.peka dan prihatin terhadap alam sekitar dan masalah yang berkaitan dengannya

iii.menyayangi alam sekitar dan bermotivasi untuk terlibat secara aktif dalam penjagaan alam sekitar

iv.mendapat kemahiran mengenal pasti masalah alam sekitar dan menjaganya

v.berpeluang melibatkan diri secara aktif dalam pemeliharaan alam sekitar

Page 23: Peta Minda Persekitaran Alam Sekitar Baru

KEBERSIHAN ALAM SEKITAR

Kepentingan Penjagaan Alam Sekitar

1.Supaya kelihatan kemas, bersih dan teratur

2.Supaya dijauhi dari jangkitan penyakit

4.Mengelakkan berlakunya kemalangan yang tidak diingini

6.Menarik minat para pelancong dalam atau luar negeri

7.Supaya berada dalam keadaan selesa

8.Sumber pendapatan ekonomi

10.Dapat memupuk sikap menjaga alam sekitar tanpa dipaksa oleh pihak lain

9.Sentiasa hidup dalam kebersihan

3.Pembekalan udara segar

5.Ekosistem yang stabil (mengelakkan pemanasan global)

Page 24: Peta Minda Persekitaran Alam Sekitar Baru

11.Kesihatan diri akan terjamin

12.Sentiasa mendapat pujian dari pihak luar

13.Habitat hidupan darat dan air terpelihara.

14.Mengelakkan kepupusan flora dan fauna

Page 25: Peta Minda Persekitaran Alam Sekitar Baru

ISU-ISU ALAM SEKITAR

Pertambahan penduduk

Pelupusan spesisi flora dan fauna

Penebangan hutan

Penghapusan paya

Peningkatan guru

Hakisan tanah

Pencemaran udara

Pencemaran air

Pencemaran bunyi

Pencemaran tanah

Pemanasan bumi / kesan rumah hijau

Kekurangan bekalan sumber api, galian dan air

Pemendapan asid di permukaan bumi

Penipisan lapisan ozon

Page 26: Peta Minda Persekitaran Alam Sekitar Baru

CARA PENJAGAAN

PERSEKITARAN DI PRASEKOLAH

Memastikan persekitaran

sentiasa berada dalam keadaan

baik.

Membersihkan sampah sarap yang ada di persekitaran

prasekolah sama ada ditanam atau dibuang di tempat yang

sepatutnya

Susun atur perabut hendaklah kemas dan teratur supaya tidak

menghalang lalulintas kanak - kanak.

Menceriakan suasana pembelajaran supaya dapat menarik minat

dan meransang perkembangan

menyeluruh kanak - kanak

Memastikan alat yang boleh membahayakan

kanak - kanak di simpan di tempat yang selamat

CARA PENJAGAAN

ALAM SEKITAR

Mengadakan pameran alam sekitar iaitu membuat pameran bahan tentang

pencemaran alam sekitar dan menonton video alam sekitar

Melakukan kempen alam

sekitar seperti kitar semula di kawasan sekitar Prasekolah

Mengadakan pertandingan kuiz dan melukis poster bagi pelajar dewasa dan bagi kanak - kanak prasekolah ialah pertandingan mewarna alam

sekitar.

Pendedahan media massa iaitu melalui surat khabar dan

televisyen. Pelajar dapat melihat dan

menyemai rasa cintakan alam sekitar

Page 27: Peta Minda Persekitaran Alam Sekitar Baru

CARA MENCERIAKAN BILIK DARJAH

Membina sudut bacaan NILAM dengan menyediakan buku - buku cerita menarik, keratan akhbar dan sudut pengayaan dan pemulihan

Mengutamakan kebersihan seperti kebersihan dinding,

cermin tingkap, lantai, siling, kipas

angin dan sebagainya

Susun atur meja kerusi yang teratur dan sesuai

Longkang dan kaki lima kelas

mestilah bersih

Penyimpanan penyapu dan

tong sampah di sudut yang

betul

Membina sudut pameran yang dihiasi dengan

carta, kata - kata hikmat dan

maklumat kelas

CARA MENCERIAKAN BILIK DARJAH

Meja guru mempunyai kain alas dan di atas meja diletakkan

hiasan seperti bunga

Meja dan kerusi murid juga perlu

ada kain alas supaya nampak

cantik dan kemas

Suasana kelas yang ceria dan

kondusifMempunyai kata - kata

hikmat yang digantung di koridor kelas

Papan kenyataan yang berfungsi dan dikemaskini

Falsafah Pendidikan

Kebangsaan, visi dan misi perlu

dipaparkan

Page 28: Peta Minda Persekitaran Alam Sekitar Baru

CARA MENCERIAKAN BILIK DARJAH

Melibatkan ibubapa, guru - guru dan masyarakat dengan

mengadakan aktiviti gotong royong

Tingkap juga perlu dihiasi dengan

langsir yang sesuai

Meletakkan kad bacaan di atas meja murid yang

telah di alas

Membina pusat - pusat pembelajaran

yang menarik

CARA - CARA MENCERIAKAN

KELAS PRASEKOLAH

Meja dan kerusi tersusun kemas

Bilik rehat mesti kemas dan cadar

mempunyai corakdan warna

yang menarik

Alat bantu mengajar di susun di rak dengan

kemas

Kasut di susun di rak dengan teratur

Menjaga kebersihan kelas seperti ruang dapur, bilik

sakit/rehat, rak kasut, tandas, ruang permainan , pusat - pusat pembelajaran

dan dapur

Page 29: Peta Minda Persekitaran Alam Sekitar Baru

CARA - CARA MENCERIAKAN

KELAS PRASEKOLAH

Mewujudkan suasana

pembelajaran yang selesa dan kondusif

Menampal gambar di sekitar

prasekolah

Bergotong royong menghasilkan

taman mini

Alatan di taman pean menarik dan

selamat

Menampal kad - kad belajar di dinding kelas

Page 30: Peta Minda Persekitaran Alam Sekitar Baru

REFLEKSI

Pertama sekali kami ingin memanjatkan kesyukuran kerana dengan izinNya

kami dapat melaksanakan tugasan ini dengan jayanya. Pengalaman menyiapkan

tugasan ini amat bermakna dan bermanafaat bagi kami.

Melalui tugasan ini kami dapat mengetahui dengan lebih mendalam tentang 

apakah yang dikatakan tentang alam sekitar. Alam sekitar adalah anugerah Tuhan

yang amat bernilai kepada kesejahteraan kehidupan. Manusia banyak bergantung

kepada sumber-sumber semulajadi di muka bumi ini. Allah telah mencipta alam ini

seimbang untuk kemakmuran munusia. Bumi yang luas dijadikan tempat tinggal

manusia, gunung-gunung sebagai pemasak bumi, tumbuh-tumbuhan sebagai

sumber makanan dan ubatan kepada kehidupan, demikian juga dengan pelbagai

jenis haiwan dan hidupan di lautan. Alam sekitar yang tidak tercemar memberikan

kita suasana yang selesa, selamat dan menyamankan.

Alam sekitar adalah sesuatu yang penting dalam kehidupan manusia, tidak

mengira bangsa, agama dan negara.. Alam sekitar masa kini semakin tercemar

kerana terdapat pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab telah melakukan

pencemaran seperti pembuangan sampah di sungai-sungai, penggunaan baja-baja

kimia dan pelbagai lagi. Alam sekitar seharusnya dijaga kerana alam sekitar bukan

hanya digunakan pada masa sekarang tetapi akan digunakan sehingga beratus-

ratus tahun lagi. Sekiranya tidak dijaga mulai sekarang, sudah pastilah akan berlaku

sesuatu bencana pada muka bumi ini.

Untuk mengembalikan kesegaran alam sekitar beberapa langkah menjaga

alam sekitar perlulah diambil.. Pihak kerajaan dan badan-badan bukan kerajaan

yang berkaitan haruslah memainkan peranan penting dalam memulihkan dan

memelihara alam sekitar. Sebagai golongan yang berkuasa mereka perlulah

mengawal alam sekitar daripada terus tercemar dan mengambil tindakan keras

terhadap pihak-pihak yang merosakkan alam ini

Penjagaan alam sekitar amat penting tidak kira di mana kita berada.

Persekitaran di Prasekolah perlu dijaga kerana kanak – kanak Prasekolah tidak akan

dapat mengikuti sesi pembelajaran jika persekitarannya tercemar. Kanak – kanak

Page 31: Peta Minda Persekitaran Alam Sekitar Baru

Prasekolah memerlukan persekitaran yang menarik dan tidak terdedah dengan

pencemaran. Dengan adanya persekitaran yang menarik kanak – kanak akan lebih

berminat dan seronok untuk belajar.Selain itu, persekitaran yang baik juga dapat

meransang perkembangan kanak – kanak Prasekolah secara menyeluruh.

Di samping penjagaan alam sekitar di kawasan Prasekolah, guru juga perlu

menceriakan kelas Prasekolah. Keceriaan kelas Prasekolah juga menarik minat

murid untuk belajar. Kebersihan kelas adalah perkara yang paling penting. Ini kerana

jika sesebuah berada dalam keadaan kotor, murid tidak akan dapat belajar dengan

sempurna. Penglibatan daripada ibu bapa juga penting untuk menceriakan kelas

Prasekolah. Dengan penglibatan mereka lebih banyak idea dapat dikongsi bersama.

Oleh yang demikian, keceriaan di dalam kelas Prasekolah sangat meransang dan

membantu perkembangan kanak – kanak Prasekolah.

Akhir sekali, kami berjaya menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Kami berpuas

hati dengan hasil usaha untuk menyiapkan tugasan ini. Kami ingin mengucapkan

ribuan terima kasih kepada pensyarah kami iaitu En. Saifudin Azam Shah Bin

Ahmad yang telah banyak membantu dan memberi dorongan. Tidak lupa juga

kepada rakan – rakan yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam

menyiapkan tugasan ini, terima kasih.

Page 32: Peta Minda Persekitaran Alam Sekitar Baru

BIBLIOGRAFI

Konsep Pemeliharaan Dan Pemulihan Alam Sekitar http://www.angkasa.coop/pelancar/indek.php?pujan016-2008

Kepentingan Menjaga Alam Sekitar http://alamsekitarbmp.blogspot.com/p/kepentingan-menjaga-alam-sekitar-9278.html

Kepentingan Alam Sekitar http://alamsekitar0.tripod.com/id5.html

RujukNota:Kepentingan Alam Sekitar, Pencemaran http://rujuknota.blogspot.com/2009/10/kepentingan-alam-sekitar-pencemaran.html

Kualiti Alam Sekitar http:// tgv.tripod.com/kas2.html

ALAM Sekitar:ALAM SEKITAR………… http://perlukekesah.blogspot.com/2010/08/pencemaran-udara-html

PASKPLISR.pdf http://www.ipislam.edu.my/upload/ModulKPLI/PASKPLISR.PDF

Pendidikan Alam Sekitar http://www.slideshare.net/timippm/pendidikan-alam-sekitar

Page 33: Peta Minda Persekitaran Alam Sekitar Baru

BORANG KOLABORASI

Nama : Hafiza Binti Hamzah

Cik Puteh Binti Awang

Kursus : Program Pensiswazahan Guru

Kumpulan : Pra b

Nama Pensyarah : En. Saifudin Azam Shah Bin Ahmad

Tarikh Perkara yang dibincangkan Catatan T/Tangan18.02.2012

20.02.2012

22.02.2012

24.02.2012

25.02.2012

28.02.2012

01.03.2012

03.03.2012

10.03.2012

Menerima tugasan daripada Pensyarah

Menubuhkan ahli kumpulan

Agihan tugasan kepada ahli kumpulan

Perbincangan tentang tajuk tugasan

Mencari bahan dan maklumat tugasan

Menaip tugasan yang telah dibincangkan

Menyemak semula tugasan yang telah ditaip

Mencetak tugasan yang telah disiapkan

Menghantar tugasan kepada pensyarah