peta minda bab 10.pdf

Upload: cikgurosle

Post on 10-Feb-2018

268 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

  • 7/22/2019 peta minda bab 10.pdf

    1/4

    Bab 10: Sarawak SMK Danau Kota, Kuala Lumpur

    Rosle Bin Yasin 44

    Sarawak

    Pengenalan

    Sarawak merupakan negeri terbesar di Malaysia Keunikan Sarawak dapat dilihat dari segi latar belakang sejarah, keadaan

    masyarakat, kegiatan sosiobudaya dan ekonominya.

    Masyarakat Sarawak

    Terdapat 27 kumpulan etnik di Sarawak yang mempunyai bahasa, cara hidup danbudaya yang berbeza.

    Corak penempatan dan taburan penduduk berselerak di Sarawak menyebabkanmereka tidak banyak berhubung dengan orang luar.

    Keadaan ini mendorong setiap kelompok etnik membentuk identiti kebudayaanmasing-masing mengikut persekiran mereka.

    Orang Melayu dan orang Melanau tinggal di kawasan persisiran pantai. Orang Iban, Bidayuh dan Kenyah tinggal di kawasan Lembah Sungai. Orang Kelabit, Penan dan Murut tinggal di kawasan pedalaman.

    Pertalian Sarawak dengan

    Kesultanan Brunei dan Sulu

    Sarawak ditadbir oleh Kesultanan Brunei sejakabad ke-15 dengan membahagikan Sarawak

    kepada beberapa unit jajahan.

    Setiap jajahan ditadbir oleh pembesar yang diberikuasa autonomi, contohnya Sungai Skrang

    ditadbir oleh Syarif Sahap, manakala Sungai

    Sarawak ditadbir oleh Pangeran Mahkota.

    Latar Belakang Sejarah Sarawak

    Nama Sarawak berasal daripada nama Batang Sarawak atauSungai Sarawak yang meliputi kawasan di sekitar Kuching

    hingga ke seluruh Sarawak.

    Penemuan beberapa peninggalan sejarah di Gua Niah sepertitembikar, alat pekakas seperti kapak, pisau yang diperbuat

    daripada batu serta lukisan yang diconteng pada dinding gua

    menjadi bukti kewujudan manusia di Sarawak bermula kira-

    kira 40,000 tahun dahulu.

  • 7/22/2019 peta minda bab 10.pdf

    2/4

    Bab 10: Sarawak SMK Danau Kota, Kuala Lumpur

    Rosle Bin Yasin 45

    Kebudayaan

    Orang merayakan perayaan kaul untuk menjamuIpok yang mengawal laut supaya memperoleh

    tangkapan yang memuaskan.

    Orang Iban merayakan Perayaan Gawai (PestaMenuai) dan menarikan Tarian Ngajat sebagai

    tanda kesyukuran dalam pesta menuai.

    Orang Melayu Sarawak mengamalkan tradisiyang dinamakan bergendang, kaum lelaki

    menari manakala kaum perempuan bermain

    gendang sambil menyanyi dan berpantun.

    Pendidikan

    Pendidikan tidak formal diperolehmelalui cerita lisan dan kepercayaan

    turun temurun seperti cara berburu dan

    memungut hasil hutan.

    Pendidikan formal dijalankan di masjiddan sekolah agama, mempelajari agama

    Islam seperti membaca al-Quran danmenulis jawi. Pendidikan berkaitan Islam

    seperti melaksanakan ibadat diajar oleh

    guru al-Quran, imam dan lebai.

    Peraturan dan Adat Resam

    Masyarakat yang beragama Islam mengamalkan cara hidup berasaskan Islam. Masyarakat bukan Islam pula mengamalkan cara hidup yang telah diwarisi

    sejak turun temurun daripada nenek moyang mereka.

    Tuai rumah ialah orang yang bertanggungjawab menjaga keselamatan dankeamanan di kawasannya.

    Tuai rumah bertanggungjawab menyelesaikan masalah perkahwinan,perceraian, peraturan dan perayaan.

    Dua upacara penting yang ditentukan oleh Tuai rumah ialah menetapkan tarikhHari Gawai dan perayaan Beranyi

    Orang Iban mempunyai tradisi menyimpan pasu, gong dan tempayan yangdipanggil tajau.

    Orang Kayan, Kelabit dan Kenyah menindik telinga dan menggantungkangelang timah atau tembaga di cuping telinga hingga menjadi lanjut.

    Menindik telinga menggambarkan kecantikan, anting-anting yang digunakanmelambangkan status dan diwarisi secara turun temurun.

    Orang Melayu Sarawak mengamalkan adat resam berasaskan agama Islam.

    Agama dan Kepercayaan

    Orang Iban, Murut, Kelabit, Kenyah, Kayan danBisaya mengamalkan kepercayaan animisme.

    Menurut kepercayaan ini semua benda seperti

    gunung, bukit, busut, pokok kayu, sungai danhutan mempunyai semangat dan roh.

    Masyarakat Melanau yang bukan beragama Islammempercayai makhluk ghaib yang dipanggil Ipok.

    Orang Penan dikenali sebagai Penan Nomadkerana hidup berpindah randah dan dilarang

    tinggal secara menetap.

    Orang Iban berpegang kepada kepercayaan apabilamembuka kawasan petempatan dan mendirikan

    rumah, kawasan tersebut mestilah disemah terlebih

    dahulu. Mereka percaya kepada bunyi burung

    ketupung dan burung beragai menandakan mereka

    tidak boleh mendirikan rumah di kawasan itu.

    KegiatanSosiobudaya.

  • 7/22/2019 peta minda bab 10.pdf

    3/4

    Bab 10: Sarawak SMK Danau Kota, Kuala Lumpur

    Rosle Bin Yasin 46

    Kegiatan Ekonomi

    Sarawak merupakan negeri yang mempunyai banyak sumber kekayaan semula jadi. Bagaimanapun, kegiatan ekonomi penduduk Sarawak banyak bergantung kepadabentuk muka bumi, kawasan penempatan suku kaum dan sumber alam.

    Perdagangan

    Sarawak pernah menjalinkan hubungan perdagangan dengan KerajaanMelayu Melaka.

    Barangan Sarawak seperti lada hitam, halia, kapur barus, emas, sarangburung, permata dan ikan telah diperdagangkan di pelabuhan Melaka.

    Sarawak dikunjungi oleh pedagang Cina untuk mendapatkan lada hitam,kapur barus, emas, kayu cendana, sumbu badak dan telur penyu.

    Kemajuan Sarawak menarik minat pedagang asing dari China, Arab,India dan kepulauan Melayu. Mereka membawa barang-barang seperti

    tembikar, sutera, barang logam, kain dan barang perhiasan ke Sarawak.

    Pertanian

    Kegiatan pertanian yang sangat penting di Sarawak ialah padi huma,padi sawah, lada hitam dan sagu.

    Orang Iban, Bidayuh dan Orang Ulu menanam padi huma kerana padihuma tidak memerlukan sistem saliran dan boleh ditanam di kawasan

    yang berbukit bukau. Orang Kelabit menanam padi sawah di kawasan hulu Sungai Baram

    dan mereka terkenal dengan pengeluaran beras Bario.

    Orang Melanau menjalankan perusahaan sagu yang diperolehdaripada isi pokok sagu yang dipanggil ripo.

    Kebanyakan orang Kedayan dan Murut mengusahakan tanaman ladahitam yang merupakan tanaman tradisional terpenting di Sarawak.

    Sara Diri

    Kebanyakan masyarakat Sarawak menjalankankegiatan ekonomi sara diri.

    Mereka menyara kehidupan mereka denganmenanam padi huma (padi bukit), menjadi nelayan,

    memungut hasil hutan dan berniaga secara kecil-

    kecilan.

    Berburu merupakan kegiatan ekonomi yang palingpenting di Sarawak terutama etnik yang tinggal di

    kawasan pedalaman.

    Penduduk pedalaman turut memungut hasil hutanseperti jelutung, damar dan rotan, kemudian

    menukarkan hasil hutan ini dengan barangan

    keperluan seperti beras dan garam.

    Perlombongan

    Antimoni dan emas merupakangalian terpenting di Sarawak.

    Orang Bidayuh terlibat aktifmengusahakan kedua-dua jenis

    perlombongan ini.

    Orang Cina di Bau, Paku, danBidi menjalankan kegiatan

    melombong emas.

    Kesimpulan

    Walaupun rakyat Sarawak terdiri daripadapelbagai kumpulan etnik tetapi mereka

    hidup dalam suasana aman dan harmoni.

    Sarawak juga mempunyai kepelbagaiankebudayaan dan kesenian serta adat resam

    yang menarik yang perlu dipelihara

    sebagai menghargai keindahan dan

    warisan budaya kita.

  • 7/22/2019 peta minda bab 10.pdf

    4/4

    Bab 10: Sarawak SMK Danau Kota, Kuala Lumpur

    Rosle Bin Yasin 47