peta minda

9
PERKAHWINAN MEMINANG BERTUNANG MAJLIS PERKAHWINAN

Upload: faridah

Post on 01-Oct-2015

37 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

peta minda budaya

TRANSCRIPT

MAJLIS PERKAHWINANPERKAHWINAN

MEMINANGBERTUNANG

BANDING BEZA PERKAHWINAN KAUM CINA DAN KAUM MELAYU

KAUMASPEKKaum cinaKaum melayu

KELAHIRANMeminang Seorang wakil dipilih untuk ke rumah si gadis bagi membincangkan perkara-perkara berkaitan perkahwinan. Pihak lelaki tidak akan tawar menawar kerana bimbang akan menjatuhkan maruah.

Meminang Pihak lelaki akan datang satu rombongan untuk meminang si gadis yang terdiri daripada keluarga terdekat pihak lelaki. Perbincangan akan diadakan dengan hantaran dan jumlah rombongan yang akan dating untuk upacara bertunang.

Bertunang Hari pertunangan dilakukan berdasarkan calendar cina dan ia hendaklah bersesuaian dengan bintang kelahiran kedua-dua pasangan tersebut. Upacara bertukar cincin akan dilakukan oleh kedua-dua bakal pengantin sehingga hari perkahwinan. Bagi membuktikan persetujuan, gadis berkenaan akan menyerahkan sekeping kertas merah atau nyen sang yang tertulis nama gadis, umur dan tarikh lahirnya.Bertunang Hari pertunangan ditetapkan semasa upacara meminang. Hantaran disediakan oleh kedua-dua pihak. Pihak lelaki mesti membawa tepak sirih atau sirih junjung sebagai bingkisan utama. Wakil dari pihak lelaki akan menyarungkan cincin kepada gadis tersebut. Setelah itu rasmilah pertunangan tersebut.

Majlis perkahwinan Pada hari perkahwinan baju pengantin sebaik-baiknya berwarna putih, merah ataupun kuning. Adalah dilarang memakai baju hitam, biru dan kelabu kerana dipercayai warna-warna tersebut melambangkan kematian dan kesedihan. Upacara meminum teh sangat penting dan masih diamalkan. Adat ini melambangkan penerimaan pasangan pengantin terutama si isteri dan keluarga si suami di samping bertujuan untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan. Kemuncak upacara perkahwinan ialah pada sebelah malam iaitu akan diadakan jamuan makan secara besar-besaran samada di rumah, dewan atau restoran.

Majlis perkahwinan Kedua-dua mempelai akan memakai baju pengantin lazimnya songket dan dihias indah dengan perhiasannya sekali. Pengantin lelaki akan diarak dengan paluan kompang dan diiringi dengan bunga manggar. Pengantin perempuan akan menyambut kedatangan pengantin lelaki dan kemudiannya pasangan pengantin di bawa ke halaman rumah. Seminggu selepas itu, adat menyambut menantu atau mengundang menantu akan diadakan. Majlis perkahwinan akan diadakan pula di rumah pengantin lelaki tetapi tidak semeriah majlis di rumah pengantin perempuan.

SELEPAS BERSALINKELAHIRAN

SEWAKTU MENGANDUNG

BERPANTANG

BANDING BEZA KELAHIRAN KAUM CINA DAN KAUM MELAYU

KAUMASPEKKaum cinaKaum melayu

KELAHIRANSewaktu mengandung Ibu mertua yang bertanggungjawab menjaga wanita mengandung dan bukannya suami. Di kawal ketat dalam setiap tindak-tanduk dan kegiatan harian mereka.

Sewaktu mengandung Selepas kandungan mencapai tujuh bulan amalan melenggang perut perlu diadakan (anak sulung) di rumah mertua. Ia bertujuan untuk membuang geruh atau kecelakaan yang mungkin menimpa wanita hamil serta memperbetulkankedudukan bayi di dalam perut.

Berpantang Wanita yang baru melahirkan anak tidak dibenarkan mandi air sejuk kerana dibimbangi masuk angin. Pusat bayi yang baru lahir diikat dan dililit dengan sehelai kain pada kainnya. masyarakat cina mempercayai sekiranya terdapat lebih daripada satu pusar di atas kepala bayi akan menjadi nakal dan tidak mendengar kata.Berpantang wanita yang baru bersalin tidak dibenarkan berbuat apa-apa kerja yang memerlukan banyak pergerakan. Selepas pusat bayi tertanggal adat cuci lantai akan diadakan . Amalan berbengkung dan bertungku perlu diamalkan untuk tujuan untuk mengatasi kesakitan selepas bersalin.