peta konsep fizik pengukuran

7

Upload: rosmarizam-abllah

Post on 24-Apr-2015

98 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PEta Konsep Fizik Pengukuran

PENGUKURAN DALAM KEHIDUPAN HARIAN

BENTUK PIAWAI

TEKNIK-TEKNIK

PENGUKURAN YANG

BAIK

KEJITUAN DAN

KEPERSISAN

ALAT PENGUKURAN

ANGKA BERERT

I

PERTUKARAN UNIT

Page 2: PEta Konsep Fizik Pengukuran

.

PERTUKARAN UNIT

Unit metrik untuk semua kuantiti menggunakan imbuhan yang

sama.

Contoh satu per seribu gram adalah satu milligram dan satu ribu gram adalah satu kilogram

PERTUKARAN UNIT

BENTUK PIAWAI

Contoh nya jisim bumi adalah lebih kurang 6 000 000 000 000 000 000 000 kilogram jadi sukar untuk dikira dan mengambil ruang yang banyak untuk ditulis. Jadi bentuk piawai adalah

M x 10n dengan 1< M < 10 dan n adalah integer

Jisim bumi boleh ditulis sebagai 6.0 x 1024 kg

Magnitud sesuatu kuantiti fizik biasanya dibundarkan kepada empat angka bererti.

BENTUK PIAWAI

ANGKA BERERTI

Angka bukan kosong adalah sentiasa bererti

Semua kosong terakhir selepas titik perpuluhan adalah bererti

Kosong di antara dua angka bererti adalah sentiasa bererti.

Kosong yang digunakan semata-mata untuk member ruang kepada titik perpuluhan adalah tidak bererti.

ANGKA BERERTI

Kejituan dan kepersisan

Adalah darjah ketepatan bagi pengukuran satu kuantiti yang diulangi.

Contoh seorang pelajar akan mengulangi eksperimen sebanyak 3 kali untuk mengukur halaju cahaya. Puratanya akan diambil iaitu 3.001 x 108 m/s dan kesimpulannya halaju cahaya adalah iaitu 3.001 x 108 m/s/. Dalam pengukuran pelajar ini halaju cahaya adalah dalam julat 3.000 x 108 m/s kepada 3.002 x 108

m/s.

Oleh itu kepersisan pengukuran adalah 0.001 x 108 m/s

Kepersisan alat pengukur adalah terhad kepada bacaan terkecil pada alat pengukur

KEJITUAN DAN KEPERSISAN

Page 3: PEta Konsep Fizik Pengukuran

CIRI –CIRI PENGUKURAN JISIM

Semasa membuat pengukuran kepersisan dan kejituan pengukuran mesti diutamakan.

Untuk itu alat yang digunakan mesti mempunyai kepekaan yang sesuai.contoh alat penimbang dipasar tidak sesuai untuk menimbang berat sebentuk cincin emas.

Ttidak semua pengukuran sempurna dapat dilakukan. Selalu juga terdapat ketidakpastian atau ralat dalam mana-mana pengukuran.

Ketidakpastian eksperimen adlah disebabkan oleh ralat rawak atau ralat bersistem

Kepekaan sesuatu alat pengukur ialah kebolehan alat itu mengesan dalam perubahan yang kecil dalam kuantiti yang diukur.

Contoh alat yang peka ialah neraca elektronik,jam randik,tolok skru micrometer

Jam randik digital adalah alat yang sangat peka.ini kerana jam randik dapat mengukur suatu perubahan masa yang sangat kecil

Pertimbangan yang harus diambil kira dalam pengukuran jitu dan persis adalah:

Pemilihan alat pengukuran yang sesuai untuk satu pengukuran

a) Ralat 0.1 cm dalam pengukuran 100.0cm adalah kurang serius berbanding dengan 0.1 cm dalam 10.0 cm

b) Pengukuran kuantiti besar seperti panjang dawai tidak memerlukan alat peka manakala pengukuran yang kuantiti yang kecil seperti diameter dawai memerlukan alat yang peka.

Pengukuran alatan pengukuran yang tepat.

a) Sentiasa mematuhi arahan penggendalian alat.b) Sikap cermat dan berhati-hati ketika membuat pengukuranc) Memahami sebab pelbagai jenis ralat yang mungkin timbul.

TEKNIK-TEKNIK PENGUKURAN YANG BAIK

Page 4: PEta Konsep Fizik Pengukuran

Ralat bersistem

-Ialah ralat yang disebabkan oleh keadaan persekitaran atau keadaan alat di mana pengukuran itu dilakukan.

-Tidak dapat dielakkan dan sering berlaku seluruh eksperimen

-Adalah ketidaktepatan yang berulang secara konsisten dalam arah yang sama.

-Contoh ralat bersistem: penentukuran tidak tepat dan ralat sifar

Ralat Rawak

-Ralat yangdisebabkan oleh ketidakbolehan pemerhati untuk membuat pengukuran yang sama cara yang sama dengan tepat untuk mendapatkan nombor yang sama

-Ralat ini tidak dapat dielakkan kerana tiada peralatan yang sempurna dan juga kesilapan manusia

Contoh salah membaca ispadu air yang dibaca sebagai 23ml,tetapi sepatutnya 22 ml

Contoh lain seperti salah membilang ayunan bandul

-Salah mengendalikan alat tertentu seperti tolok skru micrometer yang dipusing terlalu ketat.

-Ralat rawak dapat dikurangkan dengan mengambil tiga bacaan dan mengambil kira bacaan purata.

Ralat Paralaks

Ralat ini adalah satu contoh ralat rawak.

Ralat paralaks disebabkan oleh kedudukan mata yang salah.

Untuk mengelakkan ralat paralaks,mata hendaklah melihat secara berserenjang dengan tanda skala semasa bacaan diambil

Contohnya meter elektrik biasanya dilengkapkan tanpa cermin.

JENIS-JENIS RALAT SEMASA MEMBUAT PENGUKURAN

Page 5: PEta Konsep Fizik Pengukuran

ALAT PENGUKURAN

PEMBARIS METER

Senggatan terkecil pada pembaris meter ialah 0.1cm.ini mennyebabkan pembaris meter mempunyai kejituan sehingga 0.1cm

Untuk mengelakkan ralat paralaks mata hendaklah berserenjang pada tanda skala

Jika hujung pembaris telah haus pengukuran hendaklah dimulakan dari tanda 1cm

ANGKUP VERNIER

Angkup vernier dapat mengukur panjang dengan kejituan sehingga 0.01cm

Terdiri daripada skala utama dengan rahang tetap pada satu hujung dan rahang gelongsor dengan skala vernier yang boleh mengelongsor di sepanjang skala utama.

Skala utama disenggat dalam sentimeter dan bahagian yang terkecil pada skala utama mempunyai magnitude 0.1cm

Skala Vernier adalah skala pendek dengan 9 mm panjang yang dibahagikan kepada 10 bahagian yang sama. Magnitud bagi setiap pada skala vernier ialah 0.09 cm atau 0.9 mm

Perbezaan panjang antara satu bahagian pada skala vernier dengan satu bahagian skala utama adalah 0.01 cm @ 0.1

TOLOK SKRU MIKROMETER

JAM RANDIK

NERACA TIGA ALUR

TERMOMETER

AMMETER DAN MILIAMMETER

Page 6: PEta Konsep Fizik Pengukuran

DAYA DAN PERGERAKAN

Page 7: PEta Konsep Fizik Pengukuran

Daya ialah kuantiti vector kerana ia mempunyai magnitude dan arah.

Neraca spring boleh digunakan untuk mengukur daya

Tindakan daya boleh menyebabkan

a) Suatu perubahan kepada bentuk dan saiz suatu objek

b) Suatu perubahan dalam keadaan pergerakan asal suatu objek.

Hubungan antara daya,pecutan dan jisim

Satu daya diperlukan untuk memecut satu objek yang tidak bergerak.

Untuk menambah pecutan satu objek,daya yang lebih tinggi diperlukan

Objek yang besar lebih susah untuk digerakkan.

Hubungan antara tiga kuantiti itu boleh ditentukan melalui eksperimen.

MEMAHAMI KESAN DAYA

GERAKAN LINEAR

JARAK DAN SESARAN

Jarak dan sesaran ialah dua kuantiti yang mungkin kelihatan sama tetapi sebenarnya mempunyai definsi dan maksud yang berbeza.

Jarak ialah kuantiti scalar yang mempunyai magnitude tetapi tidak mempunyai arah.jarak merujuk berapa jarak yang dilalui oleh sesuatu objek sepanjang pergerakannya.

Sesaran ialah kuantiti vector yang mempunyai magnitude dan arah. Sesaran ialah jarak yang dilalui dalam arah yang tertentu.

Contoh: 5m

3m 3m

5m

Ali berjalan ke timur 5m,ke selatan 3m,5m ke baratdan 3m keutara,walau dah 16m Ali berjalan sesarannya 0m.ini kerana ia balik ke tempat asal.