perutusan khas ydp bakemas sempena - jakess.gov.my 1.pdf · ramadhan al-mubarak dan sama-sama...

2
Assalamualaikum Warahmatullah Wabarakatuh, Maha Suci Allah yang menjadi- kan bulan Ramadhan dimana turunnya Al-Qur’an, petunjuk bagi manusia dan menerangkan daripadanya petunjuk dan perbezaan antara mukmin dan selain- nya. Selawat dan Salam buat Rasul junjungan, keluarganya dan para sahabat yang diredhai Allah. Syukur kita kepada Allah kerana diberi kesempatan sekali lagi untuk bertemu dengan ibadah yang difardhukan dalam sebulan dari seke- lian hari dalam setahun. Sebagai seorang Muslim kita semestinya merasa gembira dan bersyukur dengan kedatangan bulan Ramadhan al-Mubarak dan sama-sama bertekad menghayati-nya dengan penuh keinsafan dan kesunggu- han. Firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 183 yang bermaksudnya : " Wahai orang-orang yang beri- man, diwajibkan kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang terdahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa." Marilah sama-sama kita menyambut kedatangan bulan Ramadhan den- gan penuh rasa kecintaan dan kerinduan. Kita perlu membuat persediaan dan persiapan samaada dari segi jasmani dan rohani supaya Ramadhan yang disambut itu benar-benar dapat dihayati dan segala kelebihannya dapat diperolehi. Sebagai seorang Islam kita seharusnya merebut dan mendapatkan segala peluang keemasan dan keistime- waan yang terkandung dalam Bulan Ramadhan. Bulan Ramadhan telah telah menjanjikan tawaran pahala yang berlipat kali ganda dari setiap amalan yang dilakukan dan segala dosa dan kesalahan akan diam- punkan oleh Allah SWT. Sabda Rasulullah S.A.W.: " ﱠﺒ اﻟﻨ اﷲ ﺿ ر ﱠﺎس ا ) ص( ﺎل ﻧﱠﻪ أ: اﷲ ﱠم ﺎن ر ل ح ان ﱢﻴ اﻟﻨ ". Maksudnya : "Barang siap merasa gembira dengan sebab kedatangan bulan Ramadhan nescaya Allah Taala mengharamkan jasadnya daripada api neraka". (Hadis riwayat Ahmad) Kedatangan bulan Ramadhan amat ditakuti oleh syaitan kerana pada bulan ini Allah tidak membenarkannya untuk menghasut dan meng- goda manusia melakukan kejahatan dan maksiat. Pada bulan ini syaitan akan dirantai dan dibelenggu. Dalam hal ini Rasulullah S..A.W. menje- laskan dalam hadis baginda: " ﺎل اﷲ ﺿ ر ة ه ا : ﱠﻢ و اﷲ ﱠﻰ اﷲ ل ر ﺎل : دا ذ ا ﺎﻃ ﱠﻴ اﻟﺸ و ﱠﻢ اب أ و ﱠﺣ اﻟﺮ اب أ ﺎن ر". Maksudnya : "Daripada Abu Hurairah R.A. bahawa Rasulullah S.A.W. telah bersabda apabila telah tiba bulan Ramadhan, maka terbukalah semua pintu rahmat dan ditutup semua pintu neraka serta tangan-tangan syaitan dirantai". (Hadis riwayat Ahmad)) Sambung ke muka surat belakang PERUTUSAN KHAS YDP BAKEMAS SEMPENA RAMADHAN AL-MUBARAK Ramadhan 1428 H 1/2007 September 2007 Pengarang mengucapkan se- lamat berpuasa kepada semua umat Islam yang mukalaf umumnya dan buat warga BAKEMAS khususnya , semoga rahmat dan berkat daripada Allah SWT akan melimpah kepada hamba-hambanya yang bersyukur dan beramal soleh disepanjang Ramadhan yang diberkati ini. 'Amrun Ibn Maimoon Al- Awdee berkata “Sahabat Rasulullah SAW adalah orang yang menyegerakan berbuka dan melewatkan sahur (mereka berusaha untuk mencari saat tera- khir yang munasabah.” Sahl Ibn Sa'd menyatakan Rasul SAW bersabda: Manusia akan sentiasa dalam keadaan yang baik selagimana mereka bersegera berbuka puasa apabila tiba waktunya (Bukhari dan Muslim) Kandungan yang mempunyai firman Allah SWT dan Sabda Rasul SAW wajar dihormati dan disimpan dengan baik

Upload: others

Post on 07-Sep-2019

14 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Assalamualaikum Warahmatullah Wabarakatuh, Maha Suci Allah yang menjadi-kan bulan Ramadhan dimana turunnya Al-Qur’an, petunjuk bagi manusia dan menerangkan daripadanya petunjuk dan perbezaan antara mukmin dan selain-nya. Selawat dan Salam buat Rasul junjungan, keluarganya dan para sahabat yang diredhai Allah. Syukur kita kepada Allah kerana diberi kesempatan sekali lagi untuk bertemu dengan ibadah yang difardhukan dalam sebulan dari seke-lian hari dalam setahun.

Sebagai seorang Muslim kita semestinya merasa gembira dan bersyukur dengan kedatangan bulan Ramadhan al-Mubarak dan sama-sama bertekad menghayati-nya dengan penuh keinsafan dan kesunggu-han. Firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 183 yang bermaksudnya : " Wahai orang-orang yang beri-man, diwajibkan kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang terdahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa." Marilah sama-sama kita menyambut kedatangan bulan Ramadhan den-gan penuh rasa kecintaan dan kerinduan. Kita perlu membuat persediaan dan persiapan samaada dari segi jasmani dan rohani supaya Ramadhan yang disambut itu benar-benar dapat dihayati dan segala kelebihannya dapat diperolehi. Sebagai seorang Islam kita seharusnya merebut dan mendapatkan segala peluang keemasan dan keistime-waan yang terkandung dalam Bulan Ramadhan. Bulan Ramadhan telah telah menjanjikan tawaran pahala yang berlipat kali ganda dari setiap amalan yang dilakukan dan segala dosa dan kesalahan akan diam-punkan oleh Allah SWT. Sabda Rasulullah S.A.W.:

." ه على النيرانمن فرح بدخول رمضان حرم اهللا جسد: أنه قال) ص(عن ابن عباس رضي اهللا عنهما عن النبي " Maksudnya : "Barang siap merasa gembira dengan sebab kedatangan bulan Ramadhan nescaya Allah Taala mengharamkan jasadnya daripada api neraka". (Hadis riwayat Ahmad)

Kedatangan bulan Ramadhan amat ditakuti oleh syaitan kerana pada bulan ini Allah tidak membenarkannya untuk menghasut dan meng-goda manusia melakukan kejahatan dan maksiat. Pada bulan ini syaitan akan dirantai dan dibelenggu. Dalam hal ini Rasulullah S..A.W. menje-laskan dalam hadis baginda:

اذا دخل شهر : قال رسول اهللا صلى اهللا عليه وسلم: عن ابي هريرة رضي اهللا عنه قال " ."رمضان فتحت أبواب الرحمة وغلقت أبواب جهنم وسلسلت الشياطين

Maksudnya : "Daripada Abu Hurairah R.A. bahawa Rasulullah S.A.W. telah bersabda apabila telah tiba bulan Ramadhan, maka terbukalah semua pintu rahmat dan ditutup semua pintu neraka serta tangan-tangan syaitan dirantai". (Hadis riwayat Ahmad))

Sambung ke muka surat belakang

PERUTUSAN KHAS YDP BAKEMAS SEMPENA

RAMADHAN AL-MUBARAK

Ramadhan 1428 H 1/2007 September 2007 Pengarang mengucapkan se-lamat berpuasa kepada semua umat Islam yang mukalaf umumnya dan buat warga BAKEMAS khususnya , semoga rahmat dan berkat daripada Allah SWT akan melimpah kepada hamba-hambanya yang bersyukur dan beramal soleh disepanjang Ramadhan yang diberkati ini.

'Amrun Ibn Maimoon Al-Awdee berkata “Sahabat Rasulullah SAW adalah orang yang menyegerakan berbuka dan melewatkan sahur (mereka berusaha untuk mencari saat tera-khir yang munasabah.”

Sahl Ibn Sa'd menyatakan Rasul SAW bersabda: Manusia akan sentiasa dalam keadaan yang baik s e l a g i m a n a m e r e k a bersegera berbuka puasa apabila tiba waktunya (Bukhari dan Muslim)

Kandungan yang mempunyai firman Allah SWT dan Sabda Rasul SAW wajar dihormati dan disimpan dengan baik

Sambungan dari muka hadapan:- Bersama-samalah kita menyambut kedatangan bulan Ramadhan dengan mempersiapkan diri dari segi rohani dan jasmani dengan melaksanakan perkara-perkara seperti memperbanyakkan mem-baca Al-Quran dan memahami maksudnya, mengerjakan sembahy-ang fardhu dan bertarawih secara berjamaah di masjid atau di surau, bersedekah dan mengadakan jamuan berbuka puasa khusus-nya kepada sahabat, jiran tetangga dan fakir miskin. beriktikaf di dalam masjid dan bertadarus, mengelakkan diri dari berbual-bual kosong dengan mengisi masa dengan kerja-kerja berfaedah seperti mendalami pengetahuan mengenai fardhu ain dan fardhu kifayah, sentiasa menjaga tutur kata, tidak hasad dengki dan gerak geri supaya tidak menying-gung perasaan mana-mana pihak, tidak membiarkan diri kita berlarutan dalam perkara-perkara yang sia-sia termasuklah tingkah laku dan perbuatan yang tidak berfaedah dan yang paling utama hati kita hendaklah sentiasa ingat kepada Allah S.W.T. Dikesempatan ini saya ingin memaklumkan bahawa Biro Pendidikan dan Dakwah akan menge-darkan helaian tazkirah ke seluruh lokasi Mahkamah Syariah Negeri Selangor untuk dibaca dan dihayati seterusnya diamalkan disepanjang Ramadhan yang diberkati ini. Semoga kita dapat menjadikan Ramadhan kali ini sebagai medan menguji iman dan ketakwaan kita. Saya dan ke-semua barisan kepimpinan exco 2007/2008 mendoakan agar semua ahli BAKEMAS dapat mengharungi medan ini dengan jayanya dan mendapat ganjaran yang berllipat kali ganda, se-moga anda dan keluarga anda dirahmati Allah sehingga ke akhirnya. Wallahuaklam.

dangan indah di puncak gunung, manakala buat peserta experts dan veteran pendakian sulung anjuran BAKEMAS ini adalah sebagai warm-up untuk aktiviti yang lebih mencabar lagi pada masa akan datang. Anti-klimaks acara turun gunung bermula 2.30 petang dan sampai ke kaki gunung pada jam 4.30 petang. Biro Sukan dan Kebudayaan dibawah kepimpinan Tuan Fauzi Mokhtar sedang meran-cang untuk melaksanakan aktiv-iti yang mendatangkan faedah kepada ahli BAKEMAS anta-ranya aktiviti outdoor seperti mendaki, kembara, berkhemah atau mana-mana cadangan yang

Dengan ketinggian 870 meter atau 2,900 kaki diatas aras laut, Gunung Datuk yang terletak 15 kilometer dari pekan Tampin Negeri Sembilan telah berjaya ditawan seramai 20 orang ahli BAKEMAS dengan jayanya. Mengambil nama ‘XPDC Gunung Datuk’, program ini telah dikelolakan Biro Sukan dan Kebudayaan pada 25 Ogos yang lalu. Dengan penyertaan awal seramai 22 orang, penda-kian dimulakan pada jam 10.30 pagi dan selamat ke puncak pada jam 1.00 petang, buat sebahagian peserta, xpdc ini adalah buat julung kalinya dalam hidup mereka dan membuaikan perasaan teruja dengan peman-

mendapat sambutan ahli. Untuk perancangan berikutnya Encik Sazali bin Ibrahim selaku penye-laras xpdc Gunung Datuk juga merupakan Bendahari BAKE-MAS berkira-kira untuk mem-buka penyertaan berkhemah ke Hutan Lipur Bekelah, Maran Pahang, sesuai untuk kaki pancing dan pencinta alam, juga yang ingin meregangkan stress boleh mendapatkan maklumat dari masa kesemasa dari AJK Sukan dan Kebudayaan.

GUNUNG DATUK DITAWAN KELAB REKREASI BAKEMAS

Biro Sukan dan Kebudayaan

“Kelab bercadang

untuk membuka

penyertaan

berkhemah ke Hutan

Lipur Bekelah,

Maran Pahang,

sesuai untuk kaki

pancing dan pencinta

alam, juga yang ingin

meregangkan

stress “

Page 2

Keluaran Biro Penerbitan Badan Kebajikan Kakitangan Mahkamah Syariah Selangor 2007