perumpamaan

3
PERUMPAMAAN 1. Bagai air titik ke batu = susah mengajar orang degil dan jahat 2. Bagai aur atas bukit = orang yang menyerahkan diri kepada takdir dan nasib 3. Bagai aur dengan tebing = tolong-menolong satu sama lain 4. Bagai ayam dibawa ke kepuk = orang yang tidak pernah di bawa ke majlis 5. Bagai ayam dimakan tungau = orang kurus / pucat kerana berpenyakit 6. Bagai ayam mengeram telur = muka perempuan yang merah dan elok 7. Bagai beliung dengan asahan = hubungan yang sangat rapat 8. Bagai bertepuk sebelah tangan = cinta yang tidak berbalas 9. Bagai berumah di tepi pantai = orang yang selalu risau / bimbang 10. Bagai bulan dipagari bintang = kecantikan gadis yang tiada bandingannya 11. Bagai bulan jatuh ke riba = dapat untung / dapat apa yang diingini 12. Bagai buntal kembung = orang yang sombong 13. Bagai bunyi cempedak jatuh = bunyi jatuh yang kuat 14. Bagai dakwat dengan kertas = Sangat akrab 15. Bagai denai gajah lalu = kerosakan yang amat besar 16. Bagai diiris dengan sembilu = perasaan yang sangat pedih 17. Bagai duri dalam daging = terasa ada sesuatu yang tidak kena / tidak menyenangkan 18. Bagai enau dalam belukar, melepaskan batuk masing-masing = penting diri sendiri 19. Bagai haruan makan anak = memperkosa anak sendiri 20. Bagai hempedu lekat di hati = hubungan yang erat dan tidak dapat dipisahkan 21. Bagai isi dengan kuku = persahabatan yang rapat 22. Bagai itik pulang petang = berjalan lambat sekali 23. Bagai kaca jatuh ke batu = hati yang hancur kerana amat dukacita 24. Bagai kacang melupakan kulit = orang yang tidak mengenang budi 25. Bagai kain tiga hasta = tidak cukup 26. Bagai kambing dihalau ke air = malas dan enggan membuat kerja walaupun disuruh 27. Bagai keli kena ketuk = merungut dengan tidak henti-henti 28. Bagai kucing kehilangan anak = orang yang kebingungan / tak dapat berfikir dengan baik 29. Bagai kumbang putus tali = amat cepat / terlepas daripada sengsara ( kesusahan ) 30. Bagai lebah menghimpun madu = sangat rajin 31. Bagai limau masam sebelah = keputusan yang tidak adil 32. Bagai melepaskan anjing tersepit = tidak tahu membalas budi /menghargai bantuan orang lain 33. Bagai melepaskan batuk di tangga = buat kerja dengan sambil lewa / main-main 34. Bagai menarik rambut dalam tepung = membuat sesuatu dengan hati hati 35. Bagai menatang minyak yang penuh = mendidik anak dengan penuh kasih sayang 36. Bagai mencencang air = usaha yang sia-sia 37. Bagai mendukung biawak hidup = memelihara / menjaga orang yang memberi kesusahan 38. Bagai menghitung bulu kambing = kerja susah dan sia-sia 39. Bagai murai tercabut ekor = banyak cakap 40. Bagai pelita kehabisan minyak = tidak berseri-seri lagi 41. Bagai perian pecah = suara tidak merdu 42. Bagai pinang dibelah dua = pasangan sama padan sama cantik 43. Bagai pucuk pisang didiang = lemah / tidak berdaya 44. Bagai rasa batang pisang = anggota badan yang sangat sejuk 45. Bagai si kudung mendapat cincin = tidak dapat rasa nikmat / kemudahan yang ada 46. Bagai sirih pulang ke gagang = kembali ke tempat asal 47. Bagai tikus membaiki labu = merosakkan lagi barang yang sudah rosak 48. Bagai wau putus tali = orang yang berserah pada nasib dan putus pengharapan 49. Bagaimana acuan, begitulah kuihnya = kelakuan seseorang yang mengikut ibu bapa 50. Bagaimana bunyi gendang, begitulah tarinya = buat sesuatu seperti yang diarah 51. Laksana batik lasam = lama dipakai, makin baik 52. Laksana garam dengan asam = akan berjumpa juga walaupun berjauhan, sudah padan 53. Laksana golok kayu, ditetak tak makan, dijual tak laku = tidak cukup pengetahuan 54. Laksana kunyit kena kapur = cepat mesra 55. Laksana lembu kasi = badan besar tapi penakut 56. Laksana mencari sungai yang tiada berhulu = berusaha tetapi sia-sia 57. Laksana wau melawan angin = membuat sesuatu yang mungkin tidak akan terbuat

Upload: mohd-hilmi-mohd-noor

Post on 21-May-2015

2.602 views

Category:

Education


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Perumpamaan

PERUMPAMAAN

1. Bagai air titik ke batu = susah mengajar orang degil dan jahat2. Bagai aur atas bukit = orang yang menyerahkan diri kepada takdir dan nasib3. Bagai aur dengan tebing = tolong-menolong satu sama lain4. Bagai ayam dibawa ke kepuk = orang yang tidak pernah di bawa ke majlis5. Bagai ayam dimakan tungau = orang kurus / pucat kerana berpenyakit6. Bagai ayam mengeram telur = muka perempuan yang merah dan elok7. Bagai beliung dengan asahan = hubungan yang sangat rapat 8. Bagai bertepuk sebelah tangan = cinta yang tidak berbalas9. Bagai berumah di tepi pantai = orang yang selalu risau / bimbang10. Bagai bulan dipagari bintang = kecantikan gadis yang tiada bandingannya11. Bagai bulan jatuh ke riba = dapat untung / dapat apa yang diingini12. Bagai buntal kembung = orang yang sombong13. Bagai bunyi cempedak jatuh = bunyi jatuh yang kuat14. Bagai dakwat dengan kertas = Sangat akrab15. Bagai denai gajah lalu = kerosakan yang amat besar16. Bagai diiris dengan sembilu = perasaan yang sangat pedih17. Bagai duri dalam daging = terasa ada sesuatu yang tidak kena / tidak menyenangkan18. Bagai enau dalam belukar, melepaskan batuk masing-masing = penting diri sendiri19. Bagai haruan makan anak = memperkosa anak sendiri20. Bagai hempedu lekat di hati = hubungan yang erat dan tidak dapat dipisahkan21. Bagai isi dengan kuku = persahabatan yang rapat22. Bagai itik pulang petang = berjalan lambat sekali23. Bagai kaca jatuh ke batu = hati yang hancur kerana amat dukacita24. Bagai kacang melupakan kulit = orang yang tidak mengenang budi25. Bagai kain tiga hasta = tidak cukup26. Bagai kambing dihalau ke air = malas dan enggan membuat kerja walaupun disuruh27. Bagai keli kena ketuk = merungut dengan tidak henti-henti28. Bagai kucing kehilangan anak = orang yang kebingungan / tak dapat berfikir dengan baik29. Bagai kumbang putus tali = amat cepat / terlepas daripada sengsara ( kesusahan )30. Bagai lebah menghimpun madu = sangat rajin31. Bagai limau masam sebelah = keputusan yang tidak adil32. Bagai melepaskan anjing tersepit = tidak tahu membalas budi /menghargai bantuan orang lain33. Bagai melepaskan batuk di tangga = buat kerja dengan sambil lewa / main-main34. Bagai menarik rambut dalam tepung = membuat sesuatu dengan hati –hati35. Bagai menatang minyak yang penuh = mendidik anak dengan penuh kasih sayang 36. Bagai mencencang air = usaha yang sia-sia37. Bagai mendukung biawak hidup = memelihara / menjaga orang yang memberi kesusahan 38. Bagai menghitung bulu kambing = kerja susah dan sia-sia39. Bagai murai tercabut ekor = banyak cakap 40. Bagai pelita kehabisan minyak = tidak berseri-seri lagi41. Bagai perian pecah = suara tidak merdu42. Bagai pinang dibelah dua = pasangan sama padan sama cantik43. Bagai pucuk pisang didiang = lemah / tidak berdaya44. Bagai rasa batang pisang = anggota badan yang sangat sejuk45. Bagai si kudung mendapat cincin = tidak dapat rasa nikmat / kemudahan yang ada46. Bagai sirih pulang ke gagang = kembali ke tempat asal47. Bagai tikus membaiki labu = merosakkan lagi barang yang sudah rosak48. Bagai wau putus tali = orang yang berserah pada nasib dan putus pengharapan49. Bagaimana acuan, begitulah kuihnya = kelakuan seseorang yang mengikut ibu bapa 50. Bagaimana bunyi gendang, begitulah tarinya = buat sesuatu seperti yang diarah51. Laksana batik lasam = lama dipakai, makin baik52. Laksana garam dengan asam = akan berjumpa juga walaupun berjauhan, sudah padan53. Laksana golok kayu, ditetak tak makan, dijual tak laku = tidak cukup pengetahuan54. Laksana kunyit kena kapur = cepat mesra 55. Laksana lembu kasi = badan besar tapi penakut56. Laksana mencari sungai yang tiada berhulu = berusaha tetapi sia-sia57. Laksana wau melawan angin = membuat sesuatu yang mungkin tidak akan terbuat58. Seperti abu atas tunggul = kedudukan tidak tetap / tidak terjamin / tidak kelamat59. Seperti air di dalam kolam = Orang yang tenag60. Seperti anak ayam kehilangan ibu = berpecah dan hilang tempat bergantung 61. Seperti anjing berebut tulang = orang tamat berebut harta 62. Seperti anjing buruk kepala = orang yang dibenci63. Seperti anjing dengan bayang-bayang = orang yang tamak, tidak cukup apa yang ada64. Seperti anjing dengan kucing = adik –beradik yang suka bergaduh65. Seperti api dalam sekam = dendam dan buat jahat66. Seperti aur ditarik songsang = perkara yang susah dibuat

Page 2: Perumpamaan

67. Seperti ayam berak kapur = muka pucat dan tidak bermaya68. Seperti ayam patuk anaknya = perbuatan memukul dan memeluk anak untuk mengajar69. Seperti batu jatuh ke lubuk = hilang lenyap, pergi dan tidak kembali lagi70. Seperti belanda minta tanah = sikap orang tamak, diberi sedikit, dia nak lagi71. Seperti bertih digoreng = bunyi bising 72. Seperti bulan dengan matahari = gandingan yang sepadan 73. Seperti cacing kepanasan = tidak boleh duduk diam / tidak tenang, gelisah74. Seperti cincin dengan permata = pasangan sama padan sama cantik75. Seperti delima merekah = mulut dan gigi yang cantik76. Seperti duduk dalam duri = tidak boleh duduk diam / gelisah77. Seperti emas baru disepuh = perempuan yang sangat elok / cantik 78. Seperti embun di hujung rumput = kasih sayang / keadaan yang tidak kekal 79. Seperti gagak pulang ke benua = tidak berubah sikap80. Seperti gergaji dua mata = ambil kesempatan daripada pergaduhan dua pihak lain81. Seperti gunting makan dihujung = balas dendam / buat sesuatu secara diam-diam tapi berhasil82. Seperti harimau menyembunyikan kukunya = berilmu tapi berpura-pura bodoh83. Seperti hujan jatuh ke pasir = beri nasihat kepada orang lain tetapi tidak berkesan84. Seperti ikan dalam belat = bersesak-sesak dalam sesuatu tempat kerana terkepung oleh musuh85. Seperti katak di bawah tempurung = tidak tahu apa yang berlaku di dunia luar86. Seperti katak kena simbah air = mendapat sesuatu yang menggembirakan87. Seperti katak, sedikit hujan banyak bermain = membesar-besarkan perkara kecil88. Seperti kera kena belacan = tidak suka duduk diam89. Seperti kera mendapat bunga = tidak hargai pemberian orang lain90. Seperti kerbau dicucuk hidung = mengikut saja apa yang orang lain suruh buat 91. Seperti langau di ekor gajah = mengikut kemahuan orang besar atau orang lebih pandai92. Seperti langit dengan bumi = perbezaan yang ketara / keadaan tidak sama93. Seperti lintah menghisap darah = kenakan bunga yang terlalu tinggi daripada pinjaman94. Seperti melukut di tepi gantang = perkara kecil yang tidak mendapat perhatian 95. Seperti meluruskan ekor beruk = melakukan kerja sia-sia 96. Seperti mencurahkan air ke daun keladi = beri nasihat kepada orang lain tetapi tidak berkesan 97. Seperti mengajar itik berenang = mengajar orang yang lebih pandai daripada kita 98. Seperti mentimun dengan durian = orang yang lemah tidak boleh melawan orang kuat99. Seperti orang mabuk gadung = muka yang sangat pucat100. Seperti pacat kenyang = habis makan di rumah orang, lalu pergi, tidak tunggu lagi101. Seperti pahat dengan penukul = buat kerja apabila disuruh102. Seperti pungguk rindu akan bulan = rindu / harapkan sesuatu yang tidak mungkin dapat 103. Seperti rumput di tepi jalan = keadaan orang yang melarat/ tidak dipedulikan orang lain104. Seperti rusa masuk kampung = berasa hairan / tercengang berada di tempat baru105. Seperti sampah hanyut = orang miskin hidup melarat / merana106. Seperti si buta mendapat tongkat = orang dalam kesusahan yang mendapat keuntungan 107. Seperti talam dua muka = ambil kesempatan daripada pergaduhan dua pihak lain108. Seperti telur di hujung tanduk = kedudukan tidak tetap / tidak terjamin109. Seperti tikus jatuh di beras = dapat kekayaan dengan tiba-tiba110. Seperti ular kena palu = sesuatu yang bengkang-bengkok