perumpamaan

3
PERUMPAMAAN 1. Bagai air titik ke batu = susah mengajar orang degil dan jahat 2. Bagai aur atas bukit = orang yang menyerahkan diri kepada takdir dan nasib 3. Bagai aur dengan tebing = tolong-menolong satu sama lain 4. Bagai ayam dibawa ke kepuk = orang yang tidak pernah di bawa ke majlis 5. Bagai ayam dimakan tungau = orang kurus / pucat kerana berpenyakit 6. Bagai ayam mengeram telur = muka perempuan yang merah dan elok 7. Bagai beliung dengan asahan = hubungan yang sangat rapat 8. Bagai bertepuk sebelah tangan = cinta yang tidak berbalas 9. Bagai berumah di tepi pantai = orang yang selalu risau / bimbang 10. Bagai bulan dipagari bintang = kecantikan gadis yang tiada bandingannya 11. Bagai bulan jatuh ke riba = dapat untung / dapat apa yang diingini 12. Bagai buntal kembung = orang yang sombong 13. Bagai bunyi cempedak jatuh = bunyi jatuh yang kuat 14. Bagai dakwat dengan kertas = Sangat akrab 15. Bagai denai gajah lalu = kerosakan yang amat besar 16. Bagai diiris dengan sembilu = perasaan yang sangat pedih 17. Bagai duri dalam daging = terasa ada sesuatu yang tidak kena / tidak menyenangkan 18. Bagai enau dalam belukar, melepaskan batuk masing-masing = penting diri sendiri 19. Bagai haruan makan anak = memperkosa anak sendiri 20. Bagai hempedu lekat di hati = hubungan yang erat dan tidak dapat dipisahkan 21. Bagai isi dengan kuku = persahabatan yang rapat 22. Bagai itik pulang petang = berjalan lambat sekali 23. Bagai kaca jatuh ke batu = hati yang hancur kerana amat dukacita 24. Bagai kacang melupakan kulit = orang yang tidak mengenang budi 25. Bagai kain tiga hasta = tidak cukup 26. Bagai kambing dihalau ke air = malas dan enggan membuat kerja walaupun disuruh 27. Bagai keli kena ketuk = merungut dengan tidak henti-henti 28. Bagai kucing kehilangan anak = orang yang kebingungan / tak dapat berfikir dengan baik 29. Bagai kumbang putus tali = amat cepat / terlepas daripada sengsara ( kesusahan ) 30. Bagai lebah menghimpun madu = sangat rajin 31. Bagai limau masam sebelah = keputusan yang tidak adil 32. Bagai melepaskan anjing tersepit = tidak tahu membalas budi /menghargai bantuan orang lain 33. Bagai melepaskan batuk di tangga = buat kerja dengan sambil lewa / main-main 34. Bagai menarik rambut dalam tepung = membuat sesuatu dengan hati –hati 35. Bagai menatang minyak yang penuh = mendidik anak dengan penuh kasih saying 36. Bagai mencencang air = usaha yang sia-sia 37. Bagai mendukung biawak hidup = memelihara / menjaga orang yang memberi kesusahan 38. Bagai menghitung bulu kambing = kerja susah dan sia-sia 39. Bagai murai tercabut ekor = banyak cakap 40. Bagai pelita kehabisan minyak = tidak berseri-seri lagi 41. Bagai perian pecah = suara tidak merdu 42. Bagai pinang dibelah dua = pasangan sama padan sama cantik 43. Bagai pucuk pisang didiang = lemah / tidak berdaya

Upload: suhaimirahim

Post on 15-Nov-2015

40 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

UPSE

TRANSCRIPT

PERUMPAMAAN

1. Bagai air titik ke batu = susah mengajar orang degil dan jahat

2. Bagai aur atas bukit = orang yang menyerahkan diri kepada takdir dan nasib

3. Bagai aur dengan tebing = tolong-menolong satu sama lain

4. Bagai ayam dibawa ke kepuk = orang yang tidak pernah di bawa ke majlis

5. Bagai ayam dimakan tungau = orang kurus / pucat kerana berpenyakit

6. Bagai ayam mengeram telur = muka perempuan yang merah dan elok

7. Bagai beliung dengan asahan = hubungan yang sangat rapat

8. Bagai bertepuk sebelah tangan = cinta yang tidak berbalas

9. Bagai berumah di tepi pantai = orang yang selalu risau / bimbang

10. Bagai bulan dipagari bintang = kecantikan gadis yang tiada bandingannya

11. Bagai bulan jatuh ke riba = dapat untung / dapat apa yang diingini

12. Bagai buntal kembung = orang yang sombong

13. Bagai bunyi cempedak jatuh = bunyi jatuh yang kuat

14. Bagai dakwat dengan kertas = Sangat akrab

15. Bagai denai gajah lalu = kerosakan yang amat besar

16. Bagai diiris dengan sembilu = perasaan yang sangat pedih

17. Bagai duri dalam daging = terasa ada sesuatu yang tidak kena / tidak menyenangkan

18. Bagai enau dalam belukar, melepaskan batuk masing-masing = penting diri sendiri

19. Bagai haruan makan anak = memperkosa anak sendiri

20. Bagai hempedu lekat di hati = hubungan yang erat dan tidak dapat dipisahkan

21. Bagai isi dengan kuku = persahabatan yang rapat

22. Bagai itik pulang petang = berjalan lambat sekali

23. Bagai kaca jatuh ke batu = hati yang hancur kerana amat dukacita

24. Bagai kacang melupakan kulit = orang yang tidak mengenang budi

25. Bagai kain tiga hasta = tidak cukup

26. Bagai kambing dihalau ke air = malas dan enggan membuat kerja walaupun disuruh

27. Bagai keli kena ketuk = merungut dengan tidak henti-henti

28. Bagai kucing kehilangan anak = orang yang kebingungan / tak dapat berfikir dengan baik

29. Bagai kumbang putus tali = amat cepat / terlepas daripada sengsara ( kesusahan )

30. Bagai lebah menghimpun madu = sangat rajin

31. Bagai limau masam sebelah = keputusan yang tidak adil

32. Bagai melepaskan anjing tersepit = tidak tahu membalas budi /menghargai bantuan orang lain

33. Bagai melepaskan batuk di tangga = buat kerja dengan sambil lewa / main-main

34. Bagai menarik rambut dalam tepung = membuat sesuatu dengan hati hati

35. Bagai menatang minyak yang penuh = mendidik anak dengan penuh kasih saying

36. Bagai mencencang air = usaha yang sia-sia

37. Bagai mendukung biawak hidup = memelihara / menjaga orang yang memberi kesusahan

38. Bagai menghitung bulu kambing = kerja susah dan sia-sia

39. Bagai murai tercabut ekor = banyak cakap

40. Bagai pelita kehabisan minyak = tidak berseri-seri lagi

41. Bagai perian pecah = suara tidak merdu

42. Bagai pinang dibelah dua = pasangan sama padan sama cantik

43. Bagai pucuk pisang didiang = lemah / tidak berdaya

44. Bagai rasa batang pisang = anggota badan yang sangat sejuk

45. Bagai si kudung mendapat cincin = tidak dapat rasa nikmat / kemudahan yang ada

46. Bagai sirih pulang ke gagang = kembali ke tempat asal

47. Bagai tikus membaiki labu = merosakkan lagi barang yang sudah rosak

48. Bagai wau putus tali = orang yang berserah pada nasib dan putus pengharapan

49. Bagaimana acuan, begitulah kuihnya = kelakuan seseorang yang mengikut ibu bapa

50. Bagaimana bunyi gendang, begitulah tarinya = buat sesuatu seperti yang diarah

51. Laksana batik lasam = lama dipakai, makin baik

52. Laksana garam dengan asam = akan berjumpa juga walaupun berjauhan, sudah padan

53. Laksana golok kayu, ditetak tak makan, dijual tak laku = tidak cukup pengetahuan

54. Laksana kunyit kena kapur = cepat mesra

55. Laksana lembu kasi = badan besar tapi penakut

56. Laksana mencari sungai yang tiada berhulu = berusaha tetapi sia-sia

57. Laksana wau melawan angin = membuat sesuatu yang mungkin tidak akan terbuat

58. Seperti abu atas tunggul = kedudukan tidak tetap / tidak terjamin / tidak kelamat

59. Seperti air di dalam kolam = Orang yang tenag

60. Seperti anak ayam kehilangan ibu = berpecah dan hilang tempat bergantung

61. Seperti anjing berebut tulang = orang tamat berebut harta

62. Seperti anjing buruk kepala = orang yang dibenci

63. Seperti anjing dengan bayang-bayang = orang yang tamak, tidak cukup apa yang ada

64. Seperti anjing dengan kucing = adik beradik yang suka bergaduh

65. Seperti api dalam sekam = dendam dan buat jahat

66. Seperti aur ditarik songsang = perkara yang susah dibuat

67. Seperti ayam berak kapur = muka pucat dan tidak bermaya

68. Seperti ayam patuk anaknya = perbuatan memukul dan memeluk anak untuk mengajar

69. Seperti batu jatuh ke lubuk = hilang lenyap, pergi dan tidak kembali lagi

70. Seperti belanda minta tanah = sikap orang tamak, diberi sedikit, dia nak lagi

71. Seperti bertih digoreng = bunyi bising

72. Seperti bulan dengan matahari = gandingan yang sepadan

73. Seperti cacing kepanasan = tidak boleh duduk diam / tidak tenang, gelisah

74. Seperti cincin dengan permata = pasangan sama padan sama cantik

75. Seperti delima merekah = mulut dan gigi yang cantik

76. Seperti duduk dalam duri = tidak boleh duduk diam / gelisah

77. Seperti emas baru disepuh = perempuan yang sangat elok / cantik

78. Seperti embun di hujung rumput = kasih sayang / keadaan yang tidak kekal

79. Seperti gagak pulang ke benua = tidak berubah sikap

80. Seperti gergaji dua mata = ambil kesempatan daripada pergaduhan dua pihak lain

81. Seperti gunting makan dihujung = balas dendam / buat sesuatu secara diam-diam tapi berhasil

82. Seperti harimau menyembunyikan kukunya = berilmu tapi berpura-pura bodoh

83. Seperti hujan jatuh ke pasir = beri nasihat kepada orang lain tetapi tidak berkesan

84. Seperti ikan dalam belat = bersesak-sesak dalam sesuatu tempat kerana terkepung oleh musuh

85. Seperti katak di bawah tempurung = tidak tahu apa yang berlaku di dunia luar

86. Seperti katak kena simbah air = mendapat sesuatu yang menggembirakan

87. Seperti katak, sedikit hujan banyak bermain = membesar-besarkan perkara kecil

88. Seperti kera kena belacan = tidak suka duduk diam

89. Seperti kera mendapat bunga = tidak hargai pemberian orang lain

90. Seperti kerbau dicucuk hidung = mengikut saja apa yang orang lain suruh buat

91. Seperti langau di ekor gajah = mengikut kemahuan orang besar atau orang lebih pandai

92. Seperti langit dengan bumi = perbezaan yang ketara / keadaan tidak sama

93. Seperti lintah menghisap darah = kenakan bunga yang terlalu tinggi daripada pinjaman

94. Seperti melukut di tepi gantang = perkara kecil yang tidak mendapat perhatian

95. Seperti meluruskan ekor beruk = melakukan kerja sia-sia

96. Seperti mencurahkan air ke daun keladi = beri nasihat kepada orang lain tetapi tidak berkesan

97. Seperti mengajar itik berenang = mengajar orang yang lebih pandai daripada kita

98. Seperti mentimun dengan durian = orang yang lemah tidak boleh melawan orang kuat

99. Seperti orang mabuk gadung = muka yang sangat pucat

100. Seperti pacat kenyang = habis makan di rumah orang, lalu pergi, tidak tunggu lagi

101. Seperti pahat dengan penukul = buat kerja apabila disuruh

102. Seperti pungguk rindu akan bulan = rindu / harapkan sesuatu yang tidak mungkin dapat

103. Seperti rumput di tepi jalan = keadaan orang yang melarat/ tidak dipedulikan orang lain

104. Seperti rusa masuk kampung = berasa hairan / tercengang berada di tempat baru

105. Seperti sampah hanyut = orang miskin hidup melarat / merana

106. Seperti si buta mendapat tongkat = orang dalam kesusahan yang mendapat keuntungan

107. Seperti talam dua muka = ambil kesempatan daripada pergaduhan dua pihak lain

108. Seperti telur di hujung tanduk = kedudukan tidak tetap / tidak terjamin

109. Seperti tikus jatuh di beras = dapat kekayaan dengan tiba-tiba

110. Seperti ular kena palu = sesuatu yang bengkang-bengkok