pertumbuhan & perkembangan - · pdf filekonsep pertumbuhan • karl e. garrison :...

17
PERTUMBUHAN & PERKEMBANGAN Nordin Tahir JIP

Upload: dangdung

Post on 06-Feb-2018

358 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: PERTUMBUHAN & PERKEMBANGAN - · PDF fileKonsep Pertumbuhan • Karl E. Garrison : Perkembangan individu dalam bentuk saiz badan iaitu perubahan otot, tulang, kulit, rambut dan kelenjar

PERTUMBUHAN & PERKEMBANGAN

Nordin Tahir

JIP

Page 2: PERTUMBUHAN & PERKEMBANGAN - · PDF fileKonsep Pertumbuhan • Karl E. Garrison : Perkembangan individu dalam bentuk saiz badan iaitu perubahan otot, tulang, kulit, rambut dan kelenjar

Konsep Pertumbuhan

• Karl E. Garrison : Perkembangan individu dalam bentuk saiz badan

iaitu perubahan otot, tulang, kulit, rambut dan kelenjar.

• Atan Long : Perubahan yang dapat diukur dari satu peringkat ke

satu peringkat yang lain dari semasa ke semasa.

• D.S Wright & Ann Taylor : Pertambahan dalam pelbagai sifat luaran

seseorang (sifat jasmani – saiz, tinggi, berat badan dan lain-lain).

Page 3: PERTUMBUHAN & PERKEMBANGAN - · PDF fileKonsep Pertumbuhan • Karl E. Garrison : Perkembangan individu dalam bentuk saiz badan iaitu perubahan otot, tulang, kulit, rambut dan kelenjar

Pertumbuhan ialah:

• Perubahan bersifat kuantitatif (perubahan saiz dan struktur

dalam aspek fizikal, mental untuk mencapai kemuncak bila

individu matang.)

• Kuantiti perubahan dapat dilihat dengan nyata atau dapat

diukur berdasarkan peringkat-peringkat pertumbuhan melalui

teknik antropometrik.

• Porter merumuskan bahawa kadar pertumbuhan fizikal

adalah pengasas perihal maju atau lembabnya seseorg

kanak-kanak, tetapi pendapat ini ditentang oleh Franz Voaf.

Page 4: PERTUMBUHAN & PERKEMBANGAN - · PDF fileKonsep Pertumbuhan • Karl E. Garrison : Perkembangan individu dalam bentuk saiz badan iaitu perubahan otot, tulang, kulit, rambut dan kelenjar

Faktor-faktor Mempengaruhi Pertumbuhan Manusia

• Potensi yang diwarisi (baka).

• Keadaan kesihatan ibu semasa proses kehamilan.

• Kadar pertumbuhan sebelum lahir.

• Ada atau tidak ada trauma sebelum lahir.

• Pemakanan dan keperluan badan lain dapat dijaga.

• Ada atau tidak kecacatan fizikal.

• Kemudahan perubatan dan kesihatan.

• Keadaan hidup satu budaya atau kebudayaan masyarakat

Page 5: PERTUMBUHAN & PERKEMBANGAN - · PDF fileKonsep Pertumbuhan • Karl E. Garrison : Perkembangan individu dalam bentuk saiz badan iaitu perubahan otot, tulang, kulit, rambut dan kelenjar

Ciri-ciri Pertumbuhan:

• Suatu keutuhan dan fenomena pertumbuhan serta perubahan itu

berterusan dan berkualiti.

• Suatu proses yang lengkap dan sempurna.

• Perubahan dapat diukur dan dilihat dengan jelas.

• Pertumbuhan mengikut corak tertentu atau mempunyai arah tertentu

berdasarkan proses kematangan yang dialami.

• Pertumbuhan seseorang mengikut proses kematangan.

• Perubahan dalam pertumbuhan dapat dilihat dengan nyata seperti

tinggi, berat, kadar bentuk badan dan pertumbuhan organ dalaman.

• Struktur mendahului fungsi : struktur kumpulan otot akan menjadi

lengkap sebelum digunakan.

• Peringkat pertumbuhan adalah sama bagi semua individu tetapi

kadar berlainan.

Page 6: PERTUMBUHAN & PERKEMBANGAN - · PDF fileKonsep Pertumbuhan • Karl E. Garrison : Perkembangan individu dalam bentuk saiz badan iaitu perubahan otot, tulang, kulit, rambut dan kelenjar

Konsep Perkembangan:

• Crow & Crow : Perubahan secara kualitatif serta cenderung kearah yang lebih baik dari segi pemikiran, rohani, moral dansosial.

• Karl G. Garrison : Perkembangan terhasil daripada tindakanyang saling berkaitan antara perkembangan jasmani danpembelajaran. Semua perkembangan adalah mengikut urutansemula jadi dan bersifat sejagat.

• D.S Wright & Ann Taylor : Perkembangan ialah perubahanberlaku dalam warisan hayat.

• Charls Darwin (pengasas teori evolusi): Jika sistem sarafsesuatu organisma kompleks, maka masa yang diperlukanuntuk matang adalah lama.

Page 7: PERTUMBUHAN & PERKEMBANGAN - · PDF fileKonsep Pertumbuhan • Karl E. Garrison : Perkembangan individu dalam bentuk saiz badan iaitu perubahan otot, tulang, kulit, rambut dan kelenjar

Konsep Perkembangan:

• Atan Long : Perubahan kualitatif tidak dapat diukur secara kualitatif

tetapi jelas dilihat perubahan telah berlaku kerana sifat baru

berlainan daripada peringkat awal dan berlaku berterusan daripada

percambahan hingga akhir hayat.

• Beltes, Reese & Nesselroade (1977) : Dengan bertambahumur, perubahan evolusi yang lain akan berlaku iaitu dalambentuk sahsiah, kognitif, moral, fizikal.

• Mohd Nazar (1990) : Perubahan dengan masa iaituperubahan dengan umur dan perubahan daripada jenisevolusi atau ontogenik.

Page 8: PERTUMBUHAN & PERKEMBANGAN - · PDF fileKonsep Pertumbuhan • Karl E. Garrison : Perkembangan individu dalam bentuk saiz badan iaitu perubahan otot, tulang, kulit, rambut dan kelenjar

Perkembangan ialah:

• Proses yang berterusan dair lahir hingga kematangan dan

akhir hayat atau proses individu mencapai kematangan

secara berterusan.

• Perubahan kualitatif atau tidak dapat diukur secara kuantitatif

tetapi dapat dilihat perubahannya dengan membuat

perbandingan sebelumnya.

• Berlaku secara cepat dan sukar diramal, contohnya warna

rambut berubah daripada hitam kepada putih (uban).

• Faktor baka dan persekitaran dianggap faktor utama

mempengaruhi perkembangan individu dari segi jasmani.

Emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS).

• Dianggap sebagai perubahan tingkah laku mental.

Page 9: PERTUMBUHAN & PERKEMBANGAN - · PDF fileKonsep Pertumbuhan • Karl E. Garrison : Perkembangan individu dalam bentuk saiz badan iaitu perubahan otot, tulang, kulit, rambut dan kelenjar

Ciri-ciri Perkembangan:

• Susunan perkembangan adalah serupa, berperaturan dan dapat

diramal bagi semua ahli dalam sesuatu jenis. Kanak-kanak

berkembang secara berperingkat.

• Perkembangan berlaku mengikut kadar yang berlainan.

• Perkembangan berlaku daripada keadaan menyeluruh kepada

keadaan tertentu.

• Perubahan bersifat kualiti, tidak dapat diukur secara tetap tetapi

dapat dilihat dari perubahan sifat.

• Proses perkembangan berterusan dari permulaan hingga akhir hayat

melebihi peringkat kematangan.

• Perkembangan timbul dari tindakan yang saling berkaitan antara

pertumbuhan jasmani dan pembelajaran.

• Perkembangan dipengaruhi oleh baka dan persekitaran.

Page 10: PERTUMBUHAN & PERKEMBANGAN - · PDF fileKonsep Pertumbuhan • Karl E. Garrison : Perkembangan individu dalam bentuk saiz badan iaitu perubahan otot, tulang, kulit, rambut dan kelenjar

Adakah Budin mengalami perkembangan atau pertumbuhan? Berikan alasan anda.

Page 11: PERTUMBUHAN & PERKEMBANGAN - · PDF fileKonsep Pertumbuhan • Karl E. Garrison : Perkembangan individu dalam bentuk saiz badan iaitu perubahan otot, tulang, kulit, rambut dan kelenjar

Perbezaan Pertumbuhan Dengan Perkembangan Aspek Pertumbuhan Perkembangan

Umum

Perubahan bersifat kuantitatif Perubahan bersifat kualitatif

Boleh diukur mengikut

peringkat atau masa Tidak boleh dikukur perubahannya

Boleh dilihat perubahan atau diperhatikan Sukar dilihat

Perubahan fizikal (luaran) tinggi otot kelenjar, berat badan

Perubahan dalaman (pemikiran,

rohani, moral, sosial)

Capai kemuncak bila tiba kematangan

Berterusan dari lahir hingga akhir

hayat

Perubahan tingkah laku fizikal

Perubahan tingkahlaku mental

(pemikiran)

JasmaniTinggi, saiz, berat, pertumbuhan gigi, urat daging, saraf

Kemahiran menggunakan anggota

seperti berlari, melompat, berjalan

Mental Bertambah dan berkembang

keupayaan berfikir termasuk perkara yang subjektif

Kemahiran menggunakan bahasa

perkataan, angka, pemikiran ingatan

dan taakulan

Emosi Perasaan sayang, gembira, riang,

suka, cemburu, duka, marah,jijik dan takut

Memahami perasaan menguasai dan

mengamalkan perasaan

ketika marah, takut, cemburu

SosialLuaskan perhubungan dan pergaulan dalam keluarga,

rakan sebaya jiran dan masyarakat

Timbul kesedaran disiplin kumpulan

perbezaan jantina, perasaan &

penyesuaian rakan

Page 12: PERTUMBUHAN & PERKEMBANGAN - · PDF fileKonsep Pertumbuhan • Karl E. Garrison : Perkembangan individu dalam bentuk saiz badan iaitu perubahan otot, tulang, kulit, rambut dan kelenjar

Prinsip Pertumbuhan dan Perkembangan:

• Pertumbuhan dan perkembangan berlaku dari umum ke khusus.

Contoh perkembangan ialah bila bayi menangis dan kemudiannya

berfokus kepada sebab yang khusus, seperti lapar atau

ketidakselesaan fizikal.

• Pertumbuhan dan perkembangan yang menunjukkan peningkatan

kerumitan (complexity).Contohnya, pertumbuhan dari otot kasar ke

otot halus. Contoh perkembangan ialah bila kanak-kanak belajar

menyelesaikan masalah harian menggunakan strategi-strategi yang

canggih.

• Pertumbuhan dan perkembangan berlaku pada kadar yang berbeza.

Contoh pertumbuhan ialah pencapaian ketinggian seseorang individu

berbeza pada umur yang sama. Maka adalah menjadi kebiasaan

terdapat kadar pertumbuhan yang berbeza di dalam bilik darjah.

Page 13: PERTUMBUHAN & PERKEMBANGAN - · PDF fileKonsep Pertumbuhan • Karl E. Garrison : Perkembangan individu dalam bentuk saiz badan iaitu perubahan otot, tulang, kulit, rambut dan kelenjar

Prinsip Pertumbuhan dan Perkembangan:

• Pertumbuhan dan perkembangan yang mengikut tertib. Contoh

pertumbuhan ialah kematangan kepala mendahului tangan dan kaki.

Perkembangan pula, bila seorang individu membuat sesuatu

sebelum meneruskan yang lain. Contohnya, bayi duduk sebelum

berjalan; mulakan dengan percakapan bayi sebelum bercakap.

• Pertumbuhan dan perkembangan berlaku secara beransur-ansur. Di

dalam permainan badminton, seorang murid yang tidak dapat

melakukan servis dengan betul, akhirnya dapat juga menguasai

kemahiran tersebut walaupun ia mengambil masa.

Page 14: PERTUMBUHAN & PERKEMBANGAN - · PDF fileKonsep Pertumbuhan • Karl E. Garrison : Perkembangan individu dalam bentuk saiz badan iaitu perubahan otot, tulang, kulit, rambut dan kelenjar
Page 15: PERTUMBUHAN & PERKEMBANGAN - · PDF fileKonsep Pertumbuhan • Karl E. Garrison : Perkembangan individu dalam bentuk saiz badan iaitu perubahan otot, tulang, kulit, rambut dan kelenjar

Kontroversi Baka dan Persekitaran

• Mereka yang menyokong faktor baka percaya bahawa corak

perkembangan kanak-kanak diwarisi sejak lahir dan dikawal separa

atau sepenuhnya oleh kod genetik daripada ibu-bapa.

• Pandangan di pihak yang menyokong faktor persekitaran pula,

berpendapat bahawa perkembangan seseorang individu adalah hasil

dari pengaruh atau pengalaman sejak lahir. Menurut mereka, faktor

yang terlibat termasuk latar belakang keluarga, amalan asuhan

kanak-kanak, kesihatan dan pemakanan, status sosio-ekonomi dan

kualiti sekolah.

Page 16: PERTUMBUHAN & PERKEMBANGAN - · PDF fileKonsep Pertumbuhan • Karl E. Garrison : Perkembangan individu dalam bentuk saiz badan iaitu perubahan otot, tulang, kulit, rambut dan kelenjar

Renungkan Persoalan Ini…

Page 17: PERTUMBUHAN & PERKEMBANGAN - · PDF fileKonsep Pertumbuhan • Karl E. Garrison : Perkembangan individu dalam bentuk saiz badan iaitu perubahan otot, tulang, kulit, rambut dan kelenjar

• Hasil kajian dari ahli tingkah laku genetik menunjukkan bahawa baka

memainkan peranan yang penting dalam perkembangan personaliti

selain perkembangan fizikal.

• Dari kajian ini juga menunjukkan persekitaran juga memainkan

peranan yang penting. Contohnya, sepasang kembar serupa yang

dibesarkan berasingan tidak mempunyai IQ yang sama seperti

kembar serupa yang dibesarkan bersama-sama. Ini adalah kerana

peranan yang dimainkan oleh persekitaran.

• Kini, kita jarang bertemu dengan ahli psikologi yang menyokong kuat

satu pendapat sahaja. Kebanyakan daripada mereka percaya

bahawa kedua-dua faktor baka dan persekitaran memainkan

peranan yang penting dalam perkembangan individu.