pertolongan cemas pendidikan jasmani dan kesihatan

9
PERTOLONGAN CEMAS Disediakan oleh: Nur Ezzati Bt. Rozlan

Upload: preciousafiqah

Post on 15-Aug-2015

116 views

Category:

Education


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pertolongan cemas pendidikan jasmani dan kesihatan

PERTOLONGAN CEMASDisediakan oleh: Nur Ezzati Bt. Rozlan

Page 2: Pertolongan cemas pendidikan jasmani dan kesihatan

DEFINISIBantuan permulaan atau rawatan pertama

yang diberikan kepada seseorang yang tercedera akibat kemalangan atau sakit secara mengejut sebelum ketibaan ambulans, doktor atau pakar perubatan.

Page 3: Pertolongan cemas pendidikan jasmani dan kesihatan

KECEDERAAN FRAKTURContoh: kecederaan fraktur (retak) dan patah

tulang.

Simptom – simptom:- Rasa sakit pada bahagian tulang.- Mangsa mendengar bunyi atau berasa tulang patah.- Tidak berupaya untuk menggerakkan anggota yang

tercedera.- Bunyi atau geselan hujung tulang yang tidak normal.- Bengkak atau warna kebiruan pada bahagian yang

tercedera.- Bentuk, kedudukan atau pergerakan tulang atau sendi

yang tidak normal.

Page 4: Pertolongan cemas pendidikan jasmani dan kesihatan

Sebab kecederaan tulang:i) Hentakan langsung

apabila tulang retak atau patah di bahagian yang menerima hentakan seperti perlanggaran atau pukulan yang kuat.

ii) Hentakan tidak langsungapabila tulang retak atau patah beberapa jarak daripada bahagian yang menerima hentakan. Sebagai contoh, patah tulang selangka (clavicle) apabila jatuh tertiarapdengan kedua – dua tangan menopang badan.

iii) Spontan apabila tulang menjadi rapuh disebabkan oleh osteoporosis, ia mudah retak atau patah secara spontan akibat terjatuh atau kekejangan otot (biasanya berlaku pada orang tua)

Page 5: Pertolongan cemas pendidikan jasmani dan kesihatan

PERTOLONGAN CEMAS UNTUK KECEDERAAN FRAKTURMangsa kecederaan fraktur boleh

dibantu dengan menggunakan prosedur R.I.C.E.

Prinsip dan prosedur R.I.C.E.R : rest (merehatkan mangsa atau

bahagian yang tercedera)I : ice (membuat tuaman dengan

menggunakan ais)C : compresssion (demahan)E : elevation (meninggikan)

Page 6: Pertolongan cemas pendidikan jasmani dan kesihatan

(A) Prosedur R.I.C.E. bagi fruktur tertutup1. Beritahu mangsa supaya jangan bergerak dan

tenangkan mangsa. Sokong bahagian yang tercedera dengan tangan dan letakkan anggota yang tercedera pada posisi yang selesa bagi mangsa. Tinggikan kedudukan bahagian yang tercedera untuk mengurangkan pengaliran darah ke bahagian tersebut.

2. Demah tempat yang tercedera dengan ketul – ketul ais atau dengan tuala yang telah direndam dengan air sejuk untuk mengurangkan bengkak, lebam dan kesakitan.

3. Balut bahagian yang tercedera dengan kain kapas. Ikatkan splin pada bahagian yang tercedera untuk menyokong tulang yang patah atau retak. Untuk sokongan lebih teguh, ampu bahagian yang tercedera pada bahagian anggota yang tidak tercedera.

4. Tinggikan bahagian yang cedera sementara menunggu bantuan atau semasa membawa mangsa ke hospital.

Page 7: Pertolongan cemas pendidikan jasmani dan kesihatan

(B) Prosedur R.I.C.E. bagi fraktur terbuka1. Tenangkan mangsa dan sokong dengan

teguh anggota yang tercedera dengan tangan. Jangan tekan pada hujung tulang yang terkeluar dari kulit.

2. Demah atau tuam bahagian yang luka dengan pembalut yang bersih. Beri sedikit tekanan dengan tapak tangan atau jari supaya dapat menghentikan pendarahan. Untuk fraktur terbuka, hanya menggunnakan kain pembalut dan bukan ais.

3. Letakkan balutan cincin pada bahagian luka. Balut luka dengan pembalut yang bersih dan steril. Jangan balut dengan kuat untuk memastikan pengaliran darah tidak terhalang. Jika tulang tersembul keluar, letakkan kapas di sekeliling tulang sebelum membuat balutan.

4. Tinggikan anggota yang tercedera untuk mengurangkan pengaliran darah ke tempat tersebut. Jangan gerakkan anggota yang tercedera.

5. Hubungi ambulans atau hantar mangsa ke hospital.

Page 8: Pertolongan cemas pendidikan jasmani dan kesihatan

PERTOLONGAN CEMAS UNTUK KECEDERAAN FRAKTUR KEPADA MANGSA TERSEKAT NAFAS

Prosedur E.A.R digunakan bagi membantu mangsa kecederaan fraktur yang mengalami tersekat pernafasan kerana tercekik, tersedut wap tertentu atau sebagainya.

Prinsip dan prosedur E.A.RE : elevation (meninggikan)A : airway (laluan udara)R : resuscitation (resusitasi atau pemulihan pernafasan)

Kemudian bahagian yang patah dirawat dengan prosedur R.I.C.E.

Page 9: Pertolongan cemas pendidikan jasmani dan kesihatan

PROSEDUR R.I.C.E.1. Letakkan mangsa pada kedudukan pemulihan untuk

menghalang lidah mangsa daripada menutupi tekak. Pastikan kepala, leher dan bahagian belakang berada dalam keadaan lurus. Buka laluan udara mangsa dengan mengangkat dagunya.

2. Lakukan resusitasi. Buang sebarang halangan dari mulut mangsa. Sebagai contoh gigi palsu yang telah terpecah atau makanan. Tutup lubang hidung mangsa dengan memicitnya menggunakan ibu jari dan jari telunjuk. Tarik nafas sepenuhnya dan letakkan bibir kamu di sekeliling mulut mangsa. Penggunaan pelapik di antara mulut mangsa dengan kamu adalah lebih selamat. Kaedah ini dapat mengelakkan sentuhan terus yang mungkin mengakibatkan jangkitan penyakit tertentu.

3. Hembus ke dalam mulut mangsa sehingga kamu melihat dada mangsa bergerak naik.

4. Alihkan bibir kamu dan biarkan dada mangsa turun dengan perlahan. Berikan pernafasan yang berturut – turut melalui kaedah yang sama.