pertolongan cemas

23
Pertolongan Cemas / Bantu Mula. http://pjpk4share.blogspot.com/2010_10_01_archive.html Definisi Bantuan permulaan atau rawatan segera pertama yang diberikan kepada mangsa yang tercedera di dalam sesuatu kemalangan atau mengalami sebarang kesakitan yang mengejut sementara menanti mendapat rawatan dari doktor atau pihak hospital. Tujuan Utk menyelamatkan nyawa Mengurangkan keparahan kecederaan Memulihkan mangsa sementara menunggu bantuan perubatan tiba. Peraturan Tertentu Dalam Pertolongan Cemas Menilai situasi kecemasan Keperluan untuk memastikan kawasan kecemasan selamat Menilai semua kecederaan dan memberi pertologan cemas Meminta bantuan atau pertolongan Peraturan Am Pertolongan Cemas Memberi pertolongan kepada mangsa yang cedera teruk dahulu Keutamaan kepada mangsa yang tidak sedar - menjaga, terutamanya pernafasan pesakit itu Jangan sekali-kali menanggalkan pakaian mangsa hanya sekadar melonggarkannya sahaja dengan tujuan untuk memudahkan pernafasan mangsa dan pembantu mula memerhatikan pergerakan pernafasan mangsa Membuat pengurusan bagi menghantar mangsa ke hospital. Jenis Kecederaan Sprains and strains Knee injuries Swollen muscles Achilles tendon injuries Pain along the shin bone Fractures (retak atau patah) Dislocations. Kecederaan Luaran Ransangan atau daya yang menyebabkan kecederaan adalah dari luar, contohnya : lka, melecur, melepuh, konkusi, patah tulang, lebam, melecet dll

Upload: cgu-nick

Post on 11-Nov-2015

82 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

kec dlm sukan

TRANSCRIPT

Pertolongan Cemas / Bantu Mula.http://pjpk4share.blogspot.com/2010_10_01_archive.html

Definisi Bantuan permulaan atau rawatan segera pertama yang diberikan kepada mangsa yang tercedera di dalam sesuatu kemalangan atau mengalami sebarang kesakitan yang mengejut sementara menanti mendapat rawatan dari doktor atau pihak hospital.

Tujuan Utk menyelamatkan nyawa Mengurangkan keparahan kecederaan Memulihkan mangsa sementara menunggu bantuan perubatan tiba.

Peraturan Tertentu Dalam Pertolongan Cemas Menilai situasi kecemasan Keperluan untuk memastikan kawasan kecemasan selamat Menilai semua kecederaan dan memberi pertologan cemas Meminta bantuan atau pertolongan

Peraturan Am Pertolongan Cemas Memberi pertolongan kepada mangsa yang cedera teruk dahulu Keutamaan kepada mangsa yang tidak sedar - menjaga, terutamanya pernafasan pesakit itu Jangan sekali-kali menanggalkan pakaian mangsa hanya sekadar melonggarkannya sahaja dengan tujuan untuk memudahkan pernafasan mangsa dan pembantu mula memerhatikan pergerakan pernafasan mangsa Membuat pengurusan bagi menghantar mangsa ke hospital.

Jenis Kecederaan Sprains and strains Knee injuries Swollen muscles Achilles tendon injuries Pain along the shin bone Fractures (retak atau patah) Dislocations.

Kecederaan Luaran Ransangan atau daya yang menyebabkan kecederaan adalah dari luar, contohnya : lka, melecur, melepuh, konkusi, patah tulang, lebam, melecet dll

Kecederaan Dalaman Ransangan atau daya yang menyebabkan kecederaan adalah daripada dalaman atau melalui lebihan gunaan contohnya: terseliuh, kejang otot, dislokasi, salah urat dll. Contoh lebihan gunaan ialah radang akiles, tenis elbow, dan retak tulang

Kejang Otot mengalami ketegangan otot dan kesakitan yang menyucuk-nyucuk dengan mengejut terutamanya di bahagian kaki. Otot yang terlibat menjadi keras jika disentuh. Simpton - kejang otot selalunya terjadi dengan tiba-tiba . Otot yang terlibat mrnjadi keras atau kejang dan sakit. Penyebab:- Kelesuan otot- Bersenam berlebihan tanpa melakukan persediaan yang cukup- Kehilangan cecair badan yang banyak- Paras glukosa yang rendah dalam badan atau ketidakseimbanganElektrolit- kekurangan bekalan oksigen darah ke otot.

Pencegahan - Lebihkan meminum air dan cecair lain- Memakan makanan yang tinggi kandungan karbohidrat seperti nasi danroti.- Mengekalkan pengambilan mineral dan elektrolit seperti kalsium, magnesium, potassium dan zink boleh mencegah kecederaan dan kejang otot.- Lakukan regangan perlahan-lahan pada otot-otot yang bermasalah. - Sebelum melakukan regangan buatlah persediaan yang cukup iaitu memanaskan badan sebelum regangan dan menyejukkan badan selepas regangan.

Koyak Otot melibatkan beberapa bahagian serabut otot atau fiber otot terputus sama sekali Simpton - terasa sangat sakit, sehingga mangsanya tidak dapt meneruskan permainan Tanda - kadang-kadang terdapat tanda lebam dan bengkak. Kalau terkoyak terus,anda akan merasakan otot yg terlibat sudah terputus.

Kecederaan Tendon

Tendon ialah penyambung otot kpd tulang, Kecederaan dan koyakan tendon boleh berlaku seperti otot juga. Tendon yang selalu tercedera ialah tendon di paha, lutut, keting kaki dan di bahu Simpton - sakit apabila bergerak dan bertambah teruk jika aktiviti itu diteruskan. Tanda - Bengkak,merah, sakit dan tidak boleh berfungsi ddn baik. Contoh: pelari jarak jauh boleh menapat radang achiles. Pemain tenis dan bola tampar boleh tercedera di bhg bahu akibat penggunaan berlebihan.

Kecederaan Ligamen

Ligamen ialah penyambung dan penyokong di antara tulang di dalam sendi badan kita. ]Ligamen memberi kesetabilan sendi dan juga mengawal regangan serta julat pergerakan sendi tersebut. Jika pergerakan sendi ini telah melebihi fasanya, sebahgian atau kesemua tisu ligamen yang berkaitan akan terkoyak. Kerosakan begini dikenali sebagai terpelecuk, terseliuh, atau tersalah urat Keadaan ini boleh berlaku ketika membuat pergerakan mengejut seperti berpusing sewaktu berlari, mengejar pihak lawan atau dirempuh dengan kuat. Simpton - sakit dan tidak boleh bergerak Tanda - Bengkak dan lebam

Kecederaan Kepada Sistem Sendi

Sendi ialah sbhg penyambung atau penemuan antara dua tulang. Kecederaan sendi memang biasa berlaku semasa bersukan. Yang paling kerap berlaku ialah sendi lutut dan kaki, diikuti dgn sendi bahu dll. Kecederaan lazimnya berlaku apabila julat pergerakan melebihi drp biasa atau melalui rentapan yang kuat. Dislokasi - berlaku apabila satu permukaan tulang sendi terkeluar atau tergelincir terus dari permukaan tulang rawannya. Subluksusi - Spt dislokasi ttp tulangnya tidak terkeluar terus dan selalunya tulang ini akan masuk semula ke tempat asal, contohnya kehelan sendi bahu. Simpton - Terlalu sakit utk menggerakkan bahu atau tangan, tidak boleh disentuh atau dibengkokan Tanda - bentuk dan teksturnya berlainan daripada biasa.

Kecederaan Rawan

Sering berlaku akibat daripada terlalu membebankan sendi lutut dalam setiap pergerakan dan rempuhan yang berulang kali spt dalam permainan bola sepak, hoki dan rugbi. Contoh kecederaan: Kecederaan rawan putih muniskus di sendi lutut

Sakit Kaki

Penyebabo Kekejangan otot akibat kelesuan, ketegangan atau kecederaano Vena bermasalah - saluran darah yang membawa darah balik dari kaki ke jantungo Arteri berpenyakit (saluran darah yang membawa darah ke otot kaki)o Kerosakan pada saraf - lazimnya berlaku di kalangan mereka yang menghidap diabetes,perokok dan peminum alkohol. Timbulnya kesakitan dan kelemahan di sebelah atau di kedua-dua belah kaki.o Jika berlakunya kesakitan yang diikuti oleh rasa kebas dan rasa menyucuk-nyucuk seolah-olah terkena pin-pin kecil dan ianya menjalar dari bahagian pinggang atau punggung turun ke kaki, kemungkinan besar ia berkaitan dengan masalah belakang anda.o Pengurusan Sendiri- Bagi sakit kaki yang tidak bersebab yang berlaku kurang dari seminggu, anda perlu berehat secukupnya. Angkat kaki anda sedikit bila berbaring dan dapatkan ubat penghilang kesakitan yang boleh dibeli di mana-mana kedai farmasi. - Kemudian urut perlahan-lahan.- Tuam atau rendam kaki anda dalam air panas/suam ataupun sejuk. Ia boleh membantu melegakan keadaan.- Sakit kaki yang disebabkan oleh masalah arteri lebih mudah diatasi dengan bantuan tarikan graviti secara membiarkan kaki tergantung ke bawah.- Bagi sakit kaki yang disebabkan oleh masalah saraf, anda perlu mengawal diabetes anda- Berhenti meminum alkohol, berhenti merokok dan jangan memakai kasut yang ketat- Berjumpalah doktor jika sakit kaki anda berterusan dan menjadi semakin teruk.- Biasanya, rawatan bergantung kepada penyebabnya. Ubat-ubatan yang diberi termasuklah ubat penghilang kesakitan, ubat anti keradangan dan lain-lain. Berjumpa dan berbincanglah dengan doktor untuk mendapatkan ubat yang sesuai untuk anda.

Fraktur (retak atau patah tulang) Boleh disebabkan oleh tendangan, hentakan atau pukulan yang kuat. Biasanya tisu lain yg berdekatan spt otot, saraf, pembuluh darah juga akan turut terlibat. Contohnya dalam permainan bola baling, hoki dan rugbi di mana hentakan dan rempuhan kerap berlaku. Fraktur juga boleh mengakibatkan pendarahan yang banyak jika pembuluh darah turut terkoyak. Simton - terasa sakit bila bergerak, pergerakan nadi menjadi terhad atau tidak boleh berfungsi seperti biasa. Tanda - kawasan yang patah akan mengubah bentuk asalnya seperti menjadi bengkak dan kadang-kadang tulangnya boleh terjojol keluar. Kulitnya juga mungkin terkoyak dan pendarahan akan berlaku. Retak tulang - retak yg berlaku tanpa melibatkan pengalihan tulang dari kedudukan asalnya.- Fraktur TertutupFraktur yang tidak menembusi tulang.- Fraktur Terbuka.Fraktur yang menembusi kulit.Tulang Belakang

Sakit Belakang - sering berlaku semasa menjalankan aktiviti angkat berat, gimnastik, berlari, melontar lembing, cakera atau lontar peluru. Kecederaan boleh berlaku pada mana-mana bahagian tulang, otot, ligamen atau lapik rawan. Memerlukan kepastian doktor serta rawatan segera dan rapi. Simpton - sakit apbila bergerak atau membongkok. Kadang-kadang kaki akan menjadi keras atau lumpuh sebhg badan jika sudah terlalu teruk. Sakit kalau tersentuh atau terpicit. Tanda - bengkak atau ketegangan otot.

Kecederaan Kepada Sistem Peredaran Darah

Boleh berlaku dlm sukan yg gunakan peralatan tajam dan sukan kontak Ini semua akan melibatkan koyakan kulit, seperti melecet, tergores atau tertikam. Kecederaan ini akan mengakibatkan perdarahan. Simpton - pening kepala dan sakit Tanda - merah, bengkak, lebam, berdarah, tersiat, cacat bentuk dab teksturbhg yg terlibat, berpeluh dan kesakitan.

Kecederaan Kepada Sistem Pernafasan

Jika sistem ini terganggu, akan menjejaskan pengambilan oksigen dan pengeluaran co2 dari badan. Kecederaan yg disebabkan oleh hentakan, tumbukan atau tikaman semasa bersukan boleh menyusahkan pernafasan. Pendarahan dalaman juga boleh berlaku yg juga boleh membawa maut. Simpton - nafas menjadi sesak dan cepat, nadi pula bertambah laju. Tanda - bibir dan lidah akan menjadi biru. Kesakitan akan terasa utk sebrg pergerakan di bahagian dada. Rawatan - jangan banyak bergerak dan segeralah ke hospital

PRINSIP PERTOLONGAN CEMAS KAEDAH TOTAPS

Semua kecederaan sukan yang dialami semasa bertanding atau latihan mestilah diuruskan dan diperiksa untuk menentukan sama ada mangsa itu dibenarkan meneruskan latihan atau beraksi atau dirujuk dengan segera kepada pakar perubatan.

Talk Bolehkah mangsa itu bercakap? Tanya mangsa tentang peringkat kesakitan dan tempat kesakitan yang dialami.

Observe Perhatikan dan periksa tempat kecederaan dan keadaandibahagian kepala mangsa terutamanya kecederan yang dialami di bahagian kepala mangsa.

Touch Sentuh tempat kecederaan. Periksa sebarang bengkak atauDeformiti yang dialami oleh anggota badan yang terlibat.

Active movementArahkan mangsa supaya cuba menggerakkan anggota badan yang cedera. Sekiranya mangsa rasa sakit, rujuk kepada pakar perubatan dengan segera.

Passive movementBantu gerakkan secara perlahan bahagian yang tercedera. Tujuannya adalah untuk memeriksa tahap kecederaan yang dialami. Regang otot dan benarkan mangsa kembali beraksi setelah pasti kecederaan tidak serius

Stand Arahkan mangsa berdiri ,berjalan, berlari ban melompat jauh untuk memastikan tahap kecederaan yang dialami. Benarkanatlet kembali beraksi jika tiada tanda berlakunya kecederaan yangkhusus.

PRINSIP PERTOLONGAN CEMAS DAN RAWATAN RICEKaedah ini adalah sesuai digunakan untuk kecederaan tertentu seperti terseliuh, dislokasi, hentakan, sengal, retak dan kontusi, ketegangan dan kekejangan otot.

R : REST (rehat)I : ICE (ais)C : COMPRESSION (tekan)E : ELEVETION (angkat)

REST Apabila mangsa menyedari berlakunya kecederaan pada mana-mana anggota badan, hendaklah segera hentikan pergerakkan Jika berlakunya kecedaraan ini dan pesakit masih meneruskan aktiviti tersebut maka kecederaan akan menjadi lebih parah, akan melambatkan penyembuhan, menambahkan kesakitan dan akhirnya menyebabkan pendarahan. Bahagian anggota yang tercedera mesti direhatkan selama 2 atau 3 hari. Berikutan dengan itu rehat tambahan mungkin diperlukan atas nasihat doktor. Tempoh rehat bergantung kepada jenis dan berapa serius kecederaan tersebut. Atau anda boleh melakukan beberapa latihan mobilisasi yang tidak menyakitkan bahagian yang tercedera sebagai sebahagian daripada latihan pemulihan yang awal.

ICE Seterusnya, ais diletakkan ditempat yang cedera, kerana ais dapat menghentikan peredaran dalam daripada salur dan kapilari darah serta boleh juga menurunkan suhu sekitar anggota yang dituap dengan ais. Selain itu, ais juga boleh melegakan kesakitan serta mengurangkan bengkak. Disebabkan itu, ais selalunya digunakan untuk tujuan mengurangkan pendarahan.

Kenapa Gunakan Ais?Ais mengurangkan keperluan oksigen bagi tisu yang tercedera akibat sifat-sifat kesejukannya dan dengan kesan pengecilan saluran darah ia mengenakan kesan-kesan berikut:o Kurangkan inflamasi dan bengkak.o Hentikan pendarahan.o Kesan menghindar kesakitano Kurangkan muscle spasmo Penggunaan ais dalam masa 24 jam yang pertama akan mengakibatkan pemulihan yang lebih pantas.o Dengan mengurangkan inflamasi dan bengkak serta dengan memberhentikan pendarahan, parut dikurangkan dan oleh yang demikian struktur tisu yang tercedera terpelihara dengan baik.o Berikutan dengan fasa akut (24 72 jam), penghasilan edaran darah yang baik melalui tempat tercedera akan meningkatkan lagi proses pemulihan.o Apabila struktur tisu yang tercedera dipelihara, ia boleh meneruskan fungsinya tanpa menjadi rosak sekali lagi.o Oleh itu, ais akan membantu menghindarkan kecederaan yang lebih (kecederaan sekunder) dengan membantu menentukan pemulihan yang benar.

Bila Hendak Gunakan Ais?Adalah disyorkan bahawa ais digunakan:o Dalam 24 48 jam berikutan berlakunya kecederaan.o Bagi waktu berselang-selang selama 10 15 minit. o Ulangkan setiap 2 3 jam sepanjang waktu mangsa jaga.

Perhatian harus diberikan kepada situasi tersebut di mana ais tidak boleh digunakan:o Alahan kepada ais.o Frost-biteo Apabila terdapat pembekuan darah (thrombosis)o Ais tidak boleh digunakan untuk jangka masa yang lama.o Ais tidak boleh digunakan terus ke atas kulit; tutupi dengan tuala, atau plastic.

COMPRESSION Bahagian yang tercedera hendaklah dibalut dengan pembalut yang sejuk atau pek ais pada bahagian tersebut. Ia bertujuan mengurangkan bengkak dan keradangan bahagian yang tercedera tersebut. Sekiranya terdapat tanda kebiru-biruan atau rasa kebas di sekitar bahagian yang tercedera, pembalut hendaklah di longgarkan sedikit kerana ia telah menyekat pengaliran darah. Aplikasi tekanan kepada bahagian yang tercedera bantu mengurangkan INFLAMASI dan BENGKAK serta hentikan PENDARAHAN. Tekanan diberikan dengan menggunakan kain balutan yang elastik. Ia perlu tegang tetapi tidak terlalu tegang sehingga menghentikan aliran darah ke bahagian anggota di bawah tempat kecederaan. Tekanan perlu dikurangkan semasa tidur kerana aktiviti sudah menjadi kurang.

ELEVETION Semasa rehat dan rawatan, bahagian yang tercedera hendaklah berada di paras yang lebih tinggi daripada jantung pesakit. Ini bertujuan untuk mengurangkan pengaliran darah ke bahagian yang tercedera dan jika tidak di tinggikan ia membolehkan pembekuan darah disitu. Elevasi membantu meningkatkan pengaliran darah venous ke jantung dan dengan itu menghindarkan pengumpulan cecair di tempat yang tercedera. Ini dilakukan dengan meninggikan anggota yang tercedera supaya ia lebih tinggi daripada paras jantung apabila dapat.

PERTOLONGAN CEMAS KAEDAH CPR (Cardio-Pulmonary Resuscitation)

Langkah-langkah dan teknik melakukan CPR

Memberi perhatian tentang DR ABCo Memeriksa respon mangsao Menepuk atau menggerakkan bahu mangsao Menyoal keadaan mangsa

Meminta bantuan orang tepi untuk membuat panggilan. Kalihkan mangsa supaya berbaringo Semasa mengalih, pastikan kepala, badan dan kaki mangsa dikalih pada masa yang sama.

Buka saluran pernafasan (open airway)o Menggunakan head-tilt/chin tilto Cara ini dapat memanjangkan tengkok pesakit dan mengangkat lidah daribelakang lidah mangsa.o Sekiranya disyaki terdapatnya kecederaan pada leher, dongakkan dagu perlahan-lahan dahulu.o Sekiranya terdapat bahan atau benda dalam mulutnya, gunakan jari yangdibalut dengan kain bersih untuk mengeluarkannya.

Memeriksa untuk pernafasan.o Meletakkan telinga di atas hidung dan mulut mangsa (listen and feel forbreathing)o Mata memandang ke arah dada mangsa untuk mengesan naik turunnya.

Memberi hembusan dengan perlahan-lahan.o Untuk menjalankan pernafasan mulut ke mulut, kepala mangsa didongakkan supaya saluran pernafasan dibuka.o Kemudian hidung mangsa dipicit dengan menggunakan ibu jari dan jari telunjuk.o Penyelamat tarik nafas dengan kuat lalu menutup mulut pesakit dengan mulutnya.o Kemudian hembus 2 kali dengan perlahan-lahan, setiap kali 1 hingga 2 saat.o Setiap hembusan dilakukan selepas satu tarikan nafas.o Perhatikan dada mangsa untuk memastikan sekiranya hembusan pernafasan itu berjaya.

Mengesan kadar nadio Kepala mangsa dikekalkan.o Dapatkan kedudukan Adams apple dengan 2 atau 3 jari.o Meluncur jari ke tepi leher dan rasa kadar nadi karotid untuk 5 hingga 10 saat.

Sekiranya ada kadar nadi tetapi tiada pernafasano Memberi 1 pernafasan mulut ke mulut setiap 5 ke 6 saat.o Memeriksa mangsa setiap minit (10 hingga 12 hembusan) untuk memastikan denyutan nadi masih ada.o Teruskan, sehingga pernafasan dipulih atau sampainya bantuan.

Sekiranya tiada denyutan nadio Penyelamat hendaklah berada di sisi mangsao Gunakan jari penyelamat meluncur dari tepi tulang rusuk hingga ke hujung sternumo Meletak pangkal sebelah tapak tangan di atas sebahagian setengah sternum.o Sebelah tapak tangan yang satu lagi diletakkan di atas tapak tangan yang satu lagi.o Kedudukan tapak tangan ini ialah di antara 1 inci hingga 1 inci dari hujung xiphoid processo Penyelamat membawa kedua-dua bahunya lurus ke atas sternum mangsao Dengan meluruskan tangan membuat tekanan ke atas sternum sedalam 1 hingga 2 inci.o Melakukan 15 tekanan pada 80 kali seminito Mengira sambil menekan one and, two and, three and..fifteen ando Pergerakan ini hendaklah licin, kemas dan tanpa henti-henti.o Setelah 15 tekanan, 2 hembusan diberio Sempurna 1 kitaran 15 tekanan dan 2 hembusan, periksa denyutan nadi.

PERTOLONGAN CEMAS KAEDAH D.R.A.B.CKaedah ini digunakan untuk memberi bantu mula kepada mangsa yang tidak sedarkan diri atau mengalami kejutan.

D ~ DANGERR ~ RESPONSEA ~ AIRWAYSB ~ BREATHINGC ~ CICULATION

Danger (Bahaya) Pastikan kawasan di sekitar tempat kejadian selamat, iaitu bebas dari bahaya sekitarnya untuk kamu dan mangsa. Bawalah mangsa ke tempat yang selamat jika perlu. Jika mangsa tersepit, singkirkan bendasing yang menyepitnya.

Response (Tindakbalas) Tentukan sama ada mangsa menunjukkan tindakbalas terhadap rangsangan seperti cahaya, bunyi, suara, sentuhan, bau dan rasa. Cuba gerakkan atau perhatikan mangsa untuk mengetahui keadaan sebenar. Panggil nama, tanyakan keadaan dan rasa bahagian badan untuk melihat sebarang respon. Jika mangsa kelihatan tidak sedarkan diri, cuba pulihkan dengan garam hidu.

Airways (Saluran Udara) Pastikan saluran pernafasan tidak tersekat. Periksa hidung dan mulut mangsa. Melapangkan saluran udara mangsa dengan mengeluarkan benda-benda asing dan air daripada hidung dan mulut mangsa. Betulkan kedudukan kepala mangsa.

Breathing (Pernafasan) Pastikan mangsa masih bernafas melalui mulut dan hidung. Sekiranya tiada, berikan bantuan pemulihan pernafasan dengan segera.

Circulation (Peredaran) Tentukan sama ada peredaran darah mangsa masih berfungsi melalui denyutan nadinya. Kadar denyutan nadi yang rendah menunjukkan degupan jantung yang lemah. Sekiranya terdapat punca kehilangan darah seperti luka, balut dan tutup luka tersebut.PERTOLONGAN CEMAS DAN KESELAMATAN DIRI

I Pengenalan I Prinsip PC I Asfiksia I Pendarahan I I Kecederaan Otot, Sendi dan Ligemen I Gigitan Serangga I I Keselematan Diri I Peti Pertolongan Cemas I I Sumber Bantuan Kecemasan I

Pengenalan

Bantumula atau pertolongan cemas adalah bantuan rawatan pertama yang diberikan kepada mangsa yang mengalami kecederaan atau kemalangan atau orang yang diserang oleh penyakit secara tiba-tiba. Setiap orang harus tahu cara memberi pertolongan cemas atau bantu mula. Bantuan yang diberikan mungkin melibatkan pengubahsuaian bahan-bahan yang ada pada masa itu.

Bagi kebanyakan kecederaan kecil, bantuan kecemasan yang diberikan mungkin sudah mencukupi. Kecederaan yang lebih serius pula memerlukan pemerhatian daripada orang yang lebih profesional dan rawatan lebih lanjut. Dengan adanya modul ini diharapkan dapat membantu peserta jika berlakunya sesuatu kemalangan dan kecederaan ketika pendidikan luar dijalankan.

Prinsip-prinsip Pertolongan Cemas

Matlamat Pertolongan Cemas

menyelamat nyawa mengurangkan atau melegakan kesakitan mencegah kecederaan daripada merebak atau menjadi lebih teruk

Memberi Pertolongan Cemas dalam kemalangan penilaian (assessment)

bertenang dan bertindak untuk menyelamat

jaga keselamatan diri dan mangsa

hindarkan daripada keadaan yang membahayakan

minta bantuan daripada orang yang berhampiran

dianogsa atau pengenalan punca kesakitan (diagnosis)

Rawatan (treatment)

Menentukan mana-mana kecederaan yang lebih tenat atau serius, kemudian rawatan dengan cara yang betul.

Keutamaan

Bila terdapat lebih daripada seorang yang tercedera atau banyak luka pada seseorang, maka pertolongan cemas mestilah segera diambil yang mana keadaan diutamakan semasa memberi rawatan.

PerhatianJangan biarkan mangsa dikerumuni oleh orang ramai kerana akan menyebabkan mangsa menjadi rimas, risau, bimbang dan pengedaran udara akan berkurangan.

Tanggal atau longgarkan pakaian yang perlu sahaja.

Elakkan daripada memberi mangsa minum air jika.

mangsa tidak sedarkan diri

disyaki mangsa mengalami kecederaan dalaman

jika memerlukan pembedahan

Dapatkan bantuan telefon ambulan - 994

berikan keterangan tentang tempat kemalangan.

Asfiksia (terhenti pernafasan)

Asfiksia adalah satu keadaan di mana sistem pernafasan terhenti disebabkan oleh kekurangan oksigen di dalam darah dan tisu-tisu badan tidak dapat menerima bekalan oksigen yang mencukupi.

Punca-punca asfiksia.

lemas

keracunan gas dan asap yang merbahaya

tersekat saluran udara - tergantung dan tercekik oleh makanan atau benda-

benda asing lain.

tersumbat saluran nafas oleh bantal, karung plastik, lidah tersentak ke dalam

ketika tidak sedarkan diri.

disambar petir atau kilat

terhimpit dada - runtuhan tanah

serangan penyakit

termakan racun

Tanda-tanda pernafasan adalah pendek-pendek tetapi cepat, susah bernafas dan akhirnya terhenti

bahagian bibir, jari-jari, muka dan telinga menjadi kebiru-biruan.

kebanyakannya menyebabkan tidak sedarkan diri.

Peraturan Am Memulihkan asfiksia:

A - Airways (saluran Pernafasan) terbuka atau tersekat

keluarkan bendasing seperti gigi palsu, rumput, tanah, bahan mentah daripada mulut jika ada.

B - Breathings (pernafasan)

Boleh bernafas atau tidak

jika pernafasan terhenti, beri bantuan pemulihan pernafasan dengan segera.

C - Circulation (peredaran darah)

pastikan adakah denyutan nadi atau tidak

jika tiada, lakukan pemulihan CPR (Cardio-pulmonary Resuscitation) (pemulihan pernafasan dan pemulihan jantung dari luar)

Jenis-jenis Pemulihan Pernafasan

Pemulihan pernafasan mulut ke mulut

Pemulihan pernafasan Holgen Nielson

Pemulihan pernafasan mulut ke hidung

Pemulihan jantung dari luar atau tekanan dada (External cardiac compression)

Pemulihan kardio-palmonari (Cardio-Pulmonary Risuscitation) - CPR

Lemas di dalam air

Tindakan untuk menyelamat: jaga keselamatan diri

usahakan menarik mangsa ke darat dengan tali / kayu

lemparkan sesuatu objek yang boleh terapung seperti pelampung kepada mangsa yang masih sedarkan diri, kemudian tarikh mangsa ke darat dengan menggunakan tali yang terikat kepada objek itu.

anda boleh juga menyelamat dengan berenang sekiranya anda seorang perenang yang baik.

Rawatan keluarkan air daripada perut atau paru-paru

bersihkan mulut mangsa daripada benda-benda yang mungkin menghalang pernafasan

mulakan bantuan pernafasan

periksa pernafasan dan denyutan nadi

jaga suhu badan mangsa supaya tidak mengalami hipotermia

apabila bernafas semula, baringkan mangsa ke kedudukan pemulihan, pastikan ia dapat terus bernafas dengan sempurna. Hantar ke rumah sakit secepat mungkin jika keadaannya tidak memuaskan.

Pendarahan

Keluar darah daripada saluran darah yang tercedera. Ia boleh berlaku di bahagian luar atau dalam tubuh.

Jenis-jenis Pendarahan.

Pendarahan boleh dikatakan berpunca daripada arteri, vena kapilari.

Arteri memancut merah terang

kapilari menitis merah

vena meleleh perlahan merah tua

Tanda-tanda dan gejala-gejala

Apabila seseorang kehilangan darah yang banyak sama ada di bahagian luar atau dalam tubuh, ada beberapa tanda atau gejala dapat dikesan: denyutan nadi bertambah cepat serta lemah

kulit sejuk, lembab, pucat dan berpeluh

muka dan bibir kelihatan pucat

pernafasan cepat, pendek dan tercungap-cungap

mangsa berasa pening, pitam dan pengsan

mangsa mungkin merasa dahaga

berasa resah dan gelisah

pendarahan banyak dan mungkin menyebabkan rejatan

Peraturan am bagi merawat luka yang banyak berdarah

angkat tinggi bahagian yang berdarah untuk melambatkan pengaliran darah dan menolong mengurangkan darah mengalir keluar daripada tubuhnya.

Cara-cara menghentikan pendarahanHentikan Pendarahan Secara Langsung (direct pressure)Bahagian ibu jari / jari-jari tekan dengan kuat di bahagian yang cedera ke atas pelapek atau kain kasa (gauze) selama 10 minit.Kemudian tutuplah pelapik dengan lapisan kapas dan ikat dengan pembalut yang ketat. Ia biasanya akan menahan darah itu daripada mengalir keluar. Jika pendarahan berjalan terus, jangan cabut pelapik tetapi letakkan pelapik tambahan dan balut sekali lagi.

Hentikan Pendarahan Secara Tidak Langsung (Indirect Pressure)Jika pendarahan tidak dapat dikawal dengan tekanan secara langsung ke atas luka atau dalam keadaan di mana tekanan secara langsung tidak boleh digunakan, anda boleh gunakan tekanan secara tidak langsung pada titik tekanan (pressure point). Titik tekanan adalah satu tempat di mana saluran darah artei boleh ditekan ke tulang dengan rapat untuk menghalang pengaliran darah di kawasan itu.

Kecederaan Otot, sendi dan ligamen

Terseliuh Tanda-tanda dan gejala rasa kesakitan pada sendi itu

bengkak

lebam atau perubahan warna di bawah kulit sendi yang tercedera

rawatan letak beg ais pada sendi yang cedera

tinggikan bahagian yang tercedera

letakkan mangsa di dalam keadaan yang selesa

ampu bahagian yang tercedera

hantar ke hospital jika keadaan memerlukan

Terkehel

Tanda-tanda dan gejala rasa amat kesakitan pada sendi

berubah kedudukan sendi

berubah rupa

bengkak

lebam

rawatan jangan betulkan tulang yang terkehel

anggota yang cedera tidak boleh digerakkan

letakkan mangsa di dalam keadaan yang selesa

ampu dan hantarkan ke hospital jika perlu.

Kejang Otot (cramp)

Sesuatu keadaan yang tidak sengaja datang dengan tiba-tiba dan sakit kerana otot tertarik dan tersimpul. Ia disebabkan oleh

a. kehilangan air yang berlebihan menyebabkan kekurangan garam dan cecair dalam tubuh b. sejuk kerana berenang

Rawatan:

Memanjangkan otot-otot yang kejang

tangan - luruskan jari-jari dengan cermat

jika kehilangan air yang berlebihan, berikan air yang bercampur dengan sukatan sudu the garam dengan satu gelas air

Gigitan dan Sengatan:

Gigitan ular Tanda-tanda dan gejala

bengkak dan lebam di bahagian yang digigit

rasa kesakitan

mangsa sukar bernafas dan bercakap

renjatan (shock)

Rawatan

Untuk menghindarkan terjadinya renjatan, tenangkan mangsa itu.

baring dan nasihatkan mangsa agar bertenang

jika pernafaan terhenti, mulakan pemulihan pernafasan

bersihkan luka gigitan dengan sabun dan air dan keringkan

ikat dengan ikatan tourniquet atau ikatan yang erat di sebelah atas gigitan

longgarkan ikatan selama 30 saat setiap 15 minit

balut bekas gigitan dengan pembalut krep dengan ketat

letakkan tuap dan balut seperti rawatan patah tulang

hantar ke hospital jika perlu

Keselamatan Diri

Punca Kemalangan kelalaian dan kecuaian

kurang pengetahuan

kepenatan

Keselamatan di air mengetahui cara untuk menyelamatkan diri ketika kecemasan

jangan berenang secara bersendirian

hanya di kawasan yang dibenarkan sahaja

mematuhi arahan dan peraturan yang ada

tahu bagaimana menggunakan alat-alat bantuan

menyedari kemampuan diri untuk berenang

berenang dalam jarak yang selamat

meminta pertolongan apabila benar-benar memerlukan

jika dibawa aurs jauh daripada pantai jangan berasa cemas, jangan cuba menentang arus. Berenang selari dengan pantai apabila bebas daripada tarikan arus dan berenang balik ke arah pantai

menjerit atau melambai meminta pertolongan jika tidak dapat membebaskan diri daripada arus yang kuat

Peti Pertolongan Cemas:

Senarai lengkap alatan dalam peti kecemasan plaster - berbagai saiz dan bentuk

dreassing sterill - berbagai siaz

kapas

kasa sterill serta swab kasa

dressing khas untuk kes terbakar

bandage 3 segi

bandage crepe penggulung

pita lekat

pad mata

termometer

gunting hujung tumpul

penyepit

pin penyelamat

kertas tisu

losyen antiseptik

losyen kalamin

beberapa jenis ubat seperti panadol, pil-pil rawatan

lampu suluh

pensil dan kertas

Sumber bantuan kecemasanpolis bomba hospital klinik pasukan sukarela penduduk setempat.