pertembungan awal muslim dengan kota konstantinope

3
PERTEMBUNGAN AWAL MUSLIM DENGAN KOTA KONSTANTINOPEL Hubungan Rasulullah s.a.w dan para sahabat dengan Kerajaan Byzantin di Konstantinopel : Tanda Pertama Bermula dengan kelahiran baginda S.A.W sendiri yang sudah cukup memberikan isyarat yang menggerunkan buat kota Konstantinopel. “Ketikaku (Aminah) melahirkannya (Muhammad S.A.W), satu cahaya telah keluar dari bawah rahimku, menerangi mahligai (Romawi) di negeri Syam.” (Direkodkan dalam Tabaqat Ibnu Sa’d) -- Kitab Sirah Al- Raheeq Al-Makhtum) Tanda Kedua Turunnya ayat-ayat awal surah Ar-Rum kerana terjadinya peristiwa peperangan membabitkan Rom (Byzantin) dan Parsi, (sekitar 620M). Ia menyaksikan kekalahan Rom di tangan Parsi, seterusnya dimanfaatkan oleh para Musyrikin Quraisy. Mereka mendakwa bahawa pasukan di Konstantinopel (ahlul kitab) dapat dikalahkan oleh bangsa Parsi (penyembah api), maka perjuangan Rasulullah (yang juga mendukung al-kitab), akan turut mengalami nasib yang sama seperti Rom. Namun, ayat-ayat Allah diturunkan (surah Ar-Rum) dan memberikan petanda tidak lama kemudian, di mana, Rom kembali menumpaskan Parsi, (sekitar 627-628M) dan tidak ada lagi sebab bagi para Musyrikin untuk mendabik dada dengan kekalahan pasukan penyembah api dan berhala tersebut. Tanda Ketiga Peperangan Khandaq yang berlaku pada tahun 627M (5H) menjadikan Rasulullah S.A.W begitu peka dengan apa yang baru sahaja berlaku kepada Romawi (Konstantinopel). Oleh sebab itu, banyak hadith yang diriwayatkan dengan lafaz berbeza yang menunjukkan Nabi S.A.W berbicara beberapa kali mengenai tumbangnya pula Konstantinopel di tangan umatnya pada masa hadapan.

Upload: mat-harzick

Post on 28-Jan-2016

224 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Al Fateh

TRANSCRIPT

Page 1: Pertembungan Awal Muslim Dengan Kota Konstantinope

PERTEMBUNGAN AWAL MUSLIM DENGAN KOTA KONSTANTINOPEL

Hubungan Rasulullah s.a.w dan para sahabat dengan Kerajaan Byzantin di Konstantinopel :

Tanda PertamaBermula dengan kelahiran baginda S.A.W sendiri yang sudah cukup memberikan isyarat yang menggerunkan buat kota Konstantinopel.

“Ketikaku (Aminah) melahirkannya (Muhammad S.A.W), satu cahaya telah keluar dari bawah rahimku, menerangi mahligai (Romawi) di negeri Syam.”

(Direkodkan dalam Tabaqat Ibnu Sa’d) -- Kitab Sirah Al-Raheeq Al-Makhtum)

Tanda KeduaTurunnya ayat-ayat awal surah Ar-Rum kerana terjadinya peristiwa peperangan membabitkan Rom (Byzantin) dan Parsi, (sekitar 620M). Ia menyaksikan kekalahan Rom di tangan Parsi, seterusnya dimanfaatkan oleh para Musyrikin Quraisy. Mereka mendakwa bahawa pasukan di Konstantinopel (ahlul kitab) dapat dikalahkan oleh bangsa Parsi (penyembah api), maka perjuangan Rasulullah (yang juga mendukung al-kitab), akan turut mengalami nasib yang sama seperti Rom. Namun, ayat-ayat Allah diturunkan (surah Ar-Rum) dan memberikan petanda tidak lama kemudian, di mana, Rom kembali menumpaskan Parsi, (sekitar 627-628M) dan tidak ada lagi sebab bagi para Musyrikin untuk mendabik dada dengan kekalahan pasukan penyembah api dan berhala tersebut.

Tanda KetigaPeperangan Khandaq yang berlaku pada tahun 627M (5H) menjadikan Rasulullah S.A.W begitu peka dengan apa yang baru sahaja berlaku kepada Romawi (Konstantinopel). Oleh sebab itu, banyak hadith yang diriwayatkan dengan lafaz berbeza yang menunjukkan Nabi S.A.W berbicara beberapa kali mengenai tumbangnya pula Konstantinopel di tangan umatnya pada masa hadapan.

Tanda KeempatPerjanjian Hudaibiyyah antara Rasulullah dengan Musyrikin Quraisy mengizinkan Nabi S.A.W mengutus Dihyah bin Khalifah Al-Kalby bagi menghantar surat kepada Maharaja Heraclius, Kaisar Romawi di Konstantinopel. Heraclius menyambut baik kedatangan utusan baginda nabi dan memberikan respons berikut :

“Sungguh dia akan menguasai tanah yang sekarang di bawah telapak kakiku ini dan sekiranya aku ada harapan menjumpainya, pasti aku akan mengharuskan diriku bagi menemuinya. Dan jika aku berada di hadapannya, pasti aku akan basuh kedua-dua telapak kakinya”

Page 2: Pertembungan Awal Muslim Dengan Kota Konstantinope

Tanda KelimaPada tahun 629M, suatu peperangan besar berlaku yang turut melibatkan Konstantinopel di era Maharaja Hercules (610M-641M). Maharaja Hercules pada awalnya seakan-akan dapat menghidu kebenaran Rasulullah S.A.W, namun kemewahan dan kekuasaan telah melalaikannya daripada kebenaran. Kisah peperangan Mu’tah ini bermula dengan 3000 orang tentera Muslim berhadapan dengan dengan 100,000 tentera yang digerakkan dari Konstantinopel pada 629M. Peperangan ini dikenali sebagai ma’rakah kerana Nabi S.A.W tidak turut serta di dalamnya. Ini adalah antara siri peperangan yang paling tidak logik dalam fikiran manusia, namun, tiada yang tidak logik pada percaturan yang Maha-Berkuasa. Peperangan Mu’tah ini berakhir dengan kemenangan moral kepada pihak tentera Islam dengan bilangan angka korban syuhada’ pada jumlah yang agak kecil sahaja. Oleh yang demikian, secara tidak langsung ini merupakan detik-detik awal kerajaan Byzantin di Konstantinopel mula berasa gementar dengan kehadiran pasukan Arab Muslim yang selama ini hanya menjadi bahan ketawa mereka. Walaupun begitu, para ulama’ turut berbeza pendapat mengenai status peperangan Mu’tah ini, adakah tentera Islam berundur dengan kekalahan yang memalukan ataupun mencapai kemenangan secara moralnya.