pertandingan mereka cipta logo sempena - · pdf filepertandingan mereka cipta logo ... reka...

6

Upload: trankhue

Post on 06-Feb-2018

249 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: PERTANDINGAN MEREKA CIPTA LOGO SEMPENA - · PDF filePERTANDINGAN MEREKA CIPTA LOGO ... Reka bentuk hendaklah menarik, jelas, mudah dan kemas. iv) Komponen teknologi hijau perlu diterapkan
Page 2: PERTANDINGAN MEREKA CIPTA LOGO SEMPENA - · PDF filePERTANDINGAN MEREKA CIPTA LOGO ... Reka bentuk hendaklah menarik, jelas, mudah dan kemas. iv) Komponen teknologi hijau perlu diterapkan

PERTANDINGAN MEREKA CIPTA LOGO

SEMPENA ‘RESILIENT CITIES ASIA – PACIFIC 2016‘

Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) mempelawa semua warganegara Malaysia

berumur 18 hingga 30 tahun untuk menyertai Pertandingan Mereka Cipta Logo sempena

Program Resilient Cities Asia-Pacific 2016 (RCAP 2016).

Tujuan program ini adalah untuk mewujudkan bandar raya yang berdaya tahan meliputi

isu-isu seperti peningkatan suhu bumi dan cara penyesuaiannya, pengurangan risiko

bencana, jaminan makanan dan penggubalan dasar.

Peraturan penyertaan pertandingan adalah seperti yang berikut:

PERATURAN PENYERTAAN

1. Penyertaan adalah percuma dan terbuka kepada semua warganegara Malaysia

berumur 18 – 30 tahun.

2. Tempoh penyertaan dibuka mulai 20 Januari 2016 hingga 20 Februari 2016.

3. TEMA :

“Ke Arah Masa Depan Bandar Raya Yang Mampan Dan Berdaya Tahan”

4. SPESIFIKASI MEREKA CIPTA LOGO

a) Format dan Saiz

Logo hendaklah :

i) direka menggunakan aplikasi komputer dan disimpan dalam 2 format fail

asal (softcopy) iaitu :

(a) format PSD atau AI atau EPS; dan

(b) format JPEG dengan resolusi minimum 1280 x 960 ; dan

ii) dicetak (hardcopy) pada kertas bersaiz A4 (ukuran 210mm x 297mm)

berwarna putih dan dilekatkan pada kertas tebal atau mounting board.

b) Rekaan

i) Warna dan bentuk yang digunakan mesti disertakan dengan penerangan

dan rasional dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris.

ii) Peserta bebas untuk mengemukakan ciptaan logo tetapi mestilah

berdasarkan tema di atas.

iii) Reka bentuk hendaklah menarik, jelas, mudah dan kemas.

iv) Komponen teknologi hijau perlu diterapkan di dalam rekabentuk logo.

Page 3: PERTANDINGAN MEREKA CIPTA LOGO SEMPENA - · PDF filePERTANDINGAN MEREKA CIPTA LOGO ... Reka bentuk hendaklah menarik, jelas, mudah dan kemas. iv) Komponen teknologi hijau perlu diterapkan

c) Warna

Peserta hanya dibenarkan menggunakan tiga (3) kombinasi warna sahaja tidak

termasuk warna hitam dan putih. Warna gradient tidak dibenarkan.

5. SYARAT-SYARAT PENYERTAAN

a) Reka bentuk logo hendaklah mengikut tema yang diberi. Penerangan mengenai

logo, bentuk dan warna perlu :

i) diterangkan dengan jelas,

ii) dicetak dan ditampal di bahagian belakang hasil karya, dan

iii) diserahkan kepada urusetia dalam format PDF (softcopy)

b) Logo yang dihasilkan ialah reka cipta yang baharu dan asli serta tidak

mengandungi unsur dan elemen yang boleh dianggap sensitif dan boleh

menyinggung mana-mana pihak.

c) Setiap peserta boleh menghantar sehingga 5 reka bentuk logo dengan

menggunakan borang penyertaan yang berasingan setiap satu. Bukti kiriman

pos adalah bukan bukti penerimaan.

d) Peserta hendaklah mengisi borang penyertaan yang boleh dimuat turun dari

laman sesawang http://www.mbmb.gov.my.

e) Penyertaan hendaklah dihantar melalui pos dalam bentuk

- hardcopy (menggunakan kertas A4 berukuran 210mm x 297mm berwarna

putih dan dilekatkan pada kertas tebal atau mounting board) dan

- softcopy (dimasukkan ke dalam CD).

f) Sebarang kos untuk menyertai pertandingan ini adalah atas tanggungan peserta

sendiri.

g) Penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau

kerosakan yang dialami sepanjang menyertai pertandingan ini.

6. KATEGORI PERTANDINGAN

a) Pertandingan ini terbahagi kepada 2 kategori iaitu:

Kategori A : Terbuka

Kategori B : IPTA / IPTS

Page 4: PERTANDINGAN MEREKA CIPTA LOGO SEMPENA - · PDF filePERTANDINGAN MEREKA CIPTA LOGO ... Reka bentuk hendaklah menarik, jelas, mudah dan kemas. iv) Komponen teknologi hijau perlu diterapkan

b) Butir-butir peribadi seperti nama, jantina, nombor kad pengenalan, nombor

matriks (Kategori B), nombor telefon, alamat e-mel dan alamat yang lengkap

hendaklah ditulis / ditaip dengan jelas di dalam Borang Penyertaan.

7. HADIAH PERTANDINGAN

a) Pemenang hanya layak menerima satu hadiah sahaja.

b) Hadiah bagi Kategori A :

1 x Hadiah Pertama : RM2000.00 + hamper + sijil.

1 x Hadiah Kedua : RM1500.00 + hamper + sijil.

1 x Hadiah Ketiga : RM1000.00 + hamper + sijil.

3 x Hadiah Saguhati : RM500.00 + hamper + sijil (setiap satu).

c) Hadiah bagi Kategori B :

1 x Hadiah Pertama : RM1500.00 + hamper + sijil.

1 x Hadiah Kedua : RM1000.00 + hamper + sijil.

1 x Hadiah Ketiga : RM750.00 + hamper + sijil.

3 x Hadiah Saguhati : RM500.00 + hamper + sijil (setiap satu).

d) Semua peserta yang menyertai pertandingan mencipta logo akan menerima sijil

penyertaan.

8. KEPUTUSAN PERTANDINGAN

a) Penganjur akan menilai semua penyertaan yang mematuhi syarat dan peraturan

yang ditetapkan sahaja. Penganjur berhak membatalkan penyertaan sekiranya

tidak mematuhi syarat-syarat penyertaan. Keputusan penganjur adalah

MUKTAMAD.

b) Keputusan pertandingan akan dimaklumkan dalam tempoh dua minggu selepas

tarikh tutup. Hanya peserta yang berjaya sahaja yang akan dimaklumkan.

Peserta yang tidak dihubungi selepas tempoh tersebut adalah dianggap tidak

berjaya.

c) Pemenang akan dihubungi melalui pos, telefon, e-mel atau pemberitahuan

menerusi media. Walau bagaimanapun, pihak penganjur berhak untuk tidak

memilih pemenang di kalangan peserta yang bertanding sekiranya panel juri

memutuskan bahawa tiada peserta yang layak dianugerahkan sebagai pemenang

utama.

Page 5: PERTANDINGAN MEREKA CIPTA LOGO SEMPENA - · PDF filePERTANDINGAN MEREKA CIPTA LOGO ... Reka bentuk hendaklah menarik, jelas, mudah dan kemas. iv) Komponen teknologi hijau perlu diterapkan

9. HAK CIPTA

a) Semua logo yang diterima oleh penganjur adalah hak milik MBMB. MBMB

berhak meminda mana-mana yang sesuai sama ada pada perkataan atau logo

(jika diperlukan) bagi maksud untuk digunakan atau dipamerkan ataupun

dicetak dalam mana-mana barangan dan program MBMB.

b) Penganjur tidak akan bertanggungjawab sekiranya terdapat sebarang tuntutan

daripada pihak ketiga. Penyertaan akan terbatal sekiranya didapati hasil karya

yang dikemukakan tidak asli atau ciplak.

c) Semua logo yang diterima oleh penganjur tidak akan dikembalikan.

10. Tarikh tutup penyertaan adalah sebelum atau pada 20 Februari 2016.

11. Semua penyertaan hendaklah dihantar ke alamat yang berikut :

Penganjur Pertandingan Mereka Cipta Logo RCAP 2016,

Bahagian Teknologi Maklumat dan Inovasi,

Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah,

Graha Makmur,

No.1 Jalan Tun Abdul Razak-Ayer Keroh,

Hang Tuah Jaya,

75450 Melaka.

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, peserta boleh berhubung melalui:

E-mel : [email protected]

Telefon : 06 - 285 9740 - Puan Salfadura / Puan Shamsuriahany

06 - 285 9738 - Puan Aimi Amirah

Page 6: PERTANDINGAN MEREKA CIPTA LOGO SEMPENA - · PDF filePERTANDINGAN MEREKA CIPTA LOGO ... Reka bentuk hendaklah menarik, jelas, mudah dan kemas. iv) Komponen teknologi hijau perlu diterapkan

BORANG PENYERTAAN PERTANDINGAN MEREKA CIPTA LOGO

SEMPENA ‘RESILIENT CITIES ASIA – PACIFIC 2016’

TEMA : “Ke Arah Masa Depan Bandar Raya Yang Mampan Dan Berdaya Tahan”

Perhatian : Sila gunakan satu borang untuk setiap penyertaan. Borang penyertaan serta penerangan/rasional logo hendaklah ditampal di belakang hasil karya.

Nama penuh : …………………………………………………………………………………………………………….. (seperti dalam KP)

No. KP [Baru] : ………………………………………………………… Umur : ……………………………

Tarikh Lahir : ………………………………………………………… Jantina : ……………………………

Alamat surat menyurat :

………………………………………………………………………………………………………………………………………...

………………………………………………………………………………………………………………………………………...

………………………………………………………………………………………………………………………………………...

Telefon [R/P] : ……………………..………………… Tel. Bimbit : ……………………..…………………

E-mel : ……………………..…………………

Adalah saya dengan ini mengaku bahawa idea, konsep, dan penerangan berkaitan logo

yang disertakan dalam pertandingan ini adalah hasil usaha sendiri, asli dan tidak pernah

diterbitkan, disiarkan, digunakan, ditiru, diciplak, atau diambil daripada mana-mana pihak

atau hasil kerja orang lain. Saya juga akan bertanggungjawab sepenuhnya jika terdapat

sebarang tuntutan atau apa jua bentuk tindakan daripada mana-mana pihak terhadap logo

ini.

Tandatangan : ……………………..………………… Tarikh : ……………………..…………………

* Ruangan ini MESTI di isi oleh peserta bagi Kategori B : IPTA / IPTS sahaja

Universiti / Kolej : ………………………………………… No. Matriks : ……………………….…………