garis panduan logo - universiti sains malaysiaweb.usm.my/sanggarsanjung/logo/... · 2013. 9....

12
Garis Panduan Logo Anugerah Sanggar Sanjung Universiti Sains Malaysia

Upload: others

Post on 04-Feb-2021

8 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • Garis Panduan Logo Anugerah Sanggar Sanjung

    Universiti Sains Malaysia

  • 2

  • 3

    Nama “Sanggar Sanjung” yang bermaksud “tempat menzahirkan sanjungan” dipilih oleh Universiti Sains Malaysia sebagai acara untuk meraikan pencapaian penyelidikan tertinggi dan sumbangan yang terbaik daripada warga universiti. Anugerah Sanggar Sanjung yang dimulakan pada tahun 2000, kini dijalankan setiap tahun sebagai acara tahunan universiti.

    Beberapa bentuk logo telah dicipta sempena Anugerah Sanggar Sanjung semenjak anugerah dimulakan. Pada 2013, Ahli Jawatankuasa Majlis Anugerah Sanggar Sanjung telah bersetuju untuk mengguna pakai logo ini sebagai logo rasmi.

    Latar Belakang dan Sejarah

    Logo Anugerah Sangar Sanjung yang terpilih adalah logo yang direka oleh En. Saiful Haizad Haji Ahamad Jainid pada tahun 2010. Logo ini telah ditambah baik oleh Dr. Zainurul Aniza Abd Rahman pada tahun 2013.

  • 4

    Berkenaan dengan Logo

    Logo Anugerah Sanggar Sanjung melambangkan kegemilangan dan kehebatan sumbangan dalam bidang penyelidikan, akademik, perkhidmatan dan libatsama yang telah diberikan oleh warga Universiti Sains Malaysia. Logo ini memberikan gambaran kepada masyarakat tentang prinsip dan kegiatan Universiti. Dari penggunaan warna ke tipografi dan susun atur, penggunaan logo ini mestilah bersesuaian dan jelas sebagai tanda identiti visual Anugerah Sanggar Sanjung Universiti Sains Malaysia yang berkesan.

  • 5

    Logo Anugerah Sanggar Sanjung Universiti Sains Malaysia adalah simbol yang mempunyai elemen grafik yang penting dan perlu digunakan dengan tepat.

    Penggunaan Logo

    Pengunaan yang betulKeseluruhan bentuk logo perlu digunakan sepanjang masa. Tipografi dan ikon tidak boleh dipisahkan.

  • 6

    Kawasan pengecualian logo adalah seperti yang ditanda X.

    Ukuran X, iaitu 1 cm perlu dikosongkan secara konsisten di empat bahagian (seperti di atas). Apa jua saiz logo yang dihasilkan (saiz minima adalah melintang 3 cm x menegak 1.6 cm), ruang kosong X mestilah 1 cm.

    Zon Pengecualian

    X

    X X

    X1 cm1 cm

    1 cm

    1 cm

  • 7

    Penggunaan Logo Yang Salah

    Logo Anugerah Sanggar Sanjung perlu sentiasa diletakkan dengan saiz yang betul dan tidak diubah walau dalam apa juga bentuk. Tipografi berbentuk hiasan ‘S’ perlu dikekalkan dalam apa juga situasi dan penggunaan. Logo Anugerah Sanggar Sanjung hanya perlu dicetak dalam latar belakang hitam atau putih. Sekiranya logo diletakkan dalam latar belakang warna yang lain, logo perlu diletakkan di dalam kotak putih. (Sila rujuk contoh di “Penggunaan Warna Logo”).

  • 8

    Kod Warna Logo

    Untuk Percetakan:Percetakan Offset C10 M40 Y100 K30atauPercetakan DigitalPANTONE 8643 C (Spot colour)

    Untuk skrin atau edisi onlineR168 G119 B23

  • 9

    Logo satu warna

    Logo Anugerah Sanggar Sanjung boleh digunakan dalam warna asal iaitu warna keemasan (Rajah 1) ATAU dalam warna hitam (Rajah 2) ATAU putih (Rajah 3). Jika logo diletakkan selain dari latar belakang hitam atau putih, penggunaan logo adalah seperti Rajah 4. Logo ini boleh diterbitkan untuk bahan penerbitan sekiranya reka bentuk membenarkan penggunaan sebanyak dua jenis warna.

    Penggunaan Warna Logo

    Rajah 1 Rajah 3

    Rajah 2 Rajah 4

  • 10

    Corak berkaitan dengan logo boleh digunakan sebagai latar belakang reka bentuk untuk Majlis Anugerah Sanggar Sanjung.

    Corak Logo

  • 11

    Corak Logo - Contoh