pertandingan eec - dapur solar

Upload: bensudin

Post on 30-Oct-2015

447 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

dapur solar

TRANSCRIPT

PEJABAT PELAJARAN DAERAH BATANG PADANG

JALAN PAHANG 35000

TAPAH PERAK

KARNIVAL PENDIDIKAN

SAINS & TEKNOLOGI

2013EFFICIENCY ENERGY

COOKING

COMPETITION

(EECC)

KARNIVAL PENDIDIKAN SAINS DAN TEKNOLOGI PERINGKAT DAERAH BATANG PADANG 2013SYARAT PERTANDINGAN EFFICIENCY ENERGY COOKING COMPETITION (EECC)1.TAJUK:

PERTANDINGAN MEMASAK MENGGUNAKAN TENAGA SOLAR 2.TEMA:

EFFICIENCY ENERGY COOKING 3.AKTIVITI:

Pertandingan rekacipta peralatan memasak menggunakan sumber tenaga alternatif yang boleh diperbaharui secara optimum.4.SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN:4.1Pertandingan terbuka kepada semua pelajar sekolah menengah rendah Tingkatan 1 hingga 3.

4.2Pertandingan adalah secara berpasukan. Setiap pasukan terdiri daripada 3 orang peserta dan seorang guru pembimbing.

4.3Setiap pasukan wajib melibatkan sekurang-kurangnya seorang peserta bumiputera kecuali pasukan dari sekolah menengah jenis kebangsaan.

4.4Setiap sekolah hanya dibenarkan menghantar 1 pasukan sahaja. 4.5Semua penyertaan hendaklah mendapat kebenaran dan pengesahan Pengetua sekolah masing-masing.

4.6Setiap penyertaan mestilah disertakan dengan satu borang pendaftaran pertandingan. Borang pendaftaran yang telah lengkap hendaklah dihantar kepada pihak penganjur.

4.7Peserta bebas menentukan rekabentuk, saiz atau bahan yang hendak digunakan.

4.8Bekas yang direka mestilah boleh menampung isipadu air sebanyak 500ml (air).4.9Alat yang dibina haruslah berkemampuan memasak air.

4.10Alat memasak yang dicipta hendaklah menggunakan tenaga solar sahaja tanpa sebarang sokongan komponen elektrik tambahan untuk meningkatkan suhu.

4.11Hasil ciptaan hendaklah didokumentasikan dalam Kertas Kerja Projet yang ditulis di dalam Bahasa Inggeris atau Bahasa Melayu.

4.12Persembahan perlulah mengandungi butiran seperti jenis bahan, kecekapan menyerap tenaga solar, kebaikan dan sebagainya.

4.13Pihak penganjur berhak meminda sebarang syarat dan kriteria pertandingan dari masa ke semasa demi kepentingan pengurusan serta objektif pertandingan setelah mendapat persetujuan daripada semua pengurus pasukan.4.14Pertandingan ini terbahagi kepada 2 peringkat iaitu:

a)Persembahan & Soal jawab 10 minit

d)Pengujian suhu dalam tempoh masa 1 jam 5.KAEDAH PENGHAKIMAN5.1Penghakiman akan dijalankan berdasarkan kepada kriteria berikut:

5.1.1Pengujian kebolehfungsian peralatan (25%)

- alat akan diuji dari segi kebolehupayaan memasak air dalam masa yang ditetapkan.

5.1.2Rekabentuk (25%)

- rekabentuk hendaklah praktikal dan mempunyai ciri-ciri mudah alih serta mudah mengisi dan mengeluarkan makanan dengan mengaplikasikan konsep-konsep sains.

5.1.3Kekemasan (15%)

- kekemasan dan kesempurnaan rekaan.

5.1.4Persembahan (35%) - **kerjasama kumpulan

- penerangan perlulah jelas dengan pengaplikasian fakta sains yang tepat.

6. KERTAS KERJA PROJEKSetiap kertas kerja projet disediakan dalam Bahasa Inggeris atau Bahasa Melayu. Kriteria pemarkahan adalah meliputi aspek-aspek berikut:

6.1Abstrak

6.2Objektif

6.3Pengenalan dan pernyataan masalah6.4Teori Saintifik - pengumpulan haba6.5Penjelasan mengenai pemilihan warna6.6Penerangan bergambar semasa pembuatan

6.7Cuba jaya (Rekod Ujian Projek)

6.8Kesimpulan6.9Setiap pasukan dihadkan masa selama 10 minit sahaja. (termasuk 3 minit sesi soal jawab)7.BANTAHAN7.1Keputusan panel hakim adalah muktamad.

7.2Bantahan hanya boleh dibuat kepada pihak urus setia Karnival Pendidikan Sains dan Teknologi Peringkat Daerah dalam tempoh 1 jam selepas pertandingan dijalankan dengan melengkapkan Borang yang disediakan oleh pihak penganjur.7.3Setiap bantahan hendaklah disertakan dengan wang cagaran berjumlah RM50.00.

7.4Sebarang bentuk bantahan terus kepada panel hakim pertandingan tidak akan dilayani.

8.HAL-HAL LAIN

8.1Semasa pertandingan berlangsung, guru pembimbing tidak dibenarkan membantu.

8.2Para peserta dibenarkan memakai kemeja-T, topi, seluar dan kasut sukan semasa pertandingan dijalankan.

8.3Jika pertandingan bahagian kebolehfungsian peralatan tidak dapat dijalankan disebabkan keadaan cuaca redup atau hujan, keputusan akan ditentukan oleh panel hakim.

KARNIVAL PENDIDIKAN SAINS DAN TEKNOLOGI PERINGKAT DAERAH BATANG PADANG 2013BORANG PENDAFTARAN PESERTA PERTANDINGAN EEC(DAPUR SOLAR)Sekolah ...

Nama Guru Pembimbing ...

No. Telefon Bimbit .

BilNama PesertaNo. Kad Pengenalan

1

2

3

Cop dan tandatangan Pengetua/ Penolong Kanan: .............................................................Tarikh..............

KARNIVAL PENDIDIKAN SAINS DAN TEKNOLOGI PERINGKAT DAERAH BATANG PADANG 2013BORANG PEMARKAHAN PERTANDINGAN EEC

Nama Sekolah :...............................................................

KRITERIAMARKAH PENUHMARKAH

DITERIMA

Kebolehfungsian ProjekPeningkatan suhu air signifikan

(T1 = T2 = )

10

Mudah digunakan (mengisi/mengeluarkan air)

5

Mudah alih (portable)

5

Praktikal

5

Rekaan Aplikasi konsep sains

i. pantulan

ii. kesan rumah hijau

iii. pembiasan

3

3

3

Rekabentuk menarik

3

Kesesuaian saiz projek

3

Pemilihan dan penyesuaian warna

3

Insulator

3

Nilai komersial (marketable)

4

Kekemasan Kekemasan dan Ketelitian 15

Persembahan &

Kertas Kerja ProjekAbstrak

3

Objektif3

Pengenalan dan pernyataan masalah4

Teori saintifik - pengumpulan haba

5

Penjelasan mengenai pemilihan warna3

Penerangan bergambar semasa pembuatan3

Cuba jaya (Rekod Ujian Projek)5

Kesimpulan4

Kerjasama Dalam KumpulanPembuatan dan Perbincangan 5

JUMLAH

100

Tanda tangan hakim: . Disahkan oleh,

Nama hakim :.

(

)

Tarikh :. Ketua Hakim

KARNIVAL PENDIDIKAN SAINS DAN TEKNOLOGI PERINGKAT DAERAH BATANG PADANG 2013BORANG BANTAHAN

PERTANDINGAN EEC

TARIKH

MASA

TEMPAT

PERKARA YANG DIBANTAH:-

Bersama ini dikepilkan wang berjumlah RM50.00 sebagai wang cagaran bantahan.

Saya difahamkan bahawa jika bantahan saya didapati tidak berasas, wang cagaran ini tidak akan dikembalikan.

DIBANTAH OLEH

:_________________________NAMA

:_________________________NO KAD PENGENALAN :_________________________SEKOLAH

:_________________________

KARNIVAL PENDIDIKAN SAINS DAN TEKNOLOGI PERINGKAT DAERAH 2013SENARAI KEPERLUAN PERTANDINGAN EEC

Lampiran 1BILPERKARAKUANTITI

1Khemah2 unit

2Meja panjang dan kerusi (pendaftaran)2 unit

3Kerusi dan meja (meletak kit)mengikut bilangan peserta dan urus setia

4Pita penghadang3 unit

5Sistem siarayaset mikrofon mudah alih

6Hard file (hakim)5 unit

7Alat tulis (calculator, stapler, pen, pembaris)3 unit

8Tag ahli kumpulan (PC1,PC2,PC3,PC40)40 unit

9Label model dapur (C1.C10)10 unit

10Label meja (C1,C2,C3,C10)10 unit

11Air 500ml10 unit

12Thermometer10 unit

13Peti kecemasan1 unit

PAGE