pertahanan dan ketahanan.organisasi ketenteraan yunani

3
16. Jelaskan konsep ketahanan dan pertahanan. Huraikan organisasi ketenteraan yang terdapat dalam Tamadun Yunani. Pengenalan : Tamadun Yunani bermula di Semenanjung Greece dan pulau-pulau di sekitarnya yang dikelilingi Laut Aegean dan Laut Mediterranean. Sekitar tahun 1000 – 800 S.M., telah muncul banyak negara kota di dalam Tamadun Yunani. Negara kota yang paling menonjol adalah Athens, Sparta dan Corinth. Penduduk di setiap negara kota Tamadun Yunani hidup bersatu padu namun begitu peperangan antara negara kota sering berlaku. Terdapat juga peperangan yang melibatkan negara kota Yunani dengan kuasa-kuasa asing seperti peperangan yang berlaku antara Yunani dengan Parsi dalam Perang Pelophonesus. Peperangan telah menjadi elemen penting dalam Tamadun Yunani yang sering menghadapi ancaman dan pencerobohan. Konsep : Ketahanan merujuk kepada keupayaan dan kebolehan serta kekuatan menanggung sesuatu kesukaran atau penderitaan. Ketahanan seseorang dilihat dari sudut mental dan fizikal kerana kedua-dua unsur ini yang menjamin seseorang itu mempunyai ketahanan. Ketahanan ini menjadikan manusia kuat, berani, tahan lasak, tabah, cekal serta sabar apabila menghadapi kesukaran. Ketahanan juga menjadi unsur penting untuk menghadapi segala ancaman dan tentangan dengan berani dan rasional serta membela sesuatu contohnya kubu atau benteng daripada serangan dan ancaman musuh demi mempertahankan negara. Manakala pertahanan merupakan langkah-langkah serta tindakan yang diambil untuk menjamin keselamatan serta kepentingan. Pertahanan meliputi aspek ketenteraan seperti melatih anggota tentera, kelengkapan senjata, membina kubu pertahanan dan sebagainya. Isi-isi :

Upload: elizabeth-peter

Post on 21-Dec-2015

14 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pertahanan Dan Ketahanan.organisasi Ketenteraan Yunani

16. Jelaskan konsep ketahanan dan pertahanan.  Huraikan organisasi ketenteraan yang terdapat dalam Tamadun Yunani. 

Pengenalan :

Tamadun Yunani bermula di Semenanjung Greece dan pulau-pulau di sekitarnya yang dikelilingi Laut Aegean dan Laut Mediterranean.  Sekitar tahun 1000 – 800 S.M., telah muncul banyak negara kota di dalam Tamadun Yunani.  Negara kota yang paling menonjol adalah Athens, Sparta dan Corinth.  Penduduk di setiap negara kota Tamadun Yunani hidup bersatu padu namun begitu peperangan antara negara kota sering berlaku.  Terdapat juga peperangan yang melibatkan negara kota Yunani dengan kuasa-kuasa asing seperti peperangan yang berlaku antara Yunani dengan Parsi dalam Perang Pelophonesus.  Peperangan telah menjadi elemen penting dalam Tamadun Yunani yang sering menghadapi ancaman dan pencerobohan.

Konsep :

Ketahanan merujuk kepada keupayaan dan kebolehan serta kekuatan menanggung sesuatu kesukaran atau penderitaan.  Ketahanan seseorang dilihat dari sudut mental dan fizikal kerana kedua-dua unsur ini yang menjamin seseorang itu mempunyai ketahanan.  Ketahanan ini menjadikan manusia kuat, berani, tahan lasak, tabah, cekal serta sabar apabila menghadapi kesukaran.  Ketahanan juga menjadi unsur penting untuk menghadapi segala ancaman dan tentangan dengan berani dan rasional serta membela sesuatu contohnya kubu atau benteng daripada serangan dan ancaman musuh demi mempertahankan negara. 

Manakala pertahanan merupakan langkah-langkah serta tindakan yang diambil untuk menjamin keselamatan serta kepentingan.  Pertahanan meliputi aspek ketenteraan seperti melatih anggota tentera, kelengkapan senjata, membina kubu pertahanan dan sebagainya.

Isi-isi : 

Penggunaan Kereta Kuda :

Kaedah peperangan pada zaman awal Yunani ialah penggunaan kereta kuda.  Penunggang akan melemparkan lembing ke arah lawan dan andai kata lembing yang dilontar ke arah musuh tidak kena pada sasarannya, pahlawan akan turun dari kereta kuda meneruskan peperangannya dengan berjalan kaki dan memegang lembing.

Penggunaan Phalanx :

Selepas tahun 700 SM, tentera Yunani telah memperkenalkan formasi phalanx.  Tunjang kekuatan tentera Yunani adalah pasukan hoplite (tentera berjalan kaki berlembing, bertopi dan berbaju besi) yang disusun dalam formasi phalanx.  Melalui formasi phalanx ini, tentera hoplite dengan lembing sepanjang hamper 3 meter akan berbaris rapat-rapat dalam satu barisan sehingga lembing-lembing panjang mereka membentuk seperti duri landak.  Biasanya mereka menggunakan lapan hingga sepuluh lapis barisan phalanx. 

Page 2: Pertahanan Dan Ketahanan.organisasi Ketenteraan Yunani

Pihak musuh akan berfikir dahulu sebelum merempuh phalanx yang dilindungi oleh lembing-lembing tajam itu. 

Tentera Elit dan Bawahan :

 Tentera Yunani yang bergabung dalam formasi phalanx adalah tentera-tentera elit yang terlatih dan berdisiplin tinggi serta dilengkapi pakaian perang yang lengkap.  Terdapat juga kumpulan lain yang berpakaian mudah, tidak dilengkapkan dengan senjata yang baik.  Mereka ini dipanggil psiloi (golongan miskin). 

Taktik Berperang :

Selari dengan pembentukan phalanx, strategi peperangan orang Yunani adalah bertempur secara bersemuka (berdepan).  Pasukan phalanx akan merempuh bahagian tengah musuh manakala pasukan sayap akan melakukan pemusnahan yang seterusnya apabila barisan musuh telah menjadi kucar-kacir.  Dalam lain perkataan, sekiranya bahagian phalanx gagal, maka lemahlah seluruh pasukan tentera. 

Latihan Tentera Sparta :

Sistem politik dan kemasyarakatan Sparta adalah lebih berorientasikan ketenteraan.  Golongan peer diwajibkan mengikuti latihan ketenteraan kerana mereka sering menghadapi pemberontakan dari golongan helot.  Hanya bayi golongan peer yang sihat sahaja dibenarkan hidup.  Ibunya memelihara anaknya selama 7 tahun dan selepas itu kerajaan mengambilnya untuk diberi latihan ketenteraan.  Setiap lelaki harus berkorban untuk negaranya.  Anak perempuan diberi latihan gimnastik dan ditanamkan dengan fahaman bahawa mereka mesti berkhidmat untuk negara dengan menjadi isteri yang setia.

Organisasi Tentera Graeco-Roman :

Raja Philip II dari Makedonia telah mengubah suai struktur tentera phalanx.  Jumlah anggota tentera dalam barisan phalanx telah ditambah menjadi 16 orang manakala panjang lembing ditambah menjadi 4 meter.  Peralatan tentera Yunani yang ringan diubah menjadi berat.  Ketahanan tambahan dititikberatkan pada baju besi yang dipakai oleh askarnya.  Latihan-latihan khusus telah disediakan supaya tentera Makedonia mampu memikul beban tambahan tanpa menjejaskan kecekapan gerakan (mobiliti). 

Kesimpulan :

Organisasi ketenteraan Tamadun Yunani disusun dan ditadbir dengan sangat sistematik.  Kewujudan organisasi tentera yang mantap dapat dikesan daripada askar-askar yang terlatih dan berdisiplin, taktik dan strategi peperangan yang berkesan serta peralatan perang yang canggih.  Perkembangan ini mendorong kepada kelangsungan Tamadun Yunani dalam tempoh yang panjang serta tamadun yang kuat di Eropah.