persuratan pahang :a1enjejaft u'arisan paliangpustaka2.upsi.edu.my/eprints/311/1/abdul hamid hj...

14
-; '. S,EMINAR PERSURATAN PAHANG :A1enjejaft U'arisan Paliang Hala Tuju Program Kebudayaan & Kesenian Negeri Pahang Oleh: Abdul Hamid Hj Muhamad 27 - 28 Oktober 2001 Tempat : Auditorium Taman Budaya, Kuantan }l njuran <Bersama: Jabatan Kebudayaan & Kesenian Pahang (JKKP) Fakulti Bahasa Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Dewan Persuratan Melayu Pahang (DPMP) (j)enoan 'l(erjasa1lla Yayasan Pahang Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Kerajaan Negeri Pahang

Upload: vuongkiet

Post on 13-Feb-2018

226 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PERSURATAN PAHANG :A1enjejaft U'arisan Paliangpustaka2.upsi.edu.my/eprints/311/1/Abdul Hamid Hj Muhamad- Hala... · Kebudayaan manusia juga tidak dapat mengelakkan diri dari ... dalamsoalprasarana,kelengkapanalatsertaaktivitiatauprojek

� -; '.

"

S,EMINARPERSURATAN PAHANG

:A1enjejaft U'arisan Paliang

Hala Tuju Program Kebudayaan & Kesenian

Negeri Pahang

Oleh:

Abdul Hamid Hj Muhamad

27 - 28 Oktober 2001

Tempat : Auditorium Taman Budaya, Kuantan

}lnjuran <Bersama:

Jabatan Kebudayaan & Kesenian Pahang (JKKP)Fakulti Bahasa Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)

Dewan Persuratan Melayu Pahang (DPMP)

(j)enoan 'l(erjasa1llaYayasan Pahang

Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)Kerajaan Negeri Pahang

Page 2: PERSURATAN PAHANG :A1enjejaft U'arisan Paliangpustaka2.upsi.edu.my/eprints/311/1/Abdul Hamid Hj Muhamad- Hala... · Kebudayaan manusia juga tidak dapat mengelakkan diri dari ... dalamsoalprasarana,kelengkapanalatsertaaktivitiatauprojek

HALA TUJU PROGRAM KEBUDAYAAN DAN KESENIAN

NEGERI PAHANG.

Oleh:

En. Abdul Hamid bin Haji Muhamad

Pengarah Kebudayaan dan Kesenian

Negeri Pahang

PENGENALAN.

Kertas ini merupakan suatu imbasan atau "Reflection" yang akan cuba

mengaitkan aspek pentadbiran atau pengurusan kebudayaan dalam konteks

professionalisme serta kaitan dengan halatuju merangka sesuatu program

pembangunan kebudayaan yang "Comprehensive" di awal abad ke 21 ini.

Malaysia sebagai sebuah negara merdeka, makmur, berdaulat, diketahui umum tentang

latarbelakang sejarah, politik, ekonomi, sosiol dan kebudayaan, akan memberi

jawapan tersendiri kenapa struktur dan sistemnya yang ada berlatarkan kepelbagaian

kaum, peringkat hiraki kuasa dalam sesebuah persekutuan (federalism) suatu gerakan

yang perlu sekarang selepas kemerdekaan sejak 1957, adalah kesediaan masyarakat

yang berbilang kaum, berbilang kepercayaan, adat resam, bahasa pertuturan,

mengembelingkan tenaga menunaikan ikrar dan janjisetia sewaktu negara mencapai

kemerdekaan.

(1)

Page 3: PERSURATAN PAHANG :A1enjejaft U'arisan Paliangpustaka2.upsi.edu.my/eprints/311/1/Abdul Hamid Hj Muhamad- Hala... · Kebudayaan manusia juga tidak dapat mengelakkan diri dari ... dalamsoalprasarana,kelengkapanalatsertaaktivitiatauprojek

KEBUDAYAAN.

Perkataan budaya berasal dari kata Sanskrit, 'budhidaya'. Budhi bermaksud

asas-hfkmah dan hikmah ialah kebijaksanaan yang penuh dengan persoalan ilmu

pengetahuan, tetapi penekanan yang diberikan disini ialah kepada persoalan alam jiwa,

atau keupayaan alam akal-fikir manusia. Sedangkan daya ialah tenaga fizikal, atau

gerak-laku fizikal, jasmani manusia yang mengguna segala macam sumber alamo

Justeru itu adalah wajar jika budaya atau kebudayaan difahami sebagai satu

proses aktif dan dinamik untuk manusia menggerakkan daya cipta dan tenaga fikir

untuk mengguna segala macam sumber alam di dalam sekitar maupun di Iuar

sekitarnya. Keupayaan daya fikir dan daya cipta manusia mencipta keperluan hidup

yang asasi maupun melengkapi dengan mengguna sumber alam adalah suatu proses

penyesuaian (adaptif) dan juga pengeluaran (produktif).

Kebudayaan dalam pengertian yang luas berkisar kepada manusia sebagai

faktor utama dan central, maka dapat dirumuskan bahawa :

a) Kebudayaan mencakup segala perkembangan serta kemajuan manusia

dan masyarakat, tidak sahaja meliputi seni dan sastera, juga konomi,

teknologi, sosiol, politik, hukum dan undang-undang, ide dan ilmu

pengetahuan serta sistem nilai yang terdapat di dalam diri manusia dan

masyarakat.

(2)

Page 4: PERSURATAN PAHANG :A1enjejaft U'arisan Paliangpustaka2.upsi.edu.my/eprints/311/1/Abdul Hamid Hj Muhamad- Hala... · Kebudayaan manusia juga tidak dapat mengelakkan diri dari ... dalamsoalprasarana,kelengkapanalatsertaaktivitiatauprojek

b) Kebudayaan adalah hasil bersama. Setiap individu dibentuk dan

berkembang untuk memiliki peribadi didalam kebudayaan masyarakat.

Ol'_;:ll itu kebudayaan melibatkan ramal pendukung dan

pengembangannya.

c) Kebudayaan pada hakikatnya ialah persoalan kemanusiaan, iaitu proses

peningkatan hidup yang lebih baik dalam masyarakat dan yang

memiliki nilai kemanusiaan. Oleh kerana nilai-nilai kemanusiaan

menjadi dasar dan ukuran yang meliputi nilai-nilai kemanusiaan

menjadi dasar dan ukuran yang meliputi nilai-nilai etika dan agama,

maka menjadi sumber serta landasan bagi norma masyarakat.

ASAS PEMIKIRAN.

a. Kebudayaan merupakan aspek yang integral dalam kehidupan bermasyarakat.

Ia menjadi wahana segala pemikiran dan lahir di kalangan masyarakat

"manusia" bagi memenuhi keperluan "material" dan "non-material".

b. Kebudayaan berubah, ia tidak bersifat beku (stagnant). Mempunyai ciri-ciri

dinamika, progresif serta anjal. Perubahan pola kehidupan akibat

perkembangan dan pertumbuhan ekonomi memberi kesan langsung apa yang

membentuk penafsiran yang melahirkan pelbagai "schools of thought".

(3)

Page 5: PERSURATAN PAHANG :A1enjejaft U'arisan Paliangpustaka2.upsi.edu.my/eprints/311/1/Abdul Hamid Hj Muhamad- Hala... · Kebudayaan manusia juga tidak dapat mengelakkan diri dari ... dalamsoalprasarana,kelengkapanalatsertaaktivitiatauprojek

c. Kebudayaan mempunyai peranan yang sangat "dominance" dan

"preferences" harus diberi setiap dan sepanjang masa. Ledakan pembangunan

serta pertumbuhan ekonomi yang menggalakan ditambah dengan gelombang'eh

ketiga (third waves) mungkin menyebabkan kebudayaan "terpinggir" kalau

"kita alpa",

d. Kebudayaan masyarakat di Malaysia berada di kedudukan cukup baik dan

mantap. Dengan sistem sosial dan nilai yang berasaskan keagamaan dan

kepercayaan "no religion teaches the bad"-negara maju beracuankan

Malaysia adalah impian yang wajib menjadi intipati falsafah pembangunan

negara yang berterusan.

e. Kedudukan ekonomi yang kukuh, iklim politik yang stabil serta sistem nilai

yang mulia, kebudayaan harus menjadi unsur utama yang didokong dan

dikongsi bersama ke arah melahirkan masyarakat Malaysia yang

berketrampilan, tersohor, budiman serta patriotik

PERNYATAAN MASALAH.

a. Era 2000 menyaksikan periode ledakan dan limpahan maklumat yang

mengerikan serta dunia tanpa batas sempadan dalam "global village" seperti

(4)

Page 6: PERSURATAN PAHANG :A1enjejaft U'arisan Paliangpustaka2.upsi.edu.my/eprints/311/1/Abdul Hamid Hj Muhamad- Hala... · Kebudayaan manusia juga tidak dapat mengelakkan diri dari ... dalamsoalprasarana,kelengkapanalatsertaaktivitiatauprojek

gambaran Marshall Macluhan, Paul Kennedy, Alvin Tofler atau John Naisbitt

adalah pemyataan-pemyataan yang harus menjadi titik tolak kegawatan

masyarakat dan kebudayaan pada tahun mendatang.

b. Tamatnya Perang Dingin serta robohnya tembok komunisme serta penyatuan

semula German memulakan era barn serta kesan langsung kemajuan tamaddun

serta kebudayaan manusia. Sistem nilai "universalisme" berada di mana-mana

akibat sistem telekomunikasi - melalui tv, satelit, sistem kabel, e-mail, internet

dan lain-lain. Pola nilai serta sistem manusia berubah dengan pantas.

c. Kebudayaan manusia mengalami perubahan yang mendadak, lantas kita harus

bertanya apakah kebudayaan masih releven dalam dunia tanpa batasan ini ?

Adakah "universalisme" dan "uniformity" akan menjadi mercu tanda

masyarakat berkebudayaan di masa hadapan ?

d. Kebudayaan atas sifat dinamiknya harus melihat lebih jauh visi dan misi masa

hadapan. Cabaran, halangan serta sistem yang cepat berubah memerlukan

kepakaran dan professionalisme yang bukan keciL Mcmbangunkan

kebudayaan merupakan tanggungjawab serta amanah pembangunan insan yang

saling melengkapi.

(5)

Page 7: PERSURATAN PAHANG :A1enjejaft U'arisan Paliangpustaka2.upsi.edu.my/eprints/311/1/Abdul Hamid Hj Muhamad- Hala... · Kebudayaan manusia juga tidak dapat mengelakkan diri dari ... dalamsoalprasarana,kelengkapanalatsertaaktivitiatauprojek

KE MANA KEBUDAYAAN PADA ABAD KE 21?

a. Paksi pembangunan dan perkembangan dunia pada abad ke 21 pasti akan

berubah ke Asia (rujuk ramalan Naisbitt, Toffler dll). Perubahan akan terasa di

mana-mana dan dalam semua aspek kehidupan. Perubahan pola kehidupan

dalam sistem pasaran bebas dan "Iangit terbuka" menyaksikan perubahan

demi perubahan dan robohnya tradisi.

b. Kebudayaan manusia juga tidak dapat mengelakkan diri dari tempias

perubahan. Lantas kita bertanya bagaimana bentuk kebudayaan pada abad ke

21, bagaimana peranan kebudayaan itu kelak atau ke mana halatuju

kebudayaan pada tahun akan datang nanti.

c. Kebudayaan di Malaysia adalah bukan sahaja cara hidup yang menentukan

pola sistem, malah di Malaysia, secara peribadi, kebudayaan ialah "ideologi" -

yang akan menjadi mekanisme membentuk citra masyarakat Malaysia - baik

identiti, bahasa, budaya, nilai dan norma atau patriotisme. Kebudayaan akan

menjadi acuan "seumur hidup" membentuk warga yang kesetiaannya tidak

dipetikai dan pada masa yang sarna mempunyai nilai estetika yang tinggi.

d. Kebudayaan abad ke 21 adalah wadah keseluruhan pemikiran rakyat Malaysia

- tanpa mengira asal usul, wama kulit, kefahaman, sistem nilai dU. Kebudayaan

(6)

Page 8: PERSURATAN PAHANG :A1enjejaft U'arisan Paliangpustaka2.upsi.edu.my/eprints/311/1/Abdul Hamid Hj Muhamad- Hala... · Kebudayaan manusia juga tidak dapat mengelakkan diri dari ... dalamsoalprasarana,kelengkapanalatsertaaktivitiatauprojek

itu sistem pendidikan, doktrin pertahanan, perpaduan kesatuan, sistem sahsiah,

tv, radio, filem dll segala macam yang mempunyai citra Malaysia, falsafah

Malaysia, semangat Malaysia dll.

SEMUANYA BERMULA HARI INI.

a. Penubuhan kementerian (1987) serta usaha-usaha awal semenjak 1960an

dengan pengwujudan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dan beberapa

agensi yang langsung dan tidak langsung membantu gerakan perkembangan

kebudayaan menandakan komitmen Kerajaan dalam usaha pembangunan

kebudayaan di Malaysia.

b. Perubahan adalah sifat lazim dalam pembangunan dan tidak terkecuali

pembangunan kebudayaan. Sekurang-kurang mengalami perubahan-perubahan

berikut - struktur pentadbiranlpengurusan yang dimantapkan dari semasa ke

semasa mengikut perubahan dan keperIuan, prioriti dalam struktur program

menyaksikan peralihan dari sudut pengembangan kesenian sahaja kepada

struktur program yang lebih mantap, berwawasan dan menyeluruh dan

perubahan dari aspek kepegawaian - yang terlatih dan mempunyai latar

belakang akademik.

c. Pembangunan kebudayaan kini telah mengalami proses transformasi yang

(7)

Page 9: PERSURATAN PAHANG :A1enjejaft U'arisan Paliangpustaka2.upsi.edu.my/eprints/311/1/Abdul Hamid Hj Muhamad- Hala... · Kebudayaan manusia juga tidak dapat mengelakkan diri dari ... dalamsoalprasarana,kelengkapanalatsertaaktivitiatauprojek

tidak memungkinkan kita mengambil sikap pesimistik semata-mata, Sekadar

menjadi penunggu dan menonton sahaja. Perancangan pembangunan

kebudayaan masa kini menampakkan komitmen pemerintahan yang serius,

pelbagai kemudahan (fizikal dan bukan fizikal, peruntukan kewangan, tenaga

pegawai, kursus dan latihan dll) diadakan bagi menjadikan professionalisme

kebudayaan sesuatu yang dihormati.

GERAKAN PEMBANGUNAN KEBUDAYAAN DAN KESENIAN NEGERI

PAHANG.

Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negeri Pahang telah merancang Program

Pembangunan Kebudayaan yang akan menekankan kepada usaha-usaha memupuk

masyarakat berbudaya yang bermoral tinggi, berilmu dan berkeperibadian Malaysia

dengan mengamalkan nilai-nilai murni yang unggul.

Dalam membentuk suatu cara hidup Malaysia, Jabatan telah merancang

Program Pembangunan Kebudayaan yang akan terus menekankan kepada aspek

kehidupan yang menjurus kepada matlamat memupuk identiti serta jati diri kita serta

perpaduan bangsa, nilai-nilai kemanusiaan serta kerohanian yang seimbang dengan

pembangunan ekonomi.

(8)

Page 10: PERSURATAN PAHANG :A1enjejaft U'arisan Paliangpustaka2.upsi.edu.my/eprints/311/1/Abdul Hamid Hj Muhamad- Hala... · Kebudayaan manusia juga tidak dapat mengelakkan diri dari ... dalamsoalprasarana,kelengkapanalatsertaaktivitiatauprojek

Untuk mencapai kecemerlangan dalam pembangunan Kebudayaan dan

Kesenian, saya berpendapat bahawa ia seharusnya digerakkan melalui kesedaran di

semua peringkat khalayak khususnya di peringkat akar umbi. Oleh itu, perhatian

dalam soal prasarana, kelengkapan alat serta aktiviti atau projek yang akan dijalankan

perIu diberi perhatian. Melalui aktiviti yang terancang penggiat dan penggerak akan

terIibat secara lebih berkesan.

OBJEKTIF PERANCANGAN GERAKAN.

Program pembangunan Seni dan Budaya yang dirancang mempunyai objektifberikut:

a. Memberi dan memperkukuhkan kefahaman mengenai kebudayaan sebagai

sebahagian dari aktiviti kesenian dan cara hidup.

b. Meningkatkan penyertaan masyarakat tentang kegiatan Kebudayaan dan

Kesenian.

c. Menyemai kesedaran serta menghargai seni bangsa di dalam masyarakat.

d. Menanam nilai-nilai moral dan rohaniah yang kukuh sebagai ciri utama

masyarakat berbudaya sekaligus mengatasi keburukan budaya massa, gejala

negatif dan pengaruh-pengaruh budaya asing yang boleh membawa kesan

negatif.

(9)

Page 11: PERSURATAN PAHANG :A1enjejaft U'arisan Paliangpustaka2.upsi.edu.my/eprints/311/1/Abdul Hamid Hj Muhamad- Hala... · Kebudayaan manusia juga tidak dapat mengelakkan diri dari ... dalamsoalprasarana,kelengkapanalatsertaaktivitiatauprojek

e. Memupuk budaya dan mutu seni yang tinggi melalui Industri Budaya yang

sihat.

f. Melahirkan lebih rarnai ahli penggiat dan karyawan seni yang berilmu dan

sekaligus meningkatkan khalayak, peminat dan pengamal seni.

g. Memulih dan mengaktifkan Pertubuhan Sukarela Kebudayaan.

h. Peneroka khazanah warisan budaya tempatan bagi menimbulkan kecintaan dan

memperkayakan warisan sejarah budaya negeri.

1. Kesenian dapat memberikan "Input" pelancongan serta nilai ekonomi, seperti

senibina, kraf, permainan tradisional, kostium, senimuzik, industri tekstil,

serarnik, seni lakon serta seni persembahan.

STRATEGI PELAKSANAAN.

Kerajaan Negeri melalui Pejabat Kebudayaan dan Kesenian Negeri Pahang

telah menggariskan beberapa strategi yang akan menj adi garis panduan dalarn

pelaksanaan program dan aktiviti Pembangunan Seni dan Budaya tersebut iaitu :

a. Menanarn semangat kesedaran dan penghayatan yang lebih meluas terhadap

nilai-nilai budaya melalui program dan aktiviti yang akan dilaksanakan

(10)

Page 12: PERSURATAN PAHANG :A1enjejaft U'arisan Paliangpustaka2.upsi.edu.my/eprints/311/1/Abdul Hamid Hj Muhamad- Hala... · Kebudayaan manusia juga tidak dapat mengelakkan diri dari ... dalamsoalprasarana,kelengkapanalatsertaaktivitiatauprojek

b. disemua peringkat yang dikenal pasti.

c. Tumpuan akan diberi dalam melabirkan fasilitator dan tenaga mahir penggerak

budaya melalui seminar, kursus, bengkel program yang diatur.

d. Meningkatkan peranan Pertubuhan-Pertubuhan Sukarela Kebudayaan serta

penyelarasan bersama dengan agensi-agensi Kerajaan serta penglibatan oleh

pihak swasta dalam majIis-majlis dan program kebudayaan secara bersepadu.

e. Memperbanyakkan hasil karya seni serta mempertingkatkan daya cipta seni

bertaraf tinggi.

f. Meningkatkan program pembelajaran dan latihan secara formal dan sistematik

di bidang seni bagi melabirkan ahli seni yang berilmu dan berkebolehan ke

arab pencapaian kecemerlangan.

g. Memberi perhatian terhadap mengadakan prasarana budaya untuk

meningkatkan aktiviti dan penglibatan masyarakat.

h. Memperbanyakkan penubuhan kumpulan seni serta memantapkan kurnpulan

yang sedia ada.

(11)

Page 13: PERSURATAN PAHANG :A1enjejaft U'arisan Paliangpustaka2.upsi.edu.my/eprints/311/1/Abdul Hamid Hj Muhamad- Hala... · Kebudayaan manusia juga tidak dapat mengelakkan diri dari ... dalamsoalprasarana,kelengkapanalatsertaaktivitiatauprojek

PROGRAM DAN AKTIVITI.

Dalam usaha Kerajaan Negeri dan Pejabat Kebudayaan dan Kesenian Negeri Pahang

untuk meningkatkan aktiviti ke arah pembangunan kebudayaan ini adalah dikenal pasti

bahawa sasaran pencapaian akan diperolehi melalui 5 program pembangunan iaitu :-

1. Pengembangan dan Pendidikan Kesenian

2. Pembangunan Sumber Manusia

3. Kecemerlangan Seni

4. Pemuliharaan Kebudayaan dan Kesenian

5. Pembangunan Seni tampak.

KESIMPULAN.

Kebudayaan sebenarnya menanamkan semangat dan cita-cita, lambang dan

harapan, nilai dan resam yang mempengaruhi seluruh sistem kehidupan yang lain dan .

bersama dengan politik, ekonomi dan sosial akan menggambarkan pencapaian tahap

sesuatu tamaddun bagi sesuatu bangsa.

Peranan pembangunan kebudayaan menuntut kita membangunkan :

a. Fikiran yang meliputi tahap pencapaian ilmu pengetahuan tunggi, falsafah dan

kesusasteraan.

(12)

Page 14: PERSURATAN PAHANG :A1enjejaft U'arisan Paliangpustaka2.upsi.edu.my/eprints/311/1/Abdul Hamid Hj Muhamad- Hala... · Kebudayaan manusia juga tidak dapat mengelakkan diri dari ... dalamsoalprasarana,kelengkapanalatsertaaktivitiatauprojek

b. Membina lambang-lambang atau imej kebendaan yang menjadi sebahagiaan :

kemodenan dan sebagainya.

c. Memupuk kesenian dengan penyertaan dan penghayatan yang mengeratkan

perpaduan, melalui seni tampa seperti seni ukir, seni Iukis, seni fotor, seni area,

tekat menekat, membatik, menyongkit dan sebagainya

d. Memupuk adat resam atau nilai dan norma bangsa sendiri supaya dalam situasi

politik-ekonorni dan sosial yang berubah, identiti bangsa dan maruah kita

sentiasa terpelihara meialui perundangan, peraturan-peraturan dan nilai-nilai

sejagat yang boleh diamalkan oleh semua masyarakat tetapi menunjukkan

mereka itu sebagai hak milik sebuah negara sebagai satu bangsa tersendiri.

Akhir kata, kita memerlukan masyarakat yang bertindak sebagai, " Lubuk akal

lautan budi; Lautan akaI gedung bicara; Yang sentiasa melangkah dengan pukal,

berjalan dengan tawakkaI dan bercakap dengan akaI"

Seperti kata perbilang adat,

"Meneari kata muafakat,

Menokok barang yang kurang,

Mengulas mana yang senteng,

Menghubung yang pendek."

Sekian, Wassalam

(13)